ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERSEKAT DALAM KECELIKAN MATEMATIK
ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERSEKAT DALAM KECELIKAN MATEMATIK
Nurshamira Binte Johari
Pengenalan
Peradaban Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan ilmu hisab, yang kini lebih dikenali dengan istilah Matematik. Pada tahun 780-850M merupakan zaman kemunculan tokoh Matematik terkemuka bernama Al-Khawarizmi. Beliau memperkenalkan beberapa cabang dan konsep asas Matematik seperti Algebra. Selanjutnya, kehadiran seorang lagi tokoh Matematik bernama Umar al-Khayyam telah meluaskan lagi konsep Algebra dengan mengaitkannya dengan konsep Geometri. Semasa zaman pemerintahan Islam, ramai penuntut Eropah mempelajari ilmu Matematik dari tokoh-tokoh Matematik Islam.
George Purbach, seorang pakar Matematik dari Vienna pada abad ke 15M telah berpandukan kajian-kajiananya berdasarkan ahli Matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Buku yang ditulis oleh Luke Hodgkin berjudul “A History of Mathematics: From Mesopotamia to Modernity” (2005, Oxford University) mengatakan bahawa peradaban Islam, Cina, India dan Yunani memainkan peranan dalam perkembangan ilmu Matematik. Tambahan lagi, angka sifar hingga sembilan merupakan angka-angka Arab yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh Matematik Islam. Maka sejarah membuktikan bahawa orang Islam pernah menguasai ilmu Matematik.
Zaman ini menyaksikan masyarakat Melayu berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar Melayu yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Prestasi mereka kian merosot setiap tahun sehingga menimbulkan jurang besar dengan pelajar bangsa lain. Menangani masalah ini akan mengambil masa yang agak lama memandangkan isu kelemahan pelajar Melayu dalam pelajaran ada kaitan dengan masalah kepincangan dalam institusi keluarga masyarakat Melayu. Namun demikian, perbincangan hangat isu-isu begini membuktikan bahawa masyarakat Melayu sudah mula sedar akan masalah yang menghambat kemajuan masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara. Sebenarnya, kelemahan Matematik di kalangan para pelajar bukan hanya melanda masyarakat Melayu. Berdasarkan kajian oleh Institusi Brookings pada tahun 2006, mereka mendapati bahawa pelajar Singapura lebih baik dalam Matematik berbanding pelajar dari Amerika Syarikat 29 . Melihat hasil kajian ini, maka apakah masalah pelajar Melayu Singapura dalam Matematik sehinggakan meraih peratusan kelulusan yang jauh lebih rendah daripada di peringkat nasional? Dalam hal ini, pemikiran ibu bapa harus diperbetulkan tentang pentingnya pendidikan. Ibu bapa dan para guru perlu bekerjasama untuk membasmi stigma negatif tentang Matematik sebagai suatu mata pelajaran yang membingungkan.
Pencapaian Yang Mengecewakan
Keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun 2009 menunjukkan bahawa kelulusan para pelajar Melayu dalam mata pelajaran Matematik merosot. Hanya 56.3 peratus pelajar Melayu yang lulus dalam Matematik. Kadar kelulusan ini merupakan paras yang terendah dalam
29 “Formula jaya dalam Matematik sama seperti mata pelajaran lain” dlm Berita Harian, Sabtu 19 Disember 2009. Singapore: Singapore Press Holdings, hlm 6.
tempoh 10 tahun. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan (MOE) menunjukkan bahawa pelajar Cina jauh mendahului pelajar Melayu dengan mencapai kelulusan sebanyak 89.6 peratus. Pelajar India pula mendapat kelulusan sebanyak 72.9 peratus. Di peringkat GCE „O‟, pelajar Melayu yang lulus dalam mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 66.4 peratus pada tahun 2008 berbanding dengan 66.2 peratus pada tahun 2007 setelah merosot tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2005.
Mata pelajaran Matematik ini merupakan antara mata pelajaran yang penting dalam sistem pendidikan Singapura kerana semua pelajar yang menduduki peperiksaan GCE „N‟ dan GCE „O‟ wajib lulus Matematik untuk melanjutkan pelajaran ke menengah 5 atau memasuki maktab rendah dan politeknik tempatan. Andai mengalami kegagalan, mereka hanya layak memasuki Institut Pendidikan Teknikal (ITE) walaupun mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran lain. Inilah punca ramai pelajar Melayu yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di maktab rendah dan politeknik. Akibatnya, para pelajar Melayu yang lemah dalam Matematik cepat putus harapan dan tidak berdisiplin dalam mengasah kemahiran Matematik mereka walaupun menyedari bahawa mata pelajaran inilah yang merupakan hambatan utama mereka untuk maju setapak menuju kejayaan akademik.
