TATACARA PENGANALISISAN DATA Pembinaan Modul EQ Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru Guru di Malaysia

penting mempertimbangkan perkara-parkara berikut; i menerangkan kajian yang dijalankan menggunakan keterangan yang sama bagi semua peserta temua bual, ii urutan soalan pengenalan, urutan soalan dan penuturan soalan mestilah sama, iii jawapan sepenuhnya diberikan kepada subjek temubual bukannya penemubual, iv penemubual tidak mencadangkan jawapan kepada subjek, v penemubual tidak mentafsirkan jawapan yang diberikan oleh subjek mengikut penafsiran sendiri dan vi tidak menambah dan mengurangi soalan protokol yang telah dibina. Pengumpulan data pada fasa ketiga pengkaji tidak lagi melakukan prosedur seperti pada fasa pertama dan kedua, memandangkan subjek kajian fasa ketiga ini adalah guru-guru yang terlibat pada fasa pertama. Pengumpulan data pada fasa ini dilakukan selepas pengujian modul EQ dilakukan. Selepas pengujian modul, pengkaji memberikan soal selidik kepada subjek kajian yang terlibat pada fasa ini semula untuk mendapatkan perbandingan data dengan data fasa pertama. Perbandingan data fasa pertama dan ketiga ini sangat penting untuk melihat profil kompetensi EQ sebelum dan selepas mereka mengikuti latihan menggunakan modul EQ yang dibina. Pada fasa ini juga pengkaji cuba mendapatkan maklum balas daripada subjek-subjek yang terlibat pada fasa ketiga ini dengan cara mendapatkan pandangan mereka tentang latihan yang mereka ikuti menggunakan modul EQ tersebut. Pandangan mereka ini sangat penting untuk melihat respons mereka secara jujur sepanjang mengikuti latihan menggunakan modul EQ berkenaan.

3.9 TATACARA PENGANALISISAN DATA

Data-data yang dikumpul pada fasa pertama menggunakan instrumen IKEMMEQI dianalisis menggunakan SPSS windows versi 15 Statistical Package for Social Science Version 15. Sebelum analisis dijalankan pembersihan data dilakukan terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting dilakukan kerana kemungkinan terdapat kesilapan semasa memasukan data ke dalam program SPSS. Kesilapan memasukan data boleh mempengaruhi hasil analisis yang dilakukan Choakes 2005; Julie Pallant 2004. Setelah data-data yang diperolehi selesai dibersihkan barulah proses analisis dijalankan. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data-data yang diperolehi pada fasa pertama tersebut. Statistik deskriptif kekerapan dan peratusan telah digunakan untuk menerangkan profil responden kajian yang terlibat dalam kajian ini. Sedangkan statistik deskriptif min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan kompetensi asas EQ yang perlu diberikan intervensi dalam kalangan guru-guru yang terlibat di dalam kajian ini. Data yang diperolehi pada fasa kedua kajian kes pula dianalisis menggunakan secara tematik menggunakan perisian NVivo 2 dan NVivo 7 iaitu jenis perisian terkini yang dibina khas untuk memudahkan dalam menganalisis dan mengorganisasikan data-data kualitatif. Sebelum data-data temubual dianalisis menggunakan perisian tersebut, semua hasil temubual sama ada temubual individu mahupun temubual berkumpulan, didengarkan semula dan ditranskripsikan satu persatu-persatu dalam bentuk dialog ataupun verbatim. Seterusnya sebelum hasil transkripsi tersebut dimasukan ke dalam perisian NVivo, semua hasil transkripsi dipastikan bersih terlebih dahulu iaitu dengan cara meminta tolong semak semula oleh subjek-subjek yang terlibat dalam temubual tersebut. Setelah semua langkah tersebut dilakukan, barulah proses mengimport ataupun memasukan data ke dalam perisisan NVivo dilakukan. Langkah selanjutnya adalah membina tema-tema yang bersesuaian, agar petikan-petikan temubual dapat dikeluarkan bagi mendapatkan pengalaman dan pandangan subjek-subjek yang ditemubual, untuk tujuan pembinaan modul EQ yang menjadi tujuan utama kajian ini. Satu persatu hasil temubual tersebut telah dikodkan berdasarkan tema-tema yang dibina. Proses pengekodan telah dilakukan bagi setiap data temubual yang didapatkan. Seperti dibincangkan sebelum ini, kajian ini melibatkan lapan orang pakar dan 24 orang-orang yang dianggap berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Secara lebih terperinci cara penganalisisan data mengikut persoalan kajian seperti ditunjukkan pada Jadual 3.5 di bawah ini. Jadual 3.5 Tatacara analisis data mengikut persoalan kajian No Persoalan Kajian Pengumpulan Data Analisis Data Perisian Yg Digunakan i Apakah kompetensi EQ yang perlu diberikan intervensi dalam kalangan guru-guru? IKEMMEQI Statistik Deskriptif SPSS 15.0 ii Bagaimanakah pandangan pakar dan orang-orang berjaya tentang cara pembinaan kompetensi tersebut? Temubual mendalam berkumpulan Tematik NVivo 2 Nvivo 7 iii Apakah kaedah yang sesuai digunakan bagi melatih kompetensi tersebut? Analisis Dokumen Tematik NVivo 7 iv Apakah profil kopetensi EQ guru- guru sebelum dan selepas latihan menggunakan modul EQ yang dibina? IKEMMEQI Statistik Deskriptif SPSS 15.0 v Bagaimanakah pandangan guru-guru tentang latihan EQ menggunakan mudul latihan yang EQ dibina? Maklumbalas peserta latihan Tematik NVivo 7 3.10 RUMUSAN Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah gabungan antara kuantitatif dan kualitatif explanatory mixed method designs, yang dijalankan melalui tiga fasa. Fasa pertama diawali dengan kajian tinjauan melibatkan 112 orang guru, menggunakan satu set instrumen EQ IKEMMEQI, bagi tujuan menentukan kompetensi asas EQ yang perlu diberikan intervensi pada fasa ketiga. Fasa kedua dijalankan menggunakan kajian kes, melibatkan 8 orang pakar, 24 orang-orang berjaya, dan 12 dokumen. Manakala fasa ketiga melibatkan 33 orang guru yang dipilih daripada 112 orang guru yang terlibat pada fasa pertama. Satu set protokol temubual digunakan sebagai panduan pengumpulan data fasa kedua. Data fasa pertama dan fasa kedua telah dianalisi secara berasingan, dan hasil analisis daripada kedua-dua fasa tersebut telah dijadikan asas pembinaan modul pada fasa ketiga kajian ini. Data-data yang dikumpulkan menggunakan soal selidik telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif berbantukan perisian SPSS 15.0. sedangkan data-data yang diperolehi melalui temu bual dan analisis dokumen dianalisis secara tematik berbantukan perisian NVivo 2 dan NVivo 7. BAB V RUMUSAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

5.1 PENGENALAN