KAMPUNG ASAL PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

4.2.1 KAMPUNG ASAL PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

Penyelidik menaiki bas tumpangan bagi membolehkan sampai ke tempat tujuan, iaitu rumah pekerja migran yang tidak berdokumen. Selepas melintasi Jembatan Suramadu, jambatan tersebut telah dibina pada Tahun 2007, yang boleh menampakan Pulau Madura. Memasuki Kabupaten Bangkalan, di mana Kabupaten ini merupakan kawasan sokongan industri Kota Surabaya, pembangunan masih boleh dirasakan oleh pemerhati. Akan tetapi selepas berjalan sehingga 7 kilometer, ketidakseragaman pembangunan sangat dirasakan oleh penyelidik. Pemerhatian ke atas pembangunan yang mudah dikenali adalah daripada pembangunan infrastruktur awam, seperti jalan, saliran pengairan, bangunan rawatan kesihatan dan pendidikan. Kesemuanya sudah jarang dijumpai. Ianya dipenuhi dengan tanah yang tandus dan berbatuan menghiasi perjalanan penyelidik sehingga ke rumah rakan di Kabupaten Sampang.

0 0 0 Kabupaten Sampang terletak pada 113 08‟ – 113 39‟ Bujur Timur, 06 05‟ –

07 0 13‟Lintang Selatan. Persempadanan sebelah utara dengan Laut Jawa, sebelah selatan dengan Selat Madura, sebelah timur dengan Kabupaten Pamekasan dan

sebelah barat dengan Kabupaten Bangkalan. Sementara Luas wilayah Kabupaten Sampang ialah 1233.30 km² yang terdiri daripada 14 kecamatan, 6 kelurahan, 180 sebelah barat dengan Kabupaten Bangkalan. Sementara Luas wilayah Kabupaten Sampang ialah 1233.30 km² yang terdiri daripada 14 kecamatan, 6 kelurahan, 180

Setiba sampai di rumah rakan tersebut, penyelidik merasakan satu kejutan. Jalan yang masih berupa tanah, berair, berlumpur, pemasangan elektrik yang terhad danterdapat banyak landskap kosong tidak produktif di sekitar rumah penduduk. Penyelidik bertanyakan kepada rakan yang merupakan orang tempatan, mengenai kawasan terbiar yang tidak ditanami dengan tanaman makanan. Ia menjawab bahawa musim hujan baru sahaja turun, sekiranya ketiadaan hujan, tanah tersebut tidak boleh ditanami dengan tanaman makanan. Pada musim panas, penduduk ramai bercucuk tanam dengan tanaman tembakau. Itupun jika mereka memiliki modal untuk melakukan tanaman. Bagi mereka yang tidak memiliki modal, tanah dibiarkan kosong tidak produktif. Air untuk mandi dan minum adalah sukar semasa musim kemarau. Pada musim hujan mereka akan menampung air tersebut sehingga bertong-tong. Bekalan air itu untuk persedian mandi, memasak dan lain-lain. Apatah lagi untuk menanam tanaman makanan. Jika pada musim panas, tanah sangat tandus dan berdebu. Pada musim hujan, tanah yang merupakan jalan yang biasa dilalui adalah sangat melekat dengan kaki atau selipar. Pada musim panas pula, ramai orang tidak bekerja dan kebiasaannya mereka merantau untuk beberapa masa sehingga musim hujan tiba. Pada musim hujan muncul semula, mereka kembali lagi ke rumah untuk mengerjakan sawah atau tanah di sekitar kediaman mereka.

Penyelidik telah empat kali berkunjung ke Madura untuk melakukan kajian ini. Pernah menjalaninya pada musim hujan dan musim kemarau. Ramai penduduk di Sampang selain petani, mereka juga merupakan penternak, sama ada lembu atau kambing. Penternakan merupakan pekerjaan sambilan manakala pekerjaan utama mereka adalah sebagai petani. Ketika musim hujan menjelang tiba, membawa pengertian bahawa musim tersebuat sesuai bagi musim pertanian bagi tanaman makanan, jarang penduduk khususnya golongan belia yang dijumpai oleh penyelidik.

