KEPENTINGAN KAJIAN Pembinaan Modul EQ Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru Guru di Malaysia

ii. Bagaimanakah pandangan pakar dan orang-orang berjaya untuk pembinaan kompetensi EQ tersebut? iii. Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk melatih kompetensi EQ tersebut? iv. Apakah profil kompetensi EQ guru-guru sebelum dan selepas latihan menggunakan modul EQ yang dibina? v. Apakah pandangan guru-guru tentang latihan EQ menggunakan modul latihan yang EQ dibina?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

BPG telah merangcang satu kursus persediaan berkaitan dengan kompetensi EQ yang dipanggil dengan kemahiran generik, berkuatkuasa mulai Julai 2004. Kursus tersebut dijadikan kursus teras bagi calon-calon guru yang mengambil ijazah perguruan di maktab-maktab perguruan Malaysia. Bagaimanapun didapati beberapa kelompangan pada kursus tersebut yang semestinya diberikan penekanan kepada mereka, seperti domain motivasi kendiri, kerohanian, kematangan dan beberapa kompetensi asas EQ seperti yang dikenal pasti di dalam kajian ini. Kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini Noriah et al. 2004; Syafrimen 2004; Syed Najmuddin 2005 Wan Ashibah 2004 mendapati kompetensi tersebut sangat penting dalam membina EQ seseorang. Justeru, pengkaji melihat satu keperluan untuk membangunkan sebuah modul yang dapat dijadikan sebagai panduan dan memberikan celik akal dan akhirnya membawa perubahan kepada peminaan EQ dalam kalangan guru-guru. Usaha sebegini dapat memberikan sumbangan bermakna kepada BPG dan penggubal kurikulum latihan perguruan, agar mengambil kira aspek-aspek penting seperti kompetensi asas EQ selain daripada IQ untuk melahirkan guru-guru yang berkesan, dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Kecerdasan emosi sangat penting dalam proses PP. Di samping mempunyai kepakaran dalam sesuatu subjek, guru juga perlu mempunyai EQ yang tinggi. Guru- guru akan mempunyai EQ yang tinggi, apabila mereka memiliki skor yang tinggi pada domain-domain EQ tersebut kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motovasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan. Kajian Noriah et al. 2003, Syafrimen 2004 dan Syed Najmuddin 2005 mendapati pada umumnya guru-guru mempunyai skor yang tinggi pada domain kerohanian dan kematangan, namun mereka memperolehi skor yang agak rendah pada domain-domain yang lain khasnya pada kompetensi asas yang semestinya dimiliki oleh guru-guru berkenaan. Justeru, pembinaan modul latihan EQ menjadi penting untuk membantu memberikan celik akal kepada guru-guru, agar proses pembelajaran secara berterusan dapat berlaku, sehingga akhirnya menghantarkan guru-guru kepada tingkat kematangan EQ. Kejayaan membangunkan modul EQ dalam kajian ini juga memberikan sumbangan bermakna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia: seperti i dapat memberikan ruang intervensi berkaitan dengan kompetensi asas EQ yang mesti dimiliki oleh guru-guru, ii menyediakan platfom kepada guru-guru agar sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang berkesan melalui latihan-latihan EQ yang disediakan, dan akhirnya akan menambahkan keberkesanan pendidikan di sekolah. Dari segi teori pula, kajian ini dapat memperkuatkan lagi dapatan-dapatan kajian EQ yang diperolehi sebelum ini.

1.6 BATASAN KAJIAN