PERJALANAN MEMASUKI MALAYSIA

4.2.2 PERJALANAN MEMASUKI MALAYSIA

Penyelidik sebelum ini bermalam di rumah seorang migran MM1 untuk mengikuti perjalanan haram memasuki Malaysia. Keesokan harinya di awal pagi, semua migran berangkat ke hentian bas di Sampang, Madura. Seramai sembilan orang termasuk penyelidik dan juga MM1 mengikuti dalam kumpulan untuk menerajui sempadan

secara tidak rasmi. Kumpulan ini berangkat pada hari Jumaat, 18 September 2015 selepas melaksanakan solat subuh dengan masa dan kenderaan yang berbeza. Penyelidik dan MM1 dihantar oleh pemandu ke Bandar Udara Surabaya, sementara tujuh orang yang lain menaiki bas dari Hentian Bas Sampang. Penyelidik menemubual kepada MM1, punca mereka tidak bergerak bersama-sama. MM1 memberi jawapan agar perjalanan semuanya berjalan lancar. Terdapat gerombolan polis yang biasanya melakukan operasi di tengah perjalanan, misalnya di Jembatan Surabaya-Madura. Polis memeriksa dokumen orang Madura yang hendak ke Malaysia. Biasanya polis memperolehi rekod daripada seseorang yang menyampaikan maklumat bahawa terdapat migran yang melakukan perjalananan haram tidak berdokumen yang diperlukan. Seseorang yang dimaksudkan itu tidaklain ialah orang tengah yang juga pekerjaannya biasanya menghantar orang Madura ke Malaysia secara tidak rasmi. Penyelidik melihat terdapat persaingan antara orang tengah yang turut sama memiliki perniagaan dalam urusan membantu seseorang memasuki Malaysia secara tidak rasmi. MM1 tidak menggunakan khidmat orang tengah tersebut kerana bayaran yuran perjalanan yang sangat tinggi. Oleh sebab permasalahan kostersebut, MM1 memberanikan diri untuk membawa semua bakal pekerjanya memasuki Malaysia secara tidak rasmi.

Proses yang perlu dilengkapi oleh bakal pekerja MM1 merupakan dokumen MM1, iaitu pasport. Penyelidik mengikuti proses pembuatan pasport itu yang dilakukan di pejabat imigresen Pamekasan. Pamekasan merupakan kejiranan daerah Kabupaten Sampang. Bagi bakal pekerjanya yang belum memiliki kad pengenalan, MM1 turut bertungkus lumus berusaha menguruskannya. Kad pengenalan merupakan salah satu persyaratan untuk membuat pasport, selain akta kelahiran dan sijil pendidikan. Perkara ini jelas menunjukkan beliau sangat sibuk selama sebulan sebelum melakukan perjalanan untuk melengkapi semua persyaratan mendapatkan pasport. MM1 membayar sebanyak Rp. 1 juta (RM 300) kepada orang tengah pegawai imigresen Pamekasan untuk melancarkan proses membuat pasport. Padahal bayaran rasmi untuk pembuatan paspot ialah Rp. 255 ribu (RM 80). Penyelidik melihat bahawa hal itu terpaksa dilakukan oleh MM1 sebagai jalan pintas kerana khuatir jika pasport tidak dapat diselesaikan apabila menggunakan saluran pembuatan pasport Proses yang perlu dilengkapi oleh bakal pekerja MM1 merupakan dokumen MM1, iaitu pasport. Penyelidik mengikuti proses pembuatan pasport itu yang dilakukan di pejabat imigresen Pamekasan. Pamekasan merupakan kejiranan daerah Kabupaten Sampang. Bagi bakal pekerjanya yang belum memiliki kad pengenalan, MM1 turut bertungkus lumus berusaha menguruskannya. Kad pengenalan merupakan salah satu persyaratan untuk membuat pasport, selain akta kelahiran dan sijil pendidikan. Perkara ini jelas menunjukkan beliau sangat sibuk selama sebulan sebelum melakukan perjalanan untuk melengkapi semua persyaratan mendapatkan pasport. MM1 membayar sebanyak Rp. 1 juta (RM 300) kepada orang tengah pegawai imigresen Pamekasan untuk melancarkan proses membuat pasport. Padahal bayaran rasmi untuk pembuatan paspot ialah Rp. 255 ribu (RM 80). Penyelidik melihat bahawa hal itu terpaksa dilakukan oleh MM1 sebagai jalan pintas kerana khuatir jika pasport tidak dapat diselesaikan apabila menggunakan saluran pembuatan pasport

