KAJIAN RINTIS PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Contoh soalan: i Kita telah berbincang lama, secara umumnya apakah pandangan tuanpuan tentang perkara-perkara yang telah kita bincang tadi? ii Adakah perkara- perkara yang tertinggal atau yang ingin tuanpuan tambahkan dalam perbincangan kita tadi?

3.5 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis merupakan perkara penting dalam sesebuah kajian, bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian tersebut. Dalam penyelidikan ini, kajian rintis telah dilakukan terhadap kedua-dua instrumen yang digunakan IKEMMEQI dan protokol temubual. Maklumbalas daripada kajian rintis tersebut telah digunakan untuk memurnikan dan memantapkan lagi item-item yang terdapat dalam instrumen dan soalan-soalan protokol temubual yang telah dibina. Kajian rintis IKEMMEQI telah dilakukan pada pertengahan bulan Ogos 2007, sedangkan kajian rintis untuk protokol temubual dilaksanakan pada ujung bulan November 2007. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian rintis instrumen IKEMMEQI adalah seramai 55 orang, sedangkan untuk kajian rintis protokol temubual telah dilakukan kepada dua orang pakar.

3.6 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

Kesahan validity dan kebolehpercayaan reliability instrumen merupakan dua isu yang berbeza yang perlu diperhatikan oleh pengkaji sebelum menggunakan instrumen tersebut dalam kajian sebenar. Kesahan sesebuah instrumen merujuk kepada sejauh mana instrumen digunakan itu dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur dalam sesebuah kajian yang sedang dijalankan Alias Baba 1997; Hair, Anderson, Tatham Black 1998; Majid Konting 2005; Mohd. Krueger 1994; Sidek Mohd Noah 2002; Wiersma 2000. Sedangkan kebolehpercayaan instrumen pula merujuk kepada ketekalan ataupun konsistensi sesebuah instrumen yang digunakan Alias Baba 1997; Hair, Anderson, Tatham Black 1998; Wiersma 2000. Satu instrumen kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, apabila skor yang sama diperolehi oleh individu yang sama apabila menjawab satu set instrumen pada masa yang berbeza Majid Konting 2005; Sidek Mohd. Noah 2002; Wiersma 2000. Untuk tujuan kajian ini pengkaji menggunakan kedua-dua kaedah berkenaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Untuk menentukan kesahan instrumen IKEMMEQI pengkaji telah menggunakan kaedah factor analysis varimax rotation, untuk melihat kebolehpercayaan pula pengkaji menggunakan kaedah “Cronbach Alpha” ataupun ujian ketekalan dalaman internal consistancy. Sedangkan untuk melihat kesahan protokol temubual pula, pengkaji telah meminta beberapa orang pakar untuk menilai dan menyemak soalan protokol yang telah siap dibina oleh pengkaji. Penilaian dan komen yang diberikan oleh pakar-pakar tersebut telah dijadikan landasan untuk memperbaiki semula soalan protokol tersebut. Sedangkan untuk melihat kebolehpercayaan hasil temubual menggunakan soalan protokol yang telah disahkan oleh pakar kaedah pengiraan “Indeks Kebolehpercayaan Cohen Kappa” digunakan.

