ULASAN KAJIAN KEPUSTAKAAN PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

3.3 ULASAN KAJIAN KEPUSTAKAAN PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

Malaysia merupakan salah sebuah negara pengimport pekerja migran bagi pelbagai sektor yang cukup besar di kawasan Asia Pasifik, selain Singapura, Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Keberkesanan ekonomi negara-negara tersebut salah satunya dibantu oleh penglibatan kaum wanita dalam memasuki dan memimpin tenaga kerja pada peringkat atasan yang sebelum ini tidak memiliki peluang untuk mengamalkan pekerjaan tersebut (Ducanes 2013). Namun pada sisi lain, negara- negara tersebut menghadapi permasalahan kekurangan tenaga kerja bagi mengamalkan kerja-kerja separa mahir dan tidak mahir. Sektor pekerjaan yang ramai dipenuhi oleh pekerja migran ialah perladangan, pembuatan, pembinaan dan pekerja rumah (ILO 2014).

Sementara di Malaysia sendiri, Kementrian Sumber Manusia Malaysia turut menyebut bahawa anggaran bilangan pendatang asing mencecah 6.7 juta orang, sama ada berdokumen mahupun tidak berdokumen (Mynews 2015). Secara purata, anggaran bilangan tersebut merupakan pekerja migran, meskipun ada juga pencari

suaka dan pengungsi atau pelarian yang bilangannya tidak sampai lima ratus ribu orang. Tidak tertumpu hanya kepada pekerja migran lelaki, akan tetapi juga migran wanita, perkaraini seiring dengan peningkatan pendapatan pertengahan penduduk dan peningkatan peluang pekerjaan formal wanita di Malaysia (Ducanes 2013; Elias 2007). Sehingga pekerja migran wanita dapat dikatakan sebagai faktor peningkatan pembangunan ekonomi masyarakat sesebuah negara, kerana pekerjaan pengurusan hal rumah tangga bagi keluarga Malaysia telah dibantu oleh pekerja migran. Sehingga kebanyakan wanita di Malaysia mampu melaksanakan pelbagai pekerjaan formal bagi meningkatkan pendapatan seisi keluarga. Feminisasi migrasi kawasan Asia Pasifik juga telah dibincangkan oleh Castles et al. (2013), IOM (2005) dan Hugo (2005) di mana negara yang berasal seperti Indonesia, secara perbandingan lebih banyak wanita yang melakukan migrasi ke luar negara. Keadaan ini selari dengan negara asal pekerja migran, anggaran pekerja migran Indonesia telah mencecah lebih dari 80 peratus daripada semua negara tujuan pekerjaan.

Pekerja migran kebanyakan berasal dari pelbagai daerah di Indonesia seperti Medan, Riau, Lampung, Jawa Barat, Jawa Tengah, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Selatan, Kaliman Barat, Kalimantan Utara, Kalimantan Timur dan Kepulauan Riau (Nasution 1998). Migrasi secara praktikal telah terjadi selama bertahun-tahun antara Indonesia dan Malaysia, bahkan ramai warga negara Indonesia yang telah memiliki jati diri sebagai warganegara Malaysia dan permit tinggal secara tetap. Hubungan ini menunjukkan bahawa jaringan masyarakat kedua- dua negara adalah sangat kuat, sehingga perkara ini memudahkan bagi mereka untuk melakukan migrasi. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang telah disampaikan oleh Castles et al (2013) berkenaan dengan modal sosial. Pekerja migran yang berasal dari Madura sebagai contoh, mereka datang ke Malaysia tanpa membawa dokumen pekerjaan yang rasmi. Selain itu, mereka masuk dengan hanya membawa pasport sahaja, seterusnya mereka sudah mampu bekerja. Mereka sebenarnya mengetahui perihal tersebut bagi kedatangan secara tidak rasmi adalah dilarang, namun warga Madura percaya dan yakin jika terdapat permasalahan di Malaysia, pasti mereka akan dibantu oleh saudara, keluarga atau kawan-kawan yang memiliki persamaan etnik dengannya (SBMI 2015; Nasution 1997).