Apabila pasport telah selesai diperolehi, tiba masanya bagi semua bakal pekerja MM1 untuk berangkat ke Malaysia. Sebelum berangkat, penyelidik bersama MM1 diajak ke rumah masing-masing bakal pekerjanya. MM1 memberitahukan untuk masa perjalanan tersebut. Penyelidik memerhatikan bahawa MM1 memberikan arahan kepada bakal pekerjanya agar keesokan hari mereka perlu berangkat sendiri ke Surabaya. Setibanya di Surabaya, penyelidik dan MM1 menunggu di salah satu jalan yang terkenal di daerah Bandar Surabaya. MM1 juga memberitahu beliau selalu menggunakan telepon bimbit untuk berhubung semasa perjalanan tersebut. Penyelidik dan MM1 memandu menggunakan kereta sendiri. Tempat menunggu ditetapkan pada sebuah kedai serbaguna. Selepas itu mereka semua menaiki kereta untuk menuju ke Bandar Udara. Di sana individu bernama MM2 bersedia menunggu kedatangan mereka. MM1 memberi kepercayaan pembelian tiket tambang pesawat terbang bagi semua bakal pekerjanya kepada beliau. MM2 mengambil kos Rp. 1.5 juta (RM 550) setiap orang bakal pekerja MM1. MM1 membayar ke semua kos tambang pesawat tersebut. Semua pekerja melakukan pinjaman wang daripada MM1 untuk semua kos perjalanan. Selepas itu mereka membayar wang pinjaman setelah mereka bekerja di Malaysia. MM2 merupakan ejen tiket tambang perjalanan untuk perusahan penerbangan Citilink yang membawa mereka semua dari Surabaya ke Batam. Sebelum memulakan perjalanan, MM2 memberi nasihat supaya menghubungi kenalan yang dikenali sebagai MM3. Melalui MM3 inilah semua kumpulan dijemput di Bandar Udara Hang Nadim Batam.

Rajah 4.3 Pekerja migran tidak berdokumen ketika hendak berangkat ke Batam melalui Bandar Udara Juanda, Surabaya

Semua kumpulan yang mengikuti MM2 dijemput oleh individu bernama MM3. Ternyata bukan sahaja kumpulan mereka sahaja, akan tetapi terdapat ramai orang yang menggunakan khidmat MM3 ini. Melalui pemerhatian rambang penyelidik, terdapat 19 orang yang menaiki penerbangan bersama kami bagi pengawasan MM3. Kami semua diarah masuk ke dalam sebuah van. 19 orang terpaksa berhimpit-himpit kerana keadaan yang terlalu ramai. Dibebani lagi dengan barang dan beg besar yang dibawa. Pastinya aspek keselasaan adalah minima. Pada masa yang sama, MM3 meminta mengumpulkan semua pasport milik bakal pekerja. Beliau turut menawarkan sampul pasport dengan harga Rp. 100 ribu. Perkara ini dilakukan agar pasport dalam keadaan selamat dan dilindungi sebagai orang yang mengikuti saluran MM3. Penyelidik dalam hal menolak memberikan pasport kerana penyelidik telah memiliki permit dan memerasakan ketidakperluan pasportnya diseliakan oleh orang tengah tersebut. Terjadinya perdebatan antara penyelidik dan MM3 sehingga dia memberikan ancaman jika terjadi sesuatu perkara mesti ditanggung sendiri risikonya. Ini merupakan cara orang tengah menekan bakal pendatang kerana migran kekurangan maklumat yang sebenar. Kehendak pendatang haram ialah agar mereka boleh selamat sehingga Malaysia. Tambahan lagi, langkah ini dipercayai boleh memberikan suatu jaminan khusus.

