PERINGKAT MESO

5.2.1.2 PERINGKAT MESO

Peringkat meso yang dimaksudkan di sini ialah berkenaan dengan hubungkait daripada faktor peribadi kepada tujuan yang diingini oleh pekerja migran tidak berdokumen. Sepertimana telah dinyatakan di atas bahawa tujuan mereka ialah memperolehi nilai tanda yang berasaskan kepada kebendaan, sama ada konkrit mahupun abstrak. Untuk mewujudkan perkara tersbut, mereka mesti terbabit kepada faktor meso, iaitu jaringan pekerja migran tidak berdokumen. Faktor meso sangat melekat dan dominan dalam hubung kaitan dengan faktor mikro. Pada bahagian ini, penyelidik membentangkan pembahasan berkaitan dengan nilai yang berlaku pada peringkat meso pekerja migran tidak berdokumen.

“Tidak tentu. Tidak tentu kalau k irim itu kalau ada pinjam ke mana-mana, dikasih sama kepala [ketua kerja] boleh kirim. kalau nggak ada pinjaman, ya nggak

kirimlah ” (transkripsi, MW13).

“ Ya, [kepada] FM [ketua kerja] minta perlindungan ” (Transkripsi, MW2)

Antara ahli di dalam jaringan sosial pekerja migran saling bergantung antara satu dengan yang lainnya. Bahkan tidak hanya dalam urusan kewangan, melainkan kepada urusan perlindungan mereka semasa di Malaysia. Interaksi itu membabitkan hubung kaitan antara subjek di dalam jaringan sosial. Hubungkait di dalamnya juga berlaku seperti pola berfikir biner. Ertinya, di dalam jaringan tersebut menyatakan antara benar dan salah, rasmi dan tidak rasmi, gelap dan terang, dan lain-lain. Setiap individu yang terlibat di dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen akan selalu berfikir bahawa apakah ianya akan menerajui jalur rasmi atau tidak rasmi. Peribadi tersebut juga akan memikirkan kepada orang yang telah membawanya memasuki Malaysia. Ianya akan menyelusuri kebenaran orang yang terlibat untuk membawanya memasuki Malaysia. Dalam konteks ini, responden yang dipilih oleh penyelidik ialah berasal dari satu kampung yang sama. Ertinya, antara orang tengah dan orang yang direkrutnya telah saling kenal mengenali. Proses ini memunculkan kepada sebuah nilai kebenaran bahawa orang tengah ialah orang telah dipercayai bagi menguruskan setiap proses migrasi. Apatah lagi, orang tengah ialah orang yang berjaya dari sisi ekonomi dan kebendaan yang telah diperolehi dari perantauan.

“ Iya, sama MM1 [orang tengah] ” (transkripsi, MW6) “ Kita gini, waktu ada ras-rasan [serbuan daripada imigresen] . Kalau ada sekuriti, masuk-in semua. Sekuriti cakap "kamu, kamu, kamu, kamu lari", kita minta

perlindungannya kepada kepala, si FM [ketua kerja]” (transkripsi, MW13)

Nilai kebenaran yang terjadi di dalam hubungkait inter-subjektif di dalam jaringan membawa kepada sebuah sistem yang mampan dan teguh. Ianya juga dipengaruhi oleh aspek budaya dan demarkasi yang jelas antara individu di dalam jaringan. Aspek ini akan sangat memperkuatkan sistem di dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen, meskipun perkara yang mereka amalkan ialah perkara haram. Matlamat yang dikehendaki oleh ahli jaringan ialah memasuki kawasan Malaysia dan bekerja sehingga memperolehi pendapatan. Orang tengah yang bertindak sebagai majikan pekerja migran tidak berdokumen juga memiliki tanggungjawab untuk mencapai matlamat tersebut. Perkara ini berbeza dengan pengertian orang tengah. Orang tengah biasanya hanya bertindak sebagai memberi bantuan kepada pekerja migran tidak berdokumen untuk memasuki kawasan

Malaysia. Tapi pada konteks ini, orang tengah yang juga bertindak sebagai majikan di Malaysia memiliki tanggungjawab bagi keselamatan semua pekerjanya, sama ada keselamatan dalam menerajui sempadan pada masa perjalanan dan keselamatan semasa bekerja di Malaysia dengan status sebagai haram.

“Tidak pernah [berdokumen]…kosong” (transkripsi, MW2) “ Teringin sih, tapi duit tidak ada. Pun mana boleh? ” (transkripsi, MW6) “Iya, sebenarnya pingin, mas. Pinginnya ki ta kalau ke sini, mahu kita fikir-fikir itu tidak ada dokumen dan ada dokumen lebih senang ada dokumen… Tidak pernah. Kalau ke MM1 [ketua kerja/majikan] pernah, tapi tidak dihiraukan mas…kita ya, udahlah tidak mahu ambil pusing lagi” (transkripsi, MW13)

