ISU KONTEMPORARI PERSAINGAN TANPA DISKRIMINASI
ISU KONTEMPORARI PERSAINGAN TANPA DISKRIMINASI
Nur Hafizah Binte Mohd Rashib
Kemasukan pendatang-pendatang asing ke negara Singapura bermula sejak zaman penjajahan British lagi. Kebanyakan golongan pendatang ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perlombongan, perladangan dan lain-lain yang selaras dengan dasar ekonomi kerajaan British yakni berteraskan Sistem Ekonomi Kapitalis. Menurut lelaman Migration Information Source, bilangan pendatang asing yang datang ke Singapura sekitar tahun 1990 hingga 2000, dilaporkan meningkat pada kadar yang lebih cepat (9.3 peratus setiap tahun) berbanding jumlah penduduk warga Singapura sendiri (1.8 peratus setiap tahun) dan angka ini terus-terusan meningkat sehingga ke hari ini.
Kebanjiran Pendatang Asing
Kehadiran para pendatang asing ke Singapura bak cendawan tumbuh selepas hujan telah menimbulkan goncangan rasa bimbang dan resah di kalangan anak watan. Tambahan pula, kini pendatang asing yang berhijrah ke Singapura diberikan peluang dan ruang yang hampir sama seperti rakyat peribumi terutama dalam aspek kehidupan. Antaranya perumahan, pekerjaan, pendidikan dan lain-lain lagi. Lantas, akhir-akhir ini, hangat diperdebatkan, dipersoalkan dan dibincangkan di dada- dada akhbar tempatan tentang isu di mana letaknya hak serta keistimewaan rakyat peribumi milieu ini dan adakah apa yang dilakukan pihak pemerintah untuk mengekang masalah kebanjiran pendatang asing di Singapura sudah cukup memberangsangkan?
Sukar untuk dinafikan bahawasanya kehadiran dan khidmat yang disumbangkan pendatang asing yang berhijrah ke Singapura banyak membantu memastikan negara ini terus mekar membangun serta bersaing dengan negara-negara dunia pertama. Jasa pendatang asing terhadap negara Singapura harus dihargai. Oleh yang demikian, atas dasar kemanusiaan dan tanda penghargaan, adalah tidak salah untuk pemerintah Singapura memberikan layanan yang baik kepada pendatang asing ini. Namun demikian, masalah mulai meruncing apabila bilangnya menjadi terlalu ramai untuk dikawal dan apabila sistem-sistem yang diperkenalkan pemerintah Singapura mula membelakangkan rakyatnya sendiri dan mengutamakan pendatang-pendatang asing.
Dilemma Rakyat Peribumi
Ramai rakyat Singapura mengeluh kerana mereka kini perlu bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi rakyat Singapura, hari-hari yang ditempuhi membawa bersamanya pelbagai kemungkinan yang tidak dijangkakan seperti pembuangan kerja. Majikan di Singapura lebih suka menggajikan pekerja warga asing kerana bayaran gajinya yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pekerja warga Singapura. Menurut satu kenyataan Kementerian Tenaga Manusia pada 31 Julai 2009, seramai 4,800 pekerja telah diberhentikan dan 700 kontrak pekerjaan telah ditamatkan pada suku kedua tahun 2009. Mereka yang terjejas oleh pembuangan kerja tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan Melayu warga Singapura. Akibatnya, ramai rakyat Singapura yang menganggur, yang miskin semakin terhimpit hidupnya.
Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Kesempitan wang menyebabkan para warga Singapura yang diberhentikan kerja mencagar rumah flat mereka. Keluarga-keluarga ini perlu menunggu Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Kesempitan wang menyebabkan para warga Singapura yang diberhentikan kerja mencagar rumah flat mereka. Keluarga-keluarga ini perlu menunggu
Aspek pendidikan turut terkena tempiasnya dengan bertambahnya bilangan pendatang asing ke Singapura. Di bahagian forum akhbar The Straits Times pada tanggal 9 Jun 2007, terdapat seorang rakyat Singapura bernama Ong Tong IT yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya akan isu pengagihan biasiswa di Singapura. Beliau mempersoalkan tindakan pemerintah mengedarkan jumlah biasiswa yang begitu banyak kepada pelajar-pelajar asing yang tidak fasih berbahasa Inggeris, tidak pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah di Singapura dan tidak perlu menjalani perkhidmatan negara sedangkan Singapura mempunyai ramai bakat terpendam yang boleh dan patut diasuh serta diberi sokongan. Tindakan memperkecil-kecilkan dan menganaktirikan anak-anak watan adalah suatu perbuatan yang tidak seharusnya terlintas di fikiran sesebuah pemerintah di mana-mana negara sekalipun. Pemerintah Singapura harus lebih berjiwa pembela nasib rakyat!
