Pandangan Subjek Tentang Latihan Kecerdasan Emosi Menggunakan Modul EQ Yang Dibina

tersebut dapat dirobah kepada sifat-sifat positif. Justeru, latihan yang dilandasi dengan kesedaran yang tinggi, sesuai dengan bisikan nurani semua manusia merupakan jalan yang telah dipilih sebagai metode dalam latihan ini, sehingga seseorang dapat berlatih secara berterusan untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna. Iaitu berusaha semaksimum yang mungkin untuk menerapkan nilai-nilai positif, dan mengurangi, bahkan menghilangkan kebiasaan negatif dalam kehidupan akan menghantarkan seseorang pada tujuan tersebut.

5.3.5 Pandangan Subjek Tentang Latihan Kecerdasan Emosi Menggunakan Modul EQ Yang Dibina

Hasil kajian menunjukkan secara umumnya subjek menyatakan latihan yang dilaksanakan menggunakan modul latihan EQ telah memberikan perubahan kepada diri mereka, memberikan pengetahuan baru kepada mereka, dan memberikan kesedaran kepada diri mereka. Perubahan dimaksudkan oleh subjek adalah mereka dapat melihat diri mereka dengan lebih positif dan dapat mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian. Sedangkan memberikan pengetahuan pula menunjukkan latihan tersebut dapat memberikan kefahaman kepada mereka tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi sendiri dan juga orang lain. Manakala memberikan kesedaran pula menunjukkanlatihan tersebut dapat memberikan kesedaran tentang perubahan yang berlaku dalam diri mereka, serta dapatan mengarahkan perubahan tersebut kepada perkara-perkara yang lebih positif. Latihan yang berkesan sepatutnya dapat memberikan perubahan, kesedaran dan pengetahuan kepada peserta latihan yang diberikan. Perubahan yang diharapkan adalah perubahan secara berkesinambungan dan bukanya perubahan sesaat yang mudah pudar setelah beberapa minggu latihan dijalankan. Dengan mengambil kira kesedaran peserta latihan tentang kompetensi yang dibangunkan, dan dengan cara-cara latihan secara mandiri, mudah-mudahan kesan berpanjangan tersebut akan diperolehi oleh subjek- sunjek yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Penggunaan teknik latihan sepanjang hayat dan belajar melalui pengalaman sendiri sememangnya dapat membantu menimbulkan kesedaran pada peserta latihan, dan memberikan pengetahuan yang berkesan kepada mereka. Kerana latihan sebegini sebenarnya selari dengan keperluan seseorang sepanjang hayat mereka. Seperti dinyatakan dalam al-Qur’an; ...Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya QS. al-Najm 53: 23. Ini menggambarkan bahawa sebenarnya seseorang sentiasa terdorong untuk memperbaiki dirinya, namun terkadang sering bterhalang kerana wujudnya halangan pada pendorong hati nurani yang menjadi pendorong dalam kehidupan seseorang tersebut. Hasil kajian Thomas Stanley dalam bukunya The Millionaire of Mind kepada 733 multi millionaire telah menyenaraikan beberapa faktor penting yang mendorong kepada keberhasilan millionaire tersebut, iaitu kejujuran kepada semua orang, disiplin diri yang tinggi, sentiasa bergaul secara baik dengan orang lain, memiliki suami dan isteri yang sentiasa menyokong kerjaya dan bekerja lebih kuat berbanding dengan orang lain. Kelima-lima faktor tersebut adalah terletak pada pusat orbit manusia. Justeru, keupayaan seseorang untuk sentiasa berjalan berada pada pusat orbit tersebut akan memberikan makna yang lebih baik daripada proses pembelajaran sepanjang hayat yang mereka lakukan. Kerana semakin seseorang mendekati pusat orbit maka semakin tinggi peluang untuk sukses akan diperolehi Ari Ginanjar 2007. Ini selari dengan kaedah yang dilakukan oleh Rasulullah saw 15 abad yang lepas, namun beliau tetap tersenarai di bahagian paling atas dalam kajian dunia terhadap orang-orang yang dianggap paling berpengaruh di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Resipi yang beliau gunakan adalah sentiasa berjalan pada garis orbit, iaitu; honestSiddiq sentisa bersikap jujur, accountableamanah sentiasa dapat dipercayai, cooperativetabligh sentiasa bertanggungjawab menyampaikan kebenaran, smart intelligent fathanah memiliki kecerdasan. Pandangan tersebut juga selari dengan firman Allah swt yang menyatakan: Sesunguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwanya, dan merugilah orang-orang yang mengotorinya Asy-Syams: 9-10. Dalam ayat lain Allah juga menyatakan ”Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu, iairu bagi orang-orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah QS: al-Ahzaab: 21. Michael Persinger 1990 seorang pakar saraf juga telah berjaya membuktikan tentang keberadaan God Spot pusat spiritual pada otak manusia. Diperkukuhkan lagi oleh Ramachandran dari Calivornia University 1997 yang menyatakan bahawa god spot ataupun pusat spiritual telah built in pada otak manusia. Wolf Singer seorang pakar saraf Australia 1996 menemukan istilah ”The Binding Problem” yang menyatakan bahawa dalam otak manusia terdapat proses saraf yang mempersatukan dan memberi makna pada pengalaman hidup manusia. Jaringan saraf tersebut mengikat pengalaman signifikan manusia, dan mendorong manusia untuk hidup lebih bermakna. Bila disesuaikan dengan kehidupan orang-orang berjaya sama ada mereka sedari ataupun tidak sebenarnya yang menghantarkan pada kejayaan mereka adalah nilai-nilai spritual seperti kasih sayang, kejujuran, keprihatinan dan kebersamaan, ataupun sentiasa berjalan pada garis orbit. Justeru, keadaan inilah sebenarnya kemungkinan kenapa subjek-subjek kajian ini memberikan pandangan sedemikian terhadap latihan yang diberikan kepada mereka.

5.4 IMPLIKASI AMALAN