Subjek Kajian Fasa Kedua

Menurut Krejcie dan Morgan dlm Wiersma 2000 semakin besar saiz populasi semakin besar pula saiz dan nisbah sampel yang diperlukan untuk mewakili populasi tersebut. Beliau telah memberikan satu panduan bagi menentukan jumlah sampel yang sesuai dalam sesebuah kajian. Sampel seramai 384 orang adalah mencukupi untuk populasi 100,000 orang dan seterusnya. Neuman 2000 juga menyatakan bahawa 300 orang subjek lebih kurang 30 peratus daripada populasi yang berjumlah 1000 orang adalah mencukupi untuk mendapat ketepatan yang sesuai dalam sesebuah kajian. Manakala menurut Wiersma 2000 pula menyatakan bahawa saiz sampel antara 200- 500 responden adalah memadai untuk menjalankan sesebuah kajian. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini pengkaji tidak mengambil kira nisbah pengambilan subjek kajian seperti yang dicadangkan oleh pakar-pakar tersebut, kerana kajian ini tidak bertujuan untuk membuat generalisasi kepada seluruh populasi guru di Malaysia. Walaubagaimanapun pengkaji cuba mendapatkan jumlah subjek yang bersesuaian untuk mendapatkan data yang komprehensif bagi tujuan pembinaan modul latihan EQ. Pemilihan 112 orang guru seperti yang dinyatakan di atas telah dilakukan menggunakan kaedah sampel bertujun porposive sampling, iaitu teknik pemilihan subjek dengan cara mengambil kira ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri dimaksudkan di sini adalah subjek yang dipilih diandaikan dapat memberikan data yang komprehensif untuk kajian ini.