3.6.1 Kesahan Instrumen IKEMMEQI

Semenjak instrumen ini dibangunkan dari tahun 2002 oleh Noriah et al. proses penambahbaikan instrumen ini terus dilakukan sehingga tahun 2008. Proses penambahbaikan ini merangkumi pelbagai aspek, mulai daripada penggunaan ayat dalam pernyataan, bentuk tampilan instrumen dan juga kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Untuk penggunaan ayat, Noriah et al. telah menggunakan perkhidmatan pakar bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Korea Arab dan Indonesia kerana instrumen ini telah wujud dalam enam bahasa. Untuk reka bentuk tampilan instrumen Noriah et al. telah menggunakan perkhidmatan konsultan tempatan yang pakar dalam bidang ICT. Kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen juga dilakukan dengan mengambil kira pandangan individu yang dianggap pakar dalam bidang ini. Untuk melihat kesahan konstruk dan kebolehpercayaaan instrumen pula, semenjak instrumen ini mula dibangunkan sehingga tahun 2008 telah melibatkan lebih daripada 20.000 orang sampel dewasa daripada pelbagai kalangan, seperti calon-calon kakitangan dan calon pensyarah UKM, Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM, kakitangan Institut Sosial Malaysia ISM, guru-guru, serta kakitangan pelbagai syarikat swasta yang ada di Malaysia. Bagaimanapun, memandangkan kajian ini difokuskan kepada guru-guru maka kesahan konstruk instrumen IKEMMEQI menggunakan data-data yang diberikan oleh guru-guru dilakukan lagi sekali, bagi memastikan instrumen tersebut dapat mengumpulkan data-data yang berkesan di dalam kajian ini. Untuk melihat kesahan konstruk tersebut ujian faktor analisis Varimax rotation telah dijalankan. Menurut Hair et al. 1998, factor analysis dapat dilakukan apabila bilangan sampel sekurang-kurangnya lima kali ganda berbanding faktor variable yang ingin dikaji, ataupun bilangan sampel tidak kurang daripada 50 orang. Untuk tujuan kajian ini pengkaji telah mengambil jumlah sampel lebih ramai daripada yang dicadangkan oleh Hair et al. tersebut, iaitu pengkaji telah melibatkan seramai 55 orang sampel. Seterusnya untuk pemilihan item yang dianggap tepat untuk mengukur konstruk yang dikaji, kaedah practical significance telah digunakan. Hair et al. 1998 menyatakan bahawa nilai 0.30 adalah nilai yang boleh diterima dalam analisis faktor. Memandangkan item-item instrumen ini agak banyak, analisis faktor dijalankan melalui beberapa tahap, iaitu tahap pertama pengkaji telah menggugurkan mana-mana item yang memperolehi skor di bawah 0.30 bagi setiap konstruk yang terdapat di dalam instrumen ini. Faktor analisis diteruskan ke tahap berikutnya sehingga tiada lagi item-item yang memperolehi skor di bawah 0.30 yang perlu digugurkan. Dengan perkataan lain ujian analisis faktor tidak diteruskan lagi, apabila hasil ujian menunjukan kesemua item yang tinggal memperolehi nilai loading 0.30 dan ke atas. Item-item inilah yang digunakan untuk mengumpulkan data dalam kajian sebenar. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan hasil ujian Analisis faktor varimax rotation untuk melihat kesahan validity instrumen IKEMMEQI yang digunakan di dalam kajian ini. Instrumen tersebut mengandungi tujuh domain utama, iaitu i kesedaran kendiri, ii regulasi kendiri, iii motivasi kendiri, iv empati v kemahiran sosial, vi kerohanian, dan vii kematangan. Jadual 3.1 Kesahan konstruk instrumen IKEMMEQI Nilai Loading Item-Item Kesedaran Kendiri Persepsi Nilai Loading Item-Item Kesedaran Kendiri Pencapaian Kesedaran Emosi Penilaian Kendiri Yang Tepat Keyakinan Diri Niat AI1=0.805 AII2=0.805 AII1=0.595 AII3=0.733 AIII4=0.740 AIII5=0.640 AIV5=0.463 AIII2=0.589 AIII3=0.678 AII5= 0.739 AIV2=0.768 AII4= 0.670 AIV1= 