PROGRAM DAN DASAR OLEH KERAJAAN INDONESIA DAN MALAYSIA DALAM MENGURUS PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

5.2.2.2 PROGRAM DAN DASAR OLEH KERAJAAN INDONESIA DAN MALAYSIA DALAM MENGURUS PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

Menurut Azizah & Rugayah (2011), menyatakan bahawa terdapat lapan kategori pekerja migran tidak berdokumen, iaitu penyalahgunaan kuasa keizinan tinggal ( overstay ) atau hanya menggunakan visa pelancong, pemilikan permit tetapi bekerja kepada majikan yang berbeza dengan yang tercatat pada permitnya, tidak memperbaharui permit kerja, ketiadaan pasport semasa memasuki Malaysia, anak Menurut Azizah & Rugayah (2011), menyatakan bahawa terdapat lapan kategori pekerja migran tidak berdokumen, iaitu penyalahgunaan kuasa keizinan tinggal ( overstay ) atau hanya menggunakan visa pelancong, pemilikan permit tetapi bekerja kepada majikan yang berbeza dengan yang tercatat pada permitnya, tidak memperbaharui permit kerja, ketiadaan pasport semasa memasuki Malaysia, anak

Dalam pengurusan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia, kedua- dua kerajaan bersepakat untuk menyerahkan kepada agensi swasta. Syarikat pemilikan swasta seperti IR merupakan satu-satunya syarikat yang diarahkan oleh Kementrian Dalam Negeri (KDN) bagi menguruskan dokumentasi bagi pekerja migran tidak berdokumen dari Indonesia. Pada Tahun 2012, KDN telah melancarkan program bernama Program Pendataan, Pengampunan, Pemutihan, Penguatkuasaan, Pengawasan dan Pengusiran atau 6P. Program tersebut telah tamat pada pertengahan Tahun 2014. Pihak AG1 memberi jaminan bahawa pekerja migran yang pulang melalui syarikatnya, namanya tidak akan dimasukkan ke senarai hitam ( blacklist ) imigresen. Namun pada kenyataannya, terdapat beberapa pekerja migran yang pulang melalui AG1 tetap dmasukkan ke dalam senarai hitam tersebut. Tanggapan bahawa mereka masuk telah didaftarkan ke dalam senarai hitam apabila helaian pasport mereka dikoyak semasa memasuki Malaysia. Helaian yang dimaksudkan ialah helaian pasport yang telah dikenakan cop oleh kakitangan imigresen. Sehingga mereka perlumengunakan orang tengah semula untuk melepasi memasuki Malaysia.

“Kerna apa itu namanya itu, sudah pakai [blacklist] tidak boleh di sini lima tahun… Iya tapi ini ia hapus tiga juta, passport sahaja lah ” (transkripsi, MW5)

Perkara ini telah dibentangkan oleh McMurray (2001) yang menyatakan bahawa kawasan sempadan dengan pelbagai ciri rasmi kesempadanan, kakitangan sempadan itu bukanlah pelaku penyeludup atau pemerdagangan orang, tetapi mereka merupakan pelaku jenayah yang sebenar. Hal ini telah terjadi terhadap orang-orang Mexico dan Guatemala yang hendak ke Amerika Syarikat. Malah Hagan (2008) telah menggelarkan pegawai sempadan lebih sesuai disebut sebagai perompak yang Perkara ini telah dibentangkan oleh McMurray (2001) yang menyatakan bahawa kawasan sempadan dengan pelbagai ciri rasmi kesempadanan, kakitangan sempadan itu bukanlah pelaku penyeludup atau pemerdagangan orang, tetapi mereka merupakan pelaku jenayah yang sebenar. Hal ini telah terjadi terhadap orang-orang Mexico dan Guatemala yang hendak ke Amerika Syarikat. Malah Hagan (2008) telah menggelarkan pegawai sempadan lebih sesuai disebut sebagai perompak yang

Rajah 5.5 Pasport pekerja migran tidak berdokumen yang dikoyakkan dengan memerhati nombor dan cop imigresen dalam lingkaran

