BATASAN KAJIAN Pembinaan Modul EQ Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru Guru di Malaysia

mempunyai skor yang tinggi pada domain kerohanian dan kematangan, namun mereka memperolehi skor yang agak rendah pada domain-domain yang lain khasnya pada kompetensi asas yang semestinya dimiliki oleh guru-guru berkenaan. Justeru, pembinaan modul latihan EQ menjadi penting untuk membantu memberikan celik akal kepada guru-guru, agar proses pembelajaran secara berterusan dapat berlaku, sehingga akhirnya menghantarkan guru-guru kepada tingkat kematangan EQ. Kejayaan membangunkan modul EQ dalam kajian ini juga memberikan sumbangan bermakna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia: seperti i dapat memberikan ruang intervensi berkaitan dengan kompetensi asas EQ yang mesti dimiliki oleh guru-guru, ii menyediakan platfom kepada guru-guru agar sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang berkesan melalui latihan-latihan EQ yang disediakan, dan akhirnya akan menambahkan keberkesanan pendidikan di sekolah. Dari segi teori pula, kajian ini dapat memperkuatkan lagi dapatan-dapatan kajian EQ yang diperolehi sebelum ini.

1.6 BATASAN KAJIAN

Terdapat beberapa batasan yang menghadkan dapatan kajian ini. Beberapa faktor yang membawa kepada batasan tersebut seperti dinyatakan di bawah ini: i. Pada peringkat analisis keperluan kajian ini hanya melibatkan 112 orang guru yang sedang menuntut di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada fasa kedua pula melibatkan lapan orang pakar dan 24 orang orang-orang yang dianggap berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, serta beberapa dokumen untuk keperluan analisis dokumen. ii. Untuk tujuan pengujian modul, kajian ini baru berjaya melibatkan 33 orang guru yang dijadikan dalam satu kumpulan, kerana semasa pengujian modul tersebut melibat kos yang agak tinggi untuk pembiayaan makan, minum, tempat tinggal dan juga bahan-bahan keperluan latihan. Untuk mendapatkan komitmen penuh daripada guru-guru yang terlibat sebagai peserta latihan, pengkaji telah memenuhi semua perbelanjaan untuk keperluan latihan tersebut. iii. Pengkaji baru berjaya menjalankan latihan selama empat hari kepada guru-guru dalam satu kumpulan seperti yang telah dikemukakan sebelum ini, seterusnya untuk melihat kesesuaian modul tersebut pengkaji baru berjaya mendapatkan pandangan guru-guru yang terlibat dalam latihan tersebut dalam bentuk maklum balas yang mereka berikan selepas latihan dijalankan. Pengkaji sememangnya memberikan ujian awal sebelum latihan dan juga selepas latihan menggunakan modul EQ dijalankan. Bagaimanapun pengkaji melihat kemungkinan akan lebih nampak keberkesanan modul ini apabila dilakukan dalam bentuk eksperimen sebenar dengan mewujudkan kumpulan kawalan, mengontrol segala pemboleh ubah luaran yang dapat mempengaruhi dapatan eksperimen. Sememangnya pengkaji mengharapkan akan ada kajian lanjutan selepas ini untuk menguji dan melihat keberkesanan modul ini menggunakan pendekatan sedekian.

1.7 KERANGKA KONSEP KAJIAN