AKSES SOSIAL PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

5.2.2.1 AKSES SOSIAL PEKERJA MIGRAN TIDAK BERDOKUMEN

Perkara yang paling sukar diperolehi oleh pekerja migran tidak berdokumen ialah mendapatkan akses sosial dari negara tujuan khususnya di Malaysia. Berkaitan status tidak berdokumen, perkara ini menyebabkan segala keistimewaan ke atas akses sosial yang sepatutnya dimiliki oleh setiap individu terbatas. Sepatutnya, tanpa bias terhadap individu yang memiliki dokumen atau tidak, akses kepada keperluan sosial adalah perkara penting untuk dipenuhi oleh kerajaan berkenaan. Semasa dalam perjalanan memasuki negara tujuan, akses sosial pekerja migran tidak berdokumen juga dirampas oleh suspek yang hendak memasukkan para pekerja ini secara haram. Meskipun begitu, para pekerja migran tidak berdokumen tidak merasakan bahawa hak mereka kepada akses sosial terancam. Bagi mereka, proses yang mencabar dan kesukaran dalam interaksi antara individu dan persekitarannya merupakan kesan yang mesti diterimanya dan dianggap sebagai ketentuan.

Akibat menganggap sebagai suatu ketentuan ini menjadi kekuatan bagi pekerja migran tidak berdokumen untuk sentiasa bertahan ke atas kepayahan yang dilaluinya. Kekuatan tersebut membuatkan pekerja migran tidak mengambil tindakan ke atas tuntutan kepada pihak berkuasa berkenaan dengan akses sosial yang sepatutnya mereka peroleh. Maka, segala kesukaran yang dialami oleh pekerja migran dijadikan sebagai takdir daripada Tuhan dalam menguji setiap umatnya. Mereka amat ikhlas dan pasrah dalam menjalani pancaroba kehidupan sebagai pendatang.

1) KEPERLUAN ASAS

Keperluan asas ini tidak hanya membabitkan kepada keperluan makanan, pakaian dan kediaman, tetapi ianya juga meliputi keselamatan individu pekerja migran tidak berdokumen semasa bekerja. Meskipun mereka tidak memiliki dokumen, majikan memerlukan tenaga dan kepakaran mereka untuk melakukan kerja-kerja peniagaanyang dijalankan oleh majikan. Oleh itu, keperluan asas merupakan hak setiap individu dan perlu dilengkapkan oleh majikan dan kerajaan. Walhal, menjadi pekerja migran tidak berdokumen merupakan bukan pilihan utama individu tersebut, tetapi lebih kepada keterpaksaan atas keadaan yang sukar di kampung halaman mereka.

Secara umumnya, keperluan nutrisi bagi pekerja migran tidak berdokumen dapat diperolehi dengan mudah. Di kawasan kediaman tempat pekerja migran tidak berdokumen, terdapat kedai yang berdekatanmenjual pelbagai keperluan makanan. Kedai tersebut juga membekalkan keperluan makanan tambahan untuk nutrisi kesihatan para pekerja. Semua keperluan sangat mudah diakses oleh pekerja migran. Penggunaan perkataaan “mudah” di sini bermaksud pekerja migran tidak memerlukan wang yang banyak untuk digunakan. Sebagai contoh pekerja migran buruh binaan mampu membeli makanan 10 sehingga 15 kali berdasarkan upah perkerjaan yang diterimanya dalam tempoh sehari. Makanan yang diambil mengandungi pelbagai nutrisi, seperti sayur, daging dan lain-lain. Didapati bekalan makanan seperti ikan adalah mahal bagi pekerja migran tersebut. Sedangkan buah-buahan adalah sangat mudah dan murah yang mampu diperolehi pada kedai –kedai di kawasan tapak pembinaan.

Rawatan kesihatan merupakan perkara serius yang dihadapi oleh pekerja migran tidak berdokumen ini. Statusnya yang tidak berdokumen menyukarkan bagi mereka untuk memperolehi rawatan kesihatan daripada hospital awam kerajaan mahupun swasta. Pihak hospital perlu merekodkan nama pesakit yang diberi rawatan. Permasalahan yang jelas kelihatan di mana pekerja migran tidak berdokumen terpaksa merahasiakan identiti mereka dengan cara mendaftarkan nama pesakit ke atas nama pekerja migran lain yang memiliki dokumen. Maka, identiti berbeza dikemukakan, perkara tersebut adalah diperlukan oleh pihak hospital bagi menghubungi waris terdekat yang bertanggungjawab terhadap pesakit. Namun, kebanyakan pekerja migran tidak berdokumen tidak memilih untuk dirawat ke hospital kerana khuatir akan ditangkap oleh pihak berwajib. Sekiranya pekerja migran tidak berdokumen berada dalam keadaan yang sangat kronik, barulah mereka mendapatkan rawatan ke hospital.

“Ya , saya cuma baca doa la. Baca doa saja. Biar selamat sampai keluar. Itu saja saya” (transkripsi, MW6)

Status tidak berdokumen membawa kepada ketakutan pekerja migran. Kekuatan doa selalunya digunakan apabila sesuatu perkara itu di luar daripada kuasanya. Bahkan mereka tidak berani mengubati diri sendiri sekiranya merasakan kesakitan. Persekitaran tempat kerja pekerja migran tidak berdokumen telah mempengaruhi ketakutan psikososial yang teramat dalam. Sehinggakan mereka adalah sangat takut untuk keluar dari tempat mereka tinggal sekiranya berlaku kemudaratan dan memerlukan rawatan khusus terhadap diri sendiri. Status tidak berdokumen pekerja migran menghalang segala hak yang sepatutnya dimiliki oleh setiap manusia.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, terdapat kekurangan bekalan air bersih di tempat tinggal pekerja migran tidak berdokumen khususnya pada sektor binaan dan kelapa sawit. Kadangkala bekalan air masih sering terputus semasa para pekerja memerlukan air terawat. Pekerja migran sektor sawit terpaksa mandi pada sungai berhampiran dengan kebun kelapa sawit. Namun tidak semua pekerja migran tidak Berdasarkan pemerhatian penyelidik, terdapat kekurangan bekalan air bersih di tempat tinggal pekerja migran tidak berdokumen khususnya pada sektor binaan dan kelapa sawit. Kadangkala bekalan air masih sering terputus semasa para pekerja memerlukan air terawat. Pekerja migran sektor sawit terpaksa mandi pada sungai berhampiran dengan kebun kelapa sawit. Namun tidak semua pekerja migran tidak

Rajah 5.3 Bekalan air bersih yang terhad yang digunakan oleh ratusan pekerja migran untuk keperluan mandian dan mencuci

Kumbahan dan air longkang bertakung merupakan masalah serius pada kediaman pekerja migran sektor pembinaan kerana ketiadaan infrastruktur saliran khas bagi membuang kumbahan tersebut. Akibatnya, terdapat banyak nyamuk dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Persekitaran rumah kongsi tersebutsangat berpotensi kepada endemik nyamuk aedes yang menyebarkan wabak denggi. Meski tidak banyak kes yang dilaporkan, keadaan ini dilihat adalah berpotensi kepada penularan wabak denggi.

Pekerja migran tidak berdokumen sektor binaan biasanya tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Keadaan ini menyebakan pencampuran tempat kediaman dengan barangan bangunan yang tajam, berbau, gelap dan sangat berbahaya. Barangan keras dan berbahaya adalah merata-rata dan berdekatan dengan tempat tinggal pekerja Pekerja migran tidak berdokumen sektor binaan biasanya tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Keadaan ini menyebakan pencampuran tempat kediaman dengan barangan bangunan yang tajam, berbau, gelap dan sangat berbahaya. Barangan keras dan berbahaya adalah merata-rata dan berdekatan dengan tempat tinggal pekerja

Rajah 5.4 Kediaman pekerja migran tidak berdokumen bagi sektor kelapa sawit di tengah-tengah kebun di daerah Banting, Klang

Pekerja migran menganggap sekiranya mendiami rumah kongsi atau rumah kontena dapat menggurangkan kos kediaman. Majikan menyediakan peralatan dan barangan bagi membuat kediaman tersebut. Faktor penjimatan adalah perkara yang penting bagi perkeja migran dan menjadi punca mereka rela mendiami tempat tinggal yang tidak selesa selain tempoh masa yang panjang. Mereka menetap di sana bukan sekadar satu atau dua bulan bahkan bertahun-tahun lamanya. Selain bertahun-tahun mendiami rumah kongsi, mereka juga amat jarang keluar dari tapak di mana mereka kerja. Puncanya amat jelas iaitu ketakutan psikososial terhadap pihak yang berwajib.