Aktiviti tanam hanya dilakukan oleh penduduk warga emas. MM1 yang merupakan rakan penyelidik mengatakan bahawa penduduk usia belia telah pergi ke ma‟had yang amat jarang pulang kampung. Biasanya mereka pulang dalam satu tahun sekali. Terdapat juga sejurus mereka m enamatkan pengajian di ma‟had, mereka merantau ke kawasan bandar atau ke luar negara. Maka, pemandangan yang memenuhi kawasan desa majoritinya terdiri daripada warga emas.

Penyelidik memperhatikan bahawa fenomena “ brain drain ” telah berlaku di Madura. Ramai penduduk yang bermigrasi dan terherot ke semua penjuru di Indonesia

atau luar negara yang membuatkan bilangan tenaga kerja adalah terhad di daerah mereka sendiri. Sementara penghuni di pulau Madura yang secara purata merupakan warga emas sentiasa bergantung kepada anak-anak mereka di perantauan. Anak-anak mereka sering mengirimkan wang kepada ibu bapa dan saudara mereka di kampung. Dari perhatian ini penyelidik beranggapan bahawa orang Madura kurang bersemangat untuk mengamalkan kehidupan bertani sehingga banyak tanah yang tidak produktif untuk ditanam oleh penduduk. Walaupun mereka tidak bekerja, anak-anak mereka diperantauan sentiasa mengirimkan wang untuk sara hidup.

Bagi golongan belia, merantau ialah hal yang mustahak. Mereka akan sentiasa merantau ke bandar-bandar di Indonesia atau ke luar negara. Jika aktiviti tersebut belum dipraktikkan, seseorang belia itu dianggap kurang berpengalaman meskipun telah memiliki pekerjaan di Madura. Seperti contoh bagi seorang kenalan yang bernama MW14. MW14 telah memiliki pekerjaan di Madura sebagai pengumpul barangan kitar semula. MW14 ke Malaysia hanya ingin mencari pengalaman di luar Madura. Padahal MW14 telah memiliki pendapatan yang boleh dikatakan cukup untuk menyara keluarganya. Akan tetapi beliau memilih untuk bermigrasi ke luar negara. Penyelidik bertanya akan soalan kepada MW14 mengenai perkara yang akan dilakukan nanti terutamanya perniagaan lamanya selepas balik dari Malaysia. MW14 memberi jawapan bahawa beliau akan memikirkan semula selepas memperolehi modal yang cukup untuk mengembangkan perniagaan tersebut.

Orang Madura sangat menjaga tradisi mereka. Pada siang hari mereka bekerja, sedangkan pada malam harinya mereka akan bersembang dengan seluruh ahli Orang Madura sangat menjaga tradisi mereka. Pada siang hari mereka bekerja, sedangkan pada malam harinya mereka akan bersembang dengan seluruh ahli

Rajah 4.1 Rumah adat Madura, Tanean Lanjeng

Ramai orang luar suku Madura menganggap bahawa orang Madura ialah suku yang berperwatakan keras. Padahal anggapan itu tidaklah seperti mereka gambarkan. Mereka lazimnya merupakan orang jawa yang sangat santun dan hormat kepada orang yang baru mereka kenali. Kebiasaannya gaya percakapan orang Madura selalunya kasar, akan tetapi pada dasarnya perangai mereka adalah sangat baik. Penyelidik telah tinggal di Malaysia selama kurang lebih satu tahun setengah bersama orang Madura. Adakalanya mereka selalu menggunakan cara-cara kekerasan bila mengalami permasalahan. Istilah carok ialah perkara biasa di Madura. Carok ialah perkelahian Ramai orang luar suku Madura menganggap bahawa orang Madura ialah suku yang berperwatakan keras. Padahal anggapan itu tidaklah seperti mereka gambarkan. Mereka lazimnya merupakan orang jawa yang sangat santun dan hormat kepada orang yang baru mereka kenali. Kebiasaannya gaya percakapan orang Madura selalunya kasar, akan tetapi pada dasarnya perangai mereka adalah sangat baik. Penyelidik telah tinggal di Malaysia selama kurang lebih satu tahun setengah bersama orang Madura. Adakalanya mereka selalu menggunakan cara-cara kekerasan bila mengalami permasalahan. Istilah carok ialah perkara biasa di Madura. Carok ialah perkelahian