Nilai yang terdapat di dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen seterusnya ialah nilai kehendak antara subjek. Semua ahli di dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen tersebut memiliki matlamat yang sama iaitu memasuki dan bekerja di Malaysia secara tidak rasmi. Sepertimana telah dinyatakan pada bahagian peringkat meso bahawa sebelum memulakan sebuah tindakan, setiap peribadi mestilah memiliki kehendak. Meskipun kehendak menjadi pekerja migran tidak berdokumen di sini bukanlah keinginan mereka, tetapi maklumat yang terhad, menjadi mangsa penipuan dan kos yang tinggi untuk menjadi pekerja berdokumen ialah perkara yang tidak boleh diselesaikan oleh orang tengah atau kerajaan sekalipun. Oleh itu, menjadi pekerja yang tidak berdokumen merupakan kehendak yang amat rumit mesti dipilih oleh mereka. Apatah lagi, kehendak mereka ialah menambahbaik sara hidup dan mempunyai masa hadapan yang lebih baik, bukanlah kehendak menjadi pekerja migran berdokumen. Menjadi pekerja migran berdokumen ialah keinginan mereka. Meskipun begitu, menjadi pekerja migran tidak berdokumen ialah kehendak mereka. Perkara ini terlihat ketika mereka tidak menguruskan dokumen mereka walaupun memiliki wang dan akeses bagi mengurusnya. Sehingga untuk merubah status pekerja migran tidak berdokumen menjadi berdokumen mesti menanamkan pola berfikirdi mana di dalamnya mampu menjadi kehendak setiap individu. Setiap kehendak yang dimiliki oleh inividu memberi implikasi kepada tindakannya.

Perkara yang dihadapi oleh setiap individu adalah untuk mendokumentasikan dirinya tidak akan melakukan perkara yang jauh dari majikannya dan majikan juga tidak meminta atau memaksa semua pekerja migran tidak berdokumen mendapatkan dokumen yang sah. Pekerja tidak berdokumen biasanya tinggal dalam sesebuah kumpulan dengan jenis sektor pekerjaan yang sama. Mereka mesti diketuai oleh mandor atau majikan yang berasal dari Indonesia atau dari kampung yang sama. Jika kehendak mendokumentasikan pekerja migran ini tidak disarankan oleh mandor atau majikannya, pekerja migran juga akan menganggap bahawa dokumen tersebut bukanlah perkara yang mustahak. Sehingga ketua jaringan atau individu yang memiliki peranan penting dalam memberi saranankepada semua pekerja migran tidak berdokumenyang berada di bawahnya.

Pekerja migran tidak berdokumen mendiami sesebuah tempat yang biasanya dekat dengan tempat di mana mereka bekerja. Mereka juga tinggal bersama kumpulan mereka, sama ada yang berdokumen dan yang tidak berdokumen. Kumpulan mereka berasal dari kampung yang sama atau merupakan kaum kerabat atau hubungan kekeluargaan. Hubungan ini membawa kepada nilai murni seperti saling toleransi antara kumpulan pekerja migran tidak berdokumen. Jika ada perkara yang berkaitandengan kumpulan tersebut, ahli yang lain akan segera membantunya. Perkara tersebut bukanlah sesuatu permasalahan, akan tetapi berkaitan dengan budaya mereka dari kampung yang mereka bawa ke perantauan. Seperti budaya kenduri, mengunjungi orang sakit atau budaya lainnya yang biasa mereka amalkan di kampung.

Nilai kebenaran, kehendak dan nilai cinta di dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen tidak akan tercapai jika tidak ada faktor lain yang saling mempengaruhi, iaitu komunikasi antara individu di dalam kumpulan. Komunikasi di dalam sistem jaringan pekerja migran tidak berdokumen telah mencapai tiga nilai yang telah dinyatakan di atas. Meskipun begitu, penyelidik melihat bahawa mandor atau majikan yang berasal dari kampung yang sama dilihat sangat mendominasi di dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen tersebut. Majikan pekerja migran tidak berdokumen juga membangunkan jaringan lain dalam memperluas akses yang dikehendaki oleh semua ahli di dalam jaringan. Kekuatan komunikasi ketua jaringan adalah menentukan dominasi di dalam jaringan. Akses yang dimaksudkan di sini ialah Nilai kebenaran, kehendak dan nilai cinta di dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen tidak akan tercapai jika tidak ada faktor lain yang saling mempengaruhi, iaitu komunikasi antara individu di dalam kumpulan. Komunikasi di dalam sistem jaringan pekerja migran tidak berdokumen telah mencapai tiga nilai yang telah dinyatakan di atas. Meskipun begitu, penyelidik melihat bahawa mandor atau majikan yang berasal dari kampung yang sama dilihat sangat mendominasi di dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen tersebut. Majikan pekerja migran tidak berdokumen juga membangunkan jaringan lain dalam memperluas akses yang dikehendaki oleh semua ahli di dalam jaringan. Kekuatan komunikasi ketua jaringan adalah menentukan dominasi di dalam jaringan. Akses yang dimaksudkan di sini ialah

Nilai Kebenaran

Interaksi Jaringan

Nilai Kehendak

Matlamat

Nilai Cinta

Komunikasi Inter-subjek

Rajah 5.2 Pola nilai yang berlaku dalam jaringan pekerja migran tidak berdokumen

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74