TEORI SISTEM JARINGAN (MODAL SOSIAL) PEKERJA MIGRAN

3.2 TEORI SISTEM JARINGAN (MODAL SOSIAL) PEKERJA MIGRAN

Terdapat pelbagai teori yang menceritakan mengenai migrasi antarabangsa. Tiada teori tunggal dalam teori migrasi antarabangsa yang diterimapakai oleh para sarjana sosial sains. Oleh itu, fenomena migrasi secara tersirat merupakan sesuatu yang bersifat keilmuaan, sehingga migrasi antarabangsa melibatkan pelbagai cabang keilmuan seperti Sosiologi, Sains Politik, Undang-Undang, Ekonomi, Demografi, Geografi, Psikologi dan Kajian Budaya (Brettel & Hollified 2015). Namun, terdapat teori migrasi antarabangsa yang sangat popular dan berpengaruh sehingga kini yang diperkenalkan oleh Lee (1966) yang berkenaan dengan faktor pendorong dan faktor penarik berlakunya migrasi. Antara faktor pendorong dari negara asal pekerja migran ialah pertimbangan gaji yang rendah, jawatan pekerjaan yang terhad dan akses sosial masyarakat yang rendah di negara asal. Sementara faktor penarik migrasi di negara penempatan ialah gaji yang kompetitif, tahap pengangguran yang rendah dan kecenderungan seseorang meninggalkan negara asalnya.

Teori kontemporari pada masa kini yang dirujuk oleh para penyelidik ialah modal sosial yang diperkenalkan oleh Castles et al. (2013) yang mengembangkan konsep sistem jaringan pekerja migran yang turut dinyatakan oleh Morowska (2007). Pendekatan daripada teori ini menyatakan bahawa migrasi antarabangsa sentiasa berkembang sehingga menjadi hubungan jaringan yang sangat luas serta mempengaruhi kognitif adalah tidak merasa sukar untuk bermigrasi. Hubungan yang jelas dimaksudkan di sini ialah perbezaan gaji dan peluang pekerjaan. Dalam keadaan seperti ini, pengurusan migrasi dalam bentuk dasar kerajaan sangat sukar untuk dikawal oleh kerajaan. Jaringan pekerja migran telah berkembang sendiri khususnya jaringan di luar negara dan tanpa perlu bergantung kepada dasar kerajaan (Castles et al. 2013).

Maka dalam kajian ini, penulis menggunapakai sistem jaringan migrasi atau modal sosial sebagai pendekatan. Justifikasi penggunaan teori ini berdasarkan hasil penyelidikan lapangan yang menunjukkan bahawa antara pekerja migran tidak berdokumen telah memiliki seorang pemimpin yang telah dipercayai oleh semua pekerja untuk menjamin keselamatan mereka selama melakukan proses migrasi. Selain itu kehampiran bangsa, budaya, keadaan geografik, bahasa antara Indonesia dan Malaysia, serta perbezaan pasaran kerja dan ekonomi dengan kedudukan sempadan yang dekattelah mewujudkan jaringan migrasi yang dibantu dengan kemudahan mengakses pengangkutan dan aliran maklumat, merupakan faktor yang menentukan kemasukan dan pola migrasi pekerja dari Indonesia ke Malaysia (Lin 2006).

Sebenarnya dalam teori sistem jaringan atau modal sosial merupakan perkembangan daripada teori modal. Teori ini bukanlah teori yang baharu pada masa sekarang. Durkheim, Marx, Weber dan Tönnies telah mengemukakan teori tersebut sebelum ini (Quibria 2003). Namun konsep modal sosial, menurut Tzanakis (2013) menyatakan bahawa ianya diulas secara terperinci oleh tiga orang ilmuan yang mempengaruhi teori modal sosial dalam praktikal individu dan komuniti, mereka ialah Bourdieu (1986), Coleman (1988) dan Putnam (1993). Perbincangan mengenai teori modal sosial sentiasa berterusan sehingga sekarang yang merangkumi kepada pelbagai interaksi sosial masyarakat. Teori ini merupakan perkembangan daripada Sebenarnya dalam teori sistem jaringan atau modal sosial merupakan perkembangan daripada teori modal. Teori ini bukanlah teori yang baharu pada masa sekarang. Durkheim, Marx, Weber dan Tönnies telah mengemukakan teori tersebut sebelum ini (Quibria 2003). Namun konsep modal sosial, menurut Tzanakis (2013) menyatakan bahawa ianya diulas secara terperinci oleh tiga orang ilmuan yang mempengaruhi teori modal sosial dalam praktikal individu dan komuniti, mereka ialah Bourdieu (1986), Coleman (1988) dan Putnam (1993). Perbincangan mengenai teori modal sosial sentiasa berterusan sehingga sekarang yang merangkumi kepada pelbagai interaksi sosial masyarakat. Teori ini merupakan perkembangan daripada

“…. the sum of the resources, actual or virtual, that accrue to an individual or a group by virtue of possessing a durable network of more or less

institutionalized relationships of mutual acquaintance and recognition .”