Kurang Pendedahan + Kurang Sokongan + Kurang Keyakinan = Kegagalan
Sebelum British menjajah Singapura, masyarakat Melayu Singapura yang terlibat dalam soal-soal perdagangan dan pertanian sudah diperkenalkan dengan ilmu Matematik yang asas. Namun demikian, apabila berlakunya perubahan pesat dan kemajuan ekonomi di bawah pemerintahan pihak British, ilmu Matematik dipertingkatkan. Masyarakat Melayu pada masa itu gagal menguasai ilmu Matematik yang diperkenalkan di dalam sistem pendidikan. Berdasarkan sejarah ini, ia menggambarkan seolah-olah terdapat kekurangan budaya cinta terhadap Matematik atau “cultural deficit” dalam masyarakat Melayu. Hakikatnya, sejarah boleh berubah jika masyarakat sama-sama berganding bahu untuk meningkatkan prestasi pelajar Melayu dalam Matematik. Minat dalam mata pelajaran Matematik ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menurut seorang mahasiswa dalam Pendidikan Awal Prasekolah, kanak-kanak kini sudah didedahkan dengan kemahiran asas Matematik seawal usia 18 bulan 30 . Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang bersifat membangun dan berperingkat-peringkat. Maka itu, para pelajar yang ketinggalan di peringkat asas akan menghadapi kesukaran untuk mengikuti dan memahami mata pelajaran ini di peringkat yang lebih tinggi.
Kegagalan ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan prasekolah merupakan salah satu punca utama pelajar Melayu sukar bersaing dengan pelajar Cina dan India. Kegagalan ini timbul kerana masalah kesempitan wang. Halangan ini turut menyebabkan pelajar Melayu lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Kelemahan dalam bahasa Inggeris berkaitan dengan Matematik kerana bahasa Inggeris diperlukan untuk memahami konsep-konsep dalam Matematik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mereka sudah dilengkapi dengan asas- asas Metematik dan sudah boleh membaca dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik sebelum anak-anak mereka menjejakkan kaki ke sekolah reandah. Langkah ini penting agar anak-anak tidak akan ketinggalan jauh oleh rakan-rakan yang mempunyai pendedahan prasekolah yang kukuh dan asas yang mantap lagi sempurna dalam mata pelajaran Matematik.
Sejak kebelakangan ini, isu kepincangan atau kebobrokan masyarakat Melayu hangat diperkatakan oleh Dr Yaakob Ibrahim, badan-badan Melayu setempat dan akhbar tempatan. Pelajar
30 “Matematik, Apa Sebenarnya Punca Kelemahan Pelajar Melayu?” dlm Berita Minggu, Ahad 20 Disember 2009. Singapore:Singapore Press Holdings, hlm 6.
yang dibelenggu dengan masalah keluarga tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam pengajian di sekolah. Emosi dan hati yang terganggu akan menjejas prestasi mereka di sekolah walaupun mereka memang mempunyai niat dan azam untuk menimba ilmu. Lebih menyedihkan lagi ialah apabila ada para pelajar yang terpaksa berhenti sekolah kerana tiada wang untuk membayar yuran sekolah akibat ibu bapa yang dibelenggu dengan masalah hutang dan tidak bertanggungjawab dalam pembentukan masa depan anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai masalah rumah tangga dan bebanan hutang tidak mampu memberikan kasih sayang dan perhatian penuh kepada anak-anak mereka. Akibatnya, anak-anak akan membesar tanpa bimbingan dan kawalan ibu bapa dan mudah terjebak dalam masalah-masalah sosial yang lain seperti pergaulan bebas, seks di luar nikah, melibatkan diri dalam kumpulan samseng dan memandang remeh terhadap pendidikan. Lantas, kemajuan anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan ada kaitannya dengan institusi keluarga yang utuh dan kukuh demi menjana pembesaran anak-anak dalam suasana dan persekitaran yang sihat.
Para pelajar Melayu sering berpuas hati dengan kejayaan yang diraih. Kecemerlangan yang pada hakikatnya begitu kecil dilihat sebagai suatu pencapaian yang besar. Manakala kegagalan pula menjadikan mereka susah untuk bangkit semula dan menambahkan usaha untuk berjaya. Pelajar Melayu harus melenyapkan stigma bahawa Matematik ini merupakan mata pelajaran yang susah.
