RUMUSAN DAN PENEMUAN KAJIAN

6.2 RUMUSAN DAN PENEMUAN KAJIAN

Punca para pekerja migran membuat keputusan untuk bermigrasi secara tidak rasmi kerana terdapat faktor-faktor yang menjadi pendorong. Pengaruh utama yang dikenalpasti ialah faktor ekonomi para migran tidak berdokumen cuba mengaut peluang yang sedia ada, sama ada pada peringkat mikro dan peringkat meso. Faktor mikro pekerja migran tidak berdokumen menunjukkan aktiviti bermigrasi yang dilakukan kerana bagi memenuhi sifat kebendaan atau materialistik yang diingini oleh setiap para migran di kampung. Tanda-tanda atas kewujudan sifat materialistik kapitalis yang ditanamkan menjadi kehendak para migran yang selanjutnya menjadi suatu tindakan untuk bermigrasi secara tidak rasmi yang dilakukan. Migrasi secara tidak rasmi dipercayai membawa kepada penambahbaikan ke atas sara hidup yang Punca para pekerja migran membuat keputusan untuk bermigrasi secara tidak rasmi kerana terdapat faktor-faktor yang menjadi pendorong. Pengaruh utama yang dikenalpasti ialah faktor ekonomi para migran tidak berdokumen cuba mengaut peluang yang sedia ada, sama ada pada peringkat mikro dan peringkat meso. Faktor mikro pekerja migran tidak berdokumen menunjukkan aktiviti bermigrasi yang dilakukan kerana bagi memenuhi sifat kebendaan atau materialistik yang diingini oleh setiap para migran di kampung. Tanda-tanda atas kewujudan sifat materialistik kapitalis yang ditanamkan menjadi kehendak para migran yang selanjutnya menjadi suatu tindakan untuk bermigrasi secara tidak rasmi yang dilakukan. Migrasi secara tidak rasmi dipercayai membawa kepada penambahbaikan ke atas sara hidup yang

Faktor ekonomi meso lebih memberi manfaat kerana wujudnya peluang bagi para migran tidak berdokumen untuk memperolehi akses dalam menerajui dan bekerja secara tidak rasmi ke Malaysia. Sebenarnya dalam konteks ini berlaku interaksi antarasubjek di dalam jaringan sosial pekerja migran. Di dalam interaksi tersebut terdapat nilai-nilai yang menggambarkan kepada aktor penggerak dominan di dalam jaringan. Aktor yang dimaksudkan merupakan orang tengah yang juga merangkap majikan para migran tidak berdokumen. Terdapat nilai-nilai yang terkandung di dalamnya seperti nilai kebenaran, nilai kepercayaan dan nilai kecintaan. Tiga nilai tersebut disokong oleh kekuatan komunikasi oleh aktor dominan di dalam sesebuah jaringan. Nilai-nilai yang terkandung di dalamnya mengandungi sebuah matlamat yang bersifat abstrak, tidak pasti dan bersifat kabur. Sekiranya ada di antara migran yang kurang bernasib baik sepanjang berada di Malaysia, dianggapnya perkara tersebut bukanlah rezekinya dan masih mengucapkan syukur kepada Tuhan. Perkara tersebur berlaku kadangkala bukanlah salah jaringan sosial, tetapiterdapat aktor dominan di dalamnya yang memanfaatkan nilai lebihan yang dihasilkan oleh pekerja migran tersebut. Selalunya aktor dominan di dalam jaringan sosial pekerja migran tidak berdokumen memperolehi kadar yang melebihi pendapatan daripada pekerja biasa.

Peraturan berkaitan dengan migrasi yang tidak memperakui sejarah migrasi dari masa ke semasa memberi implikasi kepada pembuatan dasar bagi tatatertib pekerja migran tidak berdokumen oleh kedua-dua negara. Akan tetapi dasar bagi tatatertib ini cenderung dan bersifat komersial kerana diuruskan oleh syarikat penswastaaan. Dengan demikian, pola yang terjadi sebenarnya melihatkan kepada rent seeking dalam pengurusan migrasi antara kedua-dua negara dan bersepakat dalam konteks ini. Kesan perkara tersebut menyebabkan peningkatan kos yang tinggi bagi pekerja migran tidak berdokumen. Sekiranya melihat aspek migrasi secara menyeluruh, ianya bukan sahaja melibatkan negara tujuan sahaja, akan tetapi Peraturan berkaitan dengan migrasi yang tidak memperakui sejarah migrasi dari masa ke semasa memberi implikasi kepada pembuatan dasar bagi tatatertib pekerja migran tidak berdokumen oleh kedua-dua negara. Akan tetapi dasar bagi tatatertib ini cenderung dan bersifat komersial kerana diuruskan oleh syarikat penswastaaan. Dengan demikian, pola yang terjadi sebenarnya melihatkan kepada rent seeking dalam pengurusan migrasi antara kedua-dua negara dan bersepakat dalam konteks ini. Kesan perkara tersebut menyebabkan peningkatan kos yang tinggi bagi pekerja migran tidak berdokumen. Sekiranya melihat aspek migrasi secara menyeluruh, ianya bukan sahaja melibatkan negara tujuan sahaja, akan tetapi