Selepas itu, program yang sama diteruskan kembali sehingga pada Disember 2015. Pada 15 Februari 2016 program pengurusan pekerja migran tidak berdokumen telah ditukar menjadi Program Penggajian dan Penempatan Semula (3P), ianya juga disebut sebagai rehiring . Pada permulaan bagi pekerja migran tidak berdokumen yang hendak pulang ke Indonesia hanya dibebankan compound (denda) sebanyak RM 300dan keizinan keluar dari Malaysia sebanyak RM 100. Namun ketika semua urusan diberikan kepada pihak swasta, beban kos bagi pekerja migran tidak berdokumen semakin bertambah besar. Bagi pekerja migran yang hendak pulang ke Indonesia, mereka mesti membayar RM 823 pada akhir Disember 2015. Namun kos itu meningkat pada Februari 2015, selari dengan program rehiring bermula. Meskipun bayaran yang mesti dibayar ialah RM 923. Bayaran untuk compound dan izin keluar Malaysia adalah tidak berubah, namun kos perkhidmatan AG1 adalah semakin meningkat. Program rehiring yang telah disarankan oleh KDN melalui AG1 bahawa bagi pekerja yang tidak memiliki dokumen boleh membuat urusan melalui syarikat tersebut. Namun kerana kos pengurusan yang sangat mahal membuakan tidak ramai Selepas itu, program yang sama diteruskan kembali sehingga pada Disember 2015. Pada 15 Februari 2016 program pengurusan pekerja migran tidak berdokumen telah ditukar menjadi Program Penggajian dan Penempatan Semula (3P), ianya juga disebut sebagai rehiring . Pada permulaan bagi pekerja migran tidak berdokumen yang hendak pulang ke Indonesia hanya dibebankan compound (denda) sebanyak RM 300dan keizinan keluar dari Malaysia sebanyak RM 100. Namun ketika semua urusan diberikan kepada pihak swasta, beban kos bagi pekerja migran tidak berdokumen semakin bertambah besar. Bagi pekerja migran yang hendak pulang ke Indonesia, mereka mesti membayar RM 823 pada akhir Disember 2015. Namun kos itu meningkat pada Februari 2015, selari dengan program rehiring bermula. Meskipun bayaran yang mesti dibayar ialah RM 923. Bayaran untuk compound dan izin keluar Malaysia adalah tidak berubah, namun kos perkhidmatan AG1 adalah semakin meningkat. Program rehiring yang telah disarankan oleh KDN melalui AG1 bahawa bagi pekerja yang tidak memiliki dokumen boleh membuat urusan melalui syarikat tersebut. Namun kerana kos pengurusan yang sangat mahal membuakan tidak ramai

Rajah 5.6 Perincian kos bayaran program rehiring

Rajah 5.7 Perincian kos bayaran program pemulangan sukarela bagi pekerja migran tidak berdokumen

Terdapat syarat yang dikenakanoleh PATI yang mengikuti program 3P ini dengan persyaratan seperti berikut:

Kategori A (i) dengan ketentuan sebagai berikut:

1. Memiliki izin kerja tapi sudah tidak sah.

2. Masih bekerja pada majikan yang sama sepadan dengan izin kerja sekurang- kurangnya 6 bulan mulai daripada hari pelaksanaan program.

3. Memiliki pasport yang sah dan tidak melebihi daripada 24 bulan.

4. Membayar levy yang sesuai dengan keperluan.

5. Izin kerja dapat diperbaharui sehingga 5 tahun.

Kategori A (ii) dengan keperluan seperti berikut:

1. Pernah memiliki izin kerja tapi sudah tamat tempoh.

2. Bekerja padamajikan yang berbeza dengan yang dengan izin kerja untuk sekurang-kurangnya 6 bulan bermula daripada hari pelaksanaan program.

3. Majikan terkini perlu membuat surat pengesahan yang sesuai dengan format yang telah disarankan.

4. Memiliki pasport yang sah dan masih berlaku tidak melebihi 24 bulan.

5. Membayar levy sesuai dengan keperluan.

6. Izin kerja dapat diperbaharui sehingga 5 tahun.

Kategori B dengan keperluan seperti berikut:

1. Mereka yang memasuki Malaysia dengan visa pelancong.

2. Visa tersebut tamat tempoh sebelum 1 September 2015.

3. Bekerja dengan majikan sekarang sekurang-kurangnya 6 bulan.

4. Memiliki pasport yang sah dan masih tidak kurang 24 bulan.

5. Membayar levy sesuai dengan keperluan yang berlaku.

6. Izin kerja hanya dapat diperbaharui sehingga 3 tahun.

“ Undang – undang 39/2004 PPTKILN yang menyatakan seharusnya menjadi kewajipan negara, berdasarkan prinsip tersebut. Tetapi apabila UU-nya [Undang-

Undang] diswastakan, apa yang mampu dibuat? Kerana hakikatnya perkara ini merupakan satu bisnes atau perniagaan. Pembuatnya dulu juga berbisnis. Kita (KBRI) tidak mau berbisnis dalam urusan ini. Urusan bisnis keluar. Kita pelayanan dan perlindungan. Memang dari UU-nya sudah salah. Coba kalau kita (pemerintah) yang melakukan, malah lebih mudah .” (transkrip Duta Besar Indonesia ke Malaysia)

Dalam konteks ini, penyelidik melihat kepada pentadbiran penswastaan aktiviti migrasi oleh kedua-dua kerajaan. Tidak hanya dilakukan oleh kerajaan Indonesia sahaja. Hal ini bukanlah sesuatu perkara tidak berasas. Berdasarkan Kerajaan Indonesia yang merujuk Undang-Undang Nombor 39 Tahun 2004 tentang Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia di Luar Negeri, sememangnya penempatan dan perlindungan pekerja migran diserahkan kepada swasta. Kerajaan hanya sebagai unit pentadbiran sahaja antara urusan syarikat swasta yang menempatkan pekerja migran ke luar negeri dan pekerja migran itu sendiri. Sehingga, bukanlah sesuatu yang peliksekiranya pengurusan pekerja migran tidak berdokumen dari Indonesia di Malaysia, diserahkan kepada pihak swasta.

Berdasarkan hasil penemuan di atas, dilihat perhubungan antara Kerajaan Indonesia dan Malaysia telah sepakat bahawa liberalisasi pengurusan migrasi lebih menitikberatkan kepada peranan swasta dengan model privatisasi. Walaupun dalam dasar penempatan dan perlindungan istilah ini tidak pernah disebutkan, namun secara praktikalnya sangat ketara. Privatisasi sendiri bererti pemindahan terhadap tiga komponen, iaitu tanggungjawab pemerintah, aset (dengan atau tanpa kewajipan) atau hak ke atas penggunaan aset dan sumber daya manusia; ke semuanya diperoleh melalui sektor swasta (Sheshinski 2000). Sememangnya, praktikal privatisasi bukanlah tanpa tujuan, privatisasi bermaksud untuk membebaskan beban kewangan pemerintah, memperbaiki kerja-kerja menjadi lebih efisyen dan lebih produktif, pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kadar dan kehadiran sektor awamdalam aktiviti ekonomi dan memenuhi Dasar Ekonomi Baru (NEP); NEP memiliki dua tujuan utama yang berkehendakan membanteras kemiskinan tanpa bergantung kepada komuniti dan mengatur kembali masyarakat supaya menetapkan jati diri terhadap fungsi ekonomi pada masa hadapan (Lim & Hew 2007). Sekiranya diamati, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang benar atau salah, tetapi memberi fokus kepada konflik kepentingan yang terjadi. Kuasa pemerintah yang membatasi kemampuan dan pengaruh kuasa untuk melakukan nilai-nilai murni sesuai dengan prinsip tatacara pemerintahan, mampu direndahkan dan menjadi perspektif komersial dan keuntungan (Suraiya & Ahmad 2011).

Pelaksanaan di atas sebenarnya dapat dikaitkan sebagai model rent-seeking (pemburu keuntungan). Istilah rent-seeking memberi gambaran aktiviti untuk mengeksploitasi sumber demi keuntungan peribadi. Pemburu keuntungan bukannya perbuatan untuk menciptakan kekayaan tetapi ianya memberi manfaat daripada peluang yang diciptakan oleh orang lain (Financial Times Lexicon 2011). Pada pandangan umum, pemburu keuntungan merupakan sesuatu yang negatif di mana sering mempertimbangkan keberkesanan dan pemborosan kerana individu tersebut menyelewengkan sumber daripada aktiviti produktif selama mereka bertautan dan berhubungan berkenaan dengan aktiviti dan pemegangan kekuasaan (Palor). Justeru itu, sekiranya pemburu keuntungan ini tidak dikawal akan menghasilkan perlakuan koruptif dan pemusatan kuasa serta pengaruh kuasa yang diperintah oleh individu tertentu sahaja (David 2006).

