FUNGSI JARINGAN PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

5.3.2 FUNGSI JARINGAN PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

Fungsi dapat dijelaskan sebagai berjalannya ke semua komponen dalam sebuah sistem. Sementara sistem yang dimaksudkan di sini ialah tidak lain selain bertindak sebagai sistem jaringan sosial pekerja migran tidak berdokumen. Berdasarkan hasil penyelidikan, penyelidik mengenalpasti beberapa fungsi jaringan sosial pekerja migran tidak berdokumen ini secara praktikal antaranya ialah sebagai peluang dalam mendapatkan perkerjaan untuk sara hidup yang lebih baik, menyediakan kewangan, kemudahan pengangkutan dan akomodasi sepanjang perjalanan, berhadapan dengan pihak yang berkuasa untuk mengatasi permasalahan dan peyediaan maklumat. Bahkan fungsinya dilihat melebihi daripada khidmat kerajaan yang sepatutnya menguruskan perkara tersebut kerana ianya merupakan kewajipan kerajaan dalam melindungi pekerja migran, tidak terkecuali pekerja migran tidak tidak berdokumen.

Keadaan ekologi daerah asal pekerja migran tidak berdokumen yang amat sukar bagi menjalankan aktiviti pertanian, menyebabkan mereka sentiasa merantau mencari peluang kerjaya yang lebih baik. Faktor ini dirasakan menjadi penyebab utama sebagai punca migrasi ke Malaysia bagi pekerja migran tidak berdokumen yang berasal dari Madura yang merupakan kehendak peribadi atau kelengkapan keluarga untuk sentiasa berusaha untuk penyediaan ke atas keperluan hidup seharian. Ekologi tegalan (tanah kebun) membuat orang Madura tidak bergantung kepada tanah (land ethics ) tetapi lebih tertumpu kepada pekerjaan ( labour ethics ). Oleh sebab itu, Keadaan ekologi daerah asal pekerja migran tidak berdokumen yang amat sukar bagi menjalankan aktiviti pertanian, menyebabkan mereka sentiasa merantau mencari peluang kerjaya yang lebih baik. Faktor ini dirasakan menjadi penyebab utama sebagai punca migrasi ke Malaysia bagi pekerja migran tidak berdokumen yang berasal dari Madura yang merupakan kehendak peribadi atau kelengkapan keluarga untuk sentiasa berusaha untuk penyediaan ke atas keperluan hidup seharian. Ekologi tegalan (tanah kebun) membuat orang Madura tidak bergantung kepada tanah (land ethics ) tetapi lebih tertumpu kepada pekerjaan ( labour ethics ). Oleh sebab itu,

“…Jika musim panas, ramai orang tidak bekerja dan biasanya mereka merantau untuk beberapa tempoh masa sehingga musim hujan tiba…” (hlm. 47).

Persoalan yang timbul ialah mengapakah mereka sering menggunakan perkhidmatan orang tengah? Jawapan tersebut menjelaskan kepada peranan aktor yang selalunya menguasai maklumat dan kekuatan komunikasi yang berjaya meyakinkan kepada pekerja migran tidak berdokumen dan kekurangan saluran informasi yang berkesan berkenaan tatacara yang tepat bagi melakukan migrasi.Sementara itu, pihak berkuasa dilihat kurang memberikan maklumat yang berterusan kepada warganya tentang tatacara bermigrasi yang dianjurkan oleh kerajaan. Namun perkara yang terjadi adalah sebaliknya seperti syarat yang tinggi dikenakan iaitu jika seseorang hendak bekerja dalam sektor binaan di Indonesia, mereka mesti memiliki sijil pendidikan yang ditetapkan, bukan berasaskan kepada kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.