Penyelidik berusaha menggali lebih dalam mengapa tiga perkara itu menjadi punca orang Madura untuk melakukan carok . Tanean lanjeng ialah simbol kehormatan bagi orang Madura. Ianya merupakan tempat berkumpul bagi seluruh kerabat dan ahli keluarga. Ianya merupakan tempat sakral atau tempat suci. Selain tempat berkumpul, ianya merupakan rumah Allah (Tuhan), tempat untuk melakukan solat dantidak boleh dibuat untuk tempat permainan. Namun bagi orang Madura, kadang kala fungsi tanean lanjeng juga melambangkan sebagai nilai status dalam masyarakat. Mereka berlumba-lumba mempercantikan tanean lanjeng ini untuk dilihat oleh jiran mereka. Keberanian orang Madura menghabiskan wang untuk mempercantikan tanean lanjeng membawa mereka kepada gaya hidup konsumtif. Perkara ini juga berlaku ketika orang Madura selalu bercita-cita untuk beribadah haji ke Mekah. Perkara ibadah dalam agama ialah mustahak bagi orang Madura. FM yang merupakan saudara MM1 merantau ke Malaysia sehingga 7 tahun berkeinginan agar ibunya beribadah haji ke tanah suci Mekah. Bagi orang Madura, tanean lanjeng yang cantik dan selesa akan mempermudahkan mereka untuk mendekatkan dengan Sang Pencipta. Mereka terkadang tidak menghiraukan kehidupan duniawi dan hanya memberi fokus dalam mengejar bayangan kehidupan akhirat. Hasilnya, orang Madura masih terjabak dalam kemiskinan kerana prilaku konsumtif itu. Amatlah jarang bagi orang Madura selepas pulang merantau memiliki perusahaan di kampung yang digunakan untuk menjana pendapatan.

Meskipun lelaki Madura sangat tegas dan kasar dengan isteri mereka, lelaki Madura bertindak sangat kasar apabila seseorang lelaki yang menganggu isteri mereka. Carok sehingga membawa kepada kematian kerap kali terjadi di Madura kerana permasalahan curang. Wanita ialah simbol kehormatan dan harga diri lelaki Madura. Walaupun golongan lelaki Madura kerap melakukan kekerasan kepada isteri mereka seperti sering memarahi dan melakukan penderaan. Telah banyak kes carok sehingga membawa kepada kamatian, sama ada lelaki yang mencurangi isterinya atau isterinya sendiri turut bunuh. Fenomena ini juga berlaku ketika orang Madura merantau. Di Malaysia telah banyak maklumat daripada media kematian orang Bangladesh atau orang Madura sendiri sehingga membawa mati kerana ditikam oleh orang Madura. Perkara itu terjadi kerana lelaki Bangladesh mengganggu wanita Madura yang merupakan isterinya atau wanita Madura lainnya. Mereka juga berkehendak menjaga harga diri wanita Madura pada umumnya.. Lelaki Madura tidak boleh menerima keadaan tersebut apabila wanita Madura dijadikan pasangan kekasih oleh orang Bangladesh.

Orang Madura adalah lebih takut dengan alat tulis daripada celurit ataupun parang. Kenyataan ini dijumpai oleh penyelidik ketika hendak menjalankan temu bual kepada orang Madura. LP1 yang merupakan salah seorang penduduk Madura mengatakan bahawa alat tulis dapat memengaruhi banyak orang sehingga mengancam dirinya sendiri. Semakin banyak orang yang mengetahui akan dirinya, maka akan semakin banyak pula ancaman terjadi. Perkara itu penyebab orang Madura sering menjauhi alat tulis. Mereka berasa sangat tidak selesa dengan peralatan tersebut.

