Bahagian Kesedaran Kendiri Pembinaan Modul EQ Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru Guru di Malaysia

i. Bahagian Kesedaran Kendiri

a. Item-item bahagian kesedaran emosi mengukur sejauh mana subjek peka terhadap emosi yang wujud di dalam dirinya. Contoh: “saya boleh memaafkan diri sendiri setelah melakukan kesilapan”. b. Item-item bahagian penilaian kendiri yang tepat pula mengukur ketepatan subjek menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Contoh: “kesilapan yang saya lakukan tidak memberi kesan berpanjangan terhadap perasaan saya”. c. Bahagian keyakinan diri pula mengukur tentang sejauh mana subjek merasa yakin dengan dirinya sendiri. Contoh: “Saya tidak malu memberikan pandangan walaupun berbeza daripada orang lain”. d. Sedangkan bahagian kejujuran pula melihat sejauh mana subjek dapat melihat perubahan perasaan yang berlaku di dalam dirinya. Contoh: “saya dapat merasakan perubahan perasaan apabila melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu”. ii. Bahagian Regulasi Kendiri a. Item-item bahagian kawalan kendiri adalah melihat kekuatan subjek mengawal pelbagai emosi negatif yang muncul di dalam dirinya. Contoh:“Saya tidak mudah tersinggung apabila orang lain mengata saya”. b. Bahagian kebolehpercayaan, menilai kejujuran dan integriti diri responden. Contoh: “Saya sentiasa menepati waktu temu janji ”. c. Bahagian responsibility mengukur sikap dan rasa tanggungjawab yang dimiliki oleh subjek . Contoh: “Saya akan menyelesaikan semua tugasan dengan sempurna”. d. Bahagian kebolehsuaian diri adalah menilai tentang kemampuan subjek dalam menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Contoh: “Saya boleh menyesuaikan diri dengan mudah dalam pelbagai situasi”. e. Bahagian inovasi pula menilai tentang keupayaan subjek dalam menerima sesuatu perubahan inovasi. Contoh: ”Saya sentiasa bersikap terbuka kepada idea baru”. iii. Bahagian Motivasi Kendiri a. Item-item bahagian dorongan pencapaian mengukur tentang kekuatan dorongan subjek untuk mencapai kecemerlangan. Contoh: “Saya sentiasa memastikan prestasi saya di tahap cemerlang”. b. Bahagian komitmen mengukur kesepaduan keupayaan subjek untuk menjaga dan melakukan sesuatu komitmen yang diberikan kepadanya. Contoh: “Saya akan menyiapkan semua tugasan sehingga selesai”. c. Bahagian inisiatif mengukur tentang kesediaan subjek untuk merebut peluang yang ada. Contoh: “ Saya suka menawarkan diri untuk mengikuti kursus-kursus yang boleh meningkatkan kecemerlangan saya”. d. Bahagian minat pula menilai tentang minat yang ada pada diri subjek dalam menjalankan sesuatu tugas. Contoh: “Saya tidak cepat bosan bila melakukan sesuatu tugasan”. iv. Bahagian Empati a. Item-item bahagian memahami orang lain mengukur sejauh mana subjek dapat mengesan dan memahami perasaan orang lain dengan tepat. Contoh: “Saya tahu apabila seseorang cuba menyembunyikan perasaannya.” b. Membantu orang lain mengukur sejauhmana subjek dapat memberikan pertolongan kepada orang lain. Contoh: “Saya akan membantu orang lain belajar menyelesaikan masalah mereka.” c. Bahagian leveraging diversity menilai keupayaan subjek mewujudkan peluang- peluang daripada pelbagai keadaan. Contoh: “Saya cuba membina persekitaran yang selesa apabila melakukan sesuatu tugasan bersama rakan-rakan”. d. Bahagian berorientasikan perkhidmatan mengukur tentang keupayaan subjek dalam menjangka, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain. Contoh: “Saya gembira apabila orang berpuas hati dengan pertolongan saya ”. e. Bahagian mengembangkan potensi orang lain adalah menilai kebolehan subjek dalam mengesan dan mengembangkan potensi yang dimiliki oleh orang lain. Contoh: “Saya suka membantu orang lain yang ingin berubah”. f. Bahagian kesedaran politik mengukur kebolehan subjek dalam membaca sesuatu keadaan, dan dapat mengenal pasti pihak yang berpengaruh dalam kumpulan tersebut. Contoh: “Saya tahu siapa yang paling berpengaruh dalam kalangan rakan-rakan”. g. Bahagian penyayang ataupun caring menilai sejauh mana subjek dapat berinteraksi dengan orang lain dengan perasaan kasih sayang yang tulus dan ikhlas. Contoh: “ Saya tidak suka melihat orang lain menderita”.

v. Bahagian Kemahiran Sosial