Kebolehpercayaan Instrumen IKEMMEQI KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

3.7 KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

Sama halnya dengan kesahan instrumen, kebolehpercayaan juga dilakukan terhadap kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu instrumen IKEMMEQI pada fasa pertama dan soalan protokol pada fasa kedua. Untuk melihat kebolehpercayaan instrumen IKEMMEQI ujian Cronbach Alpha digunakan. Sedangkan untuk melihat kebolehpercayaan protokol temubual pula, pengkaji telah meminta tujuh orang penilai Inter-rater reliability untuk menilai hasil analsis kualitatif yang telah dilakukan. Penilaian yang diberikan oleh masing-masing rater tersebut dikira menggunakan Formula Cohen Kappa K = fa-fc N-fc seperti yang dicadangkan oleh Yin 1994. Menurut Yin fa= kekerapan persetujuan penilai, fc= kekerapan kebarangkalian manakala N= jumlah item yang disediakan dalam skema pengekodan.

3.7.1 Kebolehpercayaan Instrumen IKEMMEQI

Kebolehpercayaan instrumen IKEMMEQI sebenarnya telah dilakukan banyak kali. Semenjak instrumen ini dibangunkan pada tahun 2002 oleh Noriah et al. ujian kebolehpercayaan instrumen telah dilakukan kepada sekumpulan sampel guru-guru. Seterusnya ujian kebolehpercayaan juga telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji berikutnya yang menggunakan instrumen tersebut, diantaranya adalah Syafrimen 2004 yang menjalankan kajian terhadap guru-guru sekolah menengah di Malaysia, Syed Najmuddin 2005 yang menjalankan kajian terhadap guru-guru Maktab Rendah Sains MARA MRSM, Iskandar 2008 yang menjalankan kajian terhadap pensyarah Institut Agama Islam Negeri “Sultan Taha” Jambi Indonesia, dan Rorlinda 2008 yang menjalankan kajian terhadap guru-guru kaunseling di Selangor Malaysia. Masing- masing kajian mendapati kebolehpercayaan instrumen tersebut secara keseluruhan adalah 0.9 ke atas. Bagaimanapun untuk tujuan kajian ini pengkaji cuba melihat kebolehpercayaan instrumen lagi sekali bagi memastikan konsistensi instrumen tersebut. Memandangakan instrumen IKEMMEQI terbahagi kepada dua bahagian persepsi dan pencapaian, maka ujian kebolehpercayaan instrumen dilihat bagi kedua- dua bahagian berkenaan. Ujian kebolehpercayaan bagi setiap domain dan sub domain yang terdapat pada masing-masing bahagian juga dilakukan. Jadual 3.2 memaparkan kebolehpercayaan instrumen IKEMMEQI bahagian persepsi dan juga domain dan sub domain yang terdapat pada bahagian tersebut. Daripada analisis yang dijalankan, nilai alpha IKEMMEQI secara keseluruhan untuk bahagian persepsi tersebut adalah 0.98. Sedangkan nilai alpha bagi setiap domain yang terkandung pada bahagian ini pula adalah i domain kesedaran kendiri 0.81, dan nilai alpha bagi setiap sub domain adalah antara 0.60 sehingga 0.73. ii Domain regulasi kendiri pula 0.89, dan nilai alpha bagi setiap sub domain ini adalah antara 0.70 sehingga 0.78. iii Domain motivasi kendiri 0.93, dan nilai bagi setiap sub domain pula adalah antara 0.67 sehingga 0.82. iv Domain empati 0.94, dan nilai alpha bagi setiap domain pula adalah antara 0.70 sehingga 0.84. v Domain kemahiran sosial 0.94, dan bagi setiap domain pula adalah antara 0.60 sehingga 0.86. vi Domain kerohanian 0.76, dan vi domaian kematangan adalah 0.94. Secara lebih terperinci nilai alpha yang diperolehi bagi masing-masing domain dan sub domain yang terdapat dalam instrumen IKEMMEQI bahagian persepsi tersebut, adalah seperti pada Jadual 3.2 di bawah ini. Jadual 3.2 Nilai Kebolehpercayaan alpha cronbach instrumen IKEM-MEQI persepsi Domain Sub Domain Nilai Alpha IKEMMEQI Keseluruhan

0.98 Kesedaran Kendiri Persepsi

0.81 - Kesedaran emosi 0.60 - Penilaian kendiri yang tepat 0.61 - Keyakinan diri 0.73 - Kejujuran 0.70 Regulasi Kendiri 0.89 - Kawalan kendiri 0.70 - Kebolehpercayaan 0.73 - Responsibiliti 0.73 - Kebolehsuaian 0.78 - Inovasi 0.77 Motivasi Kendiri 0.93 - Dorongan pencapaian 0.80 - Komitmen 0.82 - Inisiatif 0.72 - Minat 0.67 bersambung... ...sambungan Empati 0.94 - Memahami orang lain 0.82 - Membantu orang lain 0.81 - Leveraging diversiti 0.74 - Berorientasi perkhidmatan 0.84 - Mengembangkan potensi orang lain 0.70 - Kesedaran politik 0.75 - Penyayang 0.83 Kemahiran Sosial 0.94 - Mempengaruhi orang lain 0.77 - Pengurusan konflik 0.60 - Kepimpinan 0.86 - Pemangkin perubahan 0.70 - Membina hubungan 0.80 - Bekerjasama 0.82 - Kerja berpasukan 0.70 - Komunikasi 0.72 Kerohanian 0.76 Kematangan 0.94 Jadual 3.3 di bawah ini pula memaparkan nilai kebolehpercayaan instrumen IKEMMEQI bahagian pencapaian. Nilai kebolehpercayaan secara keseluruhan untuk bahagian pencapaian adalah 0.65, dan nilai kebolehpercayaan bagi setiap domain yang terkandung pada bahagian ini adalah domain kesedaran kendiri 0.94, regulasi kendiri

0.71, motivasi kendiri 0.94, dan domain empati 0.76.

Jadual 3.3 Nilai Kebolehpercayaan alpha cronbach instrumen IKEM- MEQI pencapaian Domain Nilai Alpha IKEMMEQI Keseluruhan 0.65 Kesedaran Kendiri 0.94 Regulasi Kendiri 0.71 Motivasi Kendiri 0.94 Empati 0.76 Menurut Hair, Anderson, Tatham dan Black 1998, nilai kebolehpercayaan adalah antara 0 hingga 1, dan nilai 0.60 hingga 0.70 merupakan nilai terendah dan masih boleh diterima. Robinson, Shaver, dan Wrightsman 1991 dalam Hair et al. 1998 menyatakan nilai minimum Cronbach Alpha dalam kajian eksplorasi ialah 0.60. Sedangkan menurut Mohd Majid Konting 2005 pula nilai alpha yang melebihi 0.60 sering digunakan. Sidek Mohd. Noah 2002 pula menyatakan untuk ujian kebolehan seperti mengukur kebolehan mental umum mestilah mempunyai kebolehpercayaan 0.90 ke atas. Untuk Typcal Performance Test, Nilai keboleh percayaan boleh 0.85 hingga 0.90. Bila dirujuk kepada beberapa pandangan di atas, secara umumnya nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah pada tahap yang boleh digunakan. Dengan perkataan lain instrumen tersebut boleh dikatakan konsisten dan boleh dipercayai.

3.7.2 Kebolehpercayaan Soalan Protokol