Namun, Nan (2001) memperbaiki takrifan tersebut menjadi “ Investment in social relations with expected return ”. Tambahan lagi, menurut Nan, hubungan sosial

dianggap sebagai sebuah modal. Sementara itu, erti modal sendiri ialah bahagian daripada nilai lebihan ( surplus value ) yang diperolehi oleh kapitalis atau kelas bangsawan, yang mengawal pengeluaran, putaran komoditi dan wang antara proses pengeluaran dan penggunaan. Pada putaran tersebut, pekerja dibayar atas pekerjaannya yang menghasilkan sebuah komoditi dengan upah yang mereka terima bagi membeli komoditi lainnya (seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian) untuk kemampanan kehidupannya ( exchange value ). Akan tetapi komoditi yang telah diproses dan pengeluaran oleh kapitalis yang diputarkan kembali dan dijual lagi pada pasaran penggunaan dengan harga yang lebih tinggi ( user value ). Masyarakat kapitalis pada skim ini mewakili dua hubungan tetapi mempunyai elemen yang berbeza. Salah satunya ialah bahagian nilai lebihan yang dihasilkan dan dirangkul oleh kapitalis (pedagang dan penjual). Sementara bahagian lainnya mewakili pelaburan (pengeluarandan putaran komoditi) bahagian daripada kapitalis yang diharapkan mendatangkan keuntungan daripada pasaran (Nan 2001).

Jadual 3.1 Pengembangan Teori Modal

Penjelasan

Modal

Peringkat Analisis

Teori Klasik Hubungan Sosial

- Bahagian

nilai

(Marx) Buruh dieksploitasi

antara Struktural (Kelas) oleh

(pasaran kepenggunaaan) dan nilai tukar (pasaran pengeluaran-- tenaga

kerja)

sebagai komoditi

- Pelaburan dalam pengeluaran dan putaran sebagai komoditi

Teori Neo- capital

Pertembungan nilai Pelaburan

dalam

Modal lebih oleh buruh

teknik Peribadi Manusia

kecekapan

dan pengetahuan

(Schultz, Becker) Modal

Budaya pengeluaran berulang atau pengakuan yang Peribadi/kelas (Bourdieu) pengertian dan simbol salah pada nilai yang yang berkuasa (nilai) berkuasa

Modal Sosial

Hubungan sosial

(Nan Lin,

Burt, Akses kepada dan Pelaburan

dalam

Marsden, mempergunakan

Peribadi Flap,

jaringan sosial

sumber

yang

Coleman) terdapat

dalam

jaringan sosial. Solidariti

dalam Kumpulan/Peribadi melakukan

dan Pelaburan

dalam saling

sesebuah kumpulan menguntungkan

Sumber: Nan Lin (2001b)

Berdasarkan huraian di atas, sebenarnya modal sosial dapat dipertukarkan, tidak hanya dalam bentuk kewangan sahaja iaitu seperti hubungan sosial. Seseorang memperoleh modal sosial melalui jaringan perseorangan melalui sesebuah keanggotaan dan institusi sosial, kemudian mengubahnya ke dalam bentuk modal lain bagi menambahbaik atau menjaga posisinya dalam masyarakat (Coleman 1988). Pada umumnya terdapat empat konsep yang dapat mempengaruhi modal sosial dalam mencapai hasil yang diharapkan. Nan (2001a) menjelaskan perkara tersebut seperti berikut:

1. Maklumat ( information ) Pada keadaan pasaran yang tidak sempurna, pertalian sosial meletakan pada tempat yang strategik dan kedudukan hirarki yang pasti (dengan demikian maklumat terbaik dapat diperolehi berkenaan dengan keperluan dan permintaan). Ianya dapat membekalkan maklumat yang bermanfaatserta bersifat peribadi tentang kesempatan dan pilihan lain yang tidak tersedia pada pasaran. Begitu juga pertalian ini boleh menandakan sesebuah organisasi (menjadi pasaran pengeluaran dan kepenggunaan) bagi ejen atau komunitinya tentang ketersediaan dan kepentingan lainnya yang tidak dikenali oleh seseorang tersebut. Maklumat juga turut mengurangkan pembiayaan pertukaran bagi organisasi untuk mendapatkan yang terbaik (menjadi sesebuah kecekapan, teknik, budaya atau tamadun) bagi seseorang individu. Tambahan lagi, seseorang dapat menemukan organisasi terbaik yang dapat dipergunakan sebagai modal dan menyediakan ganjaran yang berpatutan.

