Perjalanan Haram Pekerja Migran Indonesi

PERJALANAN HARAM PEKERJA MIGRAN INDONESIA TIDAK BERDOKUMEN KE MALAYSIA RIDWAN WAHYUDI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERJALANAN HARAM PEKERJA MIGRAN INDONESIA TIDAK DOKUMEN KE MALAYSIA RIDWAN WAHYUDI TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA SAINS SOSIAL FAKULTI SOSIAL SAINS DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI

2016

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

31 Mei 2016 RIDWAN WAHYUDI P 77537

PENGHARGAAN

Bismillahi al-Rahman al-Rahim.

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta‟ala kerana telah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada penyelidik sehingga dapat menyelesaikan penulisan ini mengikut format yang telah ditetapkan. Sesungguhnya tanpa kudrat yang diberikan-Nya dan tanpa bimbingan secara konsisten daripada penyelia saya, Prof. Dr. Hamzah Jusoh, tentu sekali penyelidikan ini tidak dapat disempurnakan sepertimana yang dikehendaki. Saya juga menghargai segala bantuan dan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan penyelidik lain dalam memberikan pelbagai input serta idea bagi memantapkan kajian ini.

Selain daripada itu, saya turut mengaturkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kedekanan Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan serta Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah member peluang kepada penyelidik untuk menyelesaikan kajian kesarjanaan serta kemudahan yang diperuntukkan sepanjang proses pembelajaran. Khidmat dan bantuan daripada kakitangan fakulti sosial sains dan kemanusiaan juga amatlah dihargai. Tambahan lagi rasa terima kasih dilafazkan oleh penyelidik kepada Kedutaan Besar Republik Indonesia ke Kuala Lumpur yang telah memberikan sebarang maklumatnya yang diperlukan oleh penyelidik.

Akhir kata saya turut melafazkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini, terutamanya kepada ibubapa saya iaitu arwah H. Fauzi dan Chusniatin yang selalu memberikan sokongan semangat kepada penyelidik sepanjang menyelesaikan kajian ini dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

PERJALANAN HARAM PEKERJA MIGRAN INDONESIA TIDAK BERDOKUMEN KE MALAYSIA ABSTRAK

Pekerja migran yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau lebih dikenali sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah mencorakkan sebahagian kehidupan sosio-ekonomi rakyat Malaysia. Pekerja migran tidak berdokumen asal Indonesia merupakan bangsa terbesar, namun tidak banyak yang diketahui tentang proses perjalannya. Terdapat segelintir penyelidik sahaja yang mengetahui kehidupan sosio- ekonomi mereka semasa bekerja dan mendiami sesuatu tempat tinggal di Malaysia serta keadaan mereka semasa di Indonesia. Kajian ini menuju tiga objektif teras. Pertama, kajian ini bertujuan untuk meneroka perjalanan sebenar PATI secara haram ke Malaysia secara menyeluruh melalui kesemua proses dan interaksi yang terlibat yang dilakukan secara kajian lapangan. Objektif seterusnya ialah mengenalpasti faktor-faktor utama berlakunya kebanjiran pekerja migran tanpa dokumen yang sah dari Indonesia yang memasuki wilayah di Malaysia secara haram. Objektif terakhir ialah mengenalpasti implikasi kemasukan haram yang dilakukan oleh PATI dari Indonesia ke Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kaedah kualitatif dengan pendekatan grounded theory . Hasil dapatan kajian, memperlihatkan bahawa modal sosial di dalam bentuk jaringan sesama pekerja migran tanpa dokumen yang sah adalah melalui pelbagai saluran, khususnya persahabatan, demarkasi, persaudaraan, jiran dan etnik yang sama. Jaringan tersebut telah terbentuk amat kukuh di luar kuasa kerajaan kedua-dua negara. Selain itu, jaringan sosial pekerja migran tanpa dokumen yang berasal dari Indonesia juga telah membentuk kelas sosial antara pekerja dengan agihan kerja yang telah terstruktur dan dipatuhi oleh sesama pekerja meskipun ketiadaan sistem pentadbiran rasmi yang menguruskannya. Seterusnya, pekerja migran tanpa dokumen ini kurang memperolehi akses sosial sebagai masyarakat negara tujuan. Akibat ketiadaan dokumen yang sah, maka semua hak yang dimilikinya sebagai manusia turut dipertikaikan dan sering menjadi entiti masyarakat yang selalunya dipersalahkan dalam permasalahan hubungan sosial. Oleh yang demikian, strategi yang boleh dicadangkan oleh kedua-dua negara ialah memperakui ke semua hak pekerja tanpa dokumen. Melalui penambahbaikan sistem migrasi di antara kedua-dua negara adalah dengan memperakui jaringan pekerja migran berikutan jaringan tersebut sebenarnya telah tercipta sebelum kedua-dua negara memperolehi kemerdekaan. Sistem tersebut seharusnya lebih dititikberatkan oleh sektor kerajaan dan adalah tidak wajar sekiranya sektor swasta besar yang mendominasi berkesan bagi pentadbiran setiap tahapan migrasi.

ILLEGAL JOURNEY INDONESIAN UNDOCUMENTED MIGRANT WORKERS TO MALAYSIA ABSTRACT

Undocumented migrant workers or Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) have made a mark on the socio-economic living space in Malaysia. Indonesians constitute the largest nationality among undocumented migrant workers, but little is known about their journey into Malaysian territory. Only a few researchers have tried to understand their socio- economic livelihoods through investigating work and living spaces in Malaysian, and their conditions in Indonesia. The study sets out three principal objectives. Firstly, it explores the illegal journey of the Indonesian undocumented migrant workers, covering every process and interaction that can be observed through fieldwork. Secondly, it identifies the substantive factors behind Indonesian undocumented migrant workers ‟ illegal influx into Malaysia. Thirdly, it draws out the implications from the illegal journey which is undertaken by Indonesian undocumented migrant workers to Malaysia. This qualitative study uses the grounded theory approach. The result of this study shows that social capital within the Indonesian undocumented migrant workers network exists through various channels, particularly friendship, brotherhood, neighbourhood, community and ethnic grouping. It also permeates strongly, beyond government authority and regulation. The Indonesian undocumented migrant workers have constructed social classes amongst themselves, with division of labour that workers adapt to, even in the absence of a formal administrative system. Indonesian undocumented migrant workers have also been less able to get the social access as society members in their destination country. The abscence of official documents deprives them of human rights, and they are also blamed for social ills. Therefore, the strategic planning for both countries must acknowledge the rights of undocumented migrant workers. Accordingly, it should improve the migration mechanism between the both countries along with acknowledgementing of their migrant workers network which have indeed been constructed before these countries‟ independence struggles. This new system should emphasize the role of government, not the private sector who dominated at every stage of migration.