Keadaan alam yang kurang subur menjejaskan orang Madura untuk bergantung kepada alam. Mereka lebih bergantung kepada pekerjaan yang dimiliki. Ekologi tandus menjadikan orang Madura lebih kepada labour ethic daripada land ethic . Bagi orang Madura, pekerjaan ialah segala-galanya. Oleh sebab itu,sekiranya ada yang mengganggu pekerjaannya, carok menjadi penyelesaian. Pekerjaan ialah tempat mereka mencari makan. Adalah perkara yang wajib dilindungi sehingga mati sekalipun menjadi taruhannya. Di Malaysia mereka adalah sangat menghormati dan menghargai persaingan untuk sesebuah pekerjaan. MM1 yang merupakan ketua sub- kontraktor selalu memilih tempat kerja sebelum menawarkan pekerjaan kepada Keadaan alam yang kurang subur menjejaskan orang Madura untuk bergantung kepada alam. Mereka lebih bergantung kepada pekerjaan yang dimiliki. Ekologi tandus menjadikan orang Madura lebih kepada labour ethic daripada land ethic . Bagi orang Madura, pekerjaan ialah segala-galanya. Oleh sebab itu,sekiranya ada yang mengganggu pekerjaannya, carok menjadi penyelesaian. Pekerjaan ialah tempat mereka mencari makan. Adalah perkara yang wajib dilindungi sehingga mati sekalipun menjadi taruhannya. Di Malaysia mereka adalah sangat menghormati dan menghargai persaingan untuk sesebuah pekerjaan. MM1 yang merupakan ketua sub- kontraktor selalu memilih tempat kerja sebelum menawarkan pekerjaan kepada

Rajah 4.2 Geografik Madura dengan ekologi tegalan yang tandus dan kering

Punca pendapatan MM1 adalah sederhana. Beliau berhasrat membantu masalah ekonomi ahli keluarga, saudara dan jiran di kampung agar dapat membantu ibu bapa mereka di kampung dari kemiskinan. Akan tetapi MM1 menggunakan cara yang kurang tepat ketika merekrut seseorang rakan daripada kampung untuk turut sama melakukan pekerjaannya. MM1 memasukkan orang dengan cara yang tidak rasmi. Semua orang yang dibawa daripada kampung hanya dibekalkan pasport sahaja. Mereka masuk ke Malaysia sebagai pelancong, selepas itu mereka menyalahgunakan pas keizinan tinggal di Malaysia untuk bekerja selama bertahun-tahun. Menurut MM1, cara yang beliau gunakan selama ini bukanlah menjadi kesalahan malah mempersalahkan peraturan yang wujud. Sejak dahulu lagi orang Madura telah mengamalkan cara-cara seperti tersebut untuk bermigrasi. Akan tetapi selepas adanya Punca pendapatan MM1 adalah sederhana. Beliau berhasrat membantu masalah ekonomi ahli keluarga, saudara dan jiran di kampung agar dapat membantu ibu bapa mereka di kampung dari kemiskinan. Akan tetapi MM1 menggunakan cara yang kurang tepat ketika merekrut seseorang rakan daripada kampung untuk turut sama melakukan pekerjaannya. MM1 memasukkan orang dengan cara yang tidak rasmi. Semua orang yang dibawa daripada kampung hanya dibekalkan pasport sahaja. Mereka masuk ke Malaysia sebagai pelancong, selepas itu mereka menyalahgunakan pas keizinan tinggal di Malaysia untuk bekerja selama bertahun-tahun. Menurut MM1, cara yang beliau gunakan selama ini bukanlah menjadi kesalahan malah mempersalahkan peraturan yang wujud. Sejak dahulu lagi orang Madura telah mengamalkan cara-cara seperti tersebut untuk bermigrasi. Akan tetapi selepas adanya

