Instrumen Fasa Pertama INSTRUMEN KAJIAN

memperkukuhkan lagi kompetensi EQ yang terdapat pada individu berkenaan. Justeru, 33 orang guru yang dipilih dan dilibatkan pada fasa ketiga ini adalah guru-guru yang memperolehi skor di bawah 80 peratus tersebut. Guru-guru yang dilibatkan pada fasa ini adalah untuk tujuan pengujian modul EQ yang dibina. Pemilihan mereka juga dibuat bagi memudahkan pengkaji untuk melihat kesesuaian modul EQ yang dibina, iaitu dengan cara membandingkan skor mereka pada fasa pertama tersebut dengan skor yang mereka perolehi selepas mereka mengikuti latihan EQ menggunakan modul EQ yang dibina.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan dua set instrumen iaitu i Inventori Kepintaran Emosi Malaysia IKEM atau Malaysian Emotional Quotient Inventory MEQI yang disusun oleh Noriah dan rakan-rakan 2004 yang digunakan pada fasa pertama. ii Protokol temubual yang disusun sendiri oleh pengkaji, digunakan pada fasa kedua. Selain dua instrumen tersebut, pengkaji juga menggunakan “borang kebenaran responden consent leter”. Borang kebenaran ini sangat penting diberikan kepada semua subjek untuk mengetahui sama ada mereka ikhlas sebagai peserta kajian ataupun sebaliknya. Borang ini biasanya diberikan sebelum mereka memberikan maklumbalas ke atas instrumen yang diberikan, ataupun sebelum temubual dijalankan dalam kajian kualitatif.