iv ABSTRAK v

SENERAI JADUAL, PETA DAN RAJAH

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Migrasi Penduduk Indonesia ke Malaysia

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Organisasi Penyelidikan

1.9 Kesimpulan

BAB II METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.2 Reka Bentuk Penyelidikan

2.3 Kerangka Konseptual Penyelidikan

2.4 Falsafah dan Pendekatan Penyelidikan

2.5 Teknik Pengumpulan Dan Analisis

2.5.1 Membuka Kod ( Open Coding )

2.5.2 Aksial Kod ( Axial Coding )

2.5.3 Pemilihan Kod ( Selective Coding )

2.5.4 Notis Teori ( Theoretical Memos )

2.5.5 Perbandingan Tetap ( Constant Comparison )

2.6 Pelaksanaan Penyelidikan

2.7 Kesimpulan

BAB III KERANGKA PENYELIDIKAN DAN KAJIAN LEPAS

3.2 Teori Sistem Jaringan (Modal Sosial) Pekerja Migran

3.3 Ulasan Kajian Kepustakaan Pekerja Migran Tidak Berdokumen

BAB IV PENGALAMAN MIGRASI

4.2 Episod Sebelum Keberangkatan dan Perjalanan

4.2.1 Kampung Asal Pekerja Migran Tidak Berdokumen

4.2.2 Perjalanan Memasuki Malaysia

4.3 Episod Kehidupan Migran di Perantauan

4.3.1 Kediaman Pekerja Migran Tidak Berdokumen

4.3.2 Kes Cara Hidup Migran Tidak Berdokumen Sektor Binaan

di Malaysia

4.4 Episod Kepulangan dan Integrasi Semula

4.4.1 Mengurus Perjalanan Pulang

4.4.2 Berkumpul Bersama Keluarga dan Komunitinya

4.5 Episod Migrasi Berulang

4.6 Kesimpulan

BAB V PERBINCANGAN DAN HURAIAN

5.2 Faktor-Faktor Pekerja Migran Tidak Berdokumen

5.2.1 Faktor Ekonomi

5.2.1.1 Peringkat Mikro

5.2.1.2 Peringkat Meso

5.2.2 Faktor Sosio-Legal

5.2.2.1 Akses Sosial Pekerja Migran Tidak Berdokumen 107

5.2.2.2 Program dan Dasar oleh Kerajaan Indonesia dan Malaysia dalam Mengurus Pekerja Migran Tidak Berdokumen

5.3 Kelas Sosial Pekerja Migran Tidak Berdokumen 128

5.3.1 Membentuk Jaringan yang Kukuh

5.3.2 Fungsi Jaringan Pekerja Migran Tidak Berdokumen 137

5.4 Ruang Sosial Pekerja Migran Tidak Berdokumen 144

5.5 Strategi Mengurus Pekerja Migran Tidak Berdokumen 146

5.6 Kesimpulan 149

BAB VI RUMUSAN DAN PENUTUP

6.1 Pengenalan 151

6.2 Rumusan dan Penemuan Kajian 152

6.3 Sumbangan Kajian terhadap Pembangunan Teori dan Cadangan Kajian Lanjutan

6.4 Penutup 159

RUJUKAN LAMPIRAN

Lampiran A Senerai Pertanyaan Kajian Pekerja Migran Tidak Berdokumen ke Malaysia

167 Lampiran B Persetujuan Berdasarkan Informasi ( Informed Consent )

171 Lampiran C Pernyataan Menolak sebagai Responden

SENERAI JADUAL, RAJAH DAN PETA

Halaman

1.1. Peta Wilayah Skop Kajian

1.1. Jadual Organisasi Penyelidikan

2.1. Rajah Kerangka Konseptual

2.1. Jadual Pelaksanaan Penyelidikan

2.2. Jadual Objek Penyelidikan

3.1. Jadual Pengembangan Teori Modal

3.1. Rajah Model Teori Modal Sosial

4.1. Rajah Rumah Adat Madura, Tanean Lanjeng

4.2. Rajah Geografik Madura dengan ekologi tegalan yang tandus dan kering 52

4.3. Rajah Pekerja migran tanpa dokumen ketika hendak berangkat ke Batam melalui Lapangan Terbang Juanda, Surabaya

4.4. Rajah Pekerja migran tanpa dokumen yang dijemput oleh orang tengah dari Bandar Udara Hang Nadim, Batam

4.5. Rajah Rumah penempatan sementarapekerja migran tanpa dokumen di Batam yang gelap, berbau, kotor, yang dipenuhi oleh serangga dan manusia

4.6. Rajah Pelabuhan Batam Center

4.7. Rajah Keadaan pelabuhan Batam Center yang dipenuhi oleh pekerja migran hendak ke Johor Bahru

4.8. Rajah semasa penyelidik berada di rumah penempatan, beralaskan papan dan dikunci dari luar bangunan oleh orang tengah, Batam

4.9. Rajah rumah kongsi pekerja migran di daerah Puchong

4.10. Rajah perkongsian kawasan mandi bagi kaum wanita dan lelaki di kawasan rumah kongsi

4.11. Rajah pekerja migran sektor binaan yang paling berisiko tinggi

4.12. Rajah pekerja migran melaksanakan pekerjaannya tanpa tali keselamatan 74

4.13. Rajah rumah MM1, orang tengah dan majikan pekerja migran tidak berdokumen

76

4.14. Rajah rumah MM6 yang merupakan bekas pekerja migran tanpa dokumen yang berjaya di Madura

78

4.15. Rajah resit jaminan tahanan imigresen kepada pekerja migran tanpa dokumen

82

4.16. Rajah situasi layanan bagi pekerja tanpa dokumen oleh Syarikat AG1 di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur

84

4.17. Rajah penyelidik menghadiri jemputan dari Duta Indonesia pada waktu kunjungan ahli parlimen Indonesia di Kuala Lumpur

88

4.18. Salah sebuah kediaman pekerja migran tanpa dokumen yang gagal yang

90

sering berjudi

5.1. Rajah siklus faktor ekonomi mikro yang dimiliki oleh pekerja migran tidak berdokumen

102

5.2. Rajah pola nilai yang berlaku dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen

106

5.3. Rajah bekalan air bersih yang terhad yang digunakan oleh ratusan pekerja migran untuk keperluan mandian dan mencuci

110

5.4. Rajah kediaman pekerja migran tidak berdokumen bagi sektor kelapa sawit di tengah-tengah kebun di dearah Banting, Klang