Menyemai Budaya Cinta Matematik
Proses memupuk minat pelajar Melayu dalam Matematik bermula dengan ibu bapa semasa mereka meluangkan masa bersama anak-anak. Mengasah kemahiran anak-anak perlu ditangani dengan cara- cara kreatif agar mereka dapat merasakan bahawa Matematik ini merupakan mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Matematik merupakan sebuah konsep yang pratikal dan manusia sering menggunakan Matematik dalam kehidupan seharian tanpa disedari. Ada ibu bapa yang berasa buntu bagaimana untuk menolong anak-anak mereka dalam mata pelajaran ini sedangkan mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan ilmu yang cetek dalam Matematik. Sebenarnya, ketika membeli-belah bersama anak-anak di gedung pasar raya, ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka tentang konsep asas Matematik seperti campur, tolak, darab dan bahagi melalui barang-barang yang ingin dibeli.
Dalam setiap perjalanan menuju kejayaan, disiplin perlu ada dalam diri seseorang itu. Matematik memerlukan tahap disiplin yang tinggi kerana berbeza daripada mata pelajaran yang lain, Matematik memerlukan banyak latihan yang konsisten dan dijadikan rutin dalam proses pembelajaran. Sikap malas harus dilenyapkan sama sekali dalam usaha untuk berjaya dalam Matematik. Sebagai anak-anak muda yang sedang membesar, mereka mudah sekali berputus asa apabila mengalami kesusahan dan kegagalan. Kekecewaan yang dialami walaupun telah berusaha akan menyebabkan mereka tawar hati untuk mencuba dan membuat persediaan yang lebih baik. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka akan terus berusaha walaupun berdepan dengan kegagalan. Sokongan dan galakan ibu bapa akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan agar tidak menghampakan ibu bapa yang ingin melihat mereka berjaya. Jangan hanya mengharapkan pertolongan guru-guru tuisyen untuk memastikan anak-anak rajin membuat soalan-soalan latihan.
Para pelajar haruslah mencari kaedah yang lebih efektif dalam proses memahami konsep- konsep Matematik yang agak susah dan rumit seperti algebra dan logaritma. Latihan-latihan yang konsisten setiap hari diperlukan agar pelajar dapat menguasai mata pelajaran ini. Ramai pelajar yang mengambil jalan mudah dengan hanya membaca dan cuba menghafal cara-cara penyelesaikan masalah-masalah Matematik tanpa betul-betul memahaminya. Cara ini tidak dapat menjamin Para pelajar haruslah mencari kaedah yang lebih efektif dalam proses memahami konsep- konsep Matematik yang agak susah dan rumit seperti algebra dan logaritma. Latihan-latihan yang konsisten setiap hari diperlukan agar pelajar dapat menguasai mata pelajaran ini. Ramai pelajar yang mengambil jalan mudah dengan hanya membaca dan cuba menghafal cara-cara penyelesaikan masalah-masalah Matematik tanpa betul-betul memahaminya. Cara ini tidak dapat menjamin
Para cendikiawan dan mahasiswa perlu tampil ke hadapan untuk membantu anak-anak muda dalam proses pembelajaran Matematik yang lebih efektif. Bukan semua anak Melayu yang lemah dalam Matematik. Contohnya, Muhammad Haikal Abdullah yang baru berusia 12 tahun sudah mengambil peperiksaan GCE „A‟ bagi mata pelajaran Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi. Keputusan peperiksaannya menunjukkan dia berjaya mendapat gred A bagi mata pelajaran 31 Matematik . Kejayaan Haikal Abdullah ini patut dijadikan sebagai inspirasi dan perlu dicontohi oleh para pelajar yang lain agar mereka juga turut mahu berusaha untuk mencapai kejayaan yang serupa.