Rajah 4.4 Pekerja migran tidak berdokumen yang dijemput oleh orang tengah dari Bandar Udara Hang Nadim, Batam

Penyelidik turut masuk ke dalam van untuk menuju ke sebuah tempat penempatan migran. Selepas penyelidik turun dari van tersebut, terlihat lanskap yang teramat kotor, sampah merata-rata, air kumbahan mengalir daripada lorong antara bangunan kedai dan bau busuk meresap dan menusuk ke hidung. Penyelidik tidak menduga jika kesemuanya harus tinggal di dalam bangunan lot kedai yang terbengkalai tersebut. Bangunan yang mempunyai tiga tingkat itu memiliki panjang kira-kira 17 meter dan lebar 6 meter. Apabila penyelidik melangkah memasuki bangunan tersebut, ternyata telah ramai orang di dalamnya. Kumpulan yang baru tiba dipaksa menaiki tangga dan tinggal di atas untuk menunggu cadangan waktu untuk memasuki imigresen kedua-dua negara. Ratusan orang terlihat telah memenuhi pada ruangan atau tingkat kedua dan ketiga. Bahkan di tingkat atas bangunan juga terdapat ramai orang. Perkara ini menandakan tiada lagi ruangan untuk mereka melabuhkan tubuh. Penyelidik merasa amat sukar untuk berjalan ke ruangan atas bangunan itu kerana telah dipenuhi. Bangunan itu terletak di kompleks Pasar Jodoh Blok K Nombor 8, Kecamatan Jodoh, Kota Batam, Kepulauan Riau.

Rajah 4.5 Rumah penempatan sementara pekerja migran tidak berdokumen di Batam yang gelap, berbau, kotor, yang dipenuhi oleh serangga dan manusia

Semua orang duduk dengan hanya membujurkan kakinya. Tiada orang yang dapat tidur dengan selesa, apatah lagi dengan menggunakan bantal. Prasarana tersebut terlalu mahal bagi mereka. Mereka duduk dan berehat hanya menggunakan karton terpakai. Hanya terdapat sebuah bilik mandi sahaja bagi digunakan oleh ratusan orang. Di dalam bangunan, tidak hanya penat yang dirasakan oleh penyelidik. Akan tetapi keadaan yang berbau, panas, gelap, dan terlihat serangga di mana-mana sahaja, sampah merata-rata dan ancaman oleh kakitangan orang tengah. Sesekali kakitangan memperingatkan agar jangan bercakap terlalu kuat kerana terdapat banyak polis berada di luar. Tambahan lagi ketika memasuki bangunan tersebut, semua orang dikunci daripada luar. Mereka tidak dibenarkan untuk melaksanakan solat kerana ketiadaan bekalan air dan tempat dipenuhi dengan najis. Ramai yang membuang najis merata-rata sehingga bau tidak menyenangkan dirasakan seperti merupakan hal biasa. Paip bilik air hanya mengalir pada jam 12 pagi hingga 4 pagi, selepas itu air tidak Semua orang duduk dengan hanya membujurkan kakinya. Tiada orang yang dapat tidur dengan selesa, apatah lagi dengan menggunakan bantal. Prasarana tersebut terlalu mahal bagi mereka. Mereka duduk dan berehat hanya menggunakan karton terpakai. Hanya terdapat sebuah bilik mandi sahaja bagi digunakan oleh ratusan orang. Di dalam bangunan, tidak hanya penat yang dirasakan oleh penyelidik. Akan tetapi keadaan yang berbau, panas, gelap, dan terlihat serangga di mana-mana sahaja, sampah merata-rata dan ancaman oleh kakitangan orang tengah. Sesekali kakitangan memperingatkan agar jangan bercakap terlalu kuat kerana terdapat banyak polis berada di luar. Tambahan lagi ketika memasuki bangunan tersebut, semua orang dikunci daripada luar. Mereka tidak dibenarkan untuk melaksanakan solat kerana ketiadaan bekalan air dan tempat dipenuhi dengan najis. Ramai yang membuang najis merata-rata sehingga bau tidak menyenangkan dirasakan seperti merupakan hal biasa. Paip bilik air hanya mengalir pada jam 12 pagi hingga 4 pagi, selepas itu air tidak