111

5.5. Rajah pasport pekerja migran tidak berdokumen yang dikoyakkan dengan memerhati nombor dan cop imigresen dalam lingkaran

123

5.6. Rajah perincian kos bayaran program rehiring 124

5.7. Rajah perincian kos bayaran program pemulangan sukarela bagi pekerja migran tidak berdokumen

124

5.8. Rajah pemotongan kos keselamatan pekerja migran tidak berdokumen dalam sebuah tapak binaan daripada kontraktor utama kepada sub-kontraktor

143

Pekerja migran tidak berdokumen perjalanan yang sah dari Indonesia dilihat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan di mana adalah sangat mudah ditemui di Malaysia. Mereka umumnya mendiami atau menduduki kawasan di tempat-tempat awam dan kawasan perindustrian di Malaysia. Perkara ini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi warga Malaysia akan kehadiran mereka. Bahkan warga tempatan turut menggunakan khidmat pekerja migran tidak berdokumen yang sah tersebut sebagai tenaga kerja mahir bagi membantu urusan perniagaan mereka. Selain berkemahiran, majikan turut memperoleh beberapa kelebihan kerana tidak perlu menguruskan dokumen pengambilan pekerja secara sah seperti kontrak kerja, pas lawatan, surat rayuan kepada agensi-agensi terlibat dan lain-lain. Tambahan lagi, pekerja migran tidak dokumen tersebut sering menawarkan khidmat secara sukarela kepada majikan tempatan. Di samping status mereka yang tidak memiliki dokumen yang sah, adakalanya mereka terpaksa menempuh beberapa peristiwa dan kejadian yang berlaku semasa perjalanan datang dan selama tinggal di Malayasia yang penuh kepayahan dan risiko yang tinggi. Faktor-faktor utama yang membuatkan mereka begitu tekad untuk membolosi dinding sempadan kawasan Malaysia, masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Sebagai contoh, suasana duka yang tidak terkira menyelubungi keluarga dan pekerja migran dari Indonesia. Terdapat, dua kejadian kemalangan yang menimpa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berasal dari Indonesia pada tahun 2015. Puluhan mangsa meninggal dunia, beberapa di antaranya hilang dihanyutkan oleh arus

laut yang tidak dijumpai dan puluhan lainnya mengalami kecederaan. Pada permulaan tahun 2016, kejadian tersebut berulang kembali. Seolah-olah kejadian tersebut seperti sebuah epilog dan tradisi suram yang sentiasa berulang setiap tahun. Persoalan yang berterusan ekoran rentetan kejadian itu sering diajukan seperti mengapa mereka begitu bersungguh untuk meneruskan perjalanan yang berisiko dan berbahaya? Apakah kejadian yang sebenar berlaku ketika mereka bekerja ke Malaysia sehingga kehilangan keistimewaan sebagai manusia yang sering dikategorikan sebagai haram? Apakah tindakan berterusan yang dilakukan oleh kerajaan kedua-dua negara dalam mengawal migrasi antara Indonesia dan Malaysia? Siapakah yang paling bertanggungjawab di atas kejadian itu? Serta pelbagai lagi. Ramai warga Malaysia sebenarnya mengetahui akan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan warga tempatan juga sudah terbiasa bergaul dan berkomunikasi bersama PATI. Namun, rakyat tempatan dilihat kurang mengetahuicara mereka menyelinap masuk ke Malaysia, mengenalpasti secara pasti dan keberangkalian ada yang mengetahui identiti PATI tetapi cuba menyembunyikan perkara tersebut. Maklumat dan hebahan daripada media, masyarakat sekeliling, laporan oleh agensi kerajaan serba sedikit memberi pendedahan kepada khalayak berkenaan dengan PATI. Berpandukan kepada prinisip kemanusiaan yang mengajarkan kepada nilai-nilai murni adalah tidak menggalakkan migrasi secara haram walau demi meneruskan kesinambungan hidup. Maka, pengurusan yang sistematik dan terancang bagi menguruskan pekerja migran tidak dokumen yang sah perlu diuruskan dengan melibatkan kerjasama pihak kerajaan kedua-dua buah negara adalah sangat penting dalam memperakui dan memenuhi hak peribadi setiap insan.

1.2. MIGRASI PENDUDUK INDONESIA KE MALAYSIA

Kawasan Selat Malaka yang terletak di antara Indonesia, Singapura dan Malaysia adalah merupakan salah satu kawasan perairan yang tersibuk di dunia. Selain menjadi laluan perdagangan antarabangsa yang bernilai dan manfaat ekonomi yang tinggi. Namun hakikatnya, kawasan tersebut terkenal dengan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kebanyakan migran yang hendak memasuki ke Malaysia dari Indonesia yang melalui laluan antara Batam dan Johor (Castles et al. 2013; Hugo 2005). International Organization for Migration (IOM) telah menjalankan kaji selidik Kawasan Selat Malaka yang terletak di antara Indonesia, Singapura dan Malaysia adalah merupakan salah satu kawasan perairan yang tersibuk di dunia. Selain menjadi laluan perdagangan antarabangsa yang bernilai dan manfaat ekonomi yang tinggi. Namun hakikatnya, kawasan tersebut terkenal dengan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kebanyakan migran yang hendak memasuki ke Malaysia dari Indonesia yang melalui laluan antara Batam dan Johor (Castles et al. 2013; Hugo 2005). International Organization for Migration (IOM) telah menjalankan kaji selidik

Sebenarnya, migrasi bukanlah fenomena baharu dalam sejarah tamadun peradaban manusia. Brettel & Hollified (2015) telah menerangkan bahawa migrasi meliputi pelbagai disiplin keilmuan seperti undang-undang, sains politik, ekonomi, geografi, sosiologi, psikologi dan kajian budaya. Namun melalui kajian yang telah dilakukan oleh kedua-duanya telah berhasil mengenalpasti bahawa punca ekonomi lebih mendominasi seseorang dalam menentukan keputusan untuk melakukan migrasi. Keputusan bagi mencapai sara hidup yang lebih baik daripada negara asal pada masa hadapan dengan cara mencari pendapatan dan menetap di luar negara secara separa tetap. Akan tetapi, apakah perkara yang demikian adalah betul? Jika dihubungkaitkan dengan perjalanan mereka yang amat berisiko dan berbahaya, hal tersebut amatlah tidak setanding untuk mengambil keputusan bermigrasi ke Malaysia.