0.682 AIII6= 0.580 AIV3= 0.812 AIV4= 0.798 H1=0.396 H2= 0.848 H3= 0.853 H4= 0.934 H5= 0.924 H6= 0.943 H7= 0.850 H8= 0.954 Nilai Loading Item-Item Regulasi Kendiri Persepsi Nilai Loading Item-Item Regulasi Kendiri Pencapaian Kawalan Kendiri Kebolehperca yaan Responsibiliti Penyesuaian Kendiri Inovasi CII2= 0.811 CI3= 0.540 CII5= 0.735 CI6 = 0.743 CIII1=0.374 CI8 = 0.575 CII1= 0.646 CI2= 0.657 CII3= 0.738 CII4= 0.706 CI5= 0.732 CIII2= 0.726 CIV1= 0.745 CIII4= 0.727 CIV3= 0.662 CIII6= 0.603 CIII3= 0.715 CIV2= 0.725 CIII5= 0.693 CIV4= 0.659 CV2= 0.619 CIV6= 0.751 CV1= 0.696 CIV5=0.751 CV3= 0.651 CV5= 0.791 CV6= 0.715 E1= 0.668 E4= 0.733 E5= 0.801 E6= 0.739 Nilai Loading Item-Item Motivasi Kendiri Persepsi Nilai Loading Item-Item Motivasi Kendiri Pencapaian Dorongan Pencapaian Komitmen Inisiatif Minat DII1= 0.714 DII7= 0.634 DII3= 0.790 DI3= 0.699 DII6= 0.855 DII2= 0.803 DI3= 0.591 DII4= 0.882 DII5= 0.856 DI5= 0.642 DIII2= 0.652 DIII1= 0.806 DII7= 0.739 DIV1= 0.733 DIII4= 0.682 DIII3=0.868 DIV2=0.868 K1 = 0.774 K2 = 0.820 K3 = 0.851 K4 = 0.950 K5 = 0.787 K6 = 0.862 K7 = 0.844 Nilai Loading Item-Item Empati Persepsi Memahami Orang Lain Membantu Orang Lain Leveraging Diversiti Berorientasi Perkhidmatan Mengembangka n Potensi Orang lain Kesedaran Politik Penyayang FI1= 0.654 FII2= 0.805 FI3 = 0.751 FII4= 0.764 FI5 = 0.724 FIII1=0.682 FII1=0.720 FI2= 0.755 FII3=0.727 FI4= 0.723 FII5=0.823 FI6= 0.588 FIII2= 0.617 FIV3= 0.827 FIII4= 0.620 FIV5= 0.850 FIV1= 0.869 FIV2= 0.820 FIII3= 0.631 FIV4= 0.811 FIII5= 0.780 FVII4=0.823 FVI2= 0.759 FV3= 0.638 FV5= 0.678 FVII2= 0.791 FV2= 0.732 FVI3= 0.727 FV4= 0.572 FVI5= 0.717 FVII1= 0.568 FVI1= 0.772 FVII3= 0.846 FV1= 0.818 FVII5= 0.855 Nilai Loading Item-Item Empati Pencapaian B1 = 0.714 B2 = 0.770 B4 = 0.829 B5 = 0.761 Nilai Loading Item-Item Kemahiran Sosial Mempengaruhi Orang Lain Pengurusa n Konflik Kepimpinan Pemangkin Perubahan Membina Hubungan Bekerjasama Kerja Berpasukan Komunikasi GII1= 0.83 GI2 = 0.72 GII3= 0.79 GI4 = 0.811 GIII1=0.47 GI1= 0.75 GII2=0.58 GI3=0.55 GII4=0.73 GI5 = 0.80 GIII2= 0.86 GIII3= 0.85 GIII4= 0.85 GV1= 0.70 GIV2=0.73 GV3= 0.63 GIV4=0.81 GIV1=0.68 GV2= 0.65 GIV3=0.64 GV4= 0.71 GV5= 0.78 GVIII4=0.71 GVII1=0.73 GVI2=0.77 GVII3=0.83 GVIII2=0.71 GVI5=0.81 GVI1= 0.76 GVII2=0.76 GVI3= 0.85 GVIII1=0.74 GVI4 =0.58 GVIII3=0.80 GV6 =0.76 GVIII6=0.55 Nilai Loading Item-Item Kerohanian Nilai Loading Item-Item Kematangan I1 = 0.760 I3 = 0.822 I4 = 0.663 I6 = 0.630 I9 = 0.688 J1 = 0.534 I2 = 0.761 J3 = 0.639 J4 = 0.649 I5 = 0.803 I8 = 0.565 Daripada analisis yang dijalankan didapati 16 memperolehi nilai loading di bawah 0.30, iaitu 13 item pada bahagian soalan persepsi dan dan 3 item pada bahagian pencapaian. Keseluruhan item tersebut telah digugurkan daripada instrumen ini sebelum analisis data sebenar dilakukan. Secara keseluruhan 13 item pada bahagian soalan persepsi tersebut adalah; i 4 item pada domain kesedaran kendiri, iaitu 1 item pada sub domain penilaian kendiri yang tepat Ai2= -0.122, dan 3 item pada sub domain kejujuran Aiii1= 0.043, Aiv6= 0.226, Aiv7= 0.205. ii 3 item pada domain regulasi kendiri, iaitu 1 item pada sub domain kawalan kendiri Cv4= 0.290, 1 item pada sub domain responsibiliti Ci7= 0.047 dan 1 item pada sub domain inovasi Ci4= 0.225. iii 1 item pada domain motivasi kendiri, iaitu pada sub doamain komitmen Di1= 0.034. iv 1 item pada domain empati, iaitu pada sub domain mengembangkan potensi orang lain Fvi4= 0.028, dan v 4 item pada domain kerohanian j2= 0.045, J5= 0.091, I7= -0.013, J6= 0.055. Sedangkan 3 item pada bahagian pencapaian pula didapati 2 item pada domain regulasi kendiri E2= 0.050, dan E3= 0.236, dan 1 item pada domain empati B3= 0.066.