Masyarakat perlu merubah prinsip mereka terhadap pendidikan dengan mencontohi masyarakat Jepun yang melihat proses pembelajaran bukan sebagai beban tetapi merupakan sebuah keutamaan dan kegiatan seumur hidup. Wanita Jepun yang sudah berumah tangga pula lebih gemar menjadi suri rumah dan peranan mereka juga ialah menemani anak-anak belajar setiap malam 32 . Melihat keadaan sosio ekonomi masyarakat Melayu, hal ini mungkin tidak begitu efektif memandangkan ramai keluarga mempunyai kedua-dua ibu bapa yang sama-sama bekerja demi mencari nafkah dan menampung perbelanjaan harian keluarga. Namun demikian, ibu bapa seharusnya mengambil perhatian terhadap pelajaran anak-anak dan mengenalpasti akan masalah- masalah yang mungkin dihadapi anak-anak mereka. Suasana di rumah juga perlu sesuai dengan tahap keselesaan anak-anak semasa mengulangkaji pelajaran. Ibu bapa dan ahli keluarga yang lain harus mengambil sikap bertimbang rasa dengan tidak menonton rancangan-rancangan hiburan di televisyen dalam nada suara yang kuat agar anak-anak tidak mudah hilang tumpuan. Sebaiknya, televisyen dimatikan sahaja sebagai tanda sokongan padu sekeluarga terhadap dunia pembelajaran anak-anak.
Kesimpulan
Kitab Al-Quran bukanlah sebuah buku Matematik tetapi di dalamnya terdapat 750 daripada 6,666 ayat-ayat yang berkaitan dengan ilmu Sains and Matematik 33 . Ini menunjukkan bahawa agama juga
mengajar Matematik. Jadi tidak hairanlah jika meninjau kembali sejarah, tamadun Islam pernah mempunyai para ilmuan Islam yang pakar dalam bidang Matematik. Namun demikian, sejarah ini tidak diketahui ramai orang Melayu. Situasi pencapaian akademik masyarakat Melayu hari ini perlu dipertingkatkan sebelum ditinggalkan lebih jauh di belakang oleh kaum-kaum lain. Sikap sambil lewa harus dimansuhkan kerana hidup di Singapura adalah berteraskan pendidikan yang menentukan masa depan, kemajuan dan pembangunan masyarakat kita.
31 “Lulus Matematik GCE „A‟ walau baru lepas PSLE” dlm Berita Harian, Khamis 17 Disember 2009. Singapore:
Singapore Press Holdings, hlm 1. 32 “Rahsia Jepun Dapat cabar Barat” dlm Berita Harian, Isnin 28 Disember 2009. Singapore: Singapore Press Holdings, hlm 7. 33 “Usah Berlengah Pertingkat Pencapaian” dlm Berita Harian, Khamis 24 Disember 2009. Singapore: Singapore Press Holdings, hlm 7.
Bibliografi
“Formula Jaya Dalam Matematik Sama Seperti Mata Pelajaran Lain” dlm Berita Harian, Sabtu 19 Disember 2009. Singapore: Singapore Press Holdings. “Matematik, Apa Sebenarnya Punca Kelemahan Pelajar Melayu?” dlm Berita Minggu, Ahad 20 Disember 2009. Singapore:Singapore Press Holdings. “Lulus Matematik GCE „A‟ Walau Baru Lepas PSLE” dlm Berita Harian, Khamis 17 Disember 2009. Singapore: Singapore Press Holdings. “Rahsia Jepun Dapat cabar Barat” dlm Berita Harian, Isnin 28 Disember 2009. Singapore: Singapore Press Holdings. “Usah Berlengah Pertingkat Pencapaian” dlm Berita Harian, Khamis 24 Disember 2009. Singapore: Singapore Press Holdings.
Geisha
Geisha menanti penuh sabar Bermulanya kebangkitan Geisha
Berakhirnya era Oiran
Di tepian Jalan Suka Menggiurkan setiap jejaka
Diam membisu tak terkata Bak bunga sakura Menghiasi kegelapan malam
Kelembutan wajah bak sutera Merangsang nafsu Gebu
Memukau danna Putih
Bak kepulan awan di angkasa Suara yang memukau Layanan yang menggoda
Bak salju menggunung di Fuji
Bintsuke-abura disapukan Jari-jemari mula menari Mengikut irama dari Shamisen
Serbuk putih diratakan Yang mendayu-dayu Mengindahkan raut wajah
Menggoyah iman Menghangatkan lagi suasana Geylang Tika di malam hari
Sang teruna
Tergugat nafsu Geisha santapan sang jejaka Sentuhan lembut menjadi igauan
Menjadi lesu Dia penghibur yang utama Nadi berdegup pantas
Pabila mata bertentang mata Dipuja-puja sang teruna
Keceriaan warna furisode Shahede Bte Salim Shaheda Bte Salim
Shaheda Bte Salim
Menambahkan cahaya Di malam hari Sebelum fajar menyinsing lagi