Menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah

Oleh itu, Al-Qur’an menyeru manusia supaya berkawin. Masyarakat yang dipenuhi dengan remaja yang dibesarkan di bawah didikan ibu bapa yang pengasih dan penyayang serta mengetahui bagaimana membentuk akal serta kebolehan anaknya, adalah lebih baik daripada masyarakat yang dipenuhi dengan genarasi yang lahir daripada perbuatan zina. Mereka adalah generasi terbuang. Mereka tidak pernah mengenali bapa yang mendidik dan ibu yang membelai mereka. Mereka dibesarkan dalam keadaan jiwa mereka membenci dan mendedami ibubapa, masyarakat dan manusia keseluruhannya. 33

c. Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani.

Perkawinan yang syarie akan menghasilkan ketenangan jiwa dan ketenteraman diri. Suatu kebahagian akan lahir daripada perkawinan tersebut.

d. Menjaga Akhlak Dari Runtuh Dan Rosak

Apabila manusia dilarang daripada berkawin, dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram. Semua orang mengetahui dengan jelas bahwa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak. Ia boleh merusakkan keharmonian rumahtangga, mencabulkan kehormatan, menyabarkan wabak penyakit serta menimbulkan tekanan jiwa dan perasaan. 34 Untuk menjaga akhlak dan memeliharanya daripada rusak, Rasulullah SAW. bersabda: 33 Al-Bugho, Kitab Fikih Mazhab Syafie, Undang-undang Kekeluargaan Nikah, Talak, Nafkah, Penjagaan Anak-anak, Penyusuan, Menentukan Keturunan, Anak Buangan h. 730 34 Ibid, h. 731 5 یA c ﺕ Gﻡ d ﺝ Be a ]P ﻥfZ 5 :g CZ Z G ﺕ :=2ﺕ e A Z hUb 35 Artinya: Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwininya. Sekiranya kamu tidak melakukannya niscaya akan timbul fitnah dan kerusakkan di atas muka bumi.”

e. Menjaga Kesempurnaan Dan Kesejahteraan Keturunan Manusia.

Allah telah menentukan bahawa manusia hanya berasal dari kedua ibu bapa, lelaki dan perempuan. Kita sedia maklum bahawa Islam mengharamkan lelaki dan perempuan hidup bersama melainkan dengan ikatan perkawinan yang syarie. Ini menunjukkan Islam memelihara kewujudan manusia melalui perkawinan. Sekiranya Islam mengharamkan perkawinan, golongan manusia akan pupus. Manakala jika Islam mangharuskan perzinahan, manusia akan hidup di dalam keadaan kebinasaan. Allah menghendaki hamba-Nya menikmati kebaikan dan dijauhkan daripada keburukan. 36 Firman Allah SWT. :  i M Q+ Artinya: “Sesungguhnya Allah amat menyintai dan mengasihi manusia.” Q.S. Al-Baqarah: 2 :134

f. Meluaskan Medan Persaudaraan Dan Membina Prinsip Bekerjasama

35 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah. Bab apabila orang yang kamu redha agamanya datang meminang, hendaklah kamu kawinkannya, nombor 1080 daripada Abu Hatim al-Muzni r.a. 36 Al-Bugho, Kitab Fikih Mazhab Syafie, Undang-undang Kekeluargaan Nikah, Talak, Nafkah, Penjagaan Anak-anak, Penyusuan, Menentukan Keturunan, Anak Buangan , h. 731-732