3.6.2 Kesahan Protokol Temubual

Seperti yang telah disentuh juga sebelum ini, kesahan protokol temubual telah dilakukan dengan cara meminta perkhidmatan beberapa orang pakar untuk menyemak protokol temubual tersebut. Sebaik sahaja pengkaji dapat menyusun protokol temubual berkenaan, pengkaji meminta perkhidmatan enam orang pakar untuk menyemak dan memberikan komen terhadap protokol temubual tersebut. Keenam-enam pakar tersebut adalah, empat orang pakar dalam bidang psikologi dan kaunseling, dan dua orang pakar dalam bidang penyelidikan kualitatif. Setelah keenam-enam pakar berkenaan memberikan pandangan dan komen tentang protokol yang dibina, pengkaji telah memperbaiki semula sesuai dengan komen-komen yang mereka berikan. Bagi memastikan protokol temubual tersebut dapat digunakan dengan baik dan berkesan, pengkaji telah melakukan rintis terlebih dahulu kepada dua orang subjek sebelum protokol tersebut digunakan untuk tujuan temubual sebenar. Melalui rintis tersebut pengkaji dapat mengenal pasti sama ada soalan-soalan dalam protokol tersebut dapat difahami dengan baik oleh subjek kajian atau sebaliknya. Daripada rintis yang dijalankan, sememangnya menghadapi kesukaran untuk memahami beberapa soalan yang diajukan kepada mereka, maka pengkaji telah membincangkan semula dengan penyelia, dan mengubah soalan-soalan tersebut untuk digunakan di dalam mengumpulkan data sebenar.

3.7 KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

Sama halnya dengan kesahan instrumen, kebolehpercayaan juga dilakukan terhadap kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu instrumen IKEMMEQI pada fasa pertama dan soalan protokol pada fasa kedua. Untuk melihat kebolehpercayaan instrumen IKEMMEQI ujian Cronbach Alpha digunakan. Sedangkan untuk melihat kebolehpercayaan protokol temubual pula, pengkaji telah meminta tujuh orang penilai Inter-rater reliability untuk menilai hasil analsis kualitatif yang telah dilakukan. Penilaian yang diberikan oleh masing-masing rater tersebut dikira menggunakan Formula Cohen Kappa K = fa-fc N-fc seperti yang dicadangkan oleh Yin 1994. Menurut Yin fa= kekerapan persetujuan penilai, fc= kekerapan kebarangkalian manakala N= jumlah item yang disediakan dalam skema pengekodan.

