Kecerdasan Emosi Mayer, Caruso dan Salovey Kecerdasan Emosi Bar-On

May Lwin et al 2003 juga mengemukakan bahawa Individu yang mempunyai pemahaman yang rendah terhadap diri sendiri, sering tidak stabil secara emosi apabila berdepan dengan tekanan dan penderitaan. Individu sebegini cenderung tidak dapat mengatasi berbagai tantangan hidup, tidak selesa dengan kritikan dan pandangan orang lain, selalu sepi dalam keramaian dan sering tertekan secara emosi serta mudah menyerah. Implikasi dari kecenderungan tersebut, membuatkan individu mudah terpedaya dengan pengaruh-pengaruh negatif, cenderung berprestasi rendah dan tidak bermotivasi dalam mengerjakan sesuatu tugas.

2.2.4 Kecerdasan Emosi Mayer, Caruso dan Salovey

Mayer, Caruso dan Salovey 1999 mengemukakan bahawa kecerdasan emosi terdiri daripada empat domain iaitu i kebolehan membuat persepsi tentang emosi emotional perception iaitu kebolehan menerima, menilai dan menunjukan emosi dengan tepat, ii penyesuaian emosi emotional facilitation of thought, iii memahami emosi urdestanding of emotion iaitu kebolehan memahami sesuatu emosi dan maklumat yang dibawa, dan iv ialah mengawal emosi managing emotion iaitu mengawal emosi untuk meningkatkan perkembangan emosi dan intelek. Mayer et al menyatakan bahawa kecerdasan emosi boleh bertambah bila umur dan pengalaman bertambah. Menurut Weisenger 1998, keempat komponen asas kecerdasan emosi di atas telah dikenal pasti oleh dua ahli psikologi Mayer University of New Hampshire dan Salovey Yale yang mencipta istilah emotional intelligence. Menurut beliau, setiap komponen mewakili kebolehan tertentu, apabila digabungkan membentuk kecerdasan emosi. Komponen ini tersusun dalam bentuk hierarki dan komponen yang berada pada bahagian atas hirarki adalah gabungan daripada komponen-komponen yang berada pada hirarki bahagian bawah. Empat komponen tersebut ialah, i kebolehan menerima, menilai dan menunjukkan emosi dengan tepat, ii kebolehan mempamerkan perasaan bila diperlukan, yang mana individu dapat memahami diri sendiri dan orang lain, iii kebolehan memahami sesuatu emosi dan maklumat yang dibawa dan iv kebolehan mengawal emosi untuk meningkatkan perkembangan emosi dan intelek.

2.2.5 Kecerdasan Emosi Bar-On

Bar-On 2000 mengemukakan bahawa terdapat lima domain kecerdasan emosi iaitu i intrapersonal EQ ialah kemampuan untuk mengenal dan mengendalikan diri sendiri, ii interpersonal EQ iaitu kemampuan invidu untuk bergaul, beriteraksi dengan orang lain, iii pengurusan stres EQ iaitu kemampuan untuk sentiasa bertahan dalam menghadapi stres dan mengendalikan impuls, kemampuan untuk sesalu tenang serta konsentrasi, iv penyesuaian EQ iaitu keupayaan individu untuk menyesuaian emosi mereka dengan pelbagai kedaan, dan v mood umum EQ iaitu kemampuan untuk mempertahankan sikap positif yang realistik terutama sekali ketika berhadapan dengan masa-masa sukar dan kritikal, mampu mensyukuri kehidupan, menyukai diri sendiri dan orang lain, selalu bersemangat serta berghairah dalam melakukan sebarang kegiatan. Bar-On tcuba mengemukakan sub-sub domain bagi setiap domain yang beliau kemukakan. Intrapersonal EQ terdiri daripada beberapa subdomain iaitu i penjagaan diri self-regard, ii kesedaran emosi, iii asertif, iv berdikari dan v peningkatan diri self-actualization. Interpersonal EQ terdiri daripada 3 subdomain iaitu i empati, ii tanggungjawab sosial dan iii hubungan interpersonal. Pengurusan stres EQ mengandungi dua sub domain iaitu i toleran stres stress tolerance dan ii pengawalan dorongan impulse control. Penyesuaian EQ pula terdapat 3 subdomain iaitu i ujian realiti, ii fleksibiliti dan penyelesaian masalah. Sedangkan mood umum EQ mengandungi dua subdomain iaitu i optimis dan ii kegembiraan. Definisi bagi setiap subdomain di atas adalah seperti berikut: i penjagaan diri- kebolehan untuk sedar, faham, menerima dan menghormati diri. ii kesedaran emosi- kebolehan mengenal pasti dan memahami emosi sendiri. iii asertif- kebolehan menyatakan perasaan, kepercayaan, pemikiran dan mempertahankan hak diri secara aman. iv berdikari- kebolehan melakukan sesuatu tanpa diperintah dan boleh mengawal pemikiran dan tindakan tanpa terpengaruh dengan emosi. v peningkatan diri- kebolehan mengetahui potensi diri sendiri dan melakukan sesuatu yang disukai. vi empati- kebolehan menyedari, memahami dan menghargai perasaan orang lain. vii tanggungjawab sosial- kebolehan menonjolkan diri sebagai seorang yang kooperatif dan memberi sumbangan kepada kumpulan. viii hubungan interpersonal- kebolehan membina dan menjaga hubungan mesra berdasarkan keintiman dan memberi dan menerima kasih sayang. ix tolerans stres- kebolehan menghadapi situasi gawat dan intensiti emosi yang tinggi tanpa terjejas. x pengawalan dorongan- kebolehan mengawal dan menunda dorongan atau perasaan ingin bertindak serta mengawal emosi. xi ujian realiti- kebolehan menilai apa yang dirasai dengan apa yang sebenarnya berlaku. xii fleksibiliti- kebolehan menyesuaikan perasaan, pemikiran dan tingkah laku mengikut situasi. xiii penyelesaian masalah- kebolehan mengenal pasti dan mentakrif masalah peribadi dan masalah sosial seterusnya menjana dan melaksanakan penyelesaian yang efektif. xiv optimis- kebolehan melihat daripada sudut positif dan mengekalkan sikap positif walaupun dalam situasi sukar; dan xv kegembiraan- kebolehan merasakan kepuasan hidup, menikmati hidup memperlihatkan emosi positif.

2.2.6 Kecerdasan Emosi Goleman