Semua orang yang ditempatkan di sana memperolehi bekalan makan setiap pagi, tengah hari dan malam hari. Selama dua hari penyelidik bersama semua kumpulan yang berangkat bersama mendiami bangunan tersebut, Mereka memutuskan untuk berpindah tempat di sebuah hotel yang tidak jauh dari tempat tersebut. Ditambah lagi tiga orang daripada kumpulan penyelidik masih tertinggal di Surabaya kerana kesilapan pembelian tiket tambang pesawat. Penyelidik dan yang lain cuba mencari hotel murah di Batam bagi sembilan orang dalam kumpulannya. Keesokan harinya mereka dihubungi oleh MM4, salah seorang orang tengah yang memiliki syarikat penyeberangan antara Batam dan Johor Baharu. Dia memberitahu bahawa kumpulan penyelidik perlu bersiap sedia memasuki Malaysia pada pagi selepas subuh.

Kami berasa cukup gembira dengan perkhabaran tersebut kerana terlalu lama di penempatan di Batam yang menyebabkan pertambahan kos pembayaran. Penyelidik mengikuti kembali kumpulan untuk dihantar di pelabuhan Batam Center, Batam. Penyelidik dan MM1 membeli tambang feri dengan harga normal dengan tujuan pelabuhan Stulang Laut, Johor Bahru kerana kami berdua tidak memiliki masalah imigresen. Sementara yang lain dibelikan tambang dengan tujuan pelabuhan Tanjung Bulungkor, Johor Bahru. Penyelidik dan MM1 merasa gelisah kerana empat orang antara mereka belum pernah memasuki Malaysia sama sekali. Empat orang dinyatakan didaftar senarai hitam oleh imigresen Malaysia. Penyelidik dan MM1 khuatir apabila tiga orang itu dizinkan masuk sementara empat orang lain yang masuk didaftarkan senarai hitam dandihalang masuk oleh imigresen Malaysia. Padahal mereka adalah orang awam bagi semua yang melakukan perjalanan haram menurut MM1.

Rajah 4.6 dan 4.7 Pelabuhan Batam Center yang ramai pekerja migran hendak menaiki feri menuju Johor Bahru

Sebelum berangkat, penyelidik dan MM1 diajak berbual oleh seorang individu yang dikenali sebagai MM5. Penyelidik berusaha mendalami dan memahami perbualan antara MM1 dan MM5 kerana bahasa disampaikan di dalam bahasa Madura. Penyelidik tidak fasih berbahasa madura akan tetapi masih memahami serba sedikit perbualan mereka antaranya mengenai perbualan peningkatan bilangan operasi baru-baru ini. Operasi daripada pegawai polis Indonesia yang hendak membatalkan perjalanan para pekerja migran untuk memasuki Malaysia. MM5 mencadangkan agar MM1 berangkat bersama penyelidik kerana penyelidik memiliki dokumen rasmi. Akan tetapi yang lain biarlah mengikuti laluan berbeza. Penyelidik berusaha mencungkil maklumat berkenaan dengan aktor atau ejen MM5 itu. MM1 menjelaskan bahawa MM5 merupakan seorang pemilik syarikat daripada semuanya. Daripada orang tengah atau tekong yang ada di Surabaya, di Batam dan di Malaysia, orang yang menghantar semua pekerja migran ke tempat tujuan mereka masing-masing.

Rajah 4.8 Semasa penyelidik berada di rumah penempatan, beralaskan papan dan dikunci dari luar bangunan oleh orang tengah, Batam