Adakalanya pekerja migran tidak berdokumen mendiami rumah pangsapuri awam. Mereka bercampur dengan penghuni tempatan dan pekerja migran lain yang Adakalanya pekerja migran tidak berdokumen mendiami rumah pangsapuri awam. Mereka bercampur dengan penghuni tempatan dan pekerja migran lain yang

Menurut pemerhatian penyelidik daripada segala jenis kediaman pekerja migran tidak berdokumen, kediaman bagi pekerja sektor kelapa sawit adalah paling selamat daripada pihak berkuasa. Kedudukan yang jauh daripada kediaman penduduk tempatan dan berada di tengah-tengahladang membuat pihak berkuasa, jarang melakukan serbuan ke atas mereka. Namun mereka terpaksa berhadapan kesukaran dalam mendapatkan bekalan air bersih. Seperti yang telah dinyatakan di atas bahawa mereka terpaksa menggunakan bekalan air sungai di dalam kebun, di mana air sungai adalah tidak terawat dan sering tercemar dengan bahan-bahan kimia beracun seperti racun serangga dan baja perladangan kelapa sawit.

“ Ya ok kalau tidak ada operasi/serbuan [gelakan] mahu buat permit itu susah” (transkripsi, MW5).

Pekerja migran tidak berdokumen terbiasa mendiami tempat tinggal yang terletak di dalam tempat kerja mereka. Oleh demikian, faktor keselamatan merupakan suatu ancaman selain serbuan daripada pihak berkuasa iaitu merujuk kepada keselamatan daripada persekitaran dan tempat kerja mereka. Semasa terjadi sesuatu kemalangan yang dialami oleh pekerja migran tidak berdokumen, akses kepada rawatan kesihatan amat sukar diperolehi oleh pekerja migran tidak berdokumen tersebut. Maka, keselamatan individu pekerja migran tidak berdokumen amat bergantung kepada jaringan mereka. Jaringan berstruktur dan tersusun mampu dibentuk meskipun ketiadaan pentadbiran bagi melaksanakannya. Namun aspek ini dilihat cukup cekap bagi menyelesaikan setiap permasalahan keselamatan yang dihadapi oleh pekerja migran tidak berdokumen tersebut.

Jaringan menguruskan setiap tindakan pencegahan pihak berkuasa bagi mengurangkan penyiasatan dan serbuan. Pola yang biasa mereka amalkan ialah dengan cara mengumpulkan wang daripada semua pekerja tidak berdokumen. Dana tersebut biasanya dikumpulkan dan diserahkan kepada ketua kerja sektor mereka. Selepas itu, ketua kerja menghulurkan dana tersebut kepada ketua kerja tapak binaan. Ketua tapak binaan biasanya merupakan warganegara yang berasal daripada Indonesia. Ketua tapak binaan ini seterusnya memberikan wang tersebut kepada pihak berkuasa. Terjadi pergeseran berkenaan keselamatan bagi pekerja migran tidak berdokumen. Keselamatan individu pekerja migran tidak berdokumen diperolehi dengan cara yang haram kerana melakukan tindakan rasuah kepada pihak berwajib.

