Kebolehpercayaan Soalan Protokol KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

masih boleh diterima. Robinson, Shaver, dan Wrightsman 1991 dalam Hair et al. 1998 menyatakan nilai minimum Cronbach Alpha dalam kajian eksplorasi ialah 0.60. Sedangkan menurut Mohd Majid Konting 2005 pula nilai alpha yang melebihi 0.60 sering digunakan. Sidek Mohd. Noah 2002 pula menyatakan untuk ujian kebolehan seperti mengukur kebolehan mental umum mestilah mempunyai kebolehpercayaan 0.90 ke atas. Untuk Typcal Performance Test, Nilai keboleh percayaan boleh 0.85 hingga 0.90. Bila dirujuk kepada beberapa pandangan di atas, secara umumnya nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah pada tahap yang boleh digunakan. Dengan perkataan lain instrumen tersebut boleh dikatakan konsisten dan boleh dipercayai.

3.7.2 Kebolehpercayaan Soalan Protokol

Kebolehpercayaan protokol temubual dilihat melalui dua cara iaitu, pertama dengan cara menjalankan rintis temubual kepada dua orang subjek, iaitu untuk mengetahui sama ada soalan protokol tersebut konsisten ataupun tidak. Melalui rintis juga dapat diketahui sama ada subjek yang ditemubual faham dengan soalan-soalan yang dibina ataupun sebaliknya. Kedua, kebolehpercayaan hasil temubual individu dan temubual berkumpulan telah dilihat menggunakan kaedah Indeks Kebolehpercayaan Cohen Kappa K menggunakan formula yang dicadangkan oleh Yin 1994 iaitu: K = fa - fc N - fc K = nilai pekali Fa = unit persetujuan Fc = unit kemungkinan chance yang ditetapkan pada paras 50 daripada N N = jumlah item yang disediakan dalam skema pengekodan. Pengkaji telah memberikan jadual pengekodan tema-tema yang diperolehi kepada lima orang yang dianggap pakar untuk menilai pengekodan tema-tema tersebut. Setelah proses analisis data dijalankan pengkaji telah memperolehi sebanyak 43 tema yang dikongsikan oleh subjek kajian untuk pembinaan 11 kompetensi asas EQ yang telah dikenal pasti pada fasa pertama kajian ini. Secara keseluruhan 43 tema tersebut adalah seperti ditunjukkan pada Rajah 3.3, Rajah 3.4, Rajah 3.5 dan Rajah 3.6 di bawah ini. Rajah 3.3 Tema kesedaran emosi, penilaian kendiri yang tepat dan keyakinan diri Rajah 3.4 Tema niat, kawalan kendiri dan kebolehpercayaan Rajah 3.5 Tema dorongan pencapaian dan memahami orang lain Rajah 3.6 Tema mengembangkan potensi orang lain, mempengaruhi orang lain dan pengurusan konflik Setelah kelima-lima orang pakar memberikan persetujuan mereka terhadap proses koding yang dilakukan berdasarkan tema-tema yang diperolehi, seterusnya pengkaji mengira indeks kebolehpercayaan proses koding tersebut. Proses pengiraan indeks Cohen Kappa seperti ditunjukkan pada Jadual 3.4 di bawah ini. Jadual 3.4 Nilai persetujuan Cohen Kappa Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Pakar 4 Pakar 5 Nilai Kohen Kappa Keseluruhan K = 41 – 21.5 43 – 21.5 K = 19.5 21.5 K = 0.90 K = 42 – 21.5 43 – 21.5 K = 20.5 21.5 K = 0.95 K = 40 – 21.5 43 – 21.5 K = 18.5 21.5 K = 0.86 K = 42 – 21.5 43 – 21.5 K = 20.5 21.5 K = 0.95 K = 41 – 21.5 43 – 21.5 K = 19.5 21.5 K = 0.90 K= 0.90+0.95+0.86+0.95+0.9 5 K= 0.91 Peroses pengiraan indeks Cohen Kappa yang dipaparkan pada Jadual 3.4 di atas menujukkan bahawa daripada 43 tema yang diperolehi melalui proses koding yang dilakukan, didapati masing-masing pakar telah memberikan persetujuan mereka terhadap proses koding tersebut. Pakar 1 telah bersetuju terhadap 41 fa= 41 proses koding yang dilakukan mengikut tema-tema yang diperolehi, dan dua proses koding dianggap tidak bersesuaian dengan tema yang didapatkan, pakar 2 bersetuju 42 tema fa=42 dan satu tema tidak bersetuju, pakar 3 bersetuju 40 tema fa=40 dan tiga tema tidak bersetuju, pakar 4 bersetuju 42 tema fa=42 dan satu tema tidak bersetuju, dan pakar 5 bersetuju 41 tema fa= 41 dan tidak bersetuju dua tema. Setelah mengira hasil persetujuan pakar tersebut menggunakan formula yang dicadangkan, nilai indeks Cohen Kappa yang diperolehi adalah; pakar 1 K= 0.90, pakar 2 K= 0.95, paka3 K= 0.86, pakar 4 K= 0.95 dan pakar 5 K= 0.90. Sedangkan indeks Cohen Kappa secara keseluruhannya adalah K= 0.91. Landis dan Koch 1977 telah mencadangkan cara interpretasi nilai yang diperolehi menggunakan formula Cohen Kappa iaitu, nilai keboleh percayaan yang melebihi 0.75 adalah menunjukkan persetujuan yang kuat ataupun menunjukkan tahap konsistensi pengekodan data yang dilakukan oleh pengkaji adalah tinggi. Nilai 0.41 hingga 0.75 menunjukkan tahap persetujuan yang sederhana, dan nilai di bawah 0.40 menunjukkan tahap persetujuan yang lemah. Merujuk kepada cara interpretasi yang ditunjukkan tersebut boleh dikatakan bahawa proses koding yang dilakukan terhadap data-data yang diperolehi dalam kajian ini boleh dianggap konsisten.

3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA