Kematangan EQ Goleman-Noriah et al. 2004

yang mempunyai kekuatan kerohanian yang tinggi akan mudah mengontrol dan mengawal pelbagai kesukaran dan permasalahan hidup yang dihadapinya. Sehingga dapat dikatakan bahawa kerohanian merupakan domain utama dalam pembentukan kecerdasan emosi seseorang Noriah et al 2003; Syafrimen 2004, Syed Najmuddin 2005.

IV. Kematangan

Domain kematangan ini menggambarkan aspek usia, pengalaman dan pengetahuan seseorang dan kesannya ke atas EQ. Dari segi usia, didapati seseorang itu biasanya akan menjadi lebih matang apabila bertambah usia. Sifat kematangan ini digambarkan sebagai kebolehan seseorang untuk mengawal tingkah laku apabila usia bertambah. Peningkatan usia membantu seseorang untuk melakukan muhasabah diri untuk mengenal kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Dari aspek pengalaman pula, didapati ianya mempunyai perkaitan yang rapat dengan EQ. Seseorang yang mempunyai pengalaman positif tentang dunia pekerjaannya, dapat mengawal emosi dengan baik di tempat kerja berbanding dengan seorang pekerja yang masih kurang berpengalaman di dunia pekerjaan. Pengalaman juga boleh membantu seseorang belajar dan seterusnya menggunakan hasil pembelajaran tersebut apabila dalam keadaan konflik dengan diri atau orang lain. Pengalaman lepas dianggap sebagai contoh atau tauladan. Peningkatan ilmu pengetahuan juga boleh membantukan seseorang meningkatkan kematangan diri. Pengetahuan tersebut boleh diperolehi sama ada melalui pembelajaran secara formal hasil daripada latihan dalam perkhidmatan atau sebelum perkhidmatan atau secara tidak formal. Bagaimana pun, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam keadaan tidak formal. Individu yang boleh menyerap ilmu pengetahuan secara tidak formal dan menggunakannya dalam kehidupan peribadi atau pekerjaannya secara berkesan dapat meningkatkan kecerdasan emosinya. Rumusan tentang konsep EQ Goleman-Noriah et al. 2004 tersebut dapat di rujuk pada Rajah 2.2 selepas perenggan di bawah ini. Model EQ yang dicadangkan oleh Goleman-Noriah et al. 2004 ini telah dijadikan asas kepada kajian ini. Selari dengan beberapa kajian sebelum ini Noriah 2004; Syafrimen 2004; Syed Najmuddin 2005; Rorlinda 2008 dan Wan Ashibah 2004, yang melihat bahawa model ini selari dengan konteks budaya tempatan. Dalam seting pendidikan, model ini juga selari dengan Falsafah Pendidikan Negara FPN yang juga menyentuh aspek emosi, sekaligus aspek kerohanian yang menjadi ciri utama masyarakat tempatan. Justeru, pembinaan modul EQ yang diasaskan kepada FPN dan model EQ tersebut dapat memberikan satu pencerahan dan nuansa baru kepada guru-guru supaya dapat melihat lebih jelas lagi hasrat FPN dalam memandu halatuju pendidikan di negara ini. Rajah 2.2 Model EQ Noriah-Goleman 2004

2.3 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN