IMPLIKASI AMALAN Pembinaan Modul EQ Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru Guru di Malaysia

oleh Ramachandran dari Calivornia University 1997 yang menyatakan bahawa god spot ataupun pusat spiritual telah built in pada otak manusia. Wolf Singer seorang pakar saraf Australia 1996 menemukan istilah ”The Binding Problem” yang menyatakan bahawa dalam otak manusia terdapat proses saraf yang mempersatukan dan memberi makna pada pengalaman hidup manusia. Jaringan saraf tersebut mengikat pengalaman signifikan manusia, dan mendorong manusia untuk hidup lebih bermakna. Bila disesuaikan dengan kehidupan orang-orang berjaya sama ada mereka sedari ataupun tidak sebenarnya yang menghantarkan pada kejayaan mereka adalah nilai-nilai spritual seperti kasih sayang, kejujuran, keprihatinan dan kebersamaan, ataupun sentiasa berjalan pada garis orbit. Justeru, keadaan inilah sebenarnya kemungkinan kenapa subjek-subjek kajian ini memberikan pandangan sedemikian terhadap latihan yang diberikan kepada mereka.

5.4 IMPLIKASI AMALAN

Pengkaji melaporkan implikasi kajian berdasarkan gambaran dapatan kajian secara keseluruhan. Kajian pembinaan modul kecerdasan emosi EQ dilihat sebagai satu kajian penting dijalankan sekarang ini, memandangkan telah banyak kajian berbentuk tinjauan dijalankan sebelumnya untuk mengenal pasti profil EQ dalam perspektif pendidikan mahupun bidang kerjaya selain pendidikan. Dalam perspektif pendidikan sama ada pelajar, guru-guru mahupun pentadbir sekolah banyak dihasilkan. Secara umumnya para penyelidik telah berjaya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh masing-masing subjek kajian. Untuk itu menurut pengkaji sudah sepatutnya penyelidik-penyelidik yang berminat dalam bidang yang sama memikirkan bentuk-bentuk latihan yang bersesuaian untuk memperbaiki pelbagai kelemahan yang telah dikenal pasti, dan mempertingkatkan lagi kompetensi EQ yang dilihat penting dalam seting profesion masing-masing, supaya nampak kesinambungan usaha untuk memperbaiki dapatan kajian yang telah dihasilkan. Satu catatan penting yang perlu dipertimbangkan adalah pembinaan sesebuah modul selayaknya dimulakan dengan ujian keperluan, supaya modul yang dibina lebih spesifik tentang kompetensi yang perlu diambil tindakan dalam sesebuah latihan. Konsep pembelajaran sepanjang hayat sangat bersesuaian dalam pembinaan EQ, memandangkan EQ tersebut dapat diperbaiki sepanjang hayat seseorang. Pembinaan secara berterusan penting dilakukan memandangkan EQ tidak matang dengan sendirinya selari dengan perkembangan umur ataupun kematangan fizikal sesorang, melainkan dilakukan latihan secara berterusan, menerusi pengalaman hidup yang dilalui sepanjang hayat tersebut. Kaedah ini akan dapat mewujudkan individu yang lebih bijak mengenal pasti keadaan emosi sendiri dan juga emosi orang lain, sehingga akhirnya akan menjadi dirinya sebagai individu yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. Justeru, dalam seting pendidikan kaedah ini dapat dimulakan semenjak kanak-kanak mula belajar pada peringkat pendidikan paling rendah sekali. Kedaan tersebut dapat terus dikembangkan sehingga generasi yang telah terdidik dapat mewariskan budaya tersebut pada generasi-generasi seterusnya. Jika keadaan ini dapat diwujudkan barulah kita dapat melihat keseimbangan dan merasakan keharmosnisan dalam kehidupan seperti yang dicita-citakan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Melalui latihan berterusan secara mandiri oleh guru-guru dapat meningkatkan kecerdasan mereka sendiri dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang menyenakan kepada pelajar. Suasana persekitaran sekolah yang positif dan kondusif dapat membantu guru-guru dan pelajar memantapkan kecerdasan emosi mereka. Justeru, suasana sedemikian sepatutnya menjadi prioriti bagi pentadbir sekolah bagi mewujudkan budaya sekolah penyayang, yang akan melahirkan insan-insan berilmu, berbudi dan berakhlak mulia. Bagi memastikan perkara tersebut berjaya, maka pemilihan guru perlu mengambil kira aspek-aspek kecerdasan emosi sebagai satu daripada kriteria yang wajib dimiliki. Sebagaimana dicadangkan oleh Sarason dlm Syed Najmudin 2005 yang menyatakan bahawa reformasi pendidikan akan berjaya apabila kaedah pemilihan dan latihan guru diubah.

5.5 IMPLIKASI TEORI