MEMBENTUK JARINGAN YANG KUKUH

5.3.1 MEMBENTUK JARINGAN YANG KUKUH

Migrasi penduduk Indonesia ke Malaysia sebenarnya telah terjadi sejak sekian lama. Tidak hanya dalam tempoh waktu 10 atau 20 tahun, akan tetapi telah terjadi ratusan tahun yang lalu, bahkan sebelum kedua-dua negara merdeka dan berkerajaan. Ini menjelaskan bahawa telah tercipta ruang politik dan sosial yang berkembang menjadi budaya dalam pola interaksinya (Liow 2003). Lebih tepat, jaringan sosial antara penduduk Indonesia dan Malaysia telah terbangun dengan sangat kukuh dan sejahtera. Malahan ianya telah ditubuhkan di luar daripada kuasa kerajaan kedua-dua negara. Akan tetapi kedua-dua negara tidak memerhatikan pengalaman sejarah dan pengakuan ke atas budaya migrasi penduduk dalam membuat peraturan. Malahan yang terjadi kini ialah proses migrasi yang terjadi di luar daripada bidang perundangan yang dianggap tidak sah, haram atau tidak rasmi. Padahal proses migrasi tersebut telah terjadi sebelum peraturan dibuat oleh kedua-dua negara. Praktikal ini terjadi seiring dengan komersialisasi terhadap pembuatan peraturan tentang pengurusan migrasi di Indonesia (Hidayah et al. 2013).

“Semua urusan migrasi diserahkan kepada swasta. Akibatnya kos bagi individu yang hendak bermigrasi adalah sangat mahal. Sebelum mendapatkan

pekerjaan, se seorang tersebut sudah dibebani dengan kos yang pelbagai” (hlm. 54)

Kenyataan ini bertepatan dengan penyataan Castles et al.(2013) berkaitan dengan migrasi kawasan antara Indonesia dan Malaysia yang terjadi dengan pola jaringan orang tengah. Meskipun kerajaan Indonesia telah memiliki dasar ke atas pengurusan migran melalui syarikat agensi perekrutan, tetapi polanya yang cenderung eksploitatif tidak ubahnya seperti praktikal pengesahan kepada penindasan oleh kerajaan terhadap pekerja migran. Berdasarkan hasil penyelidikan ini, penyelidik menjumpai praktikal jaringan antara pekerja migran tidak berdokumen.

“Semua aktiviti tersebut dimainkan oleh jaringan pekerja migran tidak berdokumen dengan beberapa agensi yang mengelolanya .” (hlm. 43).

“Aktor yang dimaksudkan merupakan orang tengah dan biasanya beliau adalah bakal majikan semasa di Malaysia kelak.” (hlm. 45).

Antara sebab kemampanan jaringan pekerja migran tidak berdokumen ini ialah sumber melekat yang dimiliki oleh seseorang aktor. Ianya merupakan orang tengah. Sumber yang dimaksudkan di sini ialah kekuatan modal, sikap dan prilaku yang dipercayai oleh pekerja migran tidak berdokumen. Kekuatan komunikasi dan simbol- simbol kemakmuran yang dimiliki oleh seseorang aktor juga bahagian daripada faktor tambahan untuk mengukuhkan peranan aktor ke dalam sesebuah kumpulan. Aktiviti aktor dengan pelbagai sumber yang beliau miliki dan diamalkan secara terus menurus kepada kumpulannya membentuk sesebuah struktur tidak tertulis di antara kumpulan pekerja migran tidak berdokumen. Integriti seseorang aktor dalam memainkan peranan untuk mendampingi dan mewujudkan kehendak pekerja migran tidak berdokumen untuk menerajui dan memberikan matlamat hidup yang lebih baik, juga bahagian daripada kesan kelangsungan aktor. Oleh sebab itu, Nan (2001b) menyatakan bahawa sumber yang melekat dan kedudukan jaringan dipergunakan sebagai faktor yang sangat mempengaruhi dan sekaligus sebagai pengukur kepada kekuatan sesebuah jaringan sosial.