Perbahasan mengenai migrasi, tidaklah hanya membincangkan negara tujuan sahaja, iaitu Malaysia. Perbincangan negara asal juga mesti dikaitkan dengan memperingatkan sumber bahawa pekerja migran tidak berdokumen ini yang berasal dari Indonesia. Selama ini, kerajaan Indonesia hanya bertindak secara reaktif. Ertinya, apabila terdapat ketegangan hubungan sosial politik antara kedua-dua negara, barulah terdapat tindakanyang diambil. Hal ini terlihat pada dasar pragmatik seperti pemulangan pekerja migran tidak berdokumen ke Indonesia dengan menggunakan khidmat Pesawat Herkules milik angkatan udara kerajaan Indonesia. Dasar tersebut dapat dikaitkan dengan kontra-produktif. Sehinngga kini, banyak pekerja migran tidak berdokumen yang menyerahkan diri untuk dipulangkan oleh kerajaan Indonesia kerana ianya percuma. Selain itu, kerajaan Malaysia juga meminta bantuan kepada kerajaan Indonesia, dengan meminta bantuan tambahan untuk menghantar pulang semula PATI di Malaysia untuk dipulangkan ke Indonesia. Sementara itu, status mereka telah direkodkan oleh kerajaan Indonesia sebagai orang yang diusir ( deportant ). Menurut persidangan antarabangsa mengenai pengusiran warga asing ialah merupakan kewajipan negara pengusir. Ini merupakan satu tindakan yang sia-sia yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia. Kebelakangan ini, diketahui bahawa perkara tersebut dilakukan sebagai pencitraan politik sahaja. Telah diketahui, kerajaan Indonesia baru sahaja memperkenalkan susunan kabinet dan rejim baharu di bawah presiden Joko Widodo. Tindakan pemulangan atau pengambilan warga tidak Perbahasan mengenai migrasi, tidaklah hanya membincangkan negara tujuan sahaja, iaitu Malaysia. Perbincangan negara asal juga mesti dikaitkan dengan memperingatkan sumber bahawa pekerja migran tidak berdokumen ini yang berasal dari Indonesia. Selama ini, kerajaan Indonesia hanya bertindak secara reaktif. Ertinya, apabila terdapat ketegangan hubungan sosial politik antara kedua-dua negara, barulah terdapat tindakanyang diambil. Hal ini terlihat pada dasar pragmatik seperti pemulangan pekerja migran tidak berdokumen ke Indonesia dengan menggunakan khidmat Pesawat Herkules milik angkatan udara kerajaan Indonesia. Dasar tersebut dapat dikaitkan dengan kontra-produktif. Sehinngga kini, banyak pekerja migran tidak berdokumen yang menyerahkan diri untuk dipulangkan oleh kerajaan Indonesia kerana ianya percuma. Selain itu, kerajaan Malaysia juga meminta bantuan kepada kerajaan Indonesia, dengan meminta bantuan tambahan untuk menghantar pulang semula PATI di Malaysia untuk dipulangkan ke Indonesia. Sementara itu, status mereka telah direkodkan oleh kerajaan Indonesia sebagai orang yang diusir ( deportant ). Menurut persidangan antarabangsa mengenai pengusiran warga asing ialah merupakan kewajipan negara pengusir. Ini merupakan satu tindakan yang sia-sia yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia. Kebelakangan ini, diketahui bahawa perkara tersebut dilakukan sebagai pencitraan politik sahaja. Telah diketahui, kerajaan Indonesia baru sahaja memperkenalkan susunan kabinet dan rejim baharu di bawah presiden Joko Widodo. Tindakan pemulangan atau pengambilan warga tidak

Selama ini, tiada sebarang dasar jangka panjang yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia untuk mengurangkan kemasukan pekerja migran tidak berdokumen ke Malaysia. Meskipunsebenarnya, laluan kemasukan pekerja migran tidak berdokumen tersebut telah pun dikenalpasti. Namun, rasuah dan kerjasama tidak sah telah berlaku pada titik sempadan walaupun pada tempat tersebut terdapat pencirian negara dengan kepelbagai unit pemantauan khas, sebenarnya mereka adalah merupakan penjenayah yang sebenar menurut Khosravi (2011). Apatah lagi peneraju sempadan yang tidak menggunakan laluan konvensional seperti pelabuhan, lapangan terbang dan lain-lain. Mereka adalah sukar untuk diuruskan oleh kedua-dua kerajaansehingga wujudnya dasar pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia. Semenatara itu, kempen Kementerian Ketenagakerjaan Republik Indonesia hanya melalui sosialisasi migrasi secara aman sebelum berangkat. Jika dianalisis dengan lebih mendalam, sosialisasi yang dimaksudkan ialah migrasi dalam urusan pentadbiran sahaja. Tindakan kerajaan berkenaan operasi bagi pekerja migran tidak berdokumen yang hendak berangkat ke luar negeramasih tiada,walaupunterdapat ramai pegawai yang terlibat kepada kemasukan pekerja migran tidak berdokumen ke Malaysia.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74