SUMBANGAN KAJIAN TERHADAP PEMBANGUNAN TEORI DAN CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

6.3 SUMBANGAN KAJIAN TERHADAP PEMBANGUNAN TEORI DAN CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan hasil penyelidikan dan pembahasan, kajian ini telah memberikan sumbangan penting bagi migrasi kawasan di rantau ASEAN, secara khususnya bagi pekerja migran tidak berdokumen yang berasal dari Indonesia ke Malaysia. Selama ini masyarakat hanya mengetahui perkara mengenai pekerja migran tidak berdokumen atau yang lazimnya disebut sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diperolehi daripada sumber media atau perbualan sahaja. Pada kajian ini, pengkaji berusaha menyajikan secara menyeluruh dan terlibat langsung kepada semua proses sehingga mengenalpasti implikasi senario sebenar yang terjadi sebagai seorang pekerja migran tidak berdokumen di Malaysia.

Menurut Castles et al. (2013) turut menyatakan bahawa migrasi antara Indonesia dan Malaysia lebih didominasi oleh peranan orang tengah yang menjurus kepada tindakan penyeludupan dan pemerdagangan manusia ke Malaysia. Jaringan pekerja migran tidak berdokumendari Indonesia telah terbentuk dengan sangat rapi, berstruktur dan kukuh kerana telah berlangsung terlalu lama (Hasanah 2015). Jaringan tersebut telah melakukan penyesuaian mengikut masa, bergantung kepada setiap dasar dan peraturan yang telah dibuat oleh kedua-dua negara. Perkara ini menjelaskan bahawa jaringan tersebut tidak hanya berfungsi sebagai medium mencari pekerjaan sahaja, malah turut berfungsi untuk memberi perlindungan keselamatan semasa bekerja daripada ancaman pihak-pihak yang cuba mengeksploitasi dan memberi prasarana sokongan bagi memudahkan pekerjaan semasa di negara tujuan. Pola migrasi seperti ini telah terjadi selama bertahun-tahun, meskipun peraturan dan dasar tidak membenarkan seseorang untuk bermigrasi secara persendirian. Akhirnya seseorang migran ketika hendak bermigrasi selalunya merujuk kepada orang tengah Menurut Castles et al. (2013) turut menyatakan bahawa migrasi antara Indonesia dan Malaysia lebih didominasi oleh peranan orang tengah yang menjurus kepada tindakan penyeludupan dan pemerdagangan manusia ke Malaysia. Jaringan pekerja migran tidak berdokumendari Indonesia telah terbentuk dengan sangat rapi, berstruktur dan kukuh kerana telah berlangsung terlalu lama (Hasanah 2015). Jaringan tersebut telah melakukan penyesuaian mengikut masa, bergantung kepada setiap dasar dan peraturan yang telah dibuat oleh kedua-dua negara. Perkara ini menjelaskan bahawa jaringan tersebut tidak hanya berfungsi sebagai medium mencari pekerjaan sahaja, malah turut berfungsi untuk memberi perlindungan keselamatan semasa bekerja daripada ancaman pihak-pihak yang cuba mengeksploitasi dan memberi prasarana sokongan bagi memudahkan pekerjaan semasa di negara tujuan. Pola migrasi seperti ini telah terjadi selama bertahun-tahun, meskipun peraturan dan dasar tidak membenarkan seseorang untuk bermigrasi secara persendirian. Akhirnya seseorang migran ketika hendak bermigrasi selalunya merujuk kepada orang tengah

Kebolehan orang tengah dalam komunikasi dan nilai kepercayaan yang diberikan kepada calon pekerja migran yang bermigrasi secara tidak rasmi merupakan bahagian daripada sistem yang terjadi secara berulang-ulang di dalam jaringan tersebut. Sistem tersebut telah berlaku secara berterusan dan membudaya. Akhirnya, calon pekerja migran sering mempercayai peranan orang tengah meskipun perkara yang dilakukan salah disisi perundangan. Situasi ini berlaku dengan membawa pekerja migran tidak berdokumen kepada keadaan yang dinyatakan oleh Gidens di dalam teori strukturasi sebagai keadaan kesedaran tanpa sedar ( conscious unconscious ). Pada keadaan tersebut, kemampuan seseorang untuk memperolehi kesedaran berwacana (thought conscious ) menjadi kabur, sehingga seseorang sukar berfikir secara rasional dengan mengikuti saluran yang tidak rasmi (Morawska 2007). Jaringan sosial dan relasi antarasubjek di dalam jaringan, mewujudkan kepada sebuah anatomi sistem sosial yang kukuh dan sukar untuk dipisahkan antara satu dengan yang lain. Namun begitu, proses migrasi yang terjadi secara semulajadi ini telah dipersetujui sebagai perkara yang dilarang oleh undang-undang. Walhal, seharusnya dalam membuat undang-undang memerlukan kajian yang menyeluruh mengenai proses migrasi khususnya dalam memperakui sejarah migrasi kawasan yang perlu diamalkan oleh kedua-dua negara.

