RUANG SOSIAL PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

5.4 RUANG SOSIAL PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

Pekerja migran tidak bedokumen secara umum berasal dari daerah luar bandar di Indonesia. Kawasan luar bandar di Indonesia sememangnya merupakan kawasan yang agak sukar kepada kemudahan akses sosial. Tidak tertumpu kepada peluang pekerjaan, akan tetapi menjurus kepada kemudahan akses bagi pembekalan air bersih, kediaman yang sempurna, prasarana kesihatan, pendidikan, maklumat, komunikasi, nutrisi dan lain-lain. Sebaliknya, bagi PATI yang memasuki Malaysia, kebolehan akses sosial kemudahan awam adalah mudah diperolehi oleh mereka. Pengalaman ini menyebabkan mereka sangat selesa tinggal di Malaysia. Ruang sosial yang terjalin di antara pekerja migran di Malaysia bukanlah bergantung kepada status berdokumen atau tidak, melainkan kepada apa yang mereka miliki. Berkenaan ini, relasi antara individu dan kumpulan serta persekitaran tidak lebih daripada sebuah relasi kapitalistik. Oleh sebab relasi itu selalu memproduksi benda-benda kepemilikan peribadi, sama ada yang abstrak mahupun yang konkret.

Faktor kejayaan dalam bentuk pemilikan dan kebendaan individu mempengaruhi para migran ini untuk berangkat ke luar nengeri. Tidak tertumpu dalam mencapai akses sosial yang lebih baik berbanding di kampung halaman, tidak Faktor kejayaan dalam bentuk pemilikan dan kebendaan individu mempengaruhi para migran ini untuk berangkat ke luar nengeri. Tidak tertumpu dalam mencapai akses sosial yang lebih baik berbanding di kampung halaman, tidak

Keadaan yang selalu mencipta ruang materialistik membuat ruang sosial di kawasan kampung pekerja migran menjadi barang pameran pemilikan. Biasanya keadaan itu terjadi pada masa hari raya aidil fitri, di mana para perantau dari mana- mana tempat di Indonesia dan luar negara pulang ke kampung. Pelbagai aset peribadi diperlihatkan oleh bekas perantau ini. Adapun aset yang dimaksud ialah seperti kendaraan, gadjet, rumah, tanah, perhiasan, wang dan lain-lain. Sedangkan untuk memperolehi pemilikan kebendaan itu, mereka perlu mendapatkan dan merantau keluar negara atau luar daerah. Keadaan geografik Madura yang kering, tandus dan gersang adalah kurang menarik minat kapitalis untuk membangunkannya. Relasi ini mencipta budaya migrasi yang berlaku pada warga kampung Madura. Akibatnya, di kampung pekerja migran meninggalkan warga emas dan telah menyebabkan kekurangan tenaga kerja untuk membangun daerah tersebut. Keadaan inilah yang membawa fenomena brain drain terjadi yang membawa maksud hilangnya sumber manusia yang sepatutnya dapat membangun daerah mereka sendiri. Malah perkara yang telah terjadi menunjukkan daerah tersebut sentiasa terbelakang dan terasing daripada perubahan ruang sosial.

Ramai migran tidak berdokumen ini bermigrasi secara tidak rasmi kerana mahu mengurangkan kos penempatan keluar negara. Peraturan Kerajaaan Indonesia mengkehendaki para migran tersebut menguruskannya melalui ejensi syarikat swasta. Meskipun begitu migrasi secara pensendirian juga diatur di dalam peraturan tersebut.

Namun pada pelaksanaannya, migrasi secara persendirian adalah melibatkan pengurusan yang rumit. Meskipun mereka menguruskan secara persendirian, para migran ini harus mengurusnya kepada syarikat peremrutan swasta. Kerajaan juga tidak akan melayan para migran yang melalui jalur persendirian ini jika tidak melalui ejensi swasta. Puncanya jelas, ejensi swasta mesti bertanggungjawab ke atas para individu yang diberangkatkan ke luar negara. Perkara ini terlihat semasa para migran tersebut menguruskan migrasi persendirian dengan mencari bakal majikan sendiri di Malaysia, mereka mendapatkan khidmat syarikat ejensi swasta di Indonesia bagi segala pengurusan yang terlibat. Tidak serta merta mereka telah diberikan permit izin tinggal ke luar negara. Mekanisma pengawalan itu diwujudkan ke dalam kad pengenalan pekerja Indonesia di luar negara (KTKLN). Menurut pekerja migran, kos menguruskan proses migrasi untuk bekerja ke luar negara melalui syarikat ejensi swasta adalah terlalu mahal. Oleh itu, saluran persendirian tanpa melibatkan syarikat ejensi swasta dan pencarian langsung ke atas bakal majikan di Malaysia merupakan usaha untuk lari dari migrasi keterpaksaan (Killias 2011).

Migrasi keterpaksaan dijelaskan sebagai sistem yang selalu membekalkan keperluan para migran untuk selalu bermigrasi ke luar negara yang dilaksanakan oleh ejensi tertentu. Keperluan yang selalu dibekalkan oleh agensi melibatkan kos-kos yang sangat tinggi dan membebankan pekerja migran. Meskipun begitu, pekerja migran tidak menyedari bahawa mereka telah dimanfaatkan oleh ejensi tersebut. Perlakuan seperti pelangsaian hutang yang perlu diperjelaskan dan pujuk rayu serta komunikasi yang berkesan yang diamalkan oleh ejensi tersebut telah berjaya membuat migran ini tidak sedar bahawa mereka sedang ditindas secara terancang oleh ejensi syarikat swasta.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74