Jaringan pekerja migran tidak berdokumen yang di dalamnya melibatkan aktor yang memainkan peranan yang kuat bagi menyediakan kewangan bagi kesemua pekerja migran tidak berdokumen. Faktor ini merupakan sebahagian daripada sumber yang melekat yang dimiliki oleh seseorang aktor dalam sebuah jaringan. Sepertimana telah dinyatakan oleh Castles et al.(2013) bahawa proses migrasi Indonesia dan Malaysia lebih didominasi oleh peranan orang tengah yang menguruskannya. Oleh sebab itu, ianya lebih mendekatkan kepada tindakan pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Namun begitu, kewujudan orang tengah mesti dikaji dengan teliti. Apakah terdapat bukti yang menunjukkan orang tengah sebagai suspek pemerdagangan manusia? Maka dalam konteks ini, memerlukan penyiasatan yang komprehensif ke atas suspek dengan menggunakan sistem pengadilan jenayah.Tidak semua orang tengah boleh dikaitkan sebagai suspek pemerdagangan orang. Takrifan pemerdagangan orang merupakan jenayah dan rangkaian proses yang panjang.

Sepertimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 Malaysia merujuk seperti berikut:

“Segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima

seseorang untuk tujuan eksploitasi”.

Sementara takrifan penyelundupan migran adalah sebagai berikut:

“Segala perbuatan yang mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam

atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warga negara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas”

Aktor seperti MM1 dalam hal ini ialah suspek penyeludupan migran kerana peranannya telah menepati pada takrifan penyeludupan migran di atas. Akan tetapi apabila melihat dengan lebih jauh berkenaan peranan aktor yang menjadi orang tengah seperti MM1, kita secara serta merta menunding jari terhadap MM1 dan merupakan individu yang harus dipersalahkan. Namun, beliau sangat membantu ekonomi sesebuah keluarga, jiran, kerabat dan kenalan daripada kelut kemiskinan di kampung. Oleh demikian, dalam mengkategorikan sebagai jenayah bagi pemerdagangan orang atau penyeludupan migran, haruslah dilihat secara holistik dalam melihat fenomena tersebut. Sebenarnya, melalui pemerhatian penyelidik dan peranan yang dilakukan oleh MM1 sangat membantu ekonomi para migran bawahannya.

“MM1 dapat dikategorikan sebagai orang kaya di kampungnya, Sampang, Madura. MM1…Selain dibangunkan dalam bentuk tanah, MM1 melaburkan simpananya

kepada salah satu koperasi pondok pesantren Sido Giri. Koperasi ini bergerak dalam industri runcit dalam bentuk convenience store yang tersebar di Jawa Timur. Berbilion wang terpkasa MM1 dilaburkan kepada koperasi tersebut dengan ganjaran hasil perkongsian lebih kurang Rp. 13 juta setiap bulan. MM1…” (hlm. 77-78).

“ saya juga masih punya pinjaman kepada MM1 ” (transkripsi MW6)

“ Makan juga. Pinjaman. Dia gini, saya cakap sama dia. “sib, kalau kamu gini terus, ini orang semua akan lari. Dia cakap, “Kenapa MW13?” Iya, soalnya begini sib,

kalau kami butuh uang, tolong dibagi. Tidakutnya ini apa makanan tidak ada. Semogaa ini sihat-sihat semua. Selamat ” (transkripsi MW13)

Dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen, wang juga memiliki nilai tanda dalam sebuah perikatan antara aktor. Wang merupkan perkara yang paling mustahak. Apabila terdapat pelaburan daripada aktor dominan untuk mengeluarkan wang bagi keperluan aktor lainnya, kemampanan sebuah struktur menjadi semakin kuat. Bagi pekerja migran tidak berdokumen, wang merupakan tujuan mereka memasuki Malaysia yang penuh cabaran dan risiko. Sehingga ianya adalah perkara yang sangat bernilai bagi kumpulan pekerja migran tidak berdokumen. Kesukaran masalah kewangan yang dialami oleh seseorang aktor, selalunya meminta bantuan kepada aktor lain di dalam sesebuah struktur jaringan. Dalam konteks kewangan di dalam sebuah jaringan, penyelidik melihatnya lebih kepada sebuah nilai tanda yang sanggup memberikan pengaruh ke atas kumpulan lain dalam sebuah perikatan jaringan.