“Di sana individu bernama MM2 bersedia menunggu kedatangan mereka. MM1 memberi kepercayaan pembelian tiket tambang pesawat terbang bagi semua bakal pekerjanya kepada beliau. Semua pekerja melakukan pinjaman wang daripada MM1 untuk semua kos perjalanan. MM1… MM2 merupakan ejen tiket tambang perjalanan untuk perusahan penerbangan Citilink yang membawa mereka semua dari

Surabaya ke Batam. …Sebelum memulakan perjalanan, MM2 memberi nasihat supaya menghubungi kenalan yang dikenali sebagai MM3. Melalui MM3 inilah

semua kumpulan dijemput di Bandar Udara Hang Nadim Batam.” (hlm. 56).

“Sebelum berangkat, penyelidik dan MM1 diajak berbual oleh seorang individu yang dikenali sebagai MM5… MM1 menjelaskan bahawa MM5 merupakan seorang pemilik syarikat daripada semuanya. Daripada orang tengah atau tekong yang ada di Surabaya, di Batam dan di Malaysia, orang yang menghantar semua pekerja migran ke tempat tujuan mereka masing-masing. MM1 mengatakan bahawa MM5 “Sebelum berangkat, penyelidik dan MM1 diajak berbual oleh seorang individu yang dikenali sebagai MM5… MM1 menjelaskan bahawa MM5 merupakan seorang pemilik syarikat daripada semuanya. Daripada orang tengah atau tekong yang ada di Surabaya, di Batam dan di Malaysia, orang yang menghantar semua pekerja migran ke tempat tujuan mereka masing-masing. MM1 mengatakan bahawa MM5

“…Ratusan orang pekerja migran telah beliau masukkan secara tidak rasmi ke Malaysia melalui aktor utama MM5..…” (hlm. 62).

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Nan (2001b) bahawa sumber yang melekat atau tersedia itu melambangkan kekuatan kewangan. Hal itu yang tertangkap dan yang dimiliki oleh MM5 yang memainkan peranan sebagai aktor utama dalam memasukkan pekerja migran tidak berdokumen ke Malaysia. Ditambah lagi kedudukan beliau yang berada di Batam merupakan lokasi strategik dan merupakan sempadan antara Indonesia dan Malaysia. Aktor ini juga berjaya dalam menjalinkan interaksi dengan pegawai sempadan sebagai pemacu dalam tindakan jenayah. Sehingga pekerja migran tidak berdokumen menjadi sangat berleluasa memasuki Malaysia. Namun, perkara yang menarik perhatian ialah di mana pekerja migran tidak berdokumen yang terpaksa membayar kos kepada orang tengah merasakan bahawa mereka bukanlah orang yang telah diperas ugut atau ditindas. Perkara yang penting bagi mereka adalah mampu memasuki kawasan di Malaysia. Malahan pekerja migran tidak berdokumen ini merasa sangat berterima kasih ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh MM5.

“ Cuma begini aja, ya dimudahkan lah kalau TKI [pekerja migran] dan TKW [pekerja migran wani ta] mahu pulang atau atau gitu… Dari itu, kepulangannya yang nggak

rasmi itu… Iya. Dipersulit. Kalau ada apa -apa di sini, malah susah. (transkripsi MW13)

Dalam konteks ini, pekerja migran tidak berdokumen menunjukkan bahawa mereka menyalahkan kerajaan kedua-dua buah negara yang dianggap selalu menyukarkan kehadiran mereka dalam memasuki Malaysia. Pada keadaan ini Dalam konteks ini, pekerja migran tidak berdokumen menunjukkan bahawa mereka menyalahkan kerajaan kedua-dua buah negara yang dianggap selalu menyukarkan kehadiran mereka dalam memasuki Malaysia. Pada keadaan ini

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74