3.7.1 Kebolehpercayaan Instrumen IKEMMEQI

Kebolehpercayaan instrumen IKEMMEQI sebenarnya telah dilakukan banyak kali. Semenjak instrumen ini dibangunkan pada tahun 2002 oleh Noriah et al. ujian kebolehpercayaan instrumen telah dilakukan kepada sekumpulan sampel guru-guru. Seterusnya ujian kebolehpercayaan juga telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji berikutnya yang menggunakan instrumen tersebut, diantaranya adalah Syafrimen 2004 yang menjalankan kajian terhadap guru-guru sekolah menengah di Malaysia, Syed Najmuddin 2005 yang menjalankan kajian terhadap guru-guru Maktab Rendah Sains MARA MRSM, Iskandar 2008 yang menjalankan kajian terhadap pensyarah Institut Agama Islam Negeri “Sultan Taha” Jambi Indonesia, dan Rorlinda 2008 yang menjalankan kajian terhadap guru-guru kaunseling di Selangor Malaysia. Masing- masing kajian mendapati kebolehpercayaan instrumen tersebut secara keseluruhan adalah 0.9 ke atas. Bagaimanapun untuk tujuan kajian ini pengkaji cuba melihat kebolehpercayaan instrumen lagi sekali bagi memastikan konsistensi instrumen tersebut. Memandangakan instrumen IKEMMEQI terbahagi kepada dua bahagian persepsi dan pencapaian, maka ujian kebolehpercayaan instrumen dilihat bagi kedua- dua bahagian berkenaan. Ujian kebolehpercayaan bagi setiap domain dan sub domain yang terdapat pada masing-masing bahagian juga dilakukan. Jadual 3.2 memaparkan kebolehpercayaan instrumen IKEMMEQI bahagian persepsi dan juga domain dan sub domain yang terdapat pada bahagian tersebut. Daripada analisis yang dijalankan, nilai alpha IKEMMEQI secara keseluruhan untuk bahagian persepsi tersebut adalah 0.98. Sedangkan nilai alpha bagi setiap domain yang terkandung pada bahagian ini pula adalah i domain kesedaran kendiri 0.81, dan nilai alpha bagi setiap sub domain adalah antara 0.60 sehingga 0.73. ii Domain regulasi kendiri pula 0.89, dan nilai alpha bagi setiap sub domain ini adalah antara 0.70 sehingga 0.78. iii Domain motivasi kendiri 0.93, dan nilai bagi setiap sub domain pula adalah antara 0.67 sehingga 0.82. iv Domain empati 0.94, dan nilai alpha bagi setiap domain pula adalah antara 0.70 sehingga 0.84. v Domain kemahiran sosial 0.94, dan bagi setiap domain pula adalah antara 0.60 sehingga 0.86. vi Domain kerohanian 0.76, dan vi domaian kematangan adalah 0.94. Secara lebih terperinci nilai alpha yang diperolehi bagi masing-masing domain dan sub domain yang terdapat dalam instrumen IKEMMEQI bahagian persepsi tersebut, adalah seperti pada Jadual 3.2 di bawah ini. Jadual 3.2 Nilai Kebolehpercayaan alpha cronbach instrumen IKEM-MEQI persepsi Domain Sub Domain Nilai Alpha IKEMMEQI Keseluruhan

0.98 Kesedaran Kendiri Persepsi

0.81 - Kesedaran emosi 0.60 - Penilaian kendiri yang tepat 0.61 - Keyakinan diri 0.73 - Kejujuran 0.70 Regulasi Kendiri 0.89 - Kawalan kendiri 0.70 - Kebolehpercayaan 0.73 - Responsibiliti 0.73 - Kebolehsuaian 0.78 - Inovasi 0.77 Motivasi Kendiri 0.93 - Dorongan pencapaian 0.80 - Komitmen 0.82 - Inisiatif 0.72 - Minat 0.67 bersambung... ...sambungan Empati 0.94 - Memahami orang lain 0.82 - Membantu orang lain 0.81 - Leveraging diversiti 0.74 - Berorientasi perkhidmatan 0.84 - Mengembangkan potensi orang lain 0.70 - Kesedaran politik 0.75 - Penyayang 0.83 Kemahiran Sosial 0.94 - Mempengaruhi orang lain 0.77 - Pengurusan konflik 0.60 - Kepimpinan 0.86 - Pemangkin perubahan 0.70 - Membina hubungan 0.80 - Bekerjasama 0.82 - Kerja berpasukan 0.70 - Komunikasi 0.72 Kerohanian 0.76 Kematangan 0.94 Jadual 3.3 di bawah ini pula memaparkan nilai kebolehpercayaan instrumen IKEMMEQI bahagian pencapaian. Nilai kebolehpercayaan secara keseluruhan untuk bahagian pencapaian adalah 0.65, dan nilai kebolehpercayaan bagi setiap domain yang terkandung pada bahagian ini adalah domain kesedaran kendiri 0.94, regulasi kendiri

0.71, motivasi kendiri 0.94, dan domain empati 0.76.