MM1 mengatakan bahawa MM5 merupakan pemilik syarikat penyeberangan Feri dengan nama syarikat AG2 . “MM5 merupakan seseorang yang sangat kaya,” ulas MM1. Beliau juga memiliki syarikat pengumpul besi buruk di Batam dan juga memiliki saham di Citilink. Beliau tidak segan untuk membeli kapal yang telah rosak untuk diproses kembali untuk menjual semula besi tersebut. Penyelidik dapat membayangkan alangkah kayanya beliau. Beliau berkongsi pengalaman dengan pegawai berwajib di sempadan Batam untuk memasukkan pekerja migran tidak rasmi itu. Ratusan orang pekerja migran telah beliau masukkan secara tidak rasmi ke Malaysia melalui aktor utama MM5. Tidak hairanlah beliau mampu mengeluarkan wang bernilai Rp. 1.2 bilion atau sekitar RM 340 ribu pada setiap bulan untuk dibayar kepada pegawai antara Indonesia dan Malaysia. Maklumat ini penyelidik perolehi daripada MM3 semasa penyelidik berada di penempatan setinggan di Batam. Selain itu, MM3 berani menjamin kepada semua pekerja migran yang mengikuti laluan orang-orangnya yang tidak dapat memasuki Malaysia. Orang-orangnya sentiasa MM1 mengatakan bahawa MM5 merupakan pemilik syarikat penyeberangan Feri dengan nama syarikat AG2 . “MM5 merupakan seseorang yang sangat kaya,” ulas MM1. Beliau juga memiliki syarikat pengumpul besi buruk di Batam dan juga memiliki saham di Citilink. Beliau tidak segan untuk membeli kapal yang telah rosak untuk diproses kembali untuk menjual semula besi tersebut. Penyelidik dapat membayangkan alangkah kayanya beliau. Beliau berkongsi pengalaman dengan pegawai berwajib di sempadan Batam untuk memasukkan pekerja migran tidak rasmi itu. Ratusan orang pekerja migran telah beliau masukkan secara tidak rasmi ke Malaysia melalui aktor utama MM5. Tidak hairanlah beliau mampu mengeluarkan wang bernilai Rp. 1.2 bilion atau sekitar RM 340 ribu pada setiap bulan untuk dibayar kepada pegawai antara Indonesia dan Malaysia. Maklumat ini penyelidik perolehi daripada MM3 semasa penyelidik berada di penempatan setinggan di Batam. Selain itu, MM3 berani menjamin kepada semua pekerja migran yang mengikuti laluan orang-orangnya yang tidak dapat memasuki Malaysia. Orang-orangnya sentiasa

MM1 mengatakan bahawa beliau terpaksa mengeluarkan yuran perjalanan sebanyak Rp. 1.5 juta atau sekitar RM 500 untuk tambang feri dan merasuah pegawai imigresen melalui MM5. Yuran tersebut adalah berbeza ketika bakal pekerja MM1 adalah orang yang masuk pada daftar hitam oleh imigresen Malaysia. Ditambah lagi MM1 terdapat empat orang pekerjanya yang masuk dalam senarai daftar hitam tersebut. Beliau harus membayar Rp. 2.5 juta atau sekitar RM 715 bagi setiap orang pekerjanya. Bagi yang masuk dan di daftar senarai hitam, orang tengah MM5 di Malaysia yang hendak menghantar para pekerja migran ke penjuru Malaysia mengoyak helaian pasport yang telah dicop oleh kakitangan imigresen. Perkara tersebut jelas menunjukkan kakitangan tersebut tidak mahu bertanggungjawab bagi individu yang dilarang memasuki Malaysia. Ini berikutan, pada setiap cop imigresen terdapat kod masing-masing bagi kakitangan imigresen yang telah memberikan kelulusan masuk ke Malaysia. Kakitangan imigresen tidak mahu bertanggungjawab ke atas keadaan itu. Padahal beliau telah menerima wang rasuah daripada perantaraan orang tengah. Kakitangan imigresen Indonesia juga bertindak sedemikian. Para pekerja migran tidak rasmi memasukkan wang , mulai daripada Rp. 20 ribu hingga Rp

50 ribuatau sekitar RM 6 – RM 15 di dalam pasport. Ketika mengenakan cop pada pasport wang tersebut diambil oleh kakitangan imigresen Indonesia.

