ISU SAINS DAN AGAMA IKTIBAR DARI NEWATER DALAM KONTEKS TAUBAH
ISU SAINS DAN AGAMA IKTIBAR DARI NEWATER DALAM KONTEKS TAUBAH
Shaheda Bte Salim
Pendahuluan
Memang sudah terbukti bahawa sains dan agama Islam saling melengkapi. Sains membuktikan kewujudan dan kebenaran agama Islam dengan penemuan-penemuan yang menakjubkan. Sains juga dapat mewujudkan sesuatu yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Namun demikian, masih lagi terdapat ahli-ahli sains yang menyangkal kaitan ini dengan mencari bukti-bukti yang menunjukkan bahawa sains lebih agung dan mampu memberi jawapan kepada setiap persoalan yang tidak mampu terjawab oleh manusia mahupun agama:
“Nevertheless, today, some of the scientists who step forth in the name of science take an entirely different stand. In their view, scientific discoveries do not imply the creation of God.” (A.O., 29 Jun 2008, http://www.islamreligion.com/articles/258/)
Kecanggihan sains dan teknologi dapat mencungkil keajaiban dunia dan memberi tafsiran yang berlainan daripada perspektif agama. Namun demikian, jika ditinjau dari sudut yang tersirat, terdapat persamaan yang jelas di antara kedua-dua bidang ini. Antara kegunaan sains yang dapat kita kaitkan dengan agama Islam adalah penemuan kajian untuk mengitar semula air yang telah digunakan sehingga terhasilnya air yang suci lagi menyucikan, iaitu NEWater.
NEWater: Tujuan Kewujudannya
Singapura merupakan sebuah negara yang mampu makmur tanpa sumber alam seperti air, hasil minyak dan sebagainya kerana ia bijak dalam menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara jiran untuk mendapatkan sumber yang diperlukan. Seperti contoh, Singapura telah menandatangani dua memorandum atau perjanjian untuk membeli sumber air dari negara jiran, Malaysia. Meskipun begitu, ia masih tidak mencukupi. Oleh yang demikian, sejak 1970-an lagi, ahli-ahli jurutera di PUB telah mula menimbangkan untuk menggunakan cara penambakkan air atau istilah Inggerisnya, water reclamation, namun rancangan itu terpaksa digagalkan kerana keseluruhan kosnya terlalu mahal (Jean Lim, 6 Ogos 2009, http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_1555_2009-08-11.html). Sehubungan ini, pada tahun 1998, kajian NEWater telah dimulakan, gabungan usaha di antara Public Utilities Board (PUB) dan Kementerian Persekitaraan dan Air. Objektif utama gabungan usaha ini adalah memastikan bahawa NEWater sesuai untuk digunakan bagi menampung kekurangan air di Singapura (2008, http://www.pub.gov.sg/ NEWater/Pages/default.aspx).
NEWater: Proses Penghasilan
Secara keseluruhan, proses ini mengandungi empat peringkat penting yang wajib dijalani untuk mendapatkan atau menghasilkan air NEWater yang bersih lagi suci atau lebih difahami masyarakat Islam sebagai air mutlak. Di peringkat proses utama, air akan menjalani rawatan air yang konvensional untuk merawat air yang telah digunakan itu. Seterusnya, air tersebut akan melalui satu membran yang akan menghalang pepejal-pepejal, zarah yang berkoloid, bakteria dan beberapa virus Secara keseluruhan, proses ini mengandungi empat peringkat penting yang wajib dijalani untuk mendapatkan atau menghasilkan air NEWater yang bersih lagi suci atau lebih difahami masyarakat Islam sebagai air mutlak. Di peringkat proses utama, air akan menjalani rawatan air yang konvensional untuk merawat air yang telah digunakan itu. Seterusnya, air tersebut akan melalui satu membran yang akan menghalang pepejal-pepejal, zarah yang berkoloid, bakteria dan beberapa virus
Osmosis berbalik ialah proses yang ketiga. Di peringkat ini, hanya molekul yang kecil seperti air yang dapat menembusi membran untuk meneruskan ke peringkat yang seterusnya. Bahan-bahan seperti bakteria, virus dan beberapa molekul yang lain akan terperangkap di membran tersebut dan tidak dapat ke peringkat seterusnya. Akhir sekali, proses keempat adalah dengan menggunakan pancaran ultraviolet. Walaupun, proses yang ketiga sudah menghasilkan air yang bersih, namun pancaran ini diperlukan untuk membasmi sebarang mikro-organisma yang tertinggal. Selepas itu, kimia ditambah untuk mengembalikan kadar pH air. Oleh yang demikian, NEWater selamat untuk digunakan. (Jean Lim, 6 Ogos 2009, http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_1555_2009-08-11.html)
NEWater: Aplikasi dan Implikasi kepada rakyat Singapura
Air ini telah diperkenalkan kepada rakyat Singapura secara bertahap-tahap sejak tahun 2005 lagi. Air ini masih belum digunakan secara sepenuhnya kerana pemerintah tidak ingin terburu-buru memperkenalkan air ini kerana kemungkinan besar, masyarakat setempat tidak mungkin dapat menerima air ini secara mendadak. Rasanya mungkin berlainan kerana air yang terhasil ini mempunyai kelemahan dari segi peratusan minerals dan vitaminnya.
Menurut fatwa Majlis Ugama Islam Singapura pula, masyarakat Islam masih boleh menggunakan air demikian untuk menyucikan dan mengangkat air sembahyang kerana air ini setaraf kesuciannya dengan air mutlak yang harus kita gunakan untuk menyucikan dirinya. Dengan adanya proses kitaran semula air ini, pemerintah Singapura sekurang-kurangnya dapat menghembus nafas lega kerana ini dapat meningkatkan jumlah peratusan air yang terdapat di Singapura untuk masa yang akan datang.
Jalinan NEWater dengan Taubat Nasuha
Jika kita lihat dari sudut agama pula, proses penjernihan jiwa seseorang umat Islam itu dapat dikaitkan dengan penyucian air, atau lebih dikenali sebagai NEWater kini. Konsep ini mungkin telah diadaptasikan untuk menyucikan air yang telah digunakan di Singapura.
Taubat tidak boleh dilengah-lengahkan atau ditunda. Jika ini berlaku, ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak disegerakan maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Ini juga berlaku jika usaha untuk mengitar semula air yang telah digunakan dilengah-lengahkan. Air amat penting, lebih-lebih lagi di Singapura. Keadaan akan menjadi merbahaya sekiranya Singapura kekurangan sumber air.
Penjernihan atau penyucian jiwa juga memerlukan seseorang umat itu untuk menjalani beberapa syarat penting dan wajib sebelum taubatnya diterima Allah. Pertama, seseorang umat itu haruslah ikhlas ingin bertaubat. Kedua, umat itu mestilah tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Umat itu harus memisahkan dirinya dengan perbuatan dosa yang telah dilakukan dahulu. Seperti proses kitaran semula air NEWater, selepas air melalui membran itu, semua kotoran telah ditapis. Air telah terpisah dari kotoran dan tidak mungkin akan dapat kembali kepada kotoran yang telah ditapis itu. Ketiga, dia mestilah mempunyai perasaan menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan. Sememangnya, sebagai manusia biasa, masih ada terlintas di hati untuk kembali kepada perbuatannya yang lalu tetapi jika dia mempunyai perasaan menyesal, segala dosa yang telah dilakukan walau sekecil zahrah pun akan ditinggalkan. Jika kita teliti, di peringkat ketiga pembersihan air, sememangnya masih lagi terdapat bakteria-bakteria dan kuman-kuman yang lain Penjernihan atau penyucian jiwa juga memerlukan seseorang umat itu untuk menjalani beberapa syarat penting dan wajib sebelum taubatnya diterima Allah. Pertama, seseorang umat itu haruslah ikhlas ingin bertaubat. Kedua, umat itu mestilah tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Umat itu harus memisahkan dirinya dengan perbuatan dosa yang telah dilakukan dahulu. Seperti proses kitaran semula air NEWater, selepas air melalui membran itu, semua kotoran telah ditapis. Air telah terpisah dari kotoran dan tidak mungkin akan dapat kembali kepada kotoran yang telah ditapis itu. Ketiga, dia mestilah mempunyai perasaan menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan. Sememangnya, sebagai manusia biasa, masih ada terlintas di hati untuk kembali kepada perbuatannya yang lalu tetapi jika dia mempunyai perasaan menyesal, segala dosa yang telah dilakukan walau sekecil zahrah pun akan ditinggalkan. Jika kita teliti, di peringkat ketiga pembersihan air, sememangnya masih lagi terdapat bakteria-bakteria dan kuman-kuman yang lain
Akhir sekali, dia mestilah mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya. Ini seolah-olah adalah dosej yang terakhir untuk seseorang umat itu untuk benar-benar bertaubat kepada Allah dan kembali ke pangkal jalan. Proses terakhir ini dapat dibandingkan dengan peringkat terakhir kitaran semula air NEWater yang ditambahkan kimia untuk kembalikan kadar pH air yang sebenarnya.
Selain itu, jika salah satu syarat ini ditinggalkan, maka tidak sah proses taubat itu. Konsep ini juga diaplikasikan bagi proses menyucikan air yang telah digunakan itu. Setiap peringkat perlu dijalani, jika tidak, ia tidak akan menghasilkan air mutlak yang diinginkan.
Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah.
(Muhd. Isa Selamat, http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat- penjernihan-jiwa/)
Rumusan
Natijahnya, terdapat hubungan di antara sains dan agama Islam dalam setiap sudut. Seperti yang dibincangkan mengenai konsep penyucian diri. Persamaannya amat jelas. Konsep taubat ini dapat diterapkan dalam menghasilkan air yang jernih dan bersih. Air yang sangat kotor dan tidak suci boleh disucikan dengan hanya melalui beberapa peringkat penyucian. Perkara ini sememangnya mustahil jika kita bincangkan 30 tahun dahulu. Namun demikian, ia bukanlah sesuatu yang hanya dapat diimpikan sahaja. Ia telah pun menjadi kenyataan dan mampu diaplikasikan kepada masyarakat setempat pada hari ni. Oleh yang demikian, ia juga tidak mustahil untuk seseorang bertaubat kerana Allah sentiasa membuka pintu harapanNya kepada hamba-hambaNya.
Bibliografi
A.O., 29 Jun 2008, http://www.islamreligion.com/articles/258/ Jean Lim, 6 Ogos 2009, http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_1555_2009-08-11.html 2008, http://www.pub.gov.sg/ NEWater/Pages/default.aspx Muhd. Isa Selamat, http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat-penjernihan- jiwa/