Ketegasan Pihak Pemerintah
Migrasi adalah satu fenomena yang sukar untuk dikawal dan tidak ada penghujungnya terutamanya dalam era golablisasi ini. Pemerintah Singapura tidak dapat menghalang bulat-bulat kemasukan pendatang asing ke Singapura. Hakikatnya, Singapura tetap memerlukan kerjasama pendatang asing untuk menggantikan jumlah penduduk Singapura yang semakin merosot dan menua. Tanpa bilangan penduduk yang mencukupi, Singapura akan berhadapan dengan masalah ketandusan pekerja buruh untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pemerintah Singapura telah bertindak untuk mengekang masalah-masalah yang dibawa pendatang asing terhadap kehidupan rakyat peribumi tetapi tindakan-tindakan tersebut kurang ditekan. Akibatnya, masalah-masalah yang dibincangkan di atas masih belum dapat ditangani pihak pemerintah secara menyeluruh.
Antara tindakan yang diambil pemerintah Singapura untuk menangani masalah-masalah di atas ialah dengan mengamalkan sistem kuota. Sistem kuota ini memastikan pemerintah Singapura tidak meluluskan permit kerja secara wewenang. Seseorang itu harus menepati beberapa ciri tertentu sebelum dapat melayakkan diri untuk mendapatkan permit kerja di Singapura. Dengan cara ini, pemerintah Singapura dapat mengawal dan memantau jumlah atau bilangan pendatang asing yang datang ke Singapura. Selain itu, sistem kuota ini turut dikuatkuasakan di syarikat-syarikat di Singapura. Dalam konteks ini, setiap majikan hanya dibenarkan untuk menggajikan tidak lebih daripada 25 peratus pekerja asing.
Usah Gentar
Rakyat Singapura tidak perlu berasa gentar atau tergugat dengan kedatangan pendatang asing ke Singapura sekiranya mereka sudah melakukan persediaan awal iaitu melengkapkan diri dengan ilmu Rakyat Singapura tidak perlu berasa gentar atau tergugat dengan kedatangan pendatang asing ke Singapura sekiranya mereka sudah melakukan persediaan awal iaitu melengkapkan diri dengan ilmu
Seseorang yang berilmu akan lebih dihormati umum. Dalam dunia yang penuh dengan persaingan ini, ilmu pengetahuan memainkan peranan penting. Biasanya mereka yang berpendidikan rendah akan menjadi mangsa utama yang akan dibuang kerja. Majikan hanya mahukan pekerja yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi syarikat. Ini tidaklah bermaksud mereka yang berpendidikan tinggi tidak akan berhadapan dengan masalah pembuangan kerja. Hakikatnya, mereka juga tidak terkecuali. Jadi, bagi mereka yang telah dibuang kerja, mereka tidak harus berputus asa. Sebaliknya, mereka harus menggunakan masa yang ada untuk mempertingkatkan diri dengan ilmu- ilmu yang akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih elok dan tinggi pendapatannya. Seseorang itu tidak harus menyempitkan kemampuannya pada satu bidang sahaja.
Encik Razali Rahman, 43 tahun yang ditemuramah pihak My Paper, merupakan contoh terbaik dalam hal ini. Encik Razali tinggal di sebuah rumah sewa bersama seorang isteri dan dua orang anak berusia lima dan tujuh tahun. Beliau hanya bertugas sebagai seorang pegawai keselamatan. Namun demikian, usia yang lanjut dan isu kemiskinan, langsung tidak menghalang Encik Razali daripada meneruskan pelajarannya. Beliau telah meyakinkan Majlis Ugama Islam untuk menaja sepenuhnya kos pembelajarannya dalam bidang sarjana muda perakaunan di BMC Academy. Encik Razali telah bertekad untuk mengecapi cita-citanya sebagai seorang pagawai perakaunan. Beliau percaya bahawasanya pendidikan sahaja yang dapat merubaha nasib seseorang itu. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawasanya tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kelebihan ilmu.
Kesimpulan
Migrasi ialah satu fenomena yang sukar ditangani. Tambahan pula dalam era globalisasi hari ini yang memudahkan perjalanan daripada satu destinasi ke destinasi yang lain. Singapura merupakan antara destinasi paling digemari pendatang-pendatang asing kerana terdapatnya banyak peluang pekerjaan. Namun demikian, bilangannya yang terlalu ramai telah menjejas kesejahteraan hidup penduduk peribumi.
Bibliografi
http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,154076,00.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5173:04-dis- singapura-wajib-rakyat-asing-lulus-bahasa-inggeris&catid=375:2009-12&Itemid=27 http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,147512,00.html http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/pdf/20090731/Press%20Release%20- %20Employment%20Situation%20Q2%202009%20(310709).pdf http://www.moe.gov.sg/media/forum/2007/forum_letters/20070616.pdf http://www.guidemesingapore.com/work-permit/c728-singapore-work-permit-schemes.htm http://www.migrationinformation.org/Profiles/display.cfm?id=570 Berita Minggu, Ahad, 6 Disember 2009, m.s. 12-13 Pantai Kita Rumah Mereka My Paper, Friday, 23 January 2009, S‟poreans keep fighting spirit alive