ISU WARISAN SENI PERHUBUNGAN DALAM SULALATUS SALATIN
ISU WARISAN SENI PERHUBUNGAN DALAM SULALATUS SALATIN
Mainura Binte Mawi
Tun Sri Lanang dan Pemikiran Dalam Karyanya
Sejarah Melayu atau juga dikenali sebagai Sulalatus Salatin ialah sebuah karya sejarah hasil tulisan Tun Seri Lanang. Tun Sri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhammad berasal daripada Johor. Beliau merupakan seorang Bendahara semasa zaman Sultan Riayat Syah. Beliau merupakan pujangga terakhir yang mengeluarkan Sejarah Melayu dalam bentuk yang paling sempurna. Kesempurnaan yang dimaksudkan di sini termasuk kejayaan Tun Sri Lanang menggabungkan empat sifat iaitu sejarah, saintifik, humanistik, rasional dan self-revelatory.
Sejarah Melayu
Sejarah Melayu mula ditulis pada tahun 1612 dan selesai hanya setelah beberapa tahun kemudian. Isi karya sejarah ini mengandungi 34 bab yang meliputi pelbagai bahagian. Ada bahagian yang bersifat mitos dan mengandungi isi-isi yang menceritakan asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan istiadat- istiadat yang disaluti dengan unsur imaginasi. Selain itu, karya ini turut mengandungi isi cerita yang berbentuk sejarah seperti kisah-kisah pembukaan negara, aktiviti-aktiviti raja dan undang-undang yang dikeluarkan. Beberapa isi penting yang turut dimuatkan di dalam Sejarah Melayu ini termasuk penaklukan Iskandar Zulkarnain, Singapura dilanggar todak, pembukaan Melaka dan sebagainya.
Aspek Diplomasi
Kesempuraan kitab ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Bab 6 dalam Sejarah Melayu, misalnya, menceritakan mengenai jalinan hubungan antara Melaka dan negeri Cina. Jalinan hubungan dua hala ini boleh dilihat dari segi seni perhubungan. Kebesaran dan kemakmuran negara Melaka tersebar sehingga ke negeri Cina. Ini menyebabkan Maharaja Cina menghantar warkah dan beberapa barangan seperti sutera, benang emas dan sebagainya kepada Raja Melaka. Sementara itu, Raja Melaka membalas rombongan negara Cina itu dengan menghantar ketua utusan, Tun Perpatih Putih bersama warkah dan pilu yang sarat diisi dengan sagu rendang sebagai balasan.
Kebijaksaan ketua utusan Melaka, Tun Perpatih Putih dalam menjaga dan menambat hati Maharaja Cina ketika kunjungannya ke negara itu jelas memperlihatkan bahawa beliau berusaha menggunakan pendekatan diplomasi dalam urusannya. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat (2007), perkataan „diplomasi‟ ada berkait rapat dengan seni perhubungan di antara dua pihak yang berbeza. Di peringkat makro, diplomasi ini boleh dilihat sebagai seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa. Sementara itu, sudut mikro boleh dilihat dari sudut perhubungan sesama manusia. Ia boleh dianggap sebagai seni dan kemahiran berurus dengan seseorang tanpa menyinggung perasaannya ataupun mengendalikan seseorang dengan berhati-hati dan tidak dengan terlalu terang-terangan.
Implikasi Terhadap Bangsa
Kebijaksaan orang Melayu dalam menjalin hubungan di antara dua pihak secara diplomasi ini memperlihatkan bahawa orang Melayu sentiasa mengamalkan sikap toleransi. Sikap ini boleh dianggap sebagai penting terutama dalam kehidupan masyarakat majmuk di Singapura. Encik Lee Hsein Loong, Perdana Menteri Singapura, pernah menyentuh mengenai kepentingan hidup bertoleransi di dalam masyarakat majmuk sempena amanat Rapat Umum Hari Kebangsaan 2009 di Pusat Budaya dan Universiti, Universiti Nasional Singapura. Beliau memberikan satu contoh jelas akan sikap toleransi yang diamalkan oleh rakyat Singapura:
“Two families both wanted the same place. The Malay family wanted to hold a wedding, Chinese family wanted to hold a wake, then there is a tussle... In the incident which I described, fortunately the Malay family graciously agreed to move nearby to a different void deck even though they had the first claim after mediation by the grassroots leaders... This case was unusual because both parties stood firm at the beginning. Fortunately after mediation, one side decided to give way.” – (Encik Lee Hsien Loong dalam amanat ucapannya dalam Bahasa Inggeris di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2009)
Tujuan Encik Lee memaparkan senario sebenar ini agar ia dapat dijadikan sumber teladan kepada rakyat Singapura. Hal ini telah dianggap sebagai satu perkara yang penting. Kepentingan yang dinyatakan oleh Encik Lee dapat ditukil melalui petikan berikut:
“But if such an incident had been wrongly handled and you have a case which escalates into a racial or a religious conflict, then one case is bad enough. To solve such problems, to live peacefully together, we need good sense and tolerance on all sides and a willingness to give and take...” - Encik Lee Hsien Loong dalam amanat ucapannya dalam Bahasa Inggeris di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2009
Melihat akan kepentingan yang dinyatakan oleh Encik Lee, dipercayai masyarakat Melayu Singapura dapat menghidupkan masyarakat majmuk yang harmonis. Hal ini dapat dibuktikan melalui satu kajian yang telah dijalankan oleh Journal American Behavioral Scientist mengenai sikap masyarakat Melayu dari dua benua. Journal American Behavioral Scientist menerbitkan mengenai satu kajian yang dijalankan berjudul Malay Culture and Personality: A Big Five Perspective. Kajian ini mengkaji mengenai “Big Five Model Of Personality” yang cuba diterapkan ke dalam budaya Melayu. Ia dijalankan di antara pelajar Malaysia di Malaysia dan pelajar Malaysia yang belajar di Australia.
Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa para pelajar di Malaysia lebih mudah menerima sesuatu pandangan tanpa membantah, dan mereka juga didapati tidak berfikiran terbuka dalam pergaulan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pembudayaan di sesuatu tempat itu mampu mempengaruhi sikap dan personaliti masyarakatnya. Jelas dapat dinyatakan bahawa keadaan ini agak serupa dengan keadaan masyarakat Melayu Singapura. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu Singapura mampu hidup secara harmonis dengan sikap berdiplomasi yang diamalkan oleh mereka.
Perluasan kepada aspek diplomasi
Aspek diplomasi ini tidak hanya tertumpu di bidang politik sahaja. Aspek diplomasi ini seharusnya diperluaskan lagi kepada pelbagai aspek lain seperti psikologi, pendidikan dan sebagainya. Sean Covey dalam buku „The 7 Habits Of Highly Effective Teens‟ mencadangkan sebuah pelan bertindak Aspek diplomasi ini tidak hanya tertumpu di bidang politik sahaja. Aspek diplomasi ini seharusnya diperluaskan lagi kepada pelbagai aspek lain seperti psikologi, pendidikan dan sebagainya. Sean Covey dalam buku „The 7 Habits Of Highly Effective Teens‟ mencadangkan sebuah pelan bertindak
1. Mengetahui Masalah
2. Mendapatkan pendapat orang sekeliling
3. Berkongsi pendapat sendiri
4. Berbincang secara intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu
5. Cari penyelesaian terbaik
Pelan bertindak yang dilakarkan adalah sesuai untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia. Cara ini juga dapat membentuk individu menjadi masyarakat yang lebih rasional dan bertamadun dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ini dapat mengelakkan manusia berasa kesal akan keputusan yang diambil dek sikap terburu-buru. Sikap ini ada dijelaskan dalam ayat 37 Surah Anbiyaa; “manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa”.
Oleh yang demikian, cara berkomunikasi secara berkesan dan penuh sopan sesama insan seharusnya dimulakan sejak usia muda lagi. Ini dapat dilakukan di dalam kelas Sivik dan Moral para pelajar. Selain itu, lakaran pembelajaran Sivik dan Moral seharusnya ditambah nilainya. Kegiatan yang lebih menarik dan interaktif seperti lakonan, diskusi dan sebagainya boleh dijanakan untuk merubah konvensi.
Kegiatan yang lebih menarik sebegini mampu meningkatkan minat pelajar. Selain itu, cara sebegini dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri dalam diri para pelajar. Pendekatan sebegini juga dapat mengajar para pelajar agar lebih berani menguatarakan pendapat, lebih terbuka untuk menerima idea-idea baharu daripada rakan untuk diterokai bersama. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara mendapatkan penyelesaian terbaik bagi masalah.
Kemahiran sebegini ini amat berguna dalam kehidupan seharian pelajar dan masa hadapan. Pengajaran terhadap komunikasi sesama manusia seharusnya diterapkan di peringkat awal lagi bak peribahasa Melayu; melentur buluh biar daripada rebungnya. Cara ini dapat menjamin para pelajar yang dididik menjadi pelapis yang dinamik seperti pembudayaan orang-orang di negara Jepun. Sikap dan pembudayaan yang diamalkan segolongan besar rakyatnya ini telah membawa banyak kemajuan kepada negara tersebut.
Bibliografi
Ahmad Samad Ahmad (2006). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Harun, Mat Piah. et al. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional Edisi Ke-3. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Lee Hsien Loong. (Aug 16, 2009). Prime Minister National Day Rally 2009 at University Cultural Centre in National University Of Singapore. Retrieved 5 January 2010. from www.pap.org.sg/.../pm_lee_hsien_loong_national_day_rally_speech_2009 english.pdf – Mastor et al. Malay Culture and Personality. American Behavioral Scientist. 2000; 44: 95-111. Retrieved February 4, 2010, from SAGE JOURNAL ONLINE Sean Covey. (1998). The 7 habits of highly effective teens: the ultimate teenage success. New York : Simon & Schuster.