STRATEGI MENGURUS PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

5.5 STRATEGI MENGURUS PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

Migrasi melibatkan proses yang panjang dan membabitkan negara asal dan negara tujuan pekerja migran. Aktiviti migrasi kawasan antara Indonesia dan Malaysia telah terjadi sejak lama, namun ketegangan politik antara kedua-dua negara dalam urusan pekerja migran telah terjadi pada tahun 1980-an. Proses migrasi sebenarnya telah terjadi sebelum kedua-dua negara memperolehi kemerdekaannya (liow 2003). Ketika Migrasi melibatkan proses yang panjang dan membabitkan negara asal dan negara tujuan pekerja migran. Aktiviti migrasi kawasan antara Indonesia dan Malaysia telah terjadi sejak lama, namun ketegangan politik antara kedua-dua negara dalam urusan pekerja migran telah terjadi pada tahun 1980-an. Proses migrasi sebenarnya telah terjadi sebelum kedua-dua negara memperolehi kemerdekaannya (liow 2003). Ketika

“Seperti halnya TKI [pekerja migran] , ketika berangkat niatnya ingin bekerja dan cari uang, ketika di sini, ya harus bekerja dan cari uang. Jangan melakukan hal yang

macam-macam selain itu ” (transkripsi Herman Prayitno).

Duta Indonesia ke Malaysia memperingatkan bahawa pekerja migran perlu memahami dan mengingat kembali tujuan mereka datang ke Malaysia. Jika bertindak di luar daripada tujuan itu pastinya menimbulkan permasalahan pada kemudian hari. Sebelum melakukan migrasi, kedua-dua negara mesti bersepakat untuk mengatur kualifikasi ke atas kebolehan pekerja sebelum datang ke Malaysia. Penyebaran maklumat yang luas mengenai migrasi dan kepentingan kebolehan pekerja sebelum bermigrasi merupakan dua perkara yang perlu difahami oleh pekerja migran sebelum ke luar negara. Tidak hanya tertumpu kepada aspek pengetahuan sahaja, mereka perlu peka terhadap dokumentasi bagi calon pekerja migran yang hendak bermigrasi. Sebelum ini, imigresen Indonesia begitu mudahnya memberikan pasport bagi warga Indonesia walaupun pemilikan identiti pasport merupakan hak setiap individu. Namun, sekiranya identiti tersebut disalahgunakan, pelbagai permasalahan wujud pada masa mendatang.

Kerajaan Indonesia dilihat perlumenyediakan pelbagai jawatan pekerjaan di kawasan luar bandar. Kerajaan Indonesia sebenarnya pekadan sedar bahawa kebanyakan pekerja migran adalah berasal dari kawasan yang kurang berkembang. Sebagai contoh pekerja migran tidak berdokumen terdiri daripada masyarakat yang tinggal pada kawasan seperti kawasan pulau Madura, Bawean, Lombok, Flores, Kupang dan beberapa pulau dari Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat. Meskipun begitu, pekerja migran tidak berdokumen yang berasal dari Pulau Jawa dan Sumtra juga sangat ramai. Berdasarkan pengamatan penyelidik, terdapat ramai bilangan pekerja migran tidak berdokumen yang berasal dari kawasan tersebut.

Kawasan yang kurang pembangunan boleh dikatakan sebagai kawasan yang tertinggal daripada kawasan lain di Indonesia. Sementara itu, pekerja migran dari kawasan Pulau Sumatera adalah terbiasa dengan cara menyalahgunakan keizinan tinggal dan menggunakan alasan sebagai pelancong. Ketika berakhirnya tempoh masa permit tersebut, mereka kembali semula ke Indonesia untuk memperbaharui pengesahan daripada imigresen, sama adadi Indonesia atau Malaysia.

Aspek lain yang perlu diperhatikan oleh kedua-dua kerajaan ialah keselamatan manusia bukan tradisional ( non traditional human security ). Setiap manusia pasti mempunyai keperluan peribadi, sama ada perkara yang bersifat asas ataupun hanya sebagai pelengkap ke atas keperluan itu. Pada bahagian sebelumnya, penyelidik telah membentangkan perkara berkenaan dengan konsep kemajuan sosial bagi pekerja migran. Namun pada bahagian ini, penyelidik lebih menjurus terhadap keselamatan manusia. Dalam konsep ini, setiap manusia sebenarnya memiliki tanggungjawab peribadi ke atas keselamatannya. Namun kerana urusan migrasi melibatkan antara negara, Kerajaan Indonesia yang melakukan campur tangan kepada tanggungjawab terhadap individu tersebut. Sehinggakan, setiap individu mengharapkan bantuan keselamatan kepada negara asal. Padahal kekuasaan negara adalah tidak mutlak ( absolute ). Negara tersebut memiliki batasan bidang kuasanya. Apatah lagi bagi perkara yang berkenaan dengan urusan peribadi. Sepatutnya setiap individu perlu dan turut bertanggungjawab ke atas keselamatannya sendiri.

Tambahan lagi,urusan pekerja migran tidak berdokumen Indonesia merujuk kepada urusan peribadi. Namun secara praktikalnya, kerajaan kedua-dua negara perlu memberi jaminan dari perilaku rasuah yang menular ke atas kedua-dua negara. Meskipun kesedaran dan kefahaman individu ke atas keselamatannya telah diketahui, tetapi perilaku ejensi kerajaan masih berlaku ketidaktulusan dan permasalahan integriti, maka permasalahan pekerja migran tidak berdokumen adalah terus menerus sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan serius. Seharusnya, peraturan dasar dan peraturan perlu diperkasakan oleh kedua-dua kerajaan, namun perilaku pihak yang cuba mengambil kesempatan kepada rakyat biasa sentiasa terjadi, maka migrasi tidak sah antara Indonesia dan Malaysia tetap menjadi tegangan politik yang berkekalan.

Strategi yang berkesan mesti dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menguruskan isu PATI dan perlu merujuk kepada peraturan yang sedia ada. Namun begitu, isu ini perlu dilihat secara holistik, iaitu tidak hanya melalui dasar kerajaan semata-mata sehingga berlaku tindakan rent-seeking yang membebankan pekerja migran bagi kos pengurusan mendapatkan dokumen rasmi di Malaysia. Proses dokumentasi pekerja migran melalui syarikat swasta mengenakan kos bayaran yang tinggi untuk mendapatkan status sebagai pekerja rasmi. Terdapat ramai PATI dijadikan mangsa kes penipuan dan pemerasan oleh ejensi atau pihak kakitangan kerajaan atau polis. Daripada kes ini, wang yang seharusnya menjadi punca pendapatan kerajaan melalui levi yang dibayar oleh pekerja migran tidak mampu dilunaskan. Perkara initidak menyalahkan sepenuhnya kepada PATI yang tidak bersedia mendaftarkan dirinya, akan tetapi disebabkan maklumat yang terhad, pengurusan yang rumit, rantaian proses yang panjang dan aktiviti penipuan menjadi punca PATI ini tidak mendapatkan dokumen yang sah.

Bukan sekadar itu sahaja, kerajaan Malaysia harus memperketatkan kemasukan pendatang asing melalui ejensi imigresen. Pekerja migran tidak berdokumen dengan mudahnya memasuki Malaysia melalui pelabuhan dan lapangan terbang konvensional. Sudah jarang menjumpai pekerja migran tidak berdokumen yang menggunakan bot untuk memasuki Malaysia. Pada dasarnya, pekerja migran tidak berdokumen juga tahu akan risiko sekiranya menaiki bot untuk memasuki atau keluar dari Malaysia.

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74