Bukan sekadar melibatkan kos yang mahal, pekerja migran tidak berdokumen juga tidak diperakui haknya kepada akses sosial di negara tujuan. Beberapa akses sosial yang menjadi keperluan sebagai kebebasan sebagai manusia turut hilang kerana ketiadaan dokumen yang sah. Antara akses sosial yang dimaksudkan adalah seperti rawatan kesihatan, kediaman, bekalan air bersih, keselamatan peribadi, akses kepada pendidikan, pengajian tinggi, tolerasi dan akses untuk memperolehi keadilan bagi pekerja migran tidak berdokumen. Perkara ini menunjukkan ketidakadilan negara tujuan kerana tidak memperakui hak kesamaan bagi seseorang individu. Walhal kedua-dua negara dalam hal ini telah memperolehi keuntungan dalam konteks ekonomi makro. Meskipun, terdapat kesukaran dalam menghitungnya, manfaat tersebut dapat dirasai melalui pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara yang dihasilkan oleh para pekerja migran tidak berdokumen tersebut.

Jaringan pekerja migran tidak berdokumen dari Indonesia telah membentuk satu pola kelayakan pekerja secara formal. Jaringan tersebut bukan sahaja sebagai prasarana bagi memudahkan dalam pencarian pekerjaan di luar negara sahaja. Di samping itu, jaringan tersebut juga berfungsi sebagai sokongan bagi keselamatan migrasi termasuk bagi pekerja migran tidak berdokumen. Peranan orang tengah selama ini dan sering dilabelkan negatif oleh kebanyakan masyarakat adalah tidak seperti yang difikirkan. Peranan orang tengah ini seharusnya dilihat secara menyeluruh, apatah lagi orang tengah biasanya bertindak sebagai individu yang merekrut calon pekerja migran dan sekaligus bertindak sebagai majikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, setiap majikan pasti mencari tenaga kerja yang mempunyai kelebihan seperti berkemahiran, memahami pekerjaan yang dilakukan, bijak berkomunikasi. Prasyarat tersebut diperlukan dan difahami oleh jiran, sahabat, keluarga, dan kerabat bagi individu yang ingin bermigrasi. Manakala bagi jaringan Jaringan pekerja migran tidak berdokumen dari Indonesia telah membentuk satu pola kelayakan pekerja secara formal. Jaringan tersebut bukan sahaja sebagai prasarana bagi memudahkan dalam pencarian pekerjaan di luar negara sahaja. Di samping itu, jaringan tersebut juga berfungsi sebagai sokongan bagi keselamatan migrasi termasuk bagi pekerja migran tidak berdokumen. Peranan orang tengah selama ini dan sering dilabelkan negatif oleh kebanyakan masyarakat adalah tidak seperti yang difikirkan. Peranan orang tengah ini seharusnya dilihat secara menyeluruh, apatah lagi orang tengah biasanya bertindak sebagai individu yang merekrut calon pekerja migran dan sekaligus bertindak sebagai majikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, setiap majikan pasti mencari tenaga kerja yang mempunyai kelebihan seperti berkemahiran, memahami pekerjaan yang dilakukan, bijak berkomunikasi. Prasyarat tersebut diperlukan dan difahami oleh jiran, sahabat, keluarga, dan kerabat bagi individu yang ingin bermigrasi. Manakala bagi jaringan

Terdapat kebenaran sememangnya orang tengah yang dianggap sebagai suspek dan dalang bagi aktiviti penyeludupan manusia. Kehadiran mereka merugikan kedua- dua negara kerana menjalankan aktiviti secara tidak rasmi. Tiada sebarang aktiviti yang direkodkan dan cukai hasil tidak dapat dikenakan ke atas mereka yang tidak membawa sebarang keuntungan oleh kedua-dua negara. Namun, kedua-dua negara dilihat perlu mempunyai strukur dan alatan pemantauan yang efektif dalam menjalankan kerja-kerja pengawalan dan pengawasan. Sebenarnya, adalah tidak mudah untuk menerima wang rasuah dan menjalankan peraturan migrasi oleh pihak berkuasa. Meskipun begitu, peraturan yang dilakukan adalah perkara yang sukar untuk membolehkan bagi seseorang individu untuk bermigrasi. Malah perkara sebenar yang terjadi ialah peraturan merumitkan penduduk yang ingin bermigrasi. Padahal setiap individu adalah bebas untuk bergerak dan berpindah serta telah dilindungi oleh pertubuhan hak asasi manusia. Peraturan migrasi yang lebih bersifat komersil merupakan penyebab utama terhadap semua permasalahan migrasi dan tidak terkecuali bagi pekerja migran tidak berdokumen.