2. Pengaruh ( influence ) Pertalian sosial memberi penekanan dan pengaruh pada ejen-ejen (perekrut dan penyelia organisasi) yang memainkan peranan kritikal dalam pembuatan pelbagai keputusan (perekrutan atau pemajuan) yang membabitkan seseorang. Sementara pertalian sosial, berkenaan dengan kedudukan strategik (kekurangan struktur) dan posisi (berkuasa atau kemampuan penyeliaan) juga membawa nilai sumber dan menguji kuasa yang lebih besar (lebih asimetrik dan bergantung kepada ejen), dalam membuat keputusan organisasi ejen. Dengan demikian dengan “mengadakan perjanjian” akan memberi pemberat 2. Pengaruh ( influence ) Pertalian sosial memberi penekanan dan pengaruh pada ejen-ejen (perekrut dan penyelia organisasi) yang memainkan peranan kritikal dalam pembuatan pelbagai keputusan (perekrutan atau pemajuan) yang membabitkan seseorang. Sementara pertalian sosial, berkenaan dengan kedudukan strategik (kekurangan struktur) dan posisi (berkuasa atau kemampuan penyeliaan) juga membawa nilai sumber dan menguji kuasa yang lebih besar (lebih asimetrik dan bergantung kepada ejen), dalam membuat keputusan organisasi ejen. Dengan demikian dengan “mengadakan perjanjian” akan memberi pemberat

3. Pengamanahan sosial ( social credentials) Perkara ini merujuk kepada sumber dan hubungan dipercayai yang mengandungi maklumat peribadi individu dan boleh dimiliki oleh organisasi atau ejen yang terlibat. Perkara tersebut sebagai sebuah jaminan pengamanahan sosial yang mencerminkan kemudahan peribadi bagi memperolehi sumber melalui jaringan dan hubungan modal sosial. Tambahan lagi, maklumat peribadi dapat menyediakan sebagai sumber tambahan bagi peribadi seseorang bagi jaminan organisasi dan ejennya yang bermanfaat kepada organisasi.

4. Penyelenggaraan ( enforcement ) Hubungan sosial diharapkan dapat memperkuatkan dan mengiktiraf identiti seseorang. Perkaratersebut bagi menjamin kelayakan persendirian dan ahli dalam kelompok sosial dalam pembahagian ganjaran dan sumber. Kelebihan ini tidak hanya menyediakan sokongan emosi tetapi juga pengakuan awam sebagai tuntutan untuk kepastian sumber. Pengukuhan ini dilihat sebagai perkara yang mustahak bagi kesejahteraan diri dan bantuan tertentu.

Rajah 3.1 Model teori modal sosial

Aset bersama Hasil (ekonomi, teknologi,

Peralatan Peralatan Sosial/politik/mengambil

- Kekayaan Kekayaan bahagian budaya

- Kuasa Kuasa - Reputasi

Kemudahan (sumber dan Ungkapan Ungkapan letak jaringan)

Fizikal Fisik Kesihatan Kesihatan

Struktural dan

- Mental Mental Posisi terkandung

hubungan dan

Kesihatan Kesihatan

sumber hubungan)

Kepuasan Hidup

Sumber: Nan Lin (2001b)

Persoalan seterusnya yang dikemukan oleh para sarjana ialah bagaimana cara mengukur modal sosial tersebut? Sejauhmana modal sosial ini membawa nilai dan norma sebagai ganjaran bagi individu yang terlibat dalam komuniti atau jaringan- jaringan lain. Menurut Nan (2001b) terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan bagi mengukur modal sosial tersebut, iaitu sumber yang melekat atau terkandung dan kedudukan jaringan. Sebagai mana kedua-dua pendekatan tersebut digunakan sebagai aset jaringan. Namun, perkara yang paling penting ialah sumber yang melekat dan menjadi teras dalam modal sosial. Sehingga pengukuran fokus kepada nilai yang dimiliki oleh sumber, seperti kekayaan, status dan kuasa untuk peralatan sosial. Sementara hasil lain ialah seperti ungkapan dalam menjalani kehidupan sosial, kesihatan mental dan fizikal serta kepuasan akan perkhidmatan yang diperolehi oleh individu atau komuniti. Hubungan proses antara modal sosial dan output yang diharapkan mewakili hubungan di mana modal sosial mendatangkan hasil atau ganjaran. Di sini, teori sepatutnya menggambarkan bagaimana modal sosial ialah modal atau bagaimana menghasilkan hasil atau ganjaran yang memiliki halatuju serta Persoalan seterusnya yang dikemukan oleh para sarjana ialah bagaimana cara mengukur modal sosial tersebut? Sejauhmana modal sosial ini membawa nilai dan norma sebagai ganjaran bagi individu yang terlibat dalam komuniti atau jaringan- jaringan lain. Menurut Nan (2001b) terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan bagi mengukur modal sosial tersebut, iaitu sumber yang melekat atau terkandung dan kedudukan jaringan. Sebagai mana kedua-dua pendekatan tersebut digunakan sebagai aset jaringan. Namun, perkara yang paling penting ialah sumber yang melekat dan menjadi teras dalam modal sosial. Sehingga pengukuran fokus kepada nilai yang dimiliki oleh sumber, seperti kekayaan, status dan kuasa untuk peralatan sosial. Sementara hasil lain ialah seperti ungkapan dalam menjalani kehidupan sosial, kesihatan mental dan fizikal serta kepuasan akan perkhidmatan yang diperolehi oleh individu atau komuniti. Hubungan proses antara modal sosial dan output yang diharapkan mewakili hubungan di mana modal sosial mendatangkan hasil atau ganjaran. Di sini, teori sepatutnya menggambarkan bagaimana modal sosial ialah modal atau bagaimana menghasilkan hasil atau ganjaran yang memiliki halatuju serta