Dalam konteks masyarakat ASEAN, isu pekerja migran juga tidak dapat dielakkan kepada kenyataannya. Seramai 232 juta orang melakukan migrasi di negara-negara besar dunia, 30 peratus atau sekitar 71 juta berlaku di Asia, sementara pada ruang lingkup ASEAN seramai 14 juta pekerja migran dicatatkan (ILO 2014). Bahkan isu mengenai pekerja migran ini juga sebagai salah satu penyumbang negatif kepada hubungan negara-negara ASEAN (Farbenlum et al. 2013). Pada setiap perjumpaan pada peringkat tinggi ASEAN yang mempromosikan hak-hak pekerja migran dan ahli keluarganya, seolah-olah mereka terpecah ke dalam dua kelompok. Di mana kelompok pertama merupakan negara-negara tujuan pekerja migran, iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand. Sedangkan kelompok yang kedua ialah negara-negara asal pekerja migran, iaitu Indonesia, Filipina, Laos, Myanmar, Kamboja dan Vietnam (Migration News 2013). Perdebatan mengenai perkara perlindungan dan sektor pekerjaan pekerja migran di negara penempatan selalu menjadi isu yang hangat. Negara tujuan menjadi punca kemakmuran para pekerja migran ini terdiri daripada warga asing, di mana adalah lebih penting bagi memberi Dalam konteks masyarakat ASEAN, isu pekerja migran juga tidak dapat dielakkan kepada kenyataannya. Seramai 232 juta orang melakukan migrasi di negara-negara besar dunia, 30 peratus atau sekitar 71 juta berlaku di Asia, sementara pada ruang lingkup ASEAN seramai 14 juta pekerja migran dicatatkan (ILO 2014). Bahkan isu mengenai pekerja migran ini juga sebagai salah satu penyumbang negatif kepada hubungan negara-negara ASEAN (Farbenlum et al. 2013). Pada setiap perjumpaan pada peringkat tinggi ASEAN yang mempromosikan hak-hak pekerja migran dan ahli keluarganya, seolah-olah mereka terpecah ke dalam dua kelompok. Di mana kelompok pertama merupakan negara-negara tujuan pekerja migran, iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand. Sedangkan kelompok yang kedua ialah negara-negara asal pekerja migran, iaitu Indonesia, Filipina, Laos, Myanmar, Kamboja dan Vietnam (Migration News 2013). Perdebatan mengenai perkara perlindungan dan sektor pekerjaan pekerja migran di negara penempatan selalu menjadi isu yang hangat. Negara tujuan menjadi punca kemakmuran para pekerja migran ini terdiri daripada warga asing, di mana adalah lebih penting bagi memberi

Indonesia sebagai negara asal pekerja migran terbesar di kawasan ASEAN mempunyai kelebihan atas struktur demografi. Transisi demografi ditandai dengan kenaikan dua kali ganda usia di antara 15-64 tahun pada tahun 2000. Bancian penduduk oleh Jabatan Statistik (BPS) pada tahun 2010 juga menunjukkan corak positif golongan belia mencecah 66 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk 157 juta orang. Meskipun jumlah golongan muda di antara 15-24 tahun adalah mencecah 26.8 peratus atau kira-kira 64 juta orang. Hal ini melihatkan Indonesia berpeluang memperoleh kelebihan demografik ( demographic dividend ) pada tahun 2012-2045. Keupayaan golongan belia ini seharusnya menjadi aset yang berpotensi dalam pertumbuhan ekonomi negara. Tentu sahaja jika diimbangi dengan beberapa pra-syarat seperti ketersediaan jawatan pekerjaan, peningkatan kualiti sumber manusia, jaminan kestabilan ekonomi makro dan akses pendidikan dan kesihatan yang memadai. Besarnya jumlah golongan belia yang bekerja ini merupakan faktor yang mustahak dalam pembangunan sesebuah negara.

Kebanyakan pekerja migran didominasi oleh pekerjaan tidak formal, seperti; pekerja rumah, pembersihan, pekerja ladang, pembinaan atau buruh kasar, pemandu dan pelayan restoran. Boleh dikatakan bahawa jenis pekerjaan yang diminta oleh pekerja migran dikategorikan sebagai 3D ( Dirty, Difficult and Dengerous ) (ILO 2014; Human Rights Watch 2004). Berdasarkan data daripada Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) menunjukkan pada Tahun 2014 seramai 429 872 pekerja migran telah diterbangkan ke luar negeri (BNP2TKI 2015). Terdapat beberapa negara-negara kesukaan pekerja migran ini antaranya ialah Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Arab Saudi, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan, Brunei Darussalam, Amerika Syarikat, Qatar, Oman, Bahrain, Jepun, Kuwait, Italia, Turki, Cina, Kepulauan Fiji, Sepanyol, Mauritus, Kanada, Belanda, Thailand, Australia dan Afrika Selatan. Corak penurunan bilangan pekerja migran ke Timur Tengah dijejaskan oleh moratorium penghantaran bagi pekerja pekerja rumah pada lima negara pada Ogos 2011. Kelima negara tersebut terdiri daripada Saudi

Arabia, Yordania, Kuwait, Syiria, Malaysia. Corak peningkatan permasalahan pekerja migran pada lima negara tersebut menyebabkan pemerintah mengeluarkan dasar moratorium. Data terbaharu, dasar moratorium penghantaran pekerja migran ke Timur Tengah telah diluaskan menjadi 21 negara tujuan pekerja migran, sehingga masa kini, tidak ada lagi permasalahan pekerja migran untuk sektor pembantu rumah ke negara- negara Timur Tengah. Akan tetapi, ramai yang menilai bahawa moratorium yang diamalkan oleh pemerintah Indonesia turut sama menjejaskan praktikal pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia ke Malaysia (KBRI Kuala Lumpur 2015).

Malaysia merupakan negara tumpuan terbesar pekerja migran yang berasal dari Indonesia. Menurut data daripada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, jumlah Warga Negara Indonesia (WNI) di Malaysia seramai 2.5 juta orang. Mereka terdiri dari pekerja migran, pelajar dan ahli keluarga atau melalui perkahwinan. Menurut data dari Jabatan Imigresen Malaysia mencatatkan bahawa jumlah pekerja migran yang berasal dari Indonesia yang berdaftar ialah 1 021 655 orang (Jabatan Imigresen 2013). Jumlah sebenar WNI yang berada di Malaysia adalah sangat sukar diketahui. Namun menurut pengiraan data daripada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, data pekerja migran yang berasal dari Indonesia tidak berdokumen pada masa ini seramai 1.3 juta orang (KBRI Kuala Lumpur 2015). Pengiraan ini diperoleh oleh kedutaan Indonesia ke Malaysia yang melaporkan dan memberikan perkhidmatan bantuan kepada kerajaan Malaysia yang bertujuan mengusir warga Indonesia tidak berdokumen.