MM1 memulakan kejayaannya pada tahun 2005. Beliau mengenali seorang warga Malaysia yang bernama EM1 yang berumur 41 tahun. Kedua-duanya sepakat untuk bekerjasama bagi menjayakan urusan kerja. Mereka menubuhkan syarikat bernama LOC1. Syarikat ini membekalkan pekerja dalam perkhidmatan pemasangan dan perancah binaan bangunan. Setelah tujuh tahun berkolaborasi, mereka berpecah meneruskan urusan dan haluan masing-masing. MM1 menganggap bahawa EM1 adalah tidak jujur semenjak kebelakangan ini. Wang hasil yang dikutip daripada kerja tidak direkodkan kepadanya. Padahal pembiayaan pembuatan syarikat tersebut menggunakan wang MM1. EM1 meminta imbalan 18 peratus bagi setiap tuntutan bayaran yang diberikan oleh syarikat utama, kerana EM1 bertindak atas jawatan sebagai pengerusi syarikat tersebut. Akhirnya MM1 pun membuat syarikat sendiri yang bernama LOC2 bersama seseorang warga negara Malaysia yang bernama EM2 (45 tahun). EM2 merupakan abang kepada EM1. Urusan perniagaannya adalah hampir sama dengan syarikat yang sebelumnya pernah dibuatnya, iaitu pemasangan dan perancah pembinaan bangunan. Pada masa kini, MM1 menjadi orang yang kaya di kampungnya, di Madura. MM1 juga merupakan majikan kepada MW1, MW2 dan MW3 serta puluhan pekerja migran tidak berdokumen yang lain seramai 68 orang yang juga berasal dari Madura, Indonesia.

Seiring dengan berjalannya masa, perniagaan MM1 berkembang sangat pesat. Sekarang beliau telah memiliki sebelas buah pembinaan di kawasan Kuala Lumpur yang sedang dijalankan oleh syarikatnya. Oleh kerana terdapat banyak projek pembinaan membuat syarikatnya kekurangan pekerja bagi menjalankan urusan perniagaannya. Akhirnya MM1 mengambil keputusan untuk mengupah orang-orang daripada kampungnya daripada kerabat dan jiran terdekat yang mampu bekerja. Semua bayaran bagi keberangkatan ke Malaysia ditanggung oleh MM1 sendiri. Semua orang yang dibawa masuk oleh MM1 hanya membawa pasport dan kad pengenalan dari Indonesia sahaja dan mereka semua tidak mempunyai sebarang dokumen ketenagakerjaan rasmi seperti pas lawatan kerja dan insuran ketika Seiring dengan berjalannya masa, perniagaan MM1 berkembang sangat pesat. Sekarang beliau telah memiliki sebelas buah pembinaan di kawasan Kuala Lumpur yang sedang dijalankan oleh syarikatnya. Oleh kerana terdapat banyak projek pembinaan membuat syarikatnya kekurangan pekerja bagi menjalankan urusan perniagaannya. Akhirnya MM1 mengambil keputusan untuk mengupah orang-orang daripada kampungnya daripada kerabat dan jiran terdekat yang mampu bekerja. Semua bayaran bagi keberangkatan ke Malaysia ditanggung oleh MM1 sendiri. Semua orang yang dibawa masuk oleh MM1 hanya membawa pasport dan kad pengenalan dari Indonesia sahaja dan mereka semua tidak mempunyai sebarang dokumen ketenagakerjaan rasmi seperti pas lawatan kerja dan insuran ketika

Penyelidik memperhatikan bahawa penyataan yang diberikan MM1 terdapat kebenaran yang berkaitan isu peraturan sedia ada. Peraturan sekarang adalah lebih bersifat komersial. Semua urusan migrasi diserahkan kepada pihak swasta. Akibatnya kos bagi individu yang hendak bermigrasi adalah sangat mahal. Belum mula bekerja, seseorang individu tersebut sudah dibebani dengan pelbagai kos terlibat. Semua disebabkan oleh aktiviti ejen yang cuba mengambil keuntungan daripada aktiviti migrasi. Jika tidak memiliki wang sebelum memulakan proses migrasi, maka ejen melakukan pemotongan gaji kepada migran yang hendak dibawa oleh syarikat perekrutan tersebut. Sementara akses kepada maklumat yang sebenar juga amat sukar mereka dapatkan. Jabatan tenaga kerja Kabupaten Sampang menyatakan selama tahun 2014 hanya 11 orang yang dicatatkan telah bermigrasi ke luar negara. Padahal ketika penyelidik berada di Malaysia, sangat ramai orang Sampang dijumpai bekerja pada sektor pembinaan, sama ada lelaki mahupun wanita. Jabatan Ketenagakerjaan Kabupaten telah membuat anggapan bahawa bilangan orang Sampang yang di luar negara mencecah sembilan ribu orang. Kerajaan setempat pun tersebut juga mengesyaki bahawa terdapat ramai warganya yang berangkat ke luar negeri dengan cara yang tidak rasmi.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74