Melahirkan keturunan yang soleh dan remaja yang berakhlak untuk

5 یA c ﺕ Gﻡ d ﺝ Be a ]P ﻥfZ 5 :g CZ Z G ﺕ :=2ﺕ e A Z hUb 35 Artinya: Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwininya. Sekiranya kamu tidak melakukannya niscaya akan timbul fitnah dan kerusakkan di atas muka bumi.”

e. Menjaga Kesempurnaan Dan Kesejahteraan Keturunan Manusia.

Allah telah menentukan bahawa manusia hanya berasal dari kedua ibu bapa, lelaki dan perempuan. Kita sedia maklum bahawa Islam mengharamkan lelaki dan perempuan hidup bersama melainkan dengan ikatan perkawinan yang syarie. Ini menunjukkan Islam memelihara kewujudan manusia melalui perkawinan. Sekiranya Islam mengharamkan perkawinan, golongan manusia akan pupus. Manakala jika Islam mangharuskan perzinahan, manusia akan hidup di dalam keadaan kebinasaan. Allah menghendaki hamba-Nya menikmati kebaikan dan dijauhkan daripada keburukan. 36 Firman Allah SWT. :  i M Q+ Artinya: “Sesungguhnya Allah amat menyintai dan mengasihi manusia.” Q.S. Al-Baqarah: 2 :134

f. Meluaskan Medan Persaudaraan Dan Membina Prinsip Bekerjasama

35 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah. Bab apabila orang yang kamu redha agamanya datang meminang, hendaklah kamu kawinkannya, nombor 1080 daripada Abu Hatim al-Muzni r.a. 36 Al-Bugho, Kitab Fikih Mazhab Syafie, Undang-undang Kekeluargaan Nikah, Talak, Nafkah, Penjagaan Anak-anak, Penyusuan, Menentukan Keturunan, Anak Buangan , h. 731-732 Perkawinan meluaskan daerah persaudaraan. Dua keluarga akan bertemu dan bersatu. Persemendaan akan melahirkan satu ikatan baru dan kasih-sayang. Perkawinan juga akan melahirkan kerjasama di antara suami istri. Istri akan membantu suaminya di dalam urusannya, Makan minum, pakaian, tempat tinggal, mendidik anak-anak serta menguruskan rumah tangga. Suami pula akan membantu istri memenuhi keperluannya, memberikan nafkah, mempertahankannya dan memelihara kehormatannya. Islam adalah agama toleransi. Oleh itu, Islam mensyari’atkan perkawinan untuk merealisasikan kesemua maslahat tersebut. 37 Demikianlah definisi, dasar hukum, rukun dan syarat-syarat perkawinan yang telah diaturkan dalam agama Islam, begitujuga dengan hikmah-hikmah dan tujuan yang dapat diambil dari sebuah pernikahan, yang semua hikmah ini merupakan suatu hal yang lumrah dan dapat dibuktikan dalam kehidupan sehari- hari. Semoga kelak setiap pasangan yang ingin melayari bahtera rumahtangga dapat menyedari dan memahami arti sebuah pernikahan, dan semoga bahagia di dunia dan akhirat. 37 Ibid, h. 732