PENGENALAN REKA BENTUK KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1. PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk membina modul latihan EQ yang boleh digunakan sebagai panduan dalam latihan kecerdasan emosi guru-guru. Bahagian ini cuba membincangkan tentang reka bentuk kajian, subjek kajian, instrumen kajian, dan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data.

3.2. REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan melalui tiga fasa, iaitu fasa pertama menggunakan pendekatan kuantitatif, dan fasa kedua menggunakan pendekatan kualitatif. Sedangkan fasa ketiga adalah penggabungan antara fasa pertama dan fasa kedua explanatory mixed methods desings. Penggabungan dua pendekatan ini membolehkan pengkaji mendapatkan data yang lebih komprehensif bagi tujuan pembinaan modul EQ yang menjadi matlamat utama kajian ini Creswell 2007; Wiersma 2000. Penggabungan pendekatan dalam sesebuah penyelidikan juga dapat memberikan gambaran yang lebih terperinci tentang sesuatu masalah yang dikaji Creswell 2005; Mils Airasian 2006; Creswell 2007. Mereka juga menyatakan bahawa penggunaan kaedah gabungan ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengumpul dan menganalisis data yang dapat menghasilkan sesebuah penyelidikan yang lebih kukuh dan berkualiti. Gambaran tentang rekabentuk kajian yang digunakan adalah seperti ditunjukkan pada Rajah 3.1 di bawah ini. Rajah 3.1 Reka bentuk kajian Fasa pertama kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan Cross Sectional Survey Designs, iaitu data dikumpulkan daripada subjek kajian untuk tujuan menentukan komponen-komponen kritikal kompetensi asas yang perlu diberikan tumpuan dalam latihan EQ. Melalui kajian tinjauan pengkaji dapat mengumpulkan maklumat terperinci tentang kompetensi asas ataupun komponen- komponen kritikal EQ yang perlu diberikan tumpuan terhadap guru-guru yang menjadi subjek kajian ini Creswell 2007; Mils Airasian 2006; Mohd Majid 2005; Sidek 2002; Wiersma 2000. Dalam versi lain, pakar metodologi penyelidikan juga menyatakan bahawa kajian tinjauan sesuai digunakan untuk mengenal pasti Reka Bentuk Kajian Fasa Pertama Fasa Kedua Kuantitatif Kualitatif Kajian Tinjauan Kajian Kes Instrumen IKEMMEQ I Protokol Temu Bual Menentukan Kompetensi Asas EQ Temu Bual Pakar Orang-orang Berjaya Fasa Ketiga Pembinaan Modul EQ Pengujian Modul EQ MODUL EQ pemboleh ubah-pemboleh ubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pemboleh ubah tersebut wujud dalam fenomena berkenaan Cohen dan Manion 1985; Creswell 2007; Gay, Mils Airasian 2006; Wiersma 2000. Mereka juga menyatakan bahawa kaedah tinjauan sesuai digunakan apabila penyelidik berkeinginan untuk melibatkan jumlah sampel yang agak ramai. Justeru, untuk menjimatkan masa, tenaga dan juga kos maka penggunaan soal selidik adalah satu cara yang lebih praktikal dalam pengumpulan data sesebuah kajian. Perbincangan tentang jumlah sampel yang dilibatkan pada fasa pertama ini, serta instrumen yang digunakan, dibincangkan secara khusus selepas ini. Setelah mendapatkan kompetensi asas EQ yang perlu diberikan tumpuan dalam latihan EQ pada fasa pertama, kajian diteruskan dengan fasa kedua. Fasa kedua, kaedah kajian kes case study research design digunakan, iaitu satu rekabentuk kajian yang membolehkan pengkaji menggunakan kaedah yang komprehensif, dengan cara menggabungkan pelbagai strategi dalam mengumpul dan menganalisis data Yin 1994. Menurut Yin rekabentuk kajian ini sesuai digunakan pada kajian yang melibatkan sesuatu fenomena yang tidak terpisah dengan konteks persekitaran. Kaedah ini juga dapat membantu penyelidik memahami permasalahan yang kompleks dalam konteks yang agak luas Burhan Bungin 2003; Denzin Lincoln 1994. Mohd. Majid Konting 2005, menyatakan bahawa kajian kes merupakan satu penyelidikan yang dilakukan secara intensif ke atas satu unit sosial yang kecil, seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelab ataupun satu sekolah. Sementara Sidek 2002 pula menyatakan bahawa kajian kes merupakan satu reka bentuk kajian untuk mengenalpasti secara intensif tentang latar belakang status semasa serta interaksi persekitaran suatu unit sosial, sama ada melibatkan individu, kumpulan, institusi ataupun komuniti. Beliau berpandangan bahawa walaupun unit yang terlibat dalam kajian kes agak kecil tetapi maklumat yang diperolehi sangat mendalam. Kaedah kajian kes yang digunakan dalam kajian ini adalah multi-case multi-site exploratory case study. Multi-case merujuk kepada lebih daripada satu unit analisis, manakala multi-site merujuk kepada beberapa tempat kajian Yin 1993. Pada fasa kedua ini pengkaji mendapatkan maklumat terperinci daripada pakar dan orang-orang yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Pemilihan pakar dan orang-orang yang berjaya ini adalah untuk mengetahui perkara-perkara penting yang menjadi amalan mereka sehingga mereka menjadi seorang pakar dan seorang yang berjaya dalam bidang mereka. Kajian menunjukkan pakar dan orang-orang yang berjaya dikaitkan dengan EQ yang tinggi Goleman 1995. Maklumat yang dikongsikan oleh pakar dan orang-orang yang berjaya tersebut, seterusnya dijadikan dalam bentuk aktiviti dalam pembinaan modul EQ pada fasa ketiga kajian ini. Untuk mendapatkan maklumat daripada pakar dan orang-orang yang berjaya tersebut, pengkaji telah melakukan penerokaan melalui temubual mendalam indepth interview dan temubual berkumpulan group interview. Pakar dan orang-orang berjaya dimaksudkan adalah i individu yang berjaya dalam bidang yang diceburi, ii individu-individu yang pernah mendapatkan anugerah kenamaan, iii pakar psikologi, iv dan v pakar dalam bidang agama. Setelah mendapatkan kompetensi EQ yang perlu diberikan intervensi pada fasa pertama, dan mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada pakar dan orang- orang berjaya pada fasa kedua, selanjutnya pembinaan draf modul EQ dilakukan pada awal fasa ketiga. Secara lebih terperinci tentang pelaksanaan kajian ini seperti ditunjukkan pada Rajah 3.2 di bawah ini. Rajah 3.2 Prosedur menjalankan kajian

3.3. SUBJEK KAJIAN