Jaringan pekerja migran tidak berdokumen juga telah membentuk kelas sosial di antara pekerja. Dalam menentukan kelas pekerja, bukanlah diukur melalui sijil, pengesahan atau dokumen penyeragaman oleh institusi yang menunjukkan kebolehan pekerja migran tidak berdokumen. Akan tetapi kemampuan, kekuatan, ketelusan dan pengurusan pekerja ialah aspek penting yang menentukan kelas sosial di antara pekerja migran tidak berdokumen. Bukan sekadar itu, jaringan antara pekerja migran tidak berdokumen juga telah mewujudkan kelas sosial pekerja berasaskan kepada pengkhususan jenis pekerjaan dan etnik yang berasal dari Indonesia. Perkara tersebut telah terjadi pada sektor binaan dan sektor perladangan kelapa sawit. Pembezaan ini membawa kepada pengenalpastian etnik dan kelas sosial dengan lebih mudah bagi kelompok yang melakukan jenis pekerjaan tertentu pada sesebuah lokasi.

Keadaan tersebut memberi implikasi kepada perubahan ruang sosial. Ianya bukan sekadar bernilai biner, seperti hitam-putih, salah-benar dan lain-lain. Akan tetapi ruang ini telah menjadi pergeseran dalam sesebuah aspek ideal di dalam interaksi antara sesama manusia. Ruang sosial pekerja migran tidak berdokumen juga sentiasa menghasilkan pemilikan secara individu sepertibarangan berharga, aset, rumah, kenderaan, tanah, perhiasan, kod, simbol dan status. Pemilikan individu bagi migran tersebut sangat bernilai. Aspek tersebut selalu menjadi alatan untuk mempengaruhi masyarakat kapitalis pada zaman moden kini ( mode of production ). Setiap daripada mereka terpaksa mengeluarkan kos atau pengorbanan untuk menunjukkan kekayaan yang dimilik, kebolehan untuk disaksikan oleh masyarakat sekeliling (Lefebvre 2009). Sedangkan persekitaran atau ruang digunakan sebagai medium di dalam interaksi antara sesama manusia. Apabila persekitaran telah mencipta perkara yang bersifat materialistik, seseorang migran turut berusaha dalam mencapai kejayaan walaupunterpaksa berkorban apa sahaja dan sangat berisiko bagi mencapainya, seperti cara dan pola yang diamalkan oleh pekerja migran tidak berdokumen di Malaysia.

Sepertimana yang telah diperjelaskan pada bahagian sebelum ini, dalam menguruskan pekerja migrasi tidak berdokumen melibatkan pembabitkan kedua-dua negara, iaitu negara asal dan negara tujuan. Kedua-duanya perlu berkolaborasi dan mempunyai kesepakatan bukan hanya terhadap pola pengurusannya melalui perundangan akan tetapi perlu menyedari akan kepentingan prinisip hak asasi manusia yang perlu dipertimbangkan. Semasa di negara asal, iaitu Indonesia, kerajaan perlu memberikan penerangan, pengetahuan, pemahaman mengenai kebolehan bagi calon migran pada setiap pelusuk tempat seperti di kawasan kampung-kampung. Kemudahan membuat pasport bagi warga Indonesia perlu dikaji semula melalui perincian khas bagi tujuan keluar negara. Dengan memberikan pemahaman perkara tersebut dilakukan yang sangat berkaitan dengan keselamatan individu kerana setiap individu memiliki tanggungjawab untuk melindungi diri sendiri. Sementara bagi negara tujuan, iaitu Malaysia perlu bersikap profesional tanpa berlaku berat sebelah atau rasis yang selalu mempersalahkan pekerja migran kerana semua indivdu bebas untuk bergerak dan berpindah. Apatah lagi pada masa sekarang telah berlangsung ASEAN Ekonomi Komuniti yang telah disepakati bersama oleh negara ASEAN.

Selain itu, kemudahanakses yang sama kepada para migran perlu diberikan peluang dan ruang. Melalui pemerhatian penyelidik sendiri dalam melakukan kajian ini, kedua-dua negara perlu mengawasi kakitangan kerajaan yang mengambil rasuah dan memeras ugut kepada pekerja migran tidak berdokumen tersebut, sama ada di kawasan sempadan atau semasa bekerja di Malaysia.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74