Pelaburan hubungan sosial dapat mendatangkan hasil yang lebih baik (Nan 2001b). Padahal, perkara ini turut terjadi pada kalangan pekerja migran dan anggota keluarganya Indonesia di Malaysia (Hasanah 2015). Ketika terjadi kegawatan ekonomi, mereka akan meminta bantuan kepada keluarga terdekat, jiran, hubungan persahabatan dan institusi sosial lainnya untuk memberikan perlindungan dan akses peluang ekonomi yang lebih baik. Hal yang sama juga terjadi ketika pekerja migran mengalami masalah di Malaysia, kebiasaan pihak yang dihubungi terlebih dahulu adalah orang terdekat dengan pekerja migran di Indonesia. Maka, perbezaan antara modal sosial sebagai proses penyatuan sosial dan sebagai komoditi adalah konteks yang paling penting dalam pekerja migran kontemporari (Zetter et al. 2006). Oleh itu, melalui praktikal ini secara sebenar yang terjadi ialah jaringan orang tengah pekerja migran tanpa tatacara sangat rapi dan berorganisasi.

Fenomena kehadiran orang tengah yang sentiasa mencari calon pekerja migran di kawasan-kawasan kampung membawa suatu anjakan kepada kesedaran yang dimiliki oleh pekerja migran dan anggota keluarganya. Faktor tersebut terus berkekalan disebabkan kekuatan komunikasi berkesan yang memiliki daya penarik oleh orang tengah, menyebabkan terjadinya pergeseran aspek keselamatan calon pekerja migran itu sendiri, bahkan migran tidak mengendahkan kemungkinan perkara buruk yang bakal terjadi. Kesedaran kritikal yang dimiliki oleh setiap migran diselubungi dan tertutup oleh bayangan palsu bagi masa hadapan yang baik bakal diperolehi dari negara tujuan. Keadaan ini tercipta ketika pembiasaan antara ejen dalam sesebuah struktur masyarakat sehingga pekerja migran mengalami perkara yang dibahaskan oleh Giddens sebagai suatu kesedaran tanpa sedar ( conscious unconsciousness ) berkaitan dengan fenomena ejen merekrut pekerja migran (Morowska 2007).

Ketika sebelum berangkat ke Malaysia, pekerja migran seringkali mengalami aktiviti serangan dan menjadi mangsa jenayah. Hal ini dijejaskan oleh kekurangan maklumat dan pengetahuan tentang hak keistemewaan mereka (Human Rights Watch 2004; Farbenlum 2013). Bentuk-bentuk pelanggaran hak mereka dimulai daripada penipuan, pemalsuan dan terjerat dengan perhutangan semasa perekrutan oleh ceti atau orang tengah yang merupakan ejen. Perlakuan diskriminasi kepada kaum wanita

juga masih berlarutan hingga masa ini, seiring dengan budaya patriarki yang masih kuat di negara-negara timur. Kadar diskriminasi terhadap wanita mulai menurun semenjak kerajaan Indonesia telah menetapkan Undang-Undang Nombor 9 pada Tahun 1999 tentang Hak Asasi Manusia, Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Kekerasan dalam Rumah Tangga, Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Perempuan dan Anak, dan Undang-Undang Nombor 21 Tahun 2007 tentang Tindak Pidana Perdagangan Orang. Sebenarnya kerajaan Indonesia telah memperkasakan penetapan Undang-Undang Pekerja Rumah Tangga pada tahun 2014 yang termasuk sebagai keutamaan agenda perundangan kebangsaan. Tetapi kerana pada tahun tersebut merupakan tahun politik, di mana berlangsungnya pilihan raya, akibatnya terjadi perombakan ahli parlimen. Bukan sekadar itu sahaja, perubahan ( amandement ) undang-undang nombor 39 Tahun 2004 tentang Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia di Luar Negeri juga terbatal yang ditetapkan pada Tahun 2014 dan telah ditunda pada Tahun 2015. Peraturan ini hanya membolehkan kepada calon pekerja migran untuk menggunakan laluan sah yang ditetapkan, iaitu melalui syarikat agensi perekrutan di Indonesia yang mengadakan usaha sama dengan agensi di negara tujuan.