Keadaan ini tidak hanya berlaku pada masa pekerja migran tidak berdokumen sedang berada di tempat kerjanya, malah berlaku semasa mereka melakukan perjalanan menuju tempat kerja dari kediamannya. Terdapat ramai pekerja migran tidak berdokumen mendiami tempat-tempat awam yang bercampur dengan penduduk tempatan dan pekerja migran berdokumen. Sekiranya ketika menjumpai pihak berkuasa di sepanjang jalan, pekerja migran tidak berdokumen sudah terbiasa merasuah pihak berkuasa tersebut. Berlaku proses tawar menawar oleh pihak masing- masing. Pola ini menunjukkan bahawa rasuah antara pekerja migran tidak berdokumen dengan pihak berwajib terjadi tanpa ada kerahsiaan. Semua pekerja migran tidak berdokumen menganggap perkara itu merupakan perkara biasa sahaja hingga mereka merasakan ketidakperluan mendapatkan dokumentasi yang sah. Selain kos dokumentasi yang sangat mahal, pihak berwajib turut mendatangkan masalah terhadap pekerja migran yang berdokumen. Hakikatnya, mereka hanya menginginkan wang daripada pekerja migran, sama ada yang berdokumen mahupun tidak berdokumen. Sebab, penyelidik kadangkala menjumpai pekerja migran tidak berdokumen yang memberikan wang kepada pihak yang berwajib dengan alasan keselamatan.

“ Ya, kasi tahu [dibagitahu] saja keselamatan, tapi tali tidak dipakai (transkripsi, MW2)

Faktor keselamatan di tempat kerja juga menjadi perhatian serius bagi pekerja migran tidak berdokumen. Pekerja tidak berdokumen tidak menggunakan peralatan keselamatan kerja yang disarankan kerana ianya tidak dibekalkan oleh majikannya. Pekerja migran tidak berdokumen juga kadang kala berdegil untuk tidak menggunakan peralatan keselamatan kerja walaupuns emuanya telah disediakan oleh pihak majikan. Sememangnya pekerja migran tidak berdokumen menjadikan keadaan tersebut bertambah rumit meskipun statusnya tidak berdokumen. Peraturan dan panduan keselamatan kerja juga sering diendahkan oleh pekerja migran tidak berdokumen. Situasi ini menguatkan pendapat yang menunjukkan status tidak rasmi atau rasmi seseorang migran sering mempengaruhi kepada sesuatu tindakan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.

2) PEMBANGUNGAN KESEJAHTERAAN

Pembangunan kesejahteraan ini merujuk kepada pertembungan antara hak individu atau komuniti pekerja migran tidak berdokumen dengan interaksi sosial. Ianya merujuk kepada interaksi antara akses sosial dan persekitaran. Perkara ini dijadikan sebagai penunjuk kemajuan sosial dalam ruang lingkup komuniti pekerja migran tidak berdokumen yang merangkumi empat aspek, iaitu akses kepada pengetahuan asas, maklumat dan komunikasi, kesihatan dan kemampanan sekitaran. Ke semua aspek diperincikan seperti berikut.

Bagi pekerja migran tidak berdokumen yang mengetahui maklumat dan fasiliti untuk mendapatkan pengetahuan, sebenarnya terdapat tempat perkumpulan bagi komunitinya untuk terus belajar. Komuniti pekerja migran dari Indonesia membuat sebuah aktiviti atau vokasional bagi pekerja migran di Malaysia. Pusat aktiviti mereka terletakdi Sekolah Indonesia Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang disediakan untuk memupuk minat para pekerja migran yang berkeinginan untuk terus belajar, seperti kursus Bahasa Inggeris, kursus memasak, membuat kek, kursus menjahit, kursus keusahawanan, kursus hak asasi manusia dan hak-hak pekerja, kursus penkomputeran dan lain-lain. Semua aktiviti tersebut diusahakan oleh perwakilan kerajaan Indonesia ke Malaysia melalui Duta Indonesia di Kuala Lumpur. Ke semua mereka tidak kisah Bagi pekerja migran tidak berdokumen yang mengetahui maklumat dan fasiliti untuk mendapatkan pengetahuan, sebenarnya terdapat tempat perkumpulan bagi komunitinya untuk terus belajar. Komuniti pekerja migran dari Indonesia membuat sebuah aktiviti atau vokasional bagi pekerja migran di Malaysia. Pusat aktiviti mereka terletakdi Sekolah Indonesia Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang disediakan untuk memupuk minat para pekerja migran yang berkeinginan untuk terus belajar, seperti kursus Bahasa Inggeris, kursus memasak, membuat kek, kursus menjahit, kursus keusahawanan, kursus hak asasi manusia dan hak-hak pekerja, kursus penkomputeran dan lain-lain. Semua aktiviti tersebut diusahakan oleh perwakilan kerajaan Indonesia ke Malaysia melalui Duta Indonesia di Kuala Lumpur. Ke semua mereka tidak kisah