Maklumat terhad yang dimiliki oleh pekerja migran tidak berdokumen membuatkan mereka sering berhubungan dengan aktor dominan yang memiliki sumber yang tersedia, tidak terkecuali sumber maklumat. Ianya tidak sekadar dalam bentuk perkhidmatan semasa perjalanan menerajui sempadan antara Indonesia dan Malaysia, akan tetapi juga sebagai peluang mengakses atau mencari pekerjaan, kediaman dan pengangkutan. Aktor dominan dalam sesebuah jaringan sosial Maklumat terhad yang dimiliki oleh pekerja migran tidak berdokumen membuatkan mereka sering berhubungan dengan aktor dominan yang memiliki sumber yang tersedia, tidak terkecuali sumber maklumat. Ianya tidak sekadar dalam bentuk perkhidmatan semasa perjalanan menerajui sempadan antara Indonesia dan Malaysia, akan tetapi juga sebagai peluang mengakses atau mencari pekerjaan, kediaman dan pengangkutan. Aktor dominan dalam sesebuah jaringan sosial

“ Saya menaiki bot, FM [orang tengah] yang mencarikan perkhidmatan itu ” (transkripsi MW6)

“ Saya merasa tidak masalah selama perjalanan memasuki Malaysia yang sukar, yang penting bisa sampai Malaysia .” (transkripsi MW5)

Pekerja migran tidak berdokumen tinggal di dalam kawasan yang tersorok seperti di rumah kongsi atau di dalam hutan dan kediaman mereka berdekatan dengan tempat kerja. Keadaan tersorok ini menyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi dengan dunia luar. Sehingga interaksi mereka hanya terhad kepada rakan sekerja di dalam tempat kerja atau antara jaringan mereka sendiri dari luar. Jaringan luar ini tidak lain ialah ketua kerja atau kerani mereka. Sebarang maklumat sentiasa diperolehi daripada aktor tersebut. Mereka selalu mengikuti saranan oleh aktor dominan bagi melakukan aktiviti seharian. Apabila mereka diminta untuk berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, pekerja migran tidak berdokumen mengikuti arahan tersebut daripada ketua kerja dan ianya termasuk juga merangkumi kediaman dan pengangkutan.

Amatlah jarang pekerja migran tidak berdokumen yang terpisah atau terkeluar daripada sesuatu perikatan jaringan. Kecuali sekiranya terdapat permasalahan yang berlaku. Bagi pekerja migran tidak berdokumen yang keluar atau terpisah daripada perikatan jaringan ini selalunya mencari rakan kerja untuk mendapatkan peluang kerja yang baru. Hal yang lazim terjadi ketika perpindahan pekerja migran tidak berdokumen di dalam sesebuah kumpulan kepada jaringan yang lain adalah masih sesama etnik. Dalam konteks ini, aktor dominan di dalam struktur menanggung kerugian oleh tindakan salah seorang ahli kumpulan di dalam jaringan perikatan yang tidak mahu untuk bekerja lagi kepadanya. Hubungan ini juga menyebabkan berlakunya konflik antara aktor dominan dan ahli jaringan yang terpisah, serta antara jaringan yang terpisah dan kumpulan jaringan. Ahli kumpulan di dalam jaringan Amatlah jarang pekerja migran tidak berdokumen yang terpisah atau terkeluar daripada sesuatu perikatan jaringan. Kecuali sekiranya terdapat permasalahan yang berlaku. Bagi pekerja migran tidak berdokumen yang keluar atau terpisah daripada perikatan jaringan ini selalunya mencari rakan kerja untuk mendapatkan peluang kerja yang baru. Hal yang lazim terjadi ketika perpindahan pekerja migran tidak berdokumen di dalam sesebuah kumpulan kepada jaringan yang lain adalah masih sesama etnik. Dalam konteks ini, aktor dominan di dalam struktur menanggung kerugian oleh tindakan salah seorang ahli kumpulan di dalam jaringan perikatan yang tidak mahu untuk bekerja lagi kepadanya. Hubungan ini juga menyebabkan berlakunya konflik antara aktor dominan dan ahli jaringan yang terpisah, serta antara jaringan yang terpisah dan kumpulan jaringan. Ahli kumpulan di dalam jaringan

Penilaian keatas individu yang dipersalahkan itu muncul ketika seseorang yang telah keluar daripada perikatan jaringan tidakmempunyai perasaan dan simpati kepada kumpulannya. Ahli komuniti jaringan lainnya mengesyaki bahawa seseorang tersebut sudah lupa atas kebaikan dan kemurahan hati aktor dominan atau orang tengah yang telah membawanya memperolehi pekerjaan dan membawanya memasuki kawasan di Malaysia. Ahli komuniti di dalam struktur jaringan tersebut menilai bahawa dengan wujudnya peranan aktor luar yang memengaruhi seseorang di dalam jaringan perikatan untuk keluar daripada struktur jaringan yang sedia ada telah terbina sejak sebelum melakukan migrasi lagi.

Jaringan perikatan pekerja migran tidak berdokumen telah dibangunkan sejak seseorang itu memiliki niat untuk bermigrasi ke Malaysia secara tidak rasmi. Peranan aktor dominan di dalam struktur telah dimulakan dengan perjanjian lisan yang dilafaskan oleh bakal pekerja migran tidak berdokumen kepada aktor dominan atau orang tengah tersebut. Dengan demikian, peranan orang tengah ataupun aktor dominan telah membantu dalam pengurusan migrasi sejak di kampung lagi. Gejala ini menunjukkan bahawa interaksi jaringan yang saling menguntungkan telah terbangun di antara calon pekerja migran tidak berdokumen dan orang tengah atau aktor dominan. Ianya selalu memberikan perlindungan kepada ahli kumpulan untuk mengukuhkan dominasi penstrukturan.

“Kalau MM1 masih membutuhkan tenaga saya, saya nggak akan pindah. Kalau selagi sama- sama tahu” (transkripsi MW13)

Peranan aktor orang tengah dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen sangat mustahak. Ianya sering dianggapsebagai suspek jenayah kepada pegawai sempadan Indonesia dan Malaysia. Ratusan migran telah berjaya dimasukkan oleh beliau ke Malaysia dengan memberi suapan keatas pegawai sempadan yang terlibat.

“Tidak hairan beliau mampu mengeluarkan wang senilai Rp. 1.2 juta atau sekitar RM 340 ribu pada setiap bulan untuk dibayar kepada pegawai antara Indonesia dan

Malaysia. …” (hlm. 62).

Bukan itu sahaja, semasa mereka bekerja di Malaysia, aktor dominan sekaligus merupakan majikan daripada kumpulan pekerja migran tidak berdokumen yang terpaksa membayar kos bulanan kepada kontraktor utama dalam sesebuah tapak binaan dan kos yang dikenakan adalah berbeza-beza. Kos tersebut digunakan untuk membayar kepada pihak berkuasa yang mengawasi keselamatan kerja dalam pekerjaan sektor binaan tersebut. Selain itu, kos tersebut juga digunakan bagi pembayaran kepada ketua polis setempat bagi mengawal tempat kerja. Keadaan ini dilakukan supaya pihak berkuasa tidak mengganggu aktiviti produksi yang dilakukan oleh kontraktor utama berkenaan dengan semua pekerjanya yang memiliki masalah berkaitan status tidak berdokumen. MM1 sebagai aktor dominan, orang tengah dan sekaligus juga berperanan sebagai majikan bagi pekerja migran tidak berdokumen terpaksa mengeluarkan RM 250 setiap bulan. Kos tersebut dipotong langsung oleh kontraktor utama ketika syarikat MM1 menuntut bayaran.

Rajah 5.8 Pemotongan kos keselamatan pekerja migran tidak berdokumen dalam sebuah tapak binaan daripada kontraktor utama kepada sub-kontraktor

Tambahan lagi, setiap pekerja perlu membayar kos keselamatan kepada kakitangan RELA dan kakitangan polis setempat yang kebiasaanya bernilai antara RM50 sehingga RM100. Apatah lagi posisi RELA telah termaktub di dalam peraturan 4A, 4B and 4C Akta Imigresen 2002 (amandemen), peranan RELA yang dipolitik walaupun terdiri daripada individu yang mengamalkan sivil dilihat semakin menambah senarai panjang penindasan kepada pekerja migran tidak berdokumen di Malaysia (Department of State US 2013). RELA telah mengambil kesempatan dengan mewujudkan keadaan tidak selamat kepada pekerja migran tidak berdokumen di Malaysia, khususnya dalam strategi pengundian migran bagi kemenangan pada pilihan raya yang direncana oleh koalisi parti berkuasa seperti Barisan Nasional. Pekerja migran tidak berdokumen dijadikan sebagai alat politik RELA untuk mengukuhkan pihak penguasa daripada pertentangan koalisi parti pembangkang (Kudo 2013).

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74