Laluan migrasi yang menggunapakai syarikat agensi perekrutan dilihat sangat komersial dan kurang menghormati hak-hak pekerja (SBMI 2015). Sering membebankan terutamanya bagi peningkatan kos proses migrasi, bermula daripada pengurusan dokumen, pendidikan dan pelatihan, keberangkatan dan kepulangan. Untuk kes pekerja rumah, syarikat agensi perekrutan memotong gaji pekerja migran 4 sehingga 5 bulan gaji dan hanya meninggalkan RM50 –RM 100 setiap bulan semasa pemotongan gaji. Manakala syarikat agensi perekrutan di Indonesia dan Malaysia juga meminta kos kepada calon majikan membahagikan agihan antara RM 4000 –RM 5000. Perkara ini menyebabkan potensi konflik dalam hubungan antara pekerja migran dan majikan. Majikan selalu meminta pekerjaan lebih dan mengesampingkan kontrak kerja yang telah dimenterai bersama sehingga membawa kepada potensi eksploitasi kepada pekerja migran. Namun demikian, sebenarnya pekerja migran telah sedar akan keadaan ini. Praktikaliti syarikat agensi antara Indonesia dan Malaysia sebenarnya adalah bertindak secara eksploitatif. Oleh itu ramai pekerja migran menggunapakai laluan masuk mereka sendiri. Mereka berhubungan secara langsung Laluan migrasi yang menggunapakai syarikat agensi perekrutan dilihat sangat komersial dan kurang menghormati hak-hak pekerja (SBMI 2015). Sering membebankan terutamanya bagi peningkatan kos proses migrasi, bermula daripada pengurusan dokumen, pendidikan dan pelatihan, keberangkatan dan kepulangan. Untuk kes pekerja rumah, syarikat agensi perekrutan memotong gaji pekerja migran 4 sehingga 5 bulan gaji dan hanya meninggalkan RM50 –RM 100 setiap bulan semasa pemotongan gaji. Manakala syarikat agensi perekrutan di Indonesia dan Malaysia juga meminta kos kepada calon majikan membahagikan agihan antara RM 4000 –RM 5000. Perkara ini menyebabkan potensi konflik dalam hubungan antara pekerja migran dan majikan. Majikan selalu meminta pekerjaan lebih dan mengesampingkan kontrak kerja yang telah dimenterai bersama sehingga membawa kepada potensi eksploitasi kepada pekerja migran. Namun demikian, sebenarnya pekerja migran telah sedar akan keadaan ini. Praktikaliti syarikat agensi antara Indonesia dan Malaysia sebenarnya adalah bertindak secara eksploitatif. Oleh itu ramai pekerja migran menggunapakai laluan masuk mereka sendiri. Mereka berhubungan secara langsung

Bagi perspektif di negara Indonesia, fenomena migrasi pada umumnya terjadi pada masyarakat desa atau kampung. Migrasi merupakan suatu dilema. Melihat pada suatu sisi ialah kesan daripada migrasi penduduk desa yang bermigrasi ke bandar atau ke luar negara yang membolehkan bilangan pendapatan penduduk meningkat, sehingga menggairahkan penduduk desa. Pendapatan tersebut diperolehi daripada wang kiriman pekerja migran yang berada di luar negara. Menurut BNP2TKI, pada Tahun 2015 bilangan wang kiriman daripada luar negara mencecah sehingga USD 8.7 bilion (BNP2TKI 2015). Perolehan ini digunakan sebagai sumber kewangan yang mampu membuatkan seseorang bagi menjalankan keusahawanan melalui perniagaan dan kehendak untuk bermigrasi kembali. Namun pada sisi yang lain, secara purata penduduk desa merupakan seorang petani yang menyebabkan kehilangan tenaga kerja bagi mengamalkan kerja-kerja pertanian. Daripada perkara inilah terjadinya fenomena brain drain , dimana hilangnya sumber daya potensi bagi melakukan dan membangunkankawasan yang ditinggalkan (Hugo 2005).