Jadual 3.3 Nilai Kebolehpercayaan alpha cronbach instrumen IKEM- MEQI pencapaian Domain Nilai Alpha IKEMMEQI Keseluruhan 0.65 Kesedaran Kendiri 0.94 Regulasi Kendiri 0.71 Motivasi Kendiri 0.94 Empati 0.76 Menurut Hair, Anderson, Tatham dan Black 1998, nilai kebolehpercayaan adalah antara 0 hingga 1, dan nilai 0.60 hingga 0.70 merupakan nilai terendah dan masih boleh diterima. Robinson, Shaver, dan Wrightsman 1991 dalam Hair et al. 1998 menyatakan nilai minimum Cronbach Alpha dalam kajian eksplorasi ialah 0.60. Sedangkan menurut Mohd Majid Konting 2005 pula nilai alpha yang melebihi 0.60 sering digunakan. Sidek Mohd. Noah 2002 pula menyatakan untuk ujian kebolehan seperti mengukur kebolehan mental umum mestilah mempunyai kebolehpercayaan 0.90 ke atas. Untuk Typcal Performance Test, Nilai keboleh percayaan boleh 0.85 hingga 0.90. Bila dirujuk kepada beberapa pandangan di atas, secara umumnya nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah pada tahap yang boleh digunakan. Dengan perkataan lain instrumen tersebut boleh dikatakan konsisten dan boleh dipercayai.

3.7.2 Kebolehpercayaan Soalan Protokol

Kebolehpercayaan protokol temubual dilihat melalui dua cara iaitu, pertama dengan cara menjalankan rintis temubual kepada dua orang subjek, iaitu untuk mengetahui sama ada soalan protokol tersebut konsisten ataupun tidak. Melalui rintis juga dapat diketahui sama ada subjek yang ditemubual faham dengan soalan-soalan yang dibina ataupun sebaliknya. Kedua, kebolehpercayaan hasil temubual individu dan temubual berkumpulan telah dilihat menggunakan kaedah Indeks Kebolehpercayaan Cohen Kappa K menggunakan formula yang dicadangkan oleh Yin 1994 iaitu: K = fa - fc N - fc K = nilai pekali Fa = unit persetujuan Fc = unit kemungkinan chance yang ditetapkan pada paras 50 daripada N N = jumlah item yang disediakan dalam skema pengekodan. Pengkaji telah memberikan jadual pengekodan tema-tema yang diperolehi kepada lima orang yang dianggap pakar untuk menilai pengekodan tema-tema tersebut. Setelah proses analisis data dijalankan pengkaji telah memperolehi sebanyak 43 tema yang dikongsikan oleh subjek kajian untuk pembinaan 11 kompetensi asas EQ yang telah dikenal pasti pada fasa pertama kajian ini. Secara keseluruhan 43 tema tersebut adalah seperti ditunjukkan pada Rajah 3.3, Rajah 3.4, Rajah 3.5 dan Rajah 3.6 di bawah ini. Rajah 3.3 Tema kesedaran emosi, penilaian kendiri yang tepat dan keyakinan diri Rajah 3.4 Tema niat, kawalan kendiri dan kebolehpercayaan