Instrumen Fasa Kedua Bahagian Kemahiran Sosial

sesebuah organisasi. Contoh: “Saya boleh mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan rakan-rakan”. h. Bahagian komunikasi menilai tentang kemahiran subjek dalam berkomunikasi dengan orang lain. Contoh: “Saya sedia mendengar pandangan orang lain”. vi. Bahagian SpiritualitiKerohanian Item-item bahagian kerohanian ini adalah mengukur tentang tahap kerohanian yang wujud dalam diri subjek. Contoh: “Saya suka melihat orang lain berjaya”. vii. Bahagian Kematangan Item-item bahagian ini adalah untuk mengukur tentang kemahiran subjek dalam menjadikan pengalaman yang pernah dialami untuk meningkatkan kematangan hidup mereka. Contoh: “Saya banyak belajar dari kesukaran hidup yang pernah dialami”.

3.4.2 Instrumen Fasa Kedua

Fasa kedua kajian ini menggunakan dua set soalan protokol, iaitu soalan protokol temubual mendalam indepth interview dan soalan protokol temubual berkumpulan focus group interview. Kedua-dua soalan protokol ini digunakan sebagai panduan untuk mendapatkan data daripada pakar dan orang-orang yang dianggap berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Data-data yang diperolehi daripada pakar dan orang-orang berjaya tersebut dijadikan sebagai asas dalam pembinaan modul latihan EQ yang menjadi tujuan utama kajian ini. Menurut Morgan 1997 melalui temubual pengkaji boleh mendapatkan data yang lebih komprehensif tentang sesuatu perkara yang dikaji. Beliau juga menyatakan pengumpulan data melalui temubual ini dapat memberikan peluang yang lebih besar kepada subjek untuk memberikan pendapat secara bebas dan terbuka tanpa dipengaruhi oleh pandangan orang lain. Soalan protokol tersebut dibina oleh pengkaji berdasarkan garis panduan yang dicadangkan oleh Krueger 1994. Soalan protokol individu dan soalan protokol berkumpulan dibina lebih kurang sama, hanya terdapat sedikit perbezaan pada soalan pembuka. Soalan pembuka pada soalan protokol temubual individu terus ditujukan kepada individu yang ditemubual, sedang soalan pembuka pada temubual berkumpulan cuba menanyakan kepada subjek tentang persamaan dan perbezaan mereka berada dalam kumpulan tersebut. Melalui temubual secara individu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam daripada individu yang dilibatkan. Sedangkan melalui temubual berkumpulan pula subjek dapat memberikan pelbagai maklumat kepada pengkaji, untuk melihat kepelbagaian interaksi terhadap perkara yang dibincangkan pada satu masa Morgan 1997; Krueger 1994. Soalan yang dikemukakan dalam protokol ini berbentuk soalan terbuka dan ianya dijalankan dalam bentuk diskusi sama ada temubual individu mahupun temubual berkumpulan. Subjek bebas menyatakan pandangan mereka tentang perkara yang sedang dibincangkan dalam temubual yang sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, perjalanan perbincangan tersebut tetap berpandukan kepada soalan protokol yang digunakanYin 1994. Soalan protokol tersebut mengandungi lima jenis soalan, iaitu soalan pembuka, soalan pengenalan, soalan transisi, soalan kunci dan soalan penutup Krueger 1994. Kebiasaannya sebelum memberikan soalan pembuka, dalam masa beberapa saat subjek diberi peluang untuk memperkenalkan diri mereka masing-masing. Untuk soalan protokol temubual berkumpulan, bahagian soalan pembuka memberikan peluang kepada subjek untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan mereka berada dalam kumpulan temubual tersebut. Soalan ini sebenarnya bertujuan untuk “ice-breaking” ataupun pembuka tirai perbincangan kepada subjek agar mereka selesa untuk menyampaikan pandangannya dalam perbincangan berikutnya. Pada bahagian ini semua subjek diberikan masa selama 10-20 saat untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan identiti dalam kalangan peserta kumpulan. Contoh soalan: Boleh tuanpuan terangkan tentang diri dan pengalaman tuanpuan sepanjang kerjaya tuanpuan, sehingga tuanpuan berada pada tahap sekarang ini? Soalan pengenalan pula digunakan untuk memperkenalkan tema perbincangan kepada subjek yang terlibat dalam kumpulan. Bahagian ini memberi peluang kepada subjek untuk mengimbas semula pengalaman yang pernah mereka lalui dan diminta mengaitkan pengalaman tersebut dengan topik yang sedang dibincangkan. Soalan ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada subjek tentang isu-isu penting yang menjadi topik perbincangan dalam temubual berkumpulan yang dilaksanakan. Bahagian soalan pengenalan pula bertujuan untuk memperkenalkan secara umum tentang topik perbincangan di dalam temubual tersebut. Selanjutnya melalui soalan transisi pengkaji cuba memandu subjek kepada topik perbincangan ataupun maklumat- maklumat penting yang diperlukan daripada subjek yang terlibat. Contoh soalan: i Pernahkah tuanpuan mengikuti sebarang kursus ataupun latihan tertentu yang dapat membantu tuanpuan menjalankan tugas dengan baik? ii Boleh tuanpuan kongsikan, apakah bentuk-bentuk latihan tersebut? Bagainakah pandangan tuanpuan tentang latihan itu? Sedangkan soalan kunci pula merupakan soalan-soalan inti untuk mencungkil data daripada subjek-subjek yang ditemubual. Melalui soalan-soalan kunci inilah maklumat-maklumat penting diperolehi oleh pengkaji yang akan dijadikan sebagai asas pembinaan modul EQ. Contoh soalan:

a. Kesedaran Kendiri