Dalam konteks ini kerajaan Indonesia berusaha memenuhkan aspek hak individu meskipun mereka berstatus pendatang haram di Malaysia. Daripada keadaan tersebut, kerajaan Indonesia sedaya upaya memenuhkan keperluan kepada semua rakyat Indonesia, ianya juga memberikan pengetahuan berkenaan peraturan-peraturan di Malaysia yang menyatakan kerajaan Malaysia akan mengenakan hukuman terhadap pendatang tanpa izin. Bagi status pekerja migran yang digelar pendatang haram atau tidak berdokumen pelbagai hak mereka ditidakkan. Sebagai contoh terdapat kes pekerja migran tidak berdokumen diperlakukan oleh majikan dengan tidak dibayar. Dalam keadaan ini pekerja migran tidak berdokumen merasa sukar menuntut majikan supaya membayar gajinya kerana aspek status yang tidak berdokumen.

“ Ya, telefon ” (transkripsi, MW13)

Pemenuhan akan aspek maklumat dan komunikasi sebenarnya amat mudah diperolehi oleh pekerja migran tidak berdokumen. Mereka dengan mudah bertukar telefon bimbit dan melanggan talian internet. Sekiranya seseorang individu terhubung dengan talian internet, maka sebenarnya tidak ada perkara yang menghalang mereka daripada akses maklumat dan komunikasi. Ramai pekerja migran tidak berdokumen mendiami tempat tinggal yang bersambung dengan tempat kerja mereka. Namun berkenaan dengan peralatan teknologi khususnya gadjet, mereka tidak turut ketinggalan dan setanding dengan pekerja migran berdokumen mahupun penduduk tempatan. Meski mereka tidak berdokumen, mereka tetap memiliki wang yang mampu untuk membeli barangan yang diinginkan.

Peralatan gadjet yang dimiliki oleh pekerja migran tidak berdokumen juga digunakan sebagai akses untuk mencari maklumat dan komunikasi bagi memperolehi pekerjaan di Malaysia. Bahkan bagi pekerja migran yang mengikuti perkembangan semasa, mereka turut menggunakan aplikasi waze yang mampu mengetahui kehadiran polis yang sedang melakukan serbuan. Aplikasi ini juga digunakan untuk menghindarkan diri daripada permasalahan yang berkaitan dengan status mereka.

Peralatan komunikasi khususnya telefon bimbit bagi pekerja migran tidak berdokumen adalah sangat mustahak. Selain sebagai alatan komunikasi, ianya juga berfungsi sebagai alat untuk selalu berhubung dengan jaringan sosial, di mana jaringan tersebut menyelesaikan pelbagai permasalahan pekerja migran tidak berdokumen.

Sebuah komuniti yang maju ialah komuniti yang selalu mementingkan aspek kesihatan, sama ada kesihatan fizikal dan mental. Komuniti pekerja migran tidak berdokumen dilihat kurang mementingkan kedua-dua aspek tersebut. Hal tersebut dapat dilihat melaui fizikal pekerja migran tidak berdokumen yang mendiami rumah kongsi. Mereka sering mengalami penyakit gatal-gatal dan bekas luka akibat penyakit tersebut yang begitu jelas terlihat pada tangan dan kaki pekerja migran. Keadaan itu merupakan kesan dari gigitan nyamuk atau penggunaan air yang tidak bersih untuk mandi. Namun begitu, tidak banyak pekerja migran yang menderita akibat penyakit kronik dan serius.

Kebanyakan pekerja migran meninggalkan pasangan mereka semasa bekerja di Malaysia. Perkara tersebut terpaksa dilakukan mereka kerana peraturan oleh kedua- dua kerajaan melarangnya untuk membawa keluarga mereka ke Malaysia. Kesan ini memberi pengaruh psikologi terhadap pekerja migran. Namun bagi pekerja migran tidak berdokumen, perkara tersebut bukanlah menjadi suatu permasalahan. Mereka masih dapat membawa pasangan mereka ke Malaysia, namun mereka tidak digalakkan untuk membawa serta anak-anak mereka. Mereka memasuki Malaysia dengan tujuan untuk bekerja, maka mereka perlu memahami bahawa dengan membawa serta anak mereka berkemungkinan mengganggu pekerjaan semasa di Malaysia.

Melalui pelbagai sudut, persekitaran tempat kerja khususnya pekerja migran tidak berdokumen adalah tidak sihat dan tidak selamat. Persekitaran kerja yang berhampiran dengan kediaman, bekalan air bersih yang terhad yang terpaksa dikongsi bersama boleh menjadikan keadaan tersebut menjadi tidak sihat. Keadaan ini boleh menyebabkan perkara tersebut berterusan dalam menguruskan kesihatan pada masa hadapan. Akan tetapi jika diperhatikan terhadap keadaan sekeliling di kampung atau Melalui pelbagai sudut, persekitaran tempat kerja khususnya pekerja migran tidak berdokumen adalah tidak sihat dan tidak selamat. Persekitaran kerja yang berhampiran dengan kediaman, bekalan air bersih yang terhad yang terpaksa dikongsi bersama boleh menjadikan keadaan tersebut menjadi tidak sihat. Keadaan ini boleh menyebabkan perkara tersebut berterusan dalam menguruskan kesihatan pada masa hadapan. Akan tetapi jika diperhatikan terhadap keadaan sekeliling di kampung atau

Beberapa pekerja migran tidak berdokumen telah berjaya selepas melakukan peratauan. Namun, individu yang tewas dan gagal selepas perantau juga lebih banyak. Penyelidik melihat perkara tersebut disebabkan kebanyakan mereka tidak merancang tujuan utama untuk bermigrasi. Mereka menggunakan hasil daripada bekerja di luar negara hanya untuk keperluan harian, sama ada untuk dirinya sendiri mahupun untuk keluarga yang ditinggalkan di kampung. Terdapat sedikit sahaja pekerja migran tidak berdokumen yang memiliki perancangan utama untuk memulakan aktiviti keusahawanan selepas pulang dari perantauan. Manakala, selepas mereka pulang kampung, kebanyakannya menghabiskan wang hasil daripada bekerja di luar negara untuk keperluan seperti makanan seharian. Selain itu, mereka selalu bermewah- mewahan, membina rumah, membeli kenderaan baharu dan pembelian lain yang bukan merupakan keperluan asas.

3) PELUANG

Meskipun tidak memiliki dokumen yang sah, pekerja migran tidak berdokumen ini juga berhak diberi peluang dalam konteks keselamatan dan kemudahan mengakses. Peluang yang dimaksudkan merangkumi aspek keadilan, kebebasan memilih dalam konteks politik, memperolehi toleransi ke atas perbezaan dalam interaksi di tempat kerja dan akses kepada pengajian tinggi di negara penempatan. Semuanya merupakan hak bagi setiap peribadi. Sepatutnya, tanpa menghiraukan status mereka, peranan kerajaan dilihat perlu membuka peluang terhadap perkara tersebut. Kelengkapan itu mesti diberikan terhadap pengurusan migrasi antara Indonesia dan Malaysia yang dilihat masih belum terdapat penambahbaikan antara satu sama lain.

