KES CARA HIDUP MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN SEKTOR BINAAN DI MALAYSIA

4.3.2 KES CARA HIDUP MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN SEKTOR BINAAN DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan binaan bagi pekerja migran Indonesia di Malaysia contohnya seperti pekerjaan scaffolding, plastering, welding, bricklayer, painting, farrier, ceiling, finishing, maintaining dan lain-lain. Terdapat daripada mereka yang datang ke Malaysia sudah memiliki kemahiran berdasarkan kemampuannya yang dapat dipraktikkan disini. Namun ramai juga yang tidak memiliki kemahiran sehingga pekerjaannya sebagai penolong kepada pekerja mahir. Jenis pekerjaan tidak mahir dapat diseb ut sebagai pekerja “kongsikong”. Pekerjaan ini bersifat sambilan dan perlu mematuhi arahan daripada ketua. Umumnya, pekerjaan yang sering penyelidik jumpai selain menolong pekerja tukang, mereka melakukan pembersihan material yang Terdapat pelbagai jenis pekerjaan binaan bagi pekerja migran Indonesia di Malaysia contohnya seperti pekerjaan scaffolding, plastering, welding, bricklayer, painting, farrier, ceiling, finishing, maintaining dan lain-lain. Terdapat daripada mereka yang datang ke Malaysia sudah memiliki kemahiran berdasarkan kemampuannya yang dapat dipraktikkan disini. Namun ramai juga yang tidak memiliki kemahiran sehingga pekerjaannya sebagai penolong kepada pekerja mahir. Jenis pekerjaan tidak mahir dapat diseb ut sebagai pekerja “kongsikong”. Pekerjaan ini bersifat sambilan dan perlu mematuhi arahan daripada ketua. Umumnya, pekerjaan yang sering penyelidik jumpai selain menolong pekerja tukang, mereka melakukan pembersihan material yang

Rajah 4.11 dan 4.12 Pekerjaan binaan jenis perancah yang paling berisiko tinggi, mereka menjalankan tanpa menggunakan tali keselamatan

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, pekerja migran Indonesia bagi sektor binaan menempati posisi strategik dalam pembangunan sebuah bangunan bertingkat. Biasanya ketua kerja merupakan orang Indonesia yang bertindak sebagai sub- kontraktor daripada sebuah kontraktor utama untuk melaksanakan kerja-kerja jenis binaan seperti yang disebutkan di atas. Sebagai ketua kerja, mereka ditugaskan untuk merekrut orang-orang di sekitar mereka, seperti saudara, kerabat, jiran atau orang sesama etnik tertentu. Perkara ini merupakan hubungan yang terjadi dalam menghubungkait pekerja migran Indonesia yang dipetakan berdasarkan etnik tertentu dan berdasarkan jenis pekerjaan binaan tertentu.

Penyelidik mengamati pola tersebut berdasarkan etnik Madura, Sampang. MM1 ialah pekerja migran asal Sampang, Madura, yang bermigrasi ke Malaysia sejak 1998 lagi. Sewaktu pada tahun 2005, beliau telah berkongsi dengan warga tempatan Penyelidik mengamati pola tersebut berdasarkan etnik Madura, Sampang. MM1 ialah pekerja migran asal Sampang, Madura, yang bermigrasi ke Malaysia sejak 1998 lagi. Sewaktu pada tahun 2005, beliau telah berkongsi dengan warga tempatan

MM1 sudah tidak dibenarkan lagi untuk melakukan pembaharuan permit kerjanya di Malaysia kerana sudah berada lebih 10 tahun melakukan pembaharuan permit kerja. Oleh sebab yang demikian, MM1 memiliki ruang pergerakan yang terhad. Untuk mengantisipasi menjadi pekerja haram di Malaysia, MM1 selalu keluar masuk Malaysia-Indonesia melalui Johor-Batam. MM1 menyalahgunakan keizinan tinggal sebagai pelancong untuk bekerja di Malaysia. Kadang kala, MM1 pulang ke Indonesia dan masuk ke Malaysia dengan membawa pekerja baharu dansemua kos ditanggungi oleh MM1. Berdasarkan pengamatan penyelidik, kos yang ditanggung oleh MM1 adalah berpatutan kerana hanya melibatkan kos untuk pengangkutan dan akomodasi semasa perjalanan. Jika terdapat bakal pekerjanya yang tidak memiliki wang, MM1 memberikan pinjaman,n amun perjalanan yang ditawarkan dilakukan secara tidak rasmi. Pelbagai cara digunapakai oleh MM1 dengan melanggar peraturan, sama ada di Indonesia dan di Malaysia. Semua itu dilakukan oleh MM1 dengan harapan ingin membantu ekonomi orang-orang sekelilingnya supaya dapat hidup dengan selesa dan tidak terhimpit dengan kemiskinan.