Malaysia dihadapkan kepada permasalahan kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan kerja-kerja separa mahir dan tidak mahir. Sektor pekerjaan yang banyak diisi oleh pekerja migran ialah pertanian, pembuatan, pembinaan, dan pekerja rumah (ILO 2014). Kebergantungan kepada pekerja asing memerlukan Malaysia mengorak langkah proaktif untuk melakukan kawalan kemasukan pekerja asing ini dengan mempersiapkan dasar bagi pemerkasaan batasan ke atas pekerja asing. Terdapat kawalan bagi perkara tersebut yang terkandung dalam undang-undang Malaysia seperti Employment Restriction Act (1968), the Immigration Law 1959/63 (Amendment 2002), Employement Act 1955, Passport Act 1966, Workmen Compensation Act 1952, Anti Trafficking in Person Act, Sabah Labour Ordinance

(State of Sabah), Sarawak Labour Ordinance (State of Sarawak), Workers‟ Minimum Standard of Housing and Amenities Act 1990, Children and Young Persons Act 1966,

Industrial Relations Act 1967, Trade Unions Act 1959, Occupational Safety and Health Act 1994, Wages Council Act 1947 (Khamis 2008).

Jika dilihat melalui sudut pelaksanaan dasar atau polisi tersebut, kerajaan Malaysia telah mempersiapkan pakeja dasar pengurangan kebergantungan ke atas pekerja migran yang disusun dalam setiap tempoh pertengahan pembangunan. Antara dasar yang dimaksudkan ialah saringan kemasukan di pintu masuk imigresen, meningkatkan kadar visa kerja atau lebih dikenali sebagai pas lawatan kerja, melaksanakan pengendalian atau operasi kepada pekerja asing tidak berdokumen, mempromosikan pekerja tempatan untuk bekerja pada sektor yang dipenuhi oleh pekerja migran, menyokong majikan untuk menggajikan warga tempatan dan memanfaatkan sokongan teknologi yang menggunakan sedikit pekerja dalam menjalankanpengeluaran di Malaysia (Mohd Arif 2012; Remesh et al.2012; Zakaria 2005). Namun pakej dasar tersebut masih dirasakan tidak berhasil mengurangkan kemasukan pekerja asing kerana terdapat kekurangan pada peringkat pelaksanaan teknikal serta banyak pihak yang masih mempercayakan kepada khidmat pekerja migran pada sektor tidak mahir (Kanapathy 2004; Lin 2006).

Secara umumnya, baik pekerja migran yang mempunyai dokumen atau tidak berdokumen turut berhadapan kepada halangan-halangan dalam mewujudkan perlindungan bagi pekerja migran di Malaysia. Meskipun, faktor pendorongnya merupakan aspek ekonomi iaitu melalui kemiskinan, pengangguran dan kadar perbezaan pembayaran, kelemahan sistem peraturan di Indonesia, pengadilan undang- undang yang rendah dan kemudahan pemalsuan dokumen identiti pekerja migran serta diburukkan lagi dengan lemahnya koordinasi antara kementerian atau badan yang terlibat. Sementara faktor pendorong ialah kebolehcapaian mengakses kepada gerbang kedatangan imigrasi Malaysia, jaringan birokrasi, kesamaan budaya dan agama, kemudahan akses pengangkutan, peluang pasaran kerja separa cekap dan tidak cekap yang masih terbuka luas serta kelemahan pengawasan egensi (KBRI Kuala Lumpur 2015; ILO 2014; Lin 2006). Di mana maklumat yang terhad turut melengkapi faktor- Secara umumnya, baik pekerja migran yang mempunyai dokumen atau tidak berdokumen turut berhadapan kepada halangan-halangan dalam mewujudkan perlindungan bagi pekerja migran di Malaysia. Meskipun, faktor pendorongnya merupakan aspek ekonomi iaitu melalui kemiskinan, pengangguran dan kadar perbezaan pembayaran, kelemahan sistem peraturan di Indonesia, pengadilan undang- undang yang rendah dan kemudahan pemalsuan dokumen identiti pekerja migran serta diburukkan lagi dengan lemahnya koordinasi antara kementerian atau badan yang terlibat. Sementara faktor pendorong ialah kebolehcapaian mengakses kepada gerbang kedatangan imigrasi Malaysia, jaringan birokrasi, kesamaan budaya dan agama, kemudahan akses pengangkutan, peluang pasaran kerja separa cekap dan tidak cekap yang masih terbuka luas serta kelemahan pengawasan egensi (KBRI Kuala Lumpur 2015; ILO 2014; Lin 2006). Di mana maklumat yang terhad turut melengkapi faktor-

1.3. PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakan negara yang tengah membangun ( developing country ) menghadapi permasalahan kronik berkaitan isu pengangguran. Faktor dominan yang menjejaskan migrasi pasaran kerja ialah kekurangan jawatan pekerjaan, gaji yang rendah dan ketiadaan prospek motivasi prestasi kemajuan di tempat kerja, memaksa pekerja- pekerja migran ini mencari peluang di tempat lain (John & Susan 2002). Malah perkara yang terjadi di mana kebanyakan pekerja migran ini menyusuri laluan yang tidak rasmi atau laluan yang tidak semestinya dikawal oleh pihak kerajaan. Kesannya dimana ramai daripada mereka yang tertipu dan terjebak dalam sindiket jenayah, seperti menjadi mangsa ataupun menjadi suspek jenayah. Di Malaysia sendiri, bilangan pendatang asing telah mencecah 6.7 juta orang, di mana kira-kira 2.2 juta merupakan pekerja rasmi dan 1.3 juta melibatkan Warga Negara Indonesia (WNI) yang tidak mempunyai dokumen rasmi. IOM menyatakan bahawa Tahun 2005 - 2013 mangsa pemerdagangan manusia dari Indonesia berjumlah 6082 orang. Akan tetapi ianya tidak berasal dari Malaysia sahaja, melainkan daripada pelbagai negara tumpuan pekerja migran dari Indonesia. Hakikatnya daripada bilangan tersebut, jumlah mangsa pemerdagangan manusiayang terbesar adalah dari Malaysia, iaitu 3.250 mangsa atau

60.82 peratus (IOM 2014). Boleh dikatakan bahawa ke semua mangsa tersebut merupakan pekerja migran. Ini menunjukkan pentadbiran urusan migrasi tenaga kerja yang diamalkan oleh kedua-dua kerajaan masih perlu diperbaiki. Sudah pastinya hal ini memberi implikasi terhadap gambaran ke atas situasi politik dan hak asasi manusia di Indonesia. Kebebasan berpolitik dan perlindungan atas hak asasi manusia secara terperincinya dihubungkan dengan migrasi dan pengaruh daripada pembangunan (John & George 2002).