Rajah 3.5 Tema dorongan pencapaian dan memahami orang lain Rajah 3.6 Tema mengembangkan potensi orang lain, mempengaruhi orang lain dan pengurusan konflik Setelah kelima-lima orang pakar memberikan persetujuan mereka terhadap proses koding yang dilakukan berdasarkan tema-tema yang diperolehi, seterusnya pengkaji mengira indeks kebolehpercayaan proses koding tersebut. Proses pengiraan indeks Cohen Kappa seperti ditunjukkan pada Jadual 3.4 di bawah ini. Jadual 3.4 Nilai persetujuan Cohen Kappa Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Pakar 4 Pakar 5 Nilai Kohen Kappa Keseluruhan K = 41 – 21.5 43 – 21.5 K = 19.5 21.5 K = 0.90 K = 42 – 21.5 43 – 21.5 K = 20.5 21.5 K = 0.95 K = 40 – 21.5 43 – 21.5 K = 18.5 21.5 K = 0.86 K = 42 – 21.5 43 – 21.5 K = 20.5 21.5 K = 0.95 K = 41 – 21.5 43 – 21.5 K = 19.5 21.5 K = 0.90 K= 0.90+0.95+0.86+0.95+0.9 5 K= 0.91 Peroses pengiraan indeks Cohen Kappa yang dipaparkan pada Jadual 3.4 di atas menujukkan bahawa daripada 43 tema yang diperolehi melalui proses koding yang dilakukan, didapati masing-masing pakar telah memberikan persetujuan mereka terhadap proses koding tersebut. Pakar 1 telah bersetuju terhadap 41 fa= 41 proses koding yang dilakukan mengikut tema-tema yang diperolehi, dan dua proses koding dianggap tidak bersesuaian dengan tema yang didapatkan, pakar 2 bersetuju 42 tema fa=42 dan satu tema tidak bersetuju, pakar 3 bersetuju 40 tema fa=40 dan tiga tema tidak bersetuju, pakar 4 bersetuju 42 tema fa=42 dan satu tema tidak bersetuju, dan pakar 5 bersetuju 41 tema fa= 41 dan tidak bersetuju dua tema. Setelah mengira hasil persetujuan pakar tersebut menggunakan formula yang dicadangkan, nilai indeks Cohen Kappa yang diperolehi adalah; pakar 1 K= 0.90, pakar 2 K= 0.95, paka3 K= 0.86, pakar 4 K= 0.95 dan pakar 5 K= 0.90. Sedangkan indeks Cohen Kappa secara keseluruhannya adalah K= 0.91. Landis dan Koch 1977 telah mencadangkan cara interpretasi nilai yang diperolehi menggunakan formula Cohen Kappa iaitu, nilai keboleh percayaan yang melebihi 0.75 adalah menunjukkan persetujuan yang kuat ataupun menunjukkan tahap konsistensi pengekodan data yang dilakukan oleh pengkaji adalah tinggi. Nilai 0.41 hingga 0.75 menunjukkan tahap persetujuan yang sederhana, dan nilai di bawah 0.40 menunjukkan tahap persetujuan yang lemah. Merujuk kepada cara interpretasi yang ditunjukkan tersebut boleh dikatakan bahawa proses koding yang dilakukan terhadap data-data yang diperolehi dalam kajian ini boleh dianggap konsisten.