3.3.2 Subjek Kajian Fasa Kedua

Pada fasa kedua kajian kes pula pemilihan subjek merujuk kepada “social situation” Sugiono 2005. Situasi sosial ini merujuk kepada tempat place, pelaku actors dan aktiviti activity yang berinteraksi secara bersinergi. Situasi sosial di dalam kajian ini merujuk kepada situasi sekolah, aktornya adalah guru-guru dan aktivitinya adalah pendidikan. Walaubagaimanapun, untuk tujuan mendapatkan data yang komprehensif dan berkualiti, pengkaji tidak mengambil guru-guru sepenuhnya, tetapi juga melibatkan pakar dan orang-orang yang dianggap berjaya untuk berkongsi pengalaman dalam mendapatkan pandangan untuk pembinan satu modul latihan yang sesuai digunakan pada seting sekolah, iaitu modul yang sesuai untuk meningkatkan EQ guru- guru. Pemilihan subjek fasa kedua ini juga dilakukan menggunakan kaedah “porposive sampling” iaitu teknik pengambilan subjek kajian dengan mengambil kira pertimbangan-pertimbangan tertentu seperti yang telah disentuh sebelum ini. Pertimbangan dimaksudkan dalam kajian ini adalah subjek yang dipilih dianggap pakar dalam bidang kajian yang sedang dijalankan, dan subjek yang dipilih dijangkakan dapat memberikan data secara komprehensif untuk kajian ini. Untuk kajian ini, pengkaji memerlukan pengalaman beberapa orang pakar dan orang-orang yang dianggap berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Pengalaman yang dikongsikan oleh pakar dan orang-orang berjaya tersebut sangat penting untuk pembinaan modul EQ bagi meningkatkan kompetensi asas EQ di kalangan guru-guru yang dihasilkan pada fasa pertama kajian ini. Pemilihan pakar dan orang-orang berjaya tersebut juga mengambil kira beberapa kajian sebelum ini, yang menyatakan bahawa orang-orang tersebut dikaitkan dengan EQ yang tinggi. Dari itu pengalaman mereka sangat bermakna dikongsi dengan orang lain dalam bentuk latihan yang bersesuaian, dalam hal ini pengkaji cuba menyusun dalam bentuk modul EQ. Teknik “porposive sampling” ini termasuk ke dalam nonprobality sampling iaitu pengambilan subjek kajian bergantung kepada pengkaji melihat subjek tersebut, adakah mereka dapat memberikan data sepenuhnya ataupun sebaliknya Sugiyono 2005. Justeru, penentuan pemilihan subjek melalui kaedah tersebut sebenarnya bergantung kepada penyelidik dalam melihat kesesuaian subjek yang akan dilibatkan dalam kajian yang dijalankan. Kriteria pemilihan subjek yang dilibatkan dalam kajian ini ditetapkan oleh pengkaji sendiri dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan seperti yang telah dilaporkan pada perenggan sebelum ini. Pemilihan pakar adalah atas pertimbangan akademik yang boleh dikongsi oleh pakar-pakar tersebut yang boleh digunakan untuk meningkatkan kompetensi asas EQ guru yang terlibat dalam kajian ini, kerana mereka memiliki pelbagai pengalaman signifikan dalam mewujudkan kejayaan dirinya, dan sangat berharga untuk dikongsi dengan orang lain. Sedangkan pemilihan subjek berdasarkan kejayaan pula, dengan alasan bahawa orang-orang yang berjaya kebiasaan mempunyai teknik-teknik dan cara-cara tersendiri yang boleh menghantarkan dirinya kepada kejayaan. Orang-orang berjaya kebiasaanya memiliki cara yang unik dan berbeza dengan kebiasaan orang-orang yang biasa normal. Teknik dan cara-cara mereka tersebut dicungkil oleh pengkaji melalui temubual mendalam, dan seterusnya ditransletkan ke dalam bentuk aktiviti yang dibuat dalam bentuk modul latihan, agar dapat membantu orang lain berjaya seperti mereka, dalam hal ini aktiviti dan modul tersebut ditunjukan untuk keperluan guru-guru yang menjadi sasaran kajian ini. Untuk jumlah subjek yang diperlukan pada fasa kedua ini, Lincoln dan Guba dlm Sugiono 2005 menyatakan bahawa “naturalistic sampling is, then, very difference from conventional sampling. It is base on informational, not statistical, consideration. Its purpose is to maximize information , not to facilitate generalization. Justeru, pemilihan subjek dalam kajian kualitatif tidak berasaskan kepada jumlah ataupun kuantiti sampel seperti dalam kajian kuantitatif, yang paling penting adalah subjek yang dipilih dapat memberikan maklumat ataupun data secara maksimum, dan subjek yang terlibat memberikan maklumat yang lebih kurang sama sampai pada peringkat ketepuan data. Lincoln dan Guba dlm Sugiono 2005 juga menyatakan bahawa “If the purpose is to maximize information, then sampling is terminated when no new information is fourth-coming from newly sampled units; thus redundancy is the primary criterion”. Nasution dlm Sugiyono 2005 pula menyatakan bahawa penentuan jumlah subjek dianggap mencukupi apabila data yang diperolehi telah sampai pada tahap “redundancy” ataupun telah sampai pada tahap ketepuan data. Maknanya, walaupun pengkaji menambahkan subjek yang baru namun tidak lagi memberikan maklumat dan penambahan data. Pemilihan subjek yang akan dilibatkan dalam sesebuah kajian, Bungin 2003 mencadangkan tiga tahapan pemilihan subjek tersebut, iaitu i pemilihan subjek awal yang mesti berhubungkait dengan fokus penyelidikan, ii pemilihan subjek lanjutan bagi memperluas maklumat dan mencari variasi yang mungkin muncul dari subjek berikutnya dan iii menghentikan pengambilan subjek apabila tidak ditemukan lagi variasi maklumat daripada subjek-subjek yang telah ditemubual. Bagaimanapun, pemilihan subjek awal menjadi prioriti utama bagi mendapatkan maklumat yang sesuai dengan kajian ini, kerana ianya boleh mempengaruhi kelancaran dalam mengumpulkan maklumat-maklumat penting berikutnya. Spradley 1980 juga mencadangkan beberapa kriteria untuk pemilihan subjek kajian kualitatif, iaitu: i subjek yang dipilih mestilah berpengalaman, memahami sepenuhnya tentang fenomena yang dikaji, ii subjek yang dipilih masih aktif dalam bidang yang dikaji, iii mempunyai masa yang cukup untuk memberikan maklumat kepada penyelidik semasa temubual dijalankan, dan iv subjek mestilah dapat memberikan maklumat yang selari dengan fakta. Beliau juga menambahkan, yang terpenting daripada subjek-subjek yang dipilih adalah memiliki predikat “key informan”. Pemilihan pakar dan orang-orang yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, adalah selari dengan pandangan Goleman, Mayer, Salovey dan Bar On yang menyatakan bahawa kebanyakan daripada individu yang berjaya mempunyai EQ yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh Goleman 1999 mendapati bahawa 80 kejayaan seseorang disumbangkan oleh EQ yang mereka miliki dan 20 sahaja disumbangkan oleh IQ. Sebaliknya Goleman 1999 juga menyatakan bahawa individu yang tidak berkebolehan mengawal emosi apabila berinteraksi dengan orang lain tidak dapat menjalankan tugasan dengan baik. Justeru, beliau mencadangkan bahawa di samping kebolehan yang lain, juga diperlukan EQ yang tinggi. Pemilihan subjek berdasarkan kepakaran pula, merujuk kepada kajian Noriah et al. 2004, Syafrimen 2004, Syed Najmuddin 2005 Wan Ashibah 2004 yang mendapati bahawa “kematangan dan kerohanian” sangat berpengaruh dalam meningkat EQ seseorang. Kematangan dimaksudkan adalah kematangan ilmu pengetahuan, umur dan pengalaman. Individu yang matang dalam sesuatu disiplin ilmu adalah dianggap pakar dalam bidang berkenaan.

3.3.3 Subjek Kajian Fasa Ketiga