Memperolehi perlakuan yang adil daripada semua pihak ialah hak bagi semua individu tanpa terkecuali, termasuk bagi pekerja migran tidak berdokumen. Namun, kerapkali mereka menerima ketidakadilan kerana status mereka yang tidak berdokumen. Statustidak berdokumen membuatkan kedudukan pekerja migran menjadi semakin lemah ketika berhadapan dengan undang-undang. Walau bagaimanapun, undang-undang dijadikan sebagai alat untuk memperolehi keadilan bagi setiap individu. Undang-undang juga memiliki tatacara untuk mewujudkan keadilan. Salah satu tatacara tersebut perlu menunjukkan identiti dan pengenalan sebagai prasyarat. Statustidak berdokumen itu menggugurkan hak untuk memperolehi keadilan bagi pekerja migran tersebut. Pihak kehakiman pasti meminta mereka utuk mengusulkan keperluan menetap di Malaysia. Sekiranya tidak diperkenankan untuk tinggal di Malaysia, maka pihak kehakiman serta merta menolak permintaan yang dibuat. Terdapat banyak kes pekerja migran tidak berdokumen menuntut bayaran gajinya oleh majikan. Namun disebabkan status tidak berdokumen, mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain pasrah kepada ketentuan.

Terdapat kes yang berupaya dikemukakan ke mahkamah meski pekerja tersebut tidak memiliki dokumen. Namun jumlahnya tidak ramai seperti kes pekerja migran sektorpekerja rumah. Pihak NGO tempatan seperti Tenaganita dilihat turut sama membantu mereka dalam menegakkan keadilan bagi yang teraniaya. Kes pekerja pekerja rumah kerap ditangani oleh NGO Tenaganita dan kebanyakan mereka sememangnya tidak memiliki dokumen dan diperlakukan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab. Padahal jelas sekali menunjukkan undang-undang di Malaysia menyatakan bahawa bagi sesiapa yang memperlakukan pekerja tidak berdokumen boleh dihukum dengan sekurang-kurangnya enam bulan penjara atau kurang daripada

2 tahun dan denda sebanyak RM 50,000. Ketika kes difailkan ke Mahkamah, hakim pasti meminta dokumen perjalanan seseorang pekerja tersebut. Perdebatan tidak dapat membantu kerana hakim semestinya menyoal kedudukan yang sah kepada sesiapa yang cuba mempertikaikan dalam sebarang keputusan. Akan tetapi Tenaganita berpendapat bahawa pekerja migran tersebut tidak berdokumen bukan semuanya harus dipersalahkan terhadap mereka. Sepatutnya majikan perlu mendapatkan dokumen tersebut buat mereka, tetapi tidak seperti diharapkan. Tuntutan biasanya berkaitan dengan gaji yang tidak dilunaskan oleh majikan. Sekiranya berlaku jenayah 2 tahun dan denda sebanyak RM 50,000. Ketika kes difailkan ke Mahkamah, hakim pasti meminta dokumen perjalanan seseorang pekerja tersebut. Perdebatan tidak dapat membantu kerana hakim semestinya menyoal kedudukan yang sah kepada sesiapa yang cuba mempertikaikan dalam sebarang keputusan. Akan tetapi Tenaganita berpendapat bahawa pekerja migran tersebut tidak berdokumen bukan semuanya harus dipersalahkan terhadap mereka. Sepatutnya majikan perlu mendapatkan dokumen tersebut buat mereka, tetapi tidak seperti diharapkan. Tuntutan biasanya berkaitan dengan gaji yang tidak dilunaskan oleh majikan. Sekiranya berlaku jenayah

Pada masa pilihan raya Indonesia tahun 2014 lalu, semua pekerja migran tidak berdokumen tidak dapat menyalurkan keputusan untuk memilih ahli parlimen dan presiden mereka. Bahkan terdapat pekerja migran yang tidak pernah menggunakan hak untuk memilih pada pilihan raya kerana tidak pernah direkodkan kedatangannya dan tidak pernah pulang ke Indonesia. Terdapat inisiatif kerajaan Indonesia meyebarkan maklumat agar semua warga Indonesia yang berdokumen atau tidak berdokumen boleh mengundi secara langsung tempat mengundi pada penemapatan Duta Indonesia dengan hanya menunjukkan kad pengenalan Indonesia sahaja. Tetapi, mereka mengambil jalan selamat untuk tidak melakukan pengundian kerana ketakutan dan berkemungkinan terjadi perkara yang buruk semasa perjalanan ke lokasi Duta Indonesia. Tidak hanya itu, ramai pekerja migran yang berdokumen turut tidak dapat mengundi kerana mereka sibuk bekerja. Majikan tidak membenarkan mereka bercuti untuk mengundi pada pilihan raya tersebut.