Berpandukan kepada sudut berbeza, negara tumpuan migran pendatang asing harus melaksanakan pengawasan yang ketat bagi pekerja asing untuk membuka ruang rakyat tempatan dalam persaingan mencari kerja. Rentetan tersebut, pekerja berasal dari Indonesia sering dan tekad untuk melepasi dinding sempadan melalui pelbagai Berpandukan kepada sudut berbeza, negara tumpuan migran pendatang asing harus melaksanakan pengawasan yang ketat bagi pekerja asing untuk membuka ruang rakyat tempatan dalam persaingan mencari kerja. Rentetan tersebut, pekerja berasal dari Indonesia sering dan tekad untuk melepasi dinding sempadan melalui pelbagai

1.4. PERSOALAN KAJIAN

Melalui pemahaman dan penyataan masalah pada kajian ini, penyelidik memilih untuk mempertajamkan fokus kajian melalui pendekatan persoalan kajian seperti berikut:

Mengapakah pekerja migran tidak berdokumen yang sah dari Indonesia sanggup dan begitu tekad untuk menggunakan perjalanan haram melalui setiap proses untuk memasuki dan bekerja di kawasan Malaysia?

1.5. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini berlandaskan beberapa halatuju dan objektif seperti berikut:

a) Meneroka perjalanan sebenar pekerja haram ke Malaysia melalui ke semua proses dan interaksi yang terjadi.

b) Mengenalpasti faktor-faktor utama yang berlaku bagi pekerja migran tidak berdokumen yang sah dari Indonesia yang memasuki wilayah Malaysia secara haram.

c) Mengenalpasti implikasi daripada perjalanan haram yang diamalkan oleh pekerja tidak berdokumen yang sah ke Malaysia

1.6. KEPENTINGAN KAJIAN

Sebenarnya kajian mengenai kemasukan pekerja asing yang berasal dari Indonesia, sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi telah banyak dilakukan, namun sebagai perbezaan yang ingin ditampilkan melalui kajian ini ialah menerangkan manfaat yang hendak dicapai melalui penerangan berikut:

a) Pendedahan input untuk strategi dan bahan rujukan untuk perakuan bagi penambahbaikan pengurusan migrasi antara negara asal pendatang dan negara tujuan atau tumpuan pekerja migran, khususnya pendatang haram tidak berdokumen antara Indonesia dan Malaysia, sama ada pada ruang lingkup akademik dan praktikal.

b) Memberi refleksi bagi pekerja migran tidak berdokumen berkaitan dengan pengurusan dan dasar migrasi yang diamalkan oleh kedua-dua negara yang mampu untuk memberi kemudahan dan prasarana terhadap pekerja migran tidak berdokumen dan ahli keluarganya.

1.7. SKOP KAJIAN

Penyelidikan ini memberi fokus terhadap dalam ruang lingkup pentadbiran kependudukan di Negeri Selangor. Bagi bahan penyelidikan ialah penyelidik sendiri dan pekerja migran yang memasuki dan bekerja di kawasan Malaysia secara tidak rasmi. Selain itu juga badan bukan kerajaan (NGO) serta kerajaan Malaysia yang menguruskan pekerja asing. Bagi sumber pencarian ialah rakyat Madura, tapi turut berkemungkinan untuk dilakukan kepada pelbagai daerah asal pekerja haram Indonesia yang dijumpai oleh penyelidik. Sumber data selebihnya turut diterima melalui ahli NGO, organisasi masyarakat awam dan mantan pekerja haram yang sudah pulang ke Indonesia.

Berkenaan dengan skop kajian yang bersifat substansi atau bahan daripada kajian ialah bagi membentangkan jaringan pekerja migran tidak berdokumen. Ianya perlu untuk mengenalpasti corak jaringan dan fungsi daripada jaringan tersebut. Selain itu, skop juga perlu membentangkan berkenaan dengan ekonomi dan sosio-sah.

Faktor ekonomi berhubungkait dengan peringkat mikro-ekonomi dan meso-ekonomi pekerja migran tidak berdokumen. Sementara faktor sosio-legal membentangkan keadaan sosial pekerja migran tanpa dokumen yang sebenar yang dihubungkaitkan dengan perkara yang sedia ada berkaitan dengan pengurusan migrasi antara Indonesia dan Malaysia. Pengkaji juga membentangkan berkenaan dengan program-program berasaskan kebajikan yang telah diamalkan oleh kedua-dua kerajaan.

Peta 1.1 Wilayah skop kajian

1.8. ORGANISASI PENYELIDIKAN

Huraian penyelidikan ini diterangkan dalam bahagian organisasi penyelidikan. Perkara berikut diterangkan melalui Jadual 1.1 dibawah.

Jadual 1.1 Organisasi penyelidikan

Bab

Kandungan

I Bab I menggambarkan secara umum mengenai pekerja migran tanpa dokumen yang berasal dari Indonesia yang memasuki wilayah Malaysia secara tidak rasmi, termasuk permasalahan yang dikaji.

II Bab II menerangkan metodologi penyelidikan yang telah digunapakai oleh penyelidik. Pada Bab II juga menyediakan perbincangan semasa mengenai kaedah-kaedah yang digunapakai oleh penyelidik.

III Bab III membentangkan kerangkan penyelidikan dan kajian lepas. Di III Bab III membentangkan kerangkan penyelidikan dan kajian lepas. Di

IV Pada Bab IV menghuraikan dapatan kajian yang perolehi oleh penyelidik. Dapatan kajian dalam wujud pengalaman migrasi yang telah dijalankan oleh penyelidik bersama dengan pekerja migran tidak berdokumen. Ianya bermula daripada mereka keluar pintu rumahnya kepada masuk ke rumahnya semula.

V Bab V menghuraikan analisis data oleh penyelidik pada proses sebelum perjalanan dan pada proses semasa perjalanan memasuki kawasan Malaysia secara tidak rasmi. Ianya juga menganalisis terhadap proses penempatan dan pekerjaan di Malaysia serta sesudah kembali ke Indonesia secara tidak rasmi pula.

VI Bab VI digunakan sebagai penutup daripada kajian ini, mencerminkan proses penyusunan dan analisis yang mengandungi cadangan dan penambahbaikan bagi kedua-dua negara dan pihak- pihak berkepentingan.