Melalui permerhatian dalam sesebuah hubungan sosial kepada komuniti atau organisasi, Giddens (1984) telah mengulasnya dalam teori penstrukturan. Pendapat Giddens menyatakan bahawa hubungan sosial masyarakat yang diwujudkan dalam bentuk struktur pada masyarakat yang dibentuk oleh pelaku atauejen bagi membangunkan struktur tersebut melalui peraturan yang terikat, dominasi dan kepentingan yang dikehendaki oleh ejen tertentu. Modal yang dimiliki oleh ejen ialah kemudahan dan pentafsiran ke atas nilai yang terdapat dalam komuniti. Seterusnya, ke semua diadunkan ke dalam proses interaksi yang mengwujukan komunikasi, kuasa dan hukuman kepada ejen dan komuniti. Pada keadaan ini setiap ejen dihadapkan kepada tiga kesedaran; kesedaran berwacana ( thought conscious ), kesedaran praktikal ( practical conscious ) dan kesedaran tanpa sedar ( conscious unconsciousness ).

Dalam konteks modal sosial yang terjadi pada fenomena migrasi, seseorang individu sangat bergantung kepada jaringan dalam memperoleh akses kemasukan dan peluang kerja di negara tujuan atau tumpuan. Sedangkan jaringan tersebut dibentuk oleh ejen yang sentiasa memelihara penstrukturan. Pada keadaan ini, pekerja migran tidak berdokumen sangat bergantung harap kepada ejen yang dipercayai mampu membantu pekerja tidak berdokumen memasuki dan bekerja di Malaysia. Ketika keadaan ini sentiasa berulang dan menjadi suatu budaya, maka pada asasnya ialah pekerja migran tidak berdokumen ini mengalami kesedaran tanpa kesedaran. Sehingga mereka dengan mudah mengatakan jika terjadi permasalahan selama perjalanan dan mencari kerja, maka ada aktor atau ejen yang akan menyelamatkannya. Selain itu, para pekerja migran tidak berdokumen ini berupaya menempuh dinding sempadan antara Indonesia dan Malaysia yang penuh dengan cabaran yang berliku dan penuh risiko. Mereka tidak memperdulikan dan mempertimbangkan akan faktor keselamatan sepanjang perjalanan mereka.

Perspektif yang lebih luas merujuk kepada persoalan yang asas dalam memberi pengetahuan tentang penyatuan sosial antara pendatang asing dan warga

tempatan. Proses pencampuran atau asimilasi ( assimilation ) etnik yang biasanya terjadi ialah munculnya pengasingan bagi pendatang asing, ditambah lagi dengan masalah tidak berdokumen. Putnam (1996) menjelaskan bahawa proses pencampuran etnik melalui modal sosial berdasarkan tiga pendekatan, iaitu pengikatan, perantaraan dan perhubungan, di mana komuniti sosial melaburkan dan membahagi modal sosial ke ke atas mereka. Sumber yang diperolehi adalah melalui keanggotaan dalam sesebuah organisasi. Perbezaan antara modal sosial sebagai proses penyatuan dan sebagai komiditi secara khas ialah konteks yang paling penting dalam komuniti migran (Zetter et al. 2006). Penyatuan sosial menurut Rudiger & Spencer (2004), menyatakan bahawa penyatuan sosial tidak memerlukan penggabungan entiti homogen tetapi sebaliknya merupakan penyatuan sosial mampu dicapai dalam masyarakat majmuk melalui interaksi oleh komuniti berbeza yang membangunkan sesebuah perikatan melalui pengakuan ke atas perbezaan dan saling kebergantungan antara etnik tersebut.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74