3.4.1 Instrumen Fasa Pertama

Fasa pertama kajian ini menggunakan satu set instrumen Kepintaran Emosi Malaysia- Dewasa IKEM-D atau Malaysian Emotional Quotient Inventory-Adult MEQI-A yang dibina oleh Noriah et al. 2004. Noriah et al. telah membina instrumen ini daripada tahun 2002, dan telah mengalami beberapa kali revisi, sehingga tahun 2007. Instrumen berkenaan dimulakan dalam bentuk kertas dan pensil dengan jumlah item yang agak banyak 263 item, dan setelah mengalami beberapa kali revisi akhirnya jumlah item telah berkurang menjadi 182 item serta tersedia dalam dua pilihan, iaitu dalam bentuk kertas dan pensil dan di atas talian yang boleh dijawab secara online. Sehingga sekarang instrumen ini telah diterjemahkan ke dalam lima bahasa, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, Bahasa Korea, bahasa Arab dan bahasa Indonesia. Termasuk bahasa Melayu, maknanya instrumen tersebut telah tersedia dalam enam bahasa. Instrumen ini telah dinilai di peringkat Universiti, peringkat kebangsaan dan beberapa kali di peringkat antarabangsa. Hasil penilaian tersebut, masing-masing memperolehi pingat emas di peringkat Universiti tahun 2004, pingat perak di peringkat kebangsaan tahun 2005, mendapat anugerah hasil penyelidikan terbaik kategori sains sosial di peringkat antarabangsa di Seoul Korea Selatan pada tahun 2006, dan memperolehi pingat perak pada pertandingan hasil penyelidikan peringkat antarabangsa ”ITEX” di Kuala Lumpur pada tahun 2008. Instrumen ini juga telah dipamerkan oleh UKM sebagai hasil inovasi penyelidikan yang memiliki nilai komersial yang tinggi pada tahun 2008 di Geneva dan April 2009 di Jerman. Instrumen tersebut telah dibangunkan melalui peruntukan projek IRPA International Research Priority Area yang ditaja oleh Kementerian Alam Sekitar Malaysia pada tahun 2002. Kajian awal pembinaan instrumen berkenaan diasaskan kepada konsep EQ yang dicadangkan oleh Goleman 1995 yang mengandungi lima domain EQ iaitu, kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri,empati dan kemahiran sosial. Bagaimanapun setelah kajian dijalankan kepada seluruh penjawat Awam di Malaysia, seperti polis, pegawai penjara, pegawai imegresyen dan juru rawat, dapatan kajian menunjukkan wujudnya penambahan dua domain EQ baru yang dinyatakan oleh masyarakat tempatan, iaitu kerohanian dan kematangan. Maka pembinaan instrumen EQ tersebut telah dibuat berdasarkan tujuh domain EQ mengikut konteks tempatan. Instrumen ini terdiri dari dua bahagian utama iaitu i bahagian maklumat dan latar belakang responden, seperti umur, jantina, organisasi dan pengalaman bekerja. ii bahagian kedua adalah pernyataan-pernyataan yang mengukur setiap domain dan sub domain EQ seperti yang dinyatakan oleh Goleman-Noriah et al. 2004, iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan. Untuk menjadikan instrumen ini lebih berkesan, cara pengukurannya telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu, pengukuran dalam bentuk pernyataan persepsi dan pengukuran dalam bentuk pernyataan prestasi ataupun pencapaian performance test. Bagaimanapun, secara keseluruhan domain dan sub domain EQ tersebut lebih banyak diukur melalui penyataan-pernyataan persepsi. Sedangkan pernyataan-pernyataan berbentuk pencapaian digunakan untuk membantu penyelidik memastikan sama ada subjek kajian menjawab instrumen tersebut dengan betul ataupun secara sambil lewa. Daripada tujuh domain EQ yang dikenal pasti oleh Noriah et al. 2004 hanya empat domain sahaja kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri dan empati yang diukur melalui pernyataan persepsi dan pencapaian tersebut. Sedang tiga domain yang lain kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan hanya diukur melalui pernyataan-pernyataan dalam bentuk persepsi Rujuk myeq.net.my. Item-item yang dinyatakan dalam bentuk persepsi, direspons oleh subjek kajian melalui skala likert lima-mata, iaitu 1- Sangat Tidak Setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Tidak Pasti, 4- Setuju dan 5- Sangat Setuju. Setiap item yang dinyatakan merujuk kepada perasaan dan tingkah laku peribadi subjek yang menjawab instrumen tersebut. Tiada jawapan benar dan salah pada setiap pernyataan yang diberikan, yang pentingnya adalah subjek mestilah menjawab secara ikhlas dan jujur setiap pernyataan yang diberikan. Sedangkan bahagian pencapaian pula dinyatakan melalui dua keadaan, iaitu soalan terbuka open ended question dan dalam bentuk senario seperti foto emosi, gambarlanskap dan maze. Subjek memberikan maklumbalas mereka terhadap soalan terbuka, fotogambar dan maze tersebut sesuai dengan apa yang dirasainya apabila melihat senario yang dinyatakan. Contoh soalan terbuka, dinyatakan dalam situasi pelbagai “mengapa saya perlu mengetahui perasaan saya sendiri?” subjek akan menjawab secara bertulis dalam bentuk tindak balas dengan menyatakan alasan kenapa dirinya perlu mengawal perasaan sendiri. Untuk foto dan gambarlandskap, subjek disuguhkan dengan contoh foto-foto dan gambarlandskap dengan warna semula jadi. Subjek diminta memberikan maklumbalas mereka sesuai dengan skala yang diberikan apabila melihat foto dan gambarlandskap tersebut. Contoh subjek diberikan contoh foto wajah seorang perempuan dalam keadaan murung, subjek akan menyatakan maklumbalas mereka terhadap foto tersebut 1- tidak sedih, 2- sedikit sedih, 3- tidak pasti, 4- sedih dan 5- sangat sedih. Demikian juga dengan gambarlandskap, subjek ditunjukkan contoh pemandangan sebuah pulau yang indah di tengah laut, kemudian mereka akan memberikan respons bagaimana keamatan perasaan yang dialami oleh dirinya 1- sangat rendah, 2- rendah, 3- tidak pasti, 4- tinggi dan 5- sangat tinggi. Sedangkan untuk bahagian maze pula jalan berliku subjek diberikan bentuk maze yang paling mudah sehingga bentuk maze yang paling sukar. Di tengah-tengah maze tersebut terdapat satu benda yang perlu dikeluarkan mengikut liku-liku jalan sesuai dengan maze yang disediakan. Subjek diminta untuk mencari jalan keluar yang betul dengan cara memberikan coretan pada jalan keluar yang mereka kenal pasti, seterusnya subjek diminta untuk menandakan tahap motivasi dirinya ketika mencari jalan keluar tersebut 1-sangat rendah, 2- rendah, 3- sederhana, 4- tinggi dan 5- sangat tinggi. Seperti dinyatakan pada perenggan sebelumnya, instrumen ini mengukur tujuh domain EQ iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan. Terdapat empat bahagian item pada domain kesedaran kendiri, iaitu i kesedaran emosi, ii penilaian kendiri yang tepat, iii keyakinan diri dan iv kejujuran. Terdapat lima bahagian item pada domain regulasi kendiri, iaitu i kawalan kendiri, ii kebolehpercayaan, iii responsibility, iv kebolehsuaian dan v inovasi. Terdapat empat bahagian item pada domain motivasi kendiri, iaitu i dorongan pencapaian, ii komitmen, iii inisiatif dan iv minat. Bagi domain empati pula terdapat tujuh bahagian item iaitu i memahami orang lain, ii membantu orang lain, iii leveraging diversity, iv berorientasi perkhidmatan, v mengembangkan potensi orang lain, vi kesedaran politik, dan vii perasaan kasih sayang. Bagi domain kemahiran sosial pula terdapat 8 bahagian item iaitu i mempengaruhi orang lain, ii pengurusan konflik, iii kepemimpinan, iv pemangkin perubahan, v menjalin hubungan, vi kerjasama, vii keupayaan dalam kerja berpasukan, dan viii komunikasi. Sedangkan untuk domain kerohanian spiritualiti dan kematangan maturity tidak terdapat bahagian-bahagian item seperti lima domain EQ sebelumnya.

i. Bahagian Kesedaran Kendiri