1.9. KESIMPULAN

Pada Bab I ini pengkaji telah menghuraikan secara terperinci berkenaan dengan latar belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan organisasi penyelidikan. Kajian ini sebenarnya menghurai dan mengenal pasti faktor- faktor yang berlaku di antara pekerja migran semasa dan sebelum mereka berangkat, masa perjalanan, masa bekerja di Malaysia dan pulang kembali oleh pekerja migran tidak berdokumen tersebut. Penyelidik memperolehi maklumat daripada sumber media dan pihak kerajaan di antara kedua-dua negara. Akan tetapi penyelidik tidak mengetahui keadaan sebenar yang terjadi bagi pekerja migran tidak berdokumen samasa melakukan perjalanan dan bekerja di Malaysia dengan status tidak berdokumen. Maka, kajian ini dilaksanakan dengan melakukan secara langsung interaksi yang terjadi di antara pekerja migran tidak berdokumen pada setiap proses migrasi. Dengan yang demikian pembaca mendapat maklumat yang relevan dan berkaitan secara menyeluruh menerusi kajian ini.

BAB II METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.1. PENGENALAN

Metodologi kajian ini telah menggunapakai kaedah kualitatif melalui pendekatan grounded theory . Selain itu, pengkaji menggunapakai kaedah grounded theory bagi membentangkan hasil bagi senario migrasi tidak rasmi yang sebenar dengan memfokuskan penyelidik sendiri sebagai dapatan sumber primer. Menurut Khosravi (2010), salah seorang daripada kelompok minoriti Bakhtiarian di daerah Isfahan utara Teheran, Iran, yang menuliskan semula perjalanan migrasinya dengan menggunapakai grounded theory , ke Pakistan, ke India sehingga akhirnya tinggal dan menetap serta mendapatkan perlindungan politik daripada Sweden, Eropah. Tambahan lagi, seperti yang diamalkan oleh Pinedo (2009), yang menerajui Amerika Syarikat daripada Mexico dengan cara yang haram. Perkara tersebut turut ditegaskan oleh Pace (2012) dalam mengamalkan strategi analisis melalui grounded theory di mana pengkaji sendiri digunakan sebagai sumber primer. Pendekatan secara grounded theory dapat dijelaskan di manapenyelidik menghidari penggunaan hipotesis dan mengambilkira kepada teori yang akan digunapakai oleh penyelidik, sehingga hasil daripada kajian berdasarkan sumber semula yang didapatkan oleh pengkaji sendiri berdasarkan pengamatan dan catatatan (Charmaz 2006). Kajian ini menggunapakai grounded theory , perspektif konstruktivis yang diperkenalkan oleh Charmaz melalui bahan rujukan yang diperolehi oleh penulis, Charmaz telah membuat grounded theory menjadi sangat sosiologis (Evans, 2013).

Strauss & Corbin (1998), telah mengaplikasikan grounded theory dalam ruang lingkup kajian didalam bidang pendidikan, kejururawatan, perniagaan, sosialogi, Strauss & Corbin (1998), telah mengaplikasikan grounded theory dalam ruang lingkup kajian didalam bidang pendidikan, kejururawatan, perniagaan, sosialogi,

Pengkaji terlibat secara langsung bagi perjalanan haram yang diamalkan oleh pekerja migran Indonesia tidak berdokumen mulai daripada mereka keluar rumah sehingga pulang kembali ke kediaman asal setelah bekerja ke Malaysia secara tidak rasmi. Ketika berada di kawasan perkampungan migran, penyelidik mengamati tahapkebajikan dan pembangunan seperti keperluan asas, bangunan kebajikan dan peluang dalam ruang lingkup kemajuan sosial. Penyelidik turut samamerasai pengalaman bagi setiap proses perjalanan untuk memasuki kawasan Malaysia.

2.2. REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Penyelidikan pekerja migran tidak berdokumen dari Indonesia difokuskan kepada penduduk di kawasan Kabupaten Sampang, Jawa Timur, Indonesia dan Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Kabupaten Sampang dikenali sebagai daerah yang memiliki penduduk yang ramai bermigrasi secara tidak rasmi. Pada tahun 2014, hanya 11 orang yang dicatatkan bermigrasi ke luar negara oleh Jabatan Ketenagakerjaan Kabupaten Sampang. Selain itu, kajian ini juga mengemukakan urutan aliran pekerja migran berpandukan kepada alur laluan perjalanan mereka, iaitu Sampang ke Surabaya selepas itu ke Batam dan memasuki Malaysia melalui Johor Bahru. Sehingga penyelidik berupaya menyelidiki dan mengamati kepada pekerja migran tidak berdokumen yang dijumpai semasa perjalanan memasuki Malaysia. Penyelidikan ini bermula dengan pekerja migran tidak berdokumen keluar rumah mereka, pekerja migran mengamalkan perjalanan secara tidak rasmi memasuki kawasan Malaysia, Penyelidikan pekerja migran tidak berdokumen dari Indonesia difokuskan kepada penduduk di kawasan Kabupaten Sampang, Jawa Timur, Indonesia dan Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Kabupaten Sampang dikenali sebagai daerah yang memiliki penduduk yang ramai bermigrasi secara tidak rasmi. Pada tahun 2014, hanya 11 orang yang dicatatkan bermigrasi ke luar negara oleh Jabatan Ketenagakerjaan Kabupaten Sampang. Selain itu, kajian ini juga mengemukakan urutan aliran pekerja migran berpandukan kepada alur laluan perjalanan mereka, iaitu Sampang ke Surabaya selepas itu ke Batam dan memasuki Malaysia melalui Johor Bahru. Sehingga penyelidik berupaya menyelidiki dan mengamati kepada pekerja migran tidak berdokumen yang dijumpai semasa perjalanan memasuki Malaysia. Penyelidikan ini bermula dengan pekerja migran tidak berdokumen keluar rumah mereka, pekerja migran mengamalkan perjalanan secara tidak rasmi memasuki kawasan Malaysia,

Penyelidikan ini mengamalkan pradigma konstruktifis melalui pendekatan grounded theory . Teknik analisis berasaskan sumber berbentuk teks melalui pembukaan kod, notis teoritik, pemilihan kod dan pemisahan notis serta penulisan teori (Pace 2012; Creswell 2009; Charmaz 2006). Pengumpulan data adalah melalui sumber daripada data primer dan sekunder. Sumber primer ialah penyelidik sendiri yang mengikuti ke seluruh rangkaian proses dan interaksi yang dilalui oleh pekerja migran tidak berdokumen. Pengkaji merujuk kepada sumber pengamatan dan catatan penyelidik yang digunakan untuk menganalisis sesuatu kejadian (Kennedy 2013; Pace 2012). Selain itu, responden terdiri daripada pekerja migran tidak berdokumen yang sedang bekerja di Malaysia, pekerja migran tidak berdokumen yang telah pulang ke Indonesia, pekerja migran yang sedang melakukan perjalanan memasuki wilayah Malaysia secara tidak rasmi, pihak pentadbiran Indonesia, kerajaan Malaysia dan NGO serta sumber daripada internet, jurnal, artikel, buku, perbincangan, hasil persidangan, seminar, dan sumber dari persidangan; merupakan sumber sekunder dalam kajian ini.