Kebebasan memilih tidak hanya melibatkan pada pilihan raya sahaja, ianya juga termasuk mengenai seseorang dalam memilih status warganegara, bagi mengekalkan status warganegara Indonesia atau berpindah menjadi warganegara Malaysia. Ramai pekerja migran tidak berdokumen yang tidak memiliki dokumen menukarkan status wargnegaranya menjadi warga negara Malaysia. Punca perkara tersebut tidak dapat dipastikan dan memerlukan suatu kajian khusus dan berterusan. Deklarasi hak asasi manusia menyokong setiap individu untuk berpindah dari satu tempat ke temapt laina dan kebebasan menentukan status warganegara yang dipilih.

Kesan migrasi terlihat ke atas peradaban dan kebudayaan daripada para migran ke negara tujuan. Meskipun Malaysia merupakan majoriti penduduknya berargama Islam, seperti yang dianuti oleh kebanyakan pekerja migran tidak berdokumen yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi terdapat perbezaan dalam budaya tersendiri oleh bangsa ini. Dalam konteks ritual ibadah tidaklah menampakan perbezaan, tetapi terdapat perbezaan interaksi. Telah ada tanggapan negatif terhadap etnik tertentu yang dirasai oleh warga tempatan oleh pekerja migran Indonesia seperti etnik Lombok yang Kesan migrasi terlihat ke atas peradaban dan kebudayaan daripada para migran ke negara tujuan. Meskipun Malaysia merupakan majoriti penduduknya berargama Islam, seperti yang dianuti oleh kebanyakan pekerja migran tidak berdokumen yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi terdapat perbezaan dalam budaya tersendiri oleh bangsa ini. Dalam konteks ritual ibadah tidaklah menampakan perbezaan, tetapi terdapat perbezaan interaksi. Telah ada tanggapan negatif terhadap etnik tertentu yang dirasai oleh warga tempatan oleh pekerja migran Indonesia seperti etnik Lombok yang

Sebenarnya kes yang terjadi tidak boleh digeneralisasi ke atas beberapa kes sahaja. Namun terdapat beberapa sebab-perkara tersebut berlaku. Seperti orang Madura, mereka selalu menggunakan parang atau dikenali sebagai carok semasa begaduh sehingga berlaku kematian. Perkara tersebut berlaku kerana terdapat diperebutkan seperti “pusaka” oleh etnik Madura. Menurut Rochana (2012), terdapat tiga “pusaka” yang dimiliki oleh etnik Madura dan perlu dipertahankan walaupun

nyawa menjadi taruhan. Tiga pusaka yang dimaksudkan ialah tanean lanjeng (rumah adat), pekerjaan dan wanita. Kebanyakan responden yang melakukan perjalanan secara tidak rasmi ke Malaysia merupakan etnik Madura. Bagi etnik Madura yang memiliki pegangan dan prinsip yang tinggi, mereka tidak sesekali akan merebut pekerjaan yang telah dikerjakan oleh etnik yang sama.

“sama -sama cari makan, tidak boleh lah cucuk-cucuk pasal kerja (Transkripsi MW13)

Bagi memulihkan nama yang dilabelkan sebagai etnik tertentu, bukanlah perkara yang mudah. Ikatan Keluarga Madura (IKMA) merupakan persatuan warga Madura yang berada di Malaysia, berupaya membaiki nama ke atas etnik Madura di Malaysia. Mereka menggunakan pendekatan agama kerana IKMA mengetahui bahawa warga tempatan majoritinya terdiri daripada kaum Malayu iaitu muslim. Kebiasaanya, pada hari-hari kebesaran keagamaan, IKMA berusaha mengadakan aktiviti pengajian islam dengan menjemput warga tempatan. Upaya ini dilakukan untuk menyambungkan hubungan sosial antara pendatang dan warga tempatan. Apatah lagi sememangnya etnik Madura sangat ramah sehingga lebih mudah dