PERINGKAT MIKRO

5.2.1.1 PERINGKAT MIKRO

Kepentingan ekonomi telah mendominasi pekerja migran tidak berdokumen dalam menentukan keputusan untuk bermigrasi. Kehendak mereka adalah untuk sentiasa memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Kehendak itu muncul berdasarkan keinginan dan cita-cita untuk sara hidup yang lebih baik yang tercipta melalui tindakan. Walhal, keinginan tersebut belum pasti menjanjikan kepada gaya hidup yang lebih baik. Keinginan peribadi juga dipengaruhi oleh keadaan persekitaran pekerja migran. Persekitaran yang dimaksudkan di sini meliputi keluarga migran, demarkasi etnik, kerabat terdekat, jiran dan faktor persekitaran. Para migran melihat persekitaran dalam perspektif bagi proses interaksi dan selalu merujuk kepada nilai tanda yang dimiliki oleh lingkungan sekitarnya, utamanya dalam hal aset pemilikan. Nilai tanda merujuk kepada materialistik penentu ini merujuk kepada kepercayaan migran. Seterusnya, mereka sentiasa berfikir bahawa migrasi ke Malaysia akan mendatangkan sara hidup yang lebih baik. Fikiran yang masih berasaskan keinginan ini seterusnya menghasilkan kepada kehendak dan direalisasikan dalam tindakan untuk bermigrasi.

“Alasannya dari ekonomi…da ri keluarga ” (transkrip MW13)

“Mahu minta rokok [rokok bererti wang dalam istilah orang madura] sama orang tua [ibu bapa] malu, di rumah pun ngga ada kerja. Carilah sendiri .” (transkripsi MW5)

“ Bantu orang tua [ibu bapa] , di kampung tidak ada kerja, susah untuk kerja .” (transkripsi MW6).

Bekas pekerja migran selalu menunjukkan hasil yang mereka perolehi selepas dari perantauan. Gejala ini begitu jelas kelihatan yang dipertontonkan seperti rumah, kenderaan, pemilikan tanah, perhiasan, hartanah dan kewangan. Bakal pekerja migran yang terikut dan berkeinginan untuk mendapatkan seperti mereka yang telah berjaya. Secara asasnya, kehendak itu muncul daripada keinginan mereka sendiri yang bersifat jangka pendek. Ianya bukan merupakan cita-cita daripada kehendak. Ini dapat dijelaskan bahawa kehendak adalah bersifat jangka panjang. Keinginan belum tentu tercapai apabila tidak dikehendaki dalam sebuah tindakan. Sehinggakan para migran ini bermigrasi selari dengan apa yang mereka ingini. Meskipun mereka harus sentiasa bermigrasi ke luar negara untuk mewujudkan keinginan tersebut. Apabila keinginan telah dipenuhi, keinginan yang lain turut muncul. Sementara bagi migran, keinginan sebelum ini tidak difikirkan selepas dari perantauan. Keinginan bertukar menjadi perkara lain ketika para migran ini berkehendakan. Misalnya mereka betul-betul berkehendakan untuk bermigrasi demi membangun sebuah perniagaan di negara asal selepas migrasi. Jika berlaku keadaans eperti ini, migrasi berulang dilihat dapat dikurangkan.

“ Rumah pun tidak ada. Habis apa mahu kerja kat kampung? Mahu duduk saja? Mahu bagi anak apa?” (Transkrip, MW2)

“ Terus saya kalau sekarang saya cuma itu saja mau bikin itu [bilik air] , lepas itu saya, mau simpan lah kalau ada sisa- sisanya…..Tidak, saya belum. Masih banyak hutang” (Transkrip, MW6)

“Iya, hutang. Terus nanti bayar kalau udah ada gaji” (Transkrip, MW5)

Adakalanya para pekerja migran tidak berdokumen ini berkeinginan untuk membayar semua hutang-hutangnya, lalu memutuskan untuk bermigrasi. Rantaian ini semakin panjang ketika hutang-hutang mereka dapat dilunaskan, keinginan untuk mendapatkan sesuatu aset juga bertambah. Persekitaran menciptakan sebuah pengaruh yang bersifat materialistik penentu. Oleh sebab itu, para pekerja migran tidak berdokumen ini akan mendesak keinginan tersebut menjadi sesebuah kehendak yang mereka cintai untuk memperolehi nilai-nilai bermakna. Nilai tersebut adalah sangat bermakna bagi para migran tidak berdokumen ini kerana menjadi sebuah identitinya dalam proses interaksi dengan persekitaran yang disebabkan oleh persekitaran tidak kondusif di tempat tinggal asal yang sangat sukar untuk mencari pendapatan. Kejayaan dalam bentuk kebendaan semasa di perantauan adalah sangat mempengaruhi dalam proses interaksi mereka bahkan ianya melibatkan pelbagai emosi yang diharungi oleh pekerja migran tidak berdokumen itu sendiri.

“Ya, sama juga keinginan sendiri sama diajak sama MW3 [suami MW2]. Sama juga dong ” (transkripsi, MW2)

Pekerja migran yang gagal juga sentiasa menghasilkan keinginannya semula untuk ditunjukkan kepada persekitaran. Kebanyakan migran yang gagal ini dipulangkan atau diusir oleh kerajaan Malaysia kerana tidak memiliki dokumen. Ini menunjukkan kegagalan tersebut diperhatikan oleh persekitaran mereka. Perasaan yang teramat malu dirasakan oleh pekerja migran tidak berdokumen kerana persekitarannya melabelkan sebagai individu yang gagal. Persepsi tersebut dizahirkan sendiri oleh individu gagal tersebut meskipun persekitaran tidak menganggap yang demikian. Persepsi peribadi tersebut muncul seiring dengan adanya nilai tanda dalam persekitarannya yang merujuk kepada kegagalan. Persepsi tersebut sebenarnya adalah bersifat subjektif. Dalam pengertian lain, masyarakat sekeliling belum tentu menilai bahawa bermigrasi memberi satu jaminan sara hidup yang lebih baik yang mempunyai kebenaran. Sebaliknya, perkara tersebut menular yang dijadikan sebagai fahaman yang benar oleh para migran dan seterusnya terus dipercayai oleh migran tersebut. Setiap kepercayaan yang dihasilkan berkehendak menjadi sebuah tindakan Pekerja migran yang gagal juga sentiasa menghasilkan keinginannya semula untuk ditunjukkan kepada persekitaran. Kebanyakan migran yang gagal ini dipulangkan atau diusir oleh kerajaan Malaysia kerana tidak memiliki dokumen. Ini menunjukkan kegagalan tersebut diperhatikan oleh persekitaran mereka. Perasaan yang teramat malu dirasakan oleh pekerja migran tidak berdokumen kerana persekitarannya melabelkan sebagai individu yang gagal. Persepsi tersebut dizahirkan sendiri oleh individu gagal tersebut meskipun persekitaran tidak menganggap yang demikian. Persepsi peribadi tersebut muncul seiring dengan adanya nilai tanda dalam persekitarannya yang merujuk kepada kegagalan. Persepsi tersebut sebenarnya adalah bersifat subjektif. Dalam pengertian lain, masyarakat sekeliling belum tentu menilai bahawa bermigrasi memberi satu jaminan sara hidup yang lebih baik yang mempunyai kebenaran. Sebaliknya, perkara tersebut menular yang dijadikan sebagai fahaman yang benar oleh para migran dan seterusnya terus dipercayai oleh migran tersebut. Setiap kepercayaan yang dihasilkan berkehendak menjadi sebuah tindakan

“Ya dulu untuk sekolah anak lah… Kalau ada kelebihannya mahu buat rumah” (transkripsi, MW2)

Persikataran mendorong kepada perkara yang bersifat materialistik penentu. Hal ini telah diperhatikan melalui seorang bekas pekerja migran tidak berdokumen yang telah berjaya. Status kejayaan meningkatkan proses interaksi dengan persekitarannya. Kebendaan yang dimiliki akan memberikan kesan kepada para migran lain untuk mengikuti langkah-langkah individu yang telah berjaya selepas daripada perantauan. Melalui praktikal ini, kehendak di luar kesedaran pekerja migran mempengaruhi keputusannya untuk bermigrasi, walaupun dengan cara yang penuh berisiko dan penuh dengan cabaran bagi menjalaninya. Apatah lagi, persekitaran telah melahirkan keinginan di luar kesedaran melalui kebendaan yang ditonjolkan. Oleh demikian, pekerja migran tidak berdokumen sebenarnya mempunyai kesedaran tanpa sedar dalam memutuskan untuk bermigrasi. Mereka tidak berfikir panjang bahawa migrasi ke luar negara mempunyai pelbagai rintangan, halangan, risiko dan cabaran. Keinginannya berdasarkan sebuah nilai tanda dalam masyarakat menunjukkan sebuah pengiktirafan yang mesti dicapai. Di mana, pengiktirafan ke atas status mereka dalam masyarakat juga merupakan sesuatu yang bersifat kebendaan secara abstrak. Ianya hanya dirasai oleh seseorang individu tersebut yang menerima kesan kepada penilaian subjektif tersebut. Begitu juga berkaitan dengan status dalam persekitaran merupakan bahagian daripada nilai tanda yang terkandung pada komuniti migran.

Nilai tanda (kebendaan)

Nilai tanda (kebendaan)

Rajah 5.1 Siklus faktor ekonomi mikro yang dimiliki oleh pekerja migran tidak berdokumen

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74