Istilah haram menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu ialah perkara yang ditegah atau dilarang oleh agama Islam, sedangkan erti lain ialah tidak sah menurut undang-undang (PRPM 2015). Sementara menurut bahasa Indonesia, haram bermaksud perkara yang dilarang oleh agama dan makna lainnya ialah melibatkan kesucian. Perkataan haram merupakan salah satu perkataan yang samar dalam Istilah haram menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu ialah perkara yang ditegah atau dilarang oleh agama Islam, sedangkan erti lain ialah tidak sah menurut undang-undang (PRPM 2015). Sementara menurut bahasa Indonesia, haram bermaksud perkara yang dilarang oleh agama dan makna lainnya ialah melibatkan kesucian. Perkataan haram merupakan salah satu perkataan yang samar dalam

1. Seseorang yang memasuki sesebuah negara dengan cara membawa dokumen perjalanan (pasport) dan dokumen ketenagakerjaan secara rasmi, namun tidak melakukan pembaharuan atas dokumen tersebut selepas masa berlakunya habis sehingga statusnya menjadi haram;

2. Seseorang yang memiliki pas lawatan kerja secara rasmi, namun bekerja di tempat lain di mana keterangan nama majikan berbeza dengan tempat di mana dia bekerja;

3. Seseorang yang memasuki sesebuah negara dengan cara membawa dokumen perjalanan (pasport) sahaja namun seseorang tersebut menyalahgunakan keizinan tinggal untuk bekerja di negara tersebut;

4. Seseorang yang tidak membawa dokumen perjalanan (pasport) sama sekali ketika memasuki sesebuah negara;

5. Budak yang lahir di Malaysia tidak didaftarkan secara rasmi daripada ibu bapa luar negara;

6. Orang asing yang memiliki dokumen identiti berbeza dengan identiti pemegang dokumen tersebut, atau dengan kata lain diperolehi dengan cara pemalsuan dan penipuan;

7. Pencari suaka dan pengungsi yang mana Malaysia bukanlah negara yang ikut menandatangani pada Konvensi Geneva tentang Pengungsi 1951/Protokol New York 1967; dan

8. Pengungsi di Sabah yang diberikan izin tinggal secara sementara di bawah pas lawatan khas, IMM13 yang boleh diperbaharui setiap tahun. Jika tidak 8. Pengungsi di Sabah yang diberikan izin tinggal secara sementara di bawah pas lawatan khas, IMM13 yang boleh diperbaharui setiap tahun. Jika tidak

Pada awalnya, para pendatang asing ini selalu dijadikan sebagai kambing hitam ketika terjadi perubahan sosial yang mengarah kepada tindakan jenayah, dan selalunya warga tempatan beranggapan sedemikian (Kosravi 2010). Namun berdasarkan sumber daripada Polis Diraja Malaysia, secara keseluruhan pendatang asing mencecah sebanyak 13591 kes atau 0.20 peratus terbabit dengan kes jenayah pada tahun 2014 (Mynews 2015). Bilangan tersebut sangatlah kecil jika dibandingkan jumlah pendatang asing secara keseluruhan kira-kira 6.7 juta orang, sementara yang memiliki dokumen rasmi sebesar 2.2 juta orang. Lebih daripada sesetengah pendatang asing sememangnya merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Justeru para pendatang asing tidak berdokumen ini mengalami pelbagai pengerasan fizikal, sekatandan menjadi mangsa jenayah selama bekerja di Malaysia.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74