3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Memandangkan kajian ini dijalankan melalui tiga fasa, maka pengumpulan data dilakukan melalui kaedah yang berasingan. Fasa pertama data dikumpulkan melalui soal selidik ”Iventori Kepintaran Emosi Malaysia” IKEM atau ”Malaysian Emotional Quotient Inventory” MEQI. Fasa kedua, data dikumpulkan melalui temubual mendalam, temubual berkumpulan dan analisis dokumen. Manakala fasa ketiga selepas pengujian modul EQ data dikumpulkan semula menggunakan soal selidik IKEMMEQI dan temu bual. Data yang dikumpulkan melalui soal selidik adalah untuk mendapatkan gambaran tentang profil kompetensi EQ selepas latihan dijalankan. Sedangkan pengumpulan data melalui temu bual pula adalah untuk mendapatkan pandangan subjek tentang latihan EQ menggunakan modul EQ yang dibangunkan. Fasa pertama kajian ini melibatkan 112 orang guru-guru yang sedang menuntut peringkat Sarjana dan Doktor falsafah di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk memudahkan proses menjalankan kajian, permohonan kelulusan menjalankan kajian dengan pihak fakulti dan juga pensyarah-pensayah yang terlibat mengajar guru-guru tersebut telah dilakukan terlebih dahulu. Secara umumnya 112 orang guru-guru yang terlibat adalah mereka yang sedang mengikuti perkuliahan Kaedah Penyelidikan I dan Kaedah Penyelidikan II di fakulti Pendidikan. Mereka dipilih agar proses pengumpulan data dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan, kerana mereka terkumpul dalam satu kelas setiap minggu untuk mengikuti perkuliahan tersebut. Setelah mendapatkan kelulusan daripada pihak fakulti, pengkaji juga mendapatkan kelulusan daripada penyelaras kursus masing-masing. Seterusnya surat kebenaran Consent Latter diberikan kepada guru-guru tersebut bagi memastikan ketulusan dan keikhlasan mereka mengambil bahagian dalam kajian ini. Setelah semua perkara tersebut selesai dilakukan, barulah proses pengumpulan data pada fasa pertama ini dilakukan. Data fasa pertama dikumpulkan menggunakan satu set instrumen “IKEMMEQI” yang disusun oleh Noriah dan rakan-rakan daripada tahun 2002 perbincangan terperinci mengenai instrumen telah dilaporkan pada bahagian instrumen kajian. Peserta kajian telah memberikan maklum balas sepenuhnya terhadap instrumen yang diberikan. Daripada maklum balas berkenaan pengkaji telah mengenal pasti kopetensi asas EQ yang perlu diberikan latihan dalam kalangan guru- guru yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Fasa kedua pula iaitu kajian kes, langkah pertama yang dilakukan adalah mengenal pasti terlebih dahulu subjek pakar dan orang-orang berjaya yang dapat memberikan data secara komprehensif kepada kajian ini. Untuk menentukan pakar dan orang-orang yang dianggap berjaya dalam bidang masing-masing, pengkaji telah duduk dengan beberapa orang pakar untuk membincangkan kriteria pemilihan pakar dan orang-orang berjaya dimaksudkan. Seterusnya pengkaji juga merujuk kepada beberapa dokumen untuk menentukan kriteria pakar dan orang–orang yang dianggap berjaya tersebut. Setelah kriteria pakar dan orang-orang berjaya tersebut didapatkan, pengkaji telah menulis surat secara rasmi kepada orang-orang berkenaan untuk meminta kesediaan mereka berkongsikan maklumat tentang pelbagai perkara yang menyumbang kepada kepakaran dan kejayaan mereka. Untuk memudahkan proses ini, surat yang dihantarkan kepada pakar dan orang-orang berjaya tersebut telah disertakan gambaran secara ringkas tentang tujuan kajian ini dijalankan. Pengkaji disokong oleh penyelia juga telah menceritakan tentang kepentingan kenapa mereka dipilih dan dilibatkan dalam kajian ini. Secara umumnya pakar-pakar dan orang-orang berjaya yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk berkongsi pengalaman mereka. Pengalaman tersebut sangat diperlukan sebagai panduan dalam pembinaan modul EQ yang menjadi tujuan utama kajian ini. Pada fasa ini lapan temubual individu dengan pakar, dan dua kelompok temu bual berkumpulan kepada 24 orang-orang berjaya telah dilakukan. Pada masa temubual dijalankan pengkaji mengambil kira pandangan Fantana dan Frey 1994 yang mencadangkan bahawa semasa temubual dijalankan pengkaji penting mempertimbangkan perkara-parkara berikut; i menerangkan kajian yang dijalankan menggunakan keterangan yang sama bagi semua peserta temua bual, ii urutan soalan pengenalan, urutan soalan dan penuturan soalan mestilah sama, iii jawapan sepenuhnya diberikan kepada subjek temubual bukannya penemubual, iv penemubual tidak mencadangkan jawapan kepada subjek, v penemubual tidak mentafsirkan jawapan yang diberikan oleh subjek mengikut penafsiran sendiri dan vi tidak menambah dan mengurangi soalan protokol yang telah dibina. Pengumpulan data pada fasa ketiga pengkaji tidak lagi melakukan prosedur seperti pada fasa pertama dan kedua, memandangkan subjek kajian fasa ketiga ini adalah guru-guru yang terlibat pada fasa pertama. Pengumpulan data pada fasa ini dilakukan selepas pengujian modul EQ dilakukan. Selepas pengujian modul, pengkaji memberikan soal selidik kepada subjek kajian yang terlibat pada fasa ini semula untuk mendapatkan perbandingan data dengan data fasa pertama. Perbandingan data fasa pertama dan ketiga ini sangat penting untuk melihat profil kompetensi EQ sebelum dan selepas mereka mengikuti latihan menggunakan modul EQ yang dibina. Pada fasa ini juga pengkaji cuba mendapatkan maklum balas daripada subjek-subjek yang terlibat pada fasa ketiga ini dengan cara mendapatkan pandangan mereka tentang latihan yang mereka ikuti menggunakan modul EQ tersebut. Pandangan mereka ini sangat penting untuk melihat respons mereka secara jujur sepanjang mengikuti latihan menggunakan modul EQ berkenaan.

3.9 TATACARA PENGANALISISAN DATA