Selama di Malaysia, MM1 jarang sekali berkunjung ke tempat kerja pekerjanya. Adapun mengarahkan FM untuk melakukan pekerjaan tersebut. Namun ketika terdapat permasalahan yang serius, MM1 turut sama terlibat menanganinya secara langsung, seperti ketika terdapat pekerjanya yang dicekup oleh polis atau imigresen. Hampir semua pekerja MM1 tidak memiliki dokumen namun MM1 turut menawarkan peluang kepada semua pekerjanya sekiranya pekerjanya berkeinginan didokumentasikan secara rasmi. MM1 memberikan pinjaman yang sepatutnya Selama di Malaysia, MM1 jarang sekali berkunjung ke tempat kerja pekerjanya. Adapun mengarahkan FM untuk melakukan pekerjaan tersebut. Namun ketika terdapat permasalahan yang serius, MM1 turut sama terlibat menanganinya secara langsung, seperti ketika terdapat pekerjanya yang dicekup oleh polis atau imigresen. Hampir semua pekerja MM1 tidak memiliki dokumen namun MM1 turut menawarkan peluang kepada semua pekerjanya sekiranya pekerjanya berkeinginan didokumentasikan secara rasmi. MM1 memberikan pinjaman yang sepatutnya

Rajah 4.13 Rumah MM1 di Madura sebagai orang tengah sekaligus majikan pekerja migran tidak berdokumen

Syarikat milik MM1 diberikan kepercayaan kepada pekerjanya yang sudah lama bekerja untuk MM1. Sehingga pekerja itu diberikan keistimewaan untuk memimpin pekerja binaan dan mengelola kerja-kerja pembinaan pada sebuah bangunan tertentu. Syarikat milik MM1 memotong sekitar 18 –25% untuk setiap jenis pekerjaan binaan. contohnya pekerjaan pemasangan bracket . Kontraktor utama memberikan upah pemasangan RM 55 untuk setiap bracket dan RM 40 untuk membuka bracket . Pemenang tander dari kontraktor utama ialah syarikat yang dimiliki oleh MM1. Selanjutnya MM1 memberi kuasa pekerjaan itu kepada MW3. MW3 ialah pekerja MM1 yang direkrut dari orang kampungnya lima tahun yang lalu. MM1 mengambil 18-5% dari setiap jenis pekerjaan tersebut, sehingga MW3 hanya Syarikat milik MM1 diberikan kepercayaan kepada pekerjanya yang sudah lama bekerja untuk MM1. Sehingga pekerja itu diberikan keistimewaan untuk memimpin pekerja binaan dan mengelola kerja-kerja pembinaan pada sebuah bangunan tertentu. Syarikat milik MM1 memotong sekitar 18 –25% untuk setiap jenis pekerjaan binaan. contohnya pekerjaan pemasangan bracket . Kontraktor utama memberikan upah pemasangan RM 55 untuk setiap bracket dan RM 40 untuk membuka bracket . Pemenang tander dari kontraktor utama ialah syarikat yang dimiliki oleh MM1. Selanjutnya MM1 memberi kuasa pekerjaan itu kepada MW3. MW3 ialah pekerja MM1 yang direkrut dari orang kampungnya lima tahun yang lalu. MM1 mengambil 18-5% dari setiap jenis pekerjaan tersebut, sehingga MW3 hanya

Perbezaan kerja antara MM1 dan warga tempatan juga tidak berbeza di antara MM1 dan ketua kerja dalam sebuah bangunan. Dalam hal ini warga tempatan bertindak sebagai pengawasan tenaga kerja. Upah bagi pekerjaan tersebut sekitar RM 500 – 800 untuk setiap kali kunjungan pemeriksaan di lokasi bangunan. Upah tersebut bergantung pada kesepakatan tander yang dilakukan oleh syarikat MM1 dengan kontraktor utama. Biasanya pengawasan ini dilakukan sebanyak empat kali dalam setiap bulan. Warga tempatan yang memiliki keizinan, syarikat juga memotong setiap tuntutan bayaran sebesar 14 –18 %. Sebagai contoh dalam tempoh satu bulan, syarikat MM1 menuntut jumlah upah bayaran sebesar RM 30 ribu. Maka warga tempatan mengurangkan tuntutan bayaran untuk pekerjaan pengawasan pekerja terlebih dahulu, setelah itu mereka memotong sebanyak 14 – 18% setiap bulan. Dalam kes syarikat MM1, warga tempatan memotong 18% kepada setiap tuntutan pekerjaan bagi satu bulan. Pola ini dalam hubungan kelas terlihat keterpinggiran kelas pekerja asing yang dimanfaatkan oleh pekerja tempatan.