Jaringan sosial antara pekerja migran tidak berdokumen di Malaysia terjadi berdasarkan etnik dari daerah atau kawasan asal mereka ( ethnicity and division of labour ). Bahkan ianya bukan hanya berfungsi sebagai aspek keselamatan malah digunakan dalam mencari pekerjaan. Akan tetapi, etnik pekerja migran tidak berdokumen tersebut telah menempati sesuatu lokasi berasarkan kemahiran pekerjaan tertentu di Malaysia. Didapati terlalu mudah mengenalpasti kepada jenis pekerjaan bagi pekerja migran, khususnya dalam sektor binaan yang mencirikan mereka berasal dari daerah tertentu di Indonesia. Sebagai contoh, pekerjaan staging adalah biasa dilakukan oleh masyarakat Madura Kangean. Pekerjaan scaffolding pula biasanya dijalankan oleh orang Madura Sampang. Sementara pekerjaan jenis binaan seperti painting, plastering, ceiling dan flooring pula diambil alih oleh orang Jawa. Meskipun Jaringan sosial antara pekerja migran tidak berdokumen di Malaysia terjadi berdasarkan etnik dari daerah atau kawasan asal mereka ( ethnicity and division of labour ). Bahkan ianya bukan hanya berfungsi sebagai aspek keselamatan malah digunakan dalam mencari pekerjaan. Akan tetapi, etnik pekerja migran tidak berdokumen tersebut telah menempati sesuatu lokasi berasarkan kemahiran pekerjaan tertentu di Malaysia. Didapati terlalu mudah mengenalpasti kepada jenis pekerjaan bagi pekerja migran, khususnya dalam sektor binaan yang mencirikan mereka berasal dari daerah tertentu di Indonesia. Sebagai contoh, pekerjaan staging adalah biasa dilakukan oleh masyarakat Madura Kangean. Pekerjaan scaffolding pula biasanya dijalankan oleh orang Madura Sampang. Sementara pekerjaan jenis binaan seperti painting, plastering, ceiling dan flooring pula diambil alih oleh orang Jawa. Meskipun

Dalam konteks ekonomi, kajian ini hanya memberi fokus kepada peringkat mikro dan meso. Perkara ini memberi kepentingan dalam mendedahkan implikasi pekerja migran tidak berdokumen kepada makro ekonomi. Namun perkara yang perlu dikenalpasti adalah merupakan langkah untuk mengetahui jumlah sebenar pekerja migran tidak berdokumen yang mendiami di dalam sesebuah negara. Kesan pekerja migran tidak berdokumen ini sebenarnya membantu kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara sehingga terdapat persoalan kritikal adakah selayaknya mereka diperlakukan sebagai orang asing yang tidak berupaya memperolehi akses sosial awam, seperti rawatan kesihatan, keadilan, kediaman, bekalan air bersih, keselamatan dan lain-lain. Padahal akses sosial merupakan hak kebebasan setiap individu yang perlu diperolehi, meskipun statusnya sebagai PATI. Oleh demikian, perbahasan berdasarkan fakta –fakta sumbangan pekerja migran tidak berdokumen kepada sesebuah negara diperlukan dan keperluan memperolehi perlakuan tanpa diskriminasi merupakan cadangan lanjutan dalam konteks pekerja migran tidak berdokumen.

Selain itu, kajian berterusan yang boleh dicadangkan iaitu berkenaan dengan penubuhan kelas pekerja di antara pekerja migran tidak berdokumen. Sepertimana telah diketahui bahawa kelas pekerja mengikutkan kepada sijil kemahiran atau peringkat darjah pengajian seseorang. Akan tetapi yang terjadi pada pekerja migran tidak berdokumen, kelas pekerja di antara mereka terbangun berdasarkan kepada kebolehan, ketelusan, kepercayaan dan masa ketika mengikutkan di dalam jaringan. Oleh itu, cadangan berterusan ialah mengenalpasti hubungan antara aspek yang berlaku di dalam kumpulan pekerja migran tidak berdokumen.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74