2.3. KERANGKA KONSEPTUAL PENYELIDIKAN

Terdapat dua buah aspek yang diterajui oleh pekerja migran, iaitu aspek perjalanan tidak rasmi itu sendiri dan faktor-faktor yang mempengaruhinya sehingga mereka memiliki status tidak berdokumen. Kedua-dua aspek di atas digunapakai oleh pengkaji untuk memudahkan proses pengumpulan dan analisis data daripada perjalanan yang dilalui oleh pengkaji sendiri. Aspek perjalanan tidak rasmi mengambil kira kepada kekuatan yang melatarbelakangi pekerja migran tidak berdokumen boleh menerajui dinding sempadan secara tidak rasmi. Daripada hasil pengenalanpasti, maka pengkaji mengambil kira kepada aspek jaringan pekerja migran tidak berdokumen. Jaringan ini sangat kukuh dan telah berdiri sebelum undang-undang pengurusan pekerja migran dibuat oleh pemerintah Indonesia.

Tujuan terbentuknya jaringan ini untuk memudahkan aliran pekerja migran tidak berdokumen berhadapan dengan kakitangan kerajaan kedua-dua negara untuk kepentingan memperoleh kelulusan memasuki wilayah Malaysia. Pengkaji hendak memetakan sumberdaya dan letak jaringan yang dimiliki oleh pekerja migran tidak berdokumen untuk kepentingan keselamatan migrasi. Selain itu aspek lain ialah faktor ekonomi dan sosio-legal pekerja migran tidak berdokumen. Faktor ekonomi lebih melihat kepada dimensi mikro dan meso. Mikro bermaksud meneroka motivasi ekonomi pekerja migran tidak berdokumen boleh mengambil perjalanan tidak rasmi. Implikasi yang sebenar daripada perjalanan mereka boleh memiliki status tidak rasmi. Selain itu dimensi meso mengambil kira kepada jaringan para pekerja migran tidak berdokumen yang telah berdiri dengan sangat kokoh. Pengkaji hendak melihat kekuatan yang melatarbelakangi kepada dimensi mikro dan dimesi meso sehingga mereka bermigrasi ke luar negara. Aspek sosio-legal di sini sangat mustahak untuk mengetahui proses interaksi dengan penduduk tempatan dan menganalisis keadaan peraturan yang menjejaskan kepada status mereka yang tidak rasmi. Adapun dalam proses interaksi sosial di sini hendak pengkaji keperluan asas, seperti akses kesihatan, sinitasi, maklumat, kediaman, kewangan, pendidikan dan keadilan semasa tinggal di Malaysia. Selain itu, pengkaji juga hendak menganalisis peraturan yang sedia ada sehingga menjejaskan kepada status mereka menjadi tidak rasmi atau sebab lain yang masih berhubungkait dengan peraturan dengan pekerja migran tidak berdokumen.

Tambahan lagi, pengkaji juga hendak menganalisis program-program dan dasar kerajaan yang diamalkan oleh kedua-dua negara dalam pengurusan pekerja migran tidak berdokumen. Implikasi daripada kedua-duanya secara sebenar hendak menganalisis antara faktor dan sejarah migrasi serta sorotan karya yang sedia ada. Selain itu juga hendak mengetahui pertimbangan pihak berkuasa dalam mengamalkan program dan kebijakan dalam pengurusan pekerja migran tidak berdokumen.

Kakitangan Kerajaan

Pekerja Migran

Keselamatan Migrasi Tak berdokumen

Jaringan

Lokasi, Akomodasi dan Transportasi

Ekonomi

Teori dan Kajian

Meso dan Mikro

Lepas Faktor-faktor

Akses Sosial dan Dasar

Sosio-legal Inisiatif Pihak

Berkepentingan

Program dan Dasar

Strategi Mengurus

Kerajaan

PM tak berdokumen

Rajah 2.1 Kerangka Konseptual Penyelidikan

2.4. FALSAFAH DAN PENDEKATAN PENYELIDIKAN

Sejak awal mula diperkenalkan oleh Glaser (1965) dan Strauss (1967), grounded theory telah berkembang yang merangkumi kepelbagaian bidang keilmuan di luar konteks yang sebelumnya diperkenalkan bagi penggunaanbagi ilmu kesihatan (Charmaz 2006). Grounded theory merupakan kaedah penyelidikan induktif. Permasalahan kajian berdasarkan penerokaan daripada perspektif subjek ataupun objek bagi membangunkan teori mengenai isu-isu yang penting dalam kehidupan berkomuniti (Glaser, 1998). Pendekatan penyelidikan grounded theory mengemukakan penemuan teori secara induktif yang memperkenalkan penyelidik Sejak awal mula diperkenalkan oleh Glaser (1965) dan Strauss (1967), grounded theory telah berkembang yang merangkumi kepelbagaian bidang keilmuan di luar konteks yang sebelumnya diperkenalkan bagi penggunaanbagi ilmu kesihatan (Charmaz 2006). Grounded theory merupakan kaedah penyelidikan induktif. Permasalahan kajian berdasarkan penerokaan daripada perspektif subjek ataupun objek bagi membangunkan teori mengenai isu-isu yang penting dalam kehidupan berkomuniti (Glaser, 1998). Pendekatan penyelidikan grounded theory mengemukakan penemuan teori secara induktif yang memperkenalkan penyelidik

Grounded theory konstruktifis menyelidiki keseluruhan proses yang sangat terperinci (Charmaz 2006). Howell (2013), menggariskan bahawa konstruktifis memerlukan pengetahuan, kebenaran, kenyataan dan pertimbangan penyatuan teori berdasarkan kepada pengalaman dan persepsi manusia. Sementara tunjang para pengamal konstruktivis mempercayai bahawa konsep itu dibangun, tidak dipertemukan dengan meletak di awal bahagian kajian (Glaser 2002).

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74