MM1 dapat dikatakan sebagai orang kaya di kampungnya, Sampang, Madura. Terdapat beberapa orang seperti MM1 di kampungya, antaranya adalah MM6 dan MM7. MM6 dan MM7 telah pulang dan tidak kembali lagi ke Malaysia kerana sudah tidak diperkenankan lagi untuk memperbaharui permit kerjanya lagi. Sehingga mereka berdua menubuhkan perniagaan mereka sendiri. MM6 memiliki sejumlah lori untuk disewakan kepada warga sekelilingnya untuk khidmat pengangkutan barang. Sedangkan MM7 mendirikan usaha perlombongan dengan cara memecahkan batu gunung menjadi kerakal, kerikil dan pasir. Berbeza pula dengan MM1 di mana beliau memilih untuk membuat perlaburan dengan cara yang lain. Selain dibangunkan dalam MM1 dapat dikatakan sebagai orang kaya di kampungnya, Sampang, Madura. Terdapat beberapa orang seperti MM1 di kampungya, antaranya adalah MM6 dan MM7. MM6 dan MM7 telah pulang dan tidak kembali lagi ke Malaysia kerana sudah tidak diperkenankan lagi untuk memperbaharui permit kerjanya lagi. Sehingga mereka berdua menubuhkan perniagaan mereka sendiri. MM6 memiliki sejumlah lori untuk disewakan kepada warga sekelilingnya untuk khidmat pengangkutan barang. Sedangkan MM7 mendirikan usaha perlombongan dengan cara memecahkan batu gunung menjadi kerakal, kerikil dan pasir. Berbeza pula dengan MM1 di mana beliau memilih untuk membuat perlaburan dengan cara yang lain. Selain dibangunkan dalam

Rajah 4.14 Rumah MM6 yang merupakan bekas pekerja migran tidak berdokumen yang berjaya di Madura

Pada masa hadapan, MM1 ingin melakukan diversifikasi ke atas perusahaan perniagaannya dan menambah kekayaan dengan cara menubuhkan syarikat yang bergerak dalam bidang pembinaan di Indonesia. Saat ini, beliau sedang mencari sarjana jurutera untuk menjadi pengerusi perusahannya dan sekaligus sebagai persyaratan menubuhkan syarikat untuk binaan di Indonesia. Meskipun MM1 tidak pernah bersekolah formal danbeliau tidak malu mengakui hanya sempat masuk selama empat hari bersekolah di sekolah rendah, akan tetapi beliaumampu membaca serta menulis dan beliau mendapatkan pekerjaan dari rakan sekerja ketika bersama-sama menjadi pekerja migran semasa awal-awal memasuki Malaysia.

Pola-pola ini sangat lazim terjadi pada kalangan pekerja migran Indonesia di Malaysia. Tidak tertumpu kepada jenis pekerjaan scaffolding sahaja, akan tetapi jenis pekerjaan binaan lainnya juga berlaku pola seperti ini. Berdasarkan pengamatan penyelidik, pekerjaan scaffolding , maintaining , farrier dan staging banyak dilakukan oleh etnik Madura. Sedangkan untuk pekerjaan plastering , ceiling, painting dan finishing telah banyak dilakukan oleh orang Jawa. Maksudnya di sini adalah asal etnik di Indonesia seorang ketua kerja dari jenis pekerjaan pembinaan. Sementara orang-

orang flores banyak yang bekerja pada jenis “kongsikong” dan biasanya melakukan kerja-kerja finishing dan maintaining . Pekerja migran dari negara selain Indonesia biasanya bekerja mengikuti ketua kerja dari Indonesia. Corak pada masa ini, pekerja yang berasal dari Bangladesh yang sudah lama bekerja di Malaysia, mulai mengikuti jejak langkah yang digunakan oleh orang Indonesia, namun jumlahnya tidaklah banyak. Penyelidik berpendapat bahawa latar belakang etnik, bahasa dan budaya dilihat menjadi dinding penghalang ketika orang Bangladesh hendak berkongsi dengan warga tempatan.

Daripada situasi ketenagakerjaan seperti ini sangat memungkinkan bahawa semua pekerja migran Indonesia merujuk kepada etnik atau yang memiliki daya sumber yang terdapat pada diri aktor. Bagi orang Madura, cara-cara penyelesaian masalah seringkali dilakukan dengan tanpa campur tangan kerajaan. Mereka tidak pernah seringkali menyebut peranan perwakilan kerajaan ketika terjadi permasalahan yang menimpa ke atas mereka. Kelompok etnik Madura sangat kukuh di Malaysia. Mereka turut membawa serta budaya mereka selama di Malaysia, seperti menyambut perayaan maulidur rasul secara meriah. Perayaan atau sambutan tersebut melibatkan penglibatan ramai di yang dikongsi bersama-sama antara mereka. Kebiasaan amalan tersebut telah diserap dan menjadiikutan oleh pekerja Bangladesh dan warga tempatan untuk merayakannya.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74