Berusahalah agar Dia tersenyum... oh Berubahlah agar Dia tersenyum

Berusahalah agar Dia tersenyum... oh Berubahlah agar Dia tersenyum

Berdasarkan contoh di atas, jelas bahasa lagu „Untuk Kita Renungkan‟ menepati genre balada.

Falsafah

Falsafah adalah kata serapan bahasa Arab dari istilah bahasa Yunani “philosophia”. Falsafah dapat ditakrifkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain (Kamus Dewan 2007: 406). Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Menurut Drs. Sidi Gazalba

(1973), berfikir secara berfalsafah menggandungi tiga ciri, iaitu radikal, sistematik dan sejagat. Radikal bermaksud berfikir secara mendalam bagi sesuatu masalah. Sistematik adalah berfikir secara logik manakala sejagat bersifat umum dan tidak terbatas. Berdasarkan tiga kriteria ini, „Lagu Untuk Kita‟ kaya dengan falsafah yang berjaya diketengahkan oleh Ebeit G. Ade.

Falsafah dalam ‘Untuk Kita Renungkan’

Lirik lagu yang digubal oleh Ebeit G. Ade menonjolkan pemikiran penuh falsafah seperti berikut:

1. „Kita mesti telanjang dan benar-benar bersih, suci lahir dari dalam batin‟ merupakan falsafah yang menyampaikan erti kejujuran dan keikhlasan.

2. „Tengoklah ke dalam sebelum bicara, singkirkan debu yang masih melekat‟ pula mengajak pendengar supaya melakukan muhasabah supaya dapat memperbaiki diri. Seperti contoh, buang perasaan hasrat dengki dan prasangka buruk yang ada dalam diri manusia.

3. „Cambuk kecil agar kita sadar‟ sinomin dengan falsafah Melayu yakni „sudah terhantuk baru terngadah‟ dimana manusia hanya sedar apabila diterima ujian atau musibah.

4. „Bercermin dan banyaklah bercermin‟ merupakan falsafah yang mendalam mengenai introspeksi diri.

Mesej dalam ‘Untuk Kita Renungkan’

Lirik lagu yang dicipta oleh Ebei G. Ade bukan sahaja kaya dengan falsafah, malah penuh dengan mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan kepada pendengar untuk dihayati. Misalnya:

„Bahwa kita mesti banyak berbenah‟ bermaksud kita harus memperbaiki diri kita. Dalam konteks lagu ini, anggaplah musibah atau cabaran itu sebagai satu teguran supaya kita memperbaiki diri kita.

1. „Dalam kekalutan, masih banyak tangan, yang tega berbuat nista‟ pula merupakan pengajaran bersifat sinis yang bermaksud dalam kesusahan ada orang yang ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan.

2. „Ke manakah lagi kita kan sembunyi, hanya kepadaNya kita kembali‟ menyampaikan maksud, kita harus jujur kepada diri kita sendiri.

3. „Berusahalah agar Dia tersenyum‟ pula bermaksud kita berusaha supaya kita mendapat keredhaan daripada Tuhan.

Gaya Bahasa

Segala aspek falsafah dan mesej yang dibincangkan tidak akan mempunyai nilai estetika tanpa unsur kepuisian yang direalisasikan melalui aspek metafora. Unsur kepuisian ini bukan sahaja dapat menghidupkan unsur imejan kepada pendengar malah menimbulkan variasi dan keanekaragaman bahasa.

Metafora

Menurut Maniyamin Haji Ibrahim dalam Gaya Bahasa Kiasan (2006: 45), metafora adalah gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang menyebut dual hal tanpa menggunakan kata-kata perbandingan.Unsur metafora ini dapat dilihat dalam lagu „Untuk Kita Renungkan‟. Misalnya, „asap panas membakar‟ dan „badai menyapu bersih‟ merupakan unsur metafora yang dapat memberikan gambaran kepada pendengar selain mempunyai nilai estetika dalam lirik lagu.

Penutup

Muzik merupakan wadah yang amat berkesan bagi menyampaikan dakwah dalam bentuk hiburan. Dakwah merupakan satu perkara yang memerlukan satu usaha atau kesungguhan sama ada secara amali atau teori bagi mencapai objektif, tujuan atau motif yang digariskan. Lagu „Untuk Kita Renungkan‟ berjaya menyampaikan unsur dakwah ini sambil menghiburkan pendengar dan berjaya menyelitkan unsur falsafah dalam mesej yang ingin disampaikan.

Bibliografi

J. E. Housman, British Popular Ballads (1952, London: Ayer Publishing, 1969) Drs. Sidi Gazalba (1973) dalam Sistematika Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat, Teori Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai. - Kuala Lumpur (Penerbitan Utusan Melayu Berhad) Maniyamin Bin Haji Ibrahim (2006), Gaya Bahasa Kiasan, Shah Alam: Karisma Publications http://www.ebietgade.com/