Pada perjalanan menaiki feri dari Batam ke Johor Bahru, penyelidik melihat di terdapat polis laut Singapura yang selalu meronda sempadan kawasan laut mereka. Lanskap berbeza terlihat di wilayah perairan Malaysia. Tiada polis laut yang menggunapakai bot meronda dalam kawasan mereka. Penyelidik beranggapan bahawa Singapura sedang melakukan reklamasi ke atas daratan mereka. Rupanya negera tersebut sentiasa memiliki daratan yang bertambah daripada masa ke semasa. Penyelidik berfikir dari mana tanah itu diperoleh untuk melakukan reklamasi atas willayah laut negaranya? Perlu penyelidikan yang komprehensif untuk menjawab persoalan tersebut.

Penyelidik menjumpai seorang pekerja migran yang berasal dari Ponorogo, yang menggelar dirinya MW4. Wanita pertengahan usia itu sentiasa pergi dan pulang dari Batam ke Johor Baharu setiap bulan. Penyelidik berbual dengan MW44 yang ternyata beliau ialah pekerja migran tidak rasmi juga. MW4 memasuki Malaysia dengan menggunakan keizinan melancong selama satu bulan berdasarkan kepada kerjasama negara ASEAN. Akan tetapi MW4 menyalahgunakan keizinan tinggal selama satu bulan untuk bekerja di Malaysia. Ketika tempoh masa keizinan tinggal selama satu bulan itu akan habis, MW4 kembali ke Batam untuk mendapatkan pengesahan keluar dari Malaysia. MW4 mengatakan bahawa beliau tidak menentu berada di Batam. Padahal beliau tidak mempunyai saudara atau keluarga di Batam. Beliau tinggal di Hotel selama berada di Batam. Kadang kala beliau hanya mengambil satu hari di Batam, selepas itu beliau masuk lagi ke Malaysia. Namun ketika terjadi operasi yang dilakukan oleh kedua-dua kerajaan, MW4 tinggal di Batam lebih lama sehingga satu minggu, selepas itu beliau cuba masuk ke Malaysia lagi. MW4 mengakui bahawa beliau terpaksa membayar Rp 50 ribu atau RM 15 kepada kakitangan imigresen Indonesia yang diselitkan ke dalam pasportnya. Kemudian beliau perlu membayar sebanyak RM 150 kepada orang tengah kakitangan imigresen Malaysia. Istilah ini lebih dikenali sebagai pasing oleh migran tidak berdokumen.

Penyelidik menebual lagi bagi maklumat penempatan orang tengah tersebut yang menghubungkan antara pekerja migran tidak rasmi dan kakitangan imigresen? MW4 menjawab bahawa orang tengah tersebut adalah sangat mudah untuk menjumpainya. Beliau pada awalnya menggunakan orang tengah daripada anak buah kapal feri. Anak buah di dalam kapal sememangnya menawarkan tukaran wang daripada rupiah kepada ringgit semasa pelayaran. Daripada proses tersebut bakal pekerja migran tidak rasmi boleh meminta bantuan kepada anak buah kapal feri untuk meluluskannya oleh kakitangan imigresen. MW4 juga mengatakan bahawa setakat ini beliau telah berpindah saluran. Anak buah kapal feri dikatakan terlalu mahal apabila masuk melaluinya. MW4 lebih gemar melalui orang tengah yang biasa duduk di pelabuhan sebelum pemeriksaan imigresen Malaysia. Ini kerana orang tengah tersebut mendampingi dan memberikan kod kepada kakitangan imigresen bahawa pekerja migran itu merupakan orang bawahannya.

Pada masa pemeriksaan oleh kakitangan imigresen Malaysia, penyelidik memerhatikan memang terdapat anak buah kapal feri yang berleluasa dibenarkan memasuki pejabat pengarah atau pegawai imigresen. Anak buah kapal feri itu membawa beberapa lembaran kertas dan beg plastik. Penyelidik memerhatikan bahawa barang yang dibawa oleh anak buah kapal feri tersebut diserahkan kepada pegawai imigresen di dalam pejabat. Penyelidik beranggapan bahawa urusan tersebut dilakukan bagi pendaftaran pekerja migran tidak rasmi yang menggunakan anak buah kapal feri itu dan beg yang dibawanya merupakan wang rasuah. Namun penyelidiktidak dapat memastikan kebenaran tersebut. Penyelidik hanya melihat kejadian itu ketika berurusan pada pemeriksaan imigresen untuk memperoleh kelulusan masuk Malaysia. Anggapan penyelidik diperkuatkan lagi dengan suatu kejadian tidak lama selepas itu. Terlihat anak buah kapal feri keluar daripada pejabat pegawai imigresen Malaysia, selepas itu pegawai imigresen keluar pejabat dan memanggil pendaftar nama yang dibawa oleh anak buah kapal feri itu. Semua orang yang dipanggilnya merupakan pekerja migran Indonesia. Mereka diminta memasuki sebuah bilik. Selepas itu penyelidik tidak melihat kelibat sebarang aktiviti yang berlaku di dalam bilik kerana bilik tersebut tertutup rapi.

Penyelidik dan MM1 mencari ahli kumpulannya yang masuk melalui pelabuhan yang berbeza. Penyelidik di pelabuhan Stulang Laut, sementara yang lain melalui Tanjung Bulungkor, Johor Bahru. Penyelidik dan MM1 berusaha mencari dan akhirnya dipertemukan dengan mereka. Ternyata mereka telah memasuki sebuah bas yang telah disediakan oleh orang tengah Malaysia. Penyelidik dan MM1 memasuki bas tersebut dan ternyata jelas bas tersebut dipenuhi oleh pekerja migran. Penyelidik sempat menghitung bilangan penumpang bas tersebut yang mempunyai hampir 70 orang pekerja migran. Walhal jumlah maksima bas hanya boleh membawa sekitar 48 orang. Sudah pastidi dalam bas tersebut penuh sesak dengan manusia. Bas yang terlebih muatan itu mempengaruhi kadar kelajuan dan keseimbangan bas. Semasa berada di atas jalan raya, penumpang sangat merasai goncangan bas yang tidak seimbang tersebut. Penyelidik sangat bimbang sekiranya terjadi kemalangan kerana kehilangan keseimbangan. Apatah lagi bas tidak pernah berhenti semasa dalam perjalannya dari Johor ke Kuala Lumpur. Mereka yang berada di dalam bas terpaksa menahanuntuk membuang air dan menyebakan terdapat bauan yang tidak Penyelidik dan MM1 mencari ahli kumpulannya yang masuk melalui pelabuhan yang berbeza. Penyelidik di pelabuhan Stulang Laut, sementara yang lain melalui Tanjung Bulungkor, Johor Bahru. Penyelidik dan MM1 berusaha mencari dan akhirnya dipertemukan dengan mereka. Ternyata mereka telah memasuki sebuah bas yang telah disediakan oleh orang tengah Malaysia. Penyelidik dan MM1 memasuki bas tersebut dan ternyata jelas bas tersebut dipenuhi oleh pekerja migran. Penyelidik sempat menghitung bilangan penumpang bas tersebut yang mempunyai hampir 70 orang pekerja migran. Walhal jumlah maksima bas hanya boleh membawa sekitar 48 orang. Sudah pastidi dalam bas tersebut penuh sesak dengan manusia. Bas yang terlebih muatan itu mempengaruhi kadar kelajuan dan keseimbangan bas. Semasa berada di atas jalan raya, penumpang sangat merasai goncangan bas yang tidak seimbang tersebut. Penyelidik sangat bimbang sekiranya terjadi kemalangan kerana kehilangan keseimbangan. Apatah lagi bas tidak pernah berhenti semasa dalam perjalannya dari Johor ke Kuala Lumpur. Mereka yang berada di dalam bas terpaksa menahanuntuk membuang air dan menyebakan terdapat bauan yang tidak

Pemandu bas perlu menghantar ke semua pekerja migran tidak berdokumen ke tempat tujuan mereka masing-masing. Peraturannya adalah mudah, individu yang membayar wang yang paling tinggi akan dihantar terlebih dahulu. Secara purata pekerja migran perlu membayar antara RM 300 –500 kepada pemandu. Ketika turun, pemandu bas mengoyak helaian pasport pekerja migran tidak berdokumen. Sekiranya terdapat satu halaman pasport yang hilang, maka pasport secara automatik menjadi tidak sah dan menjadi benda yang tidak berguna bagi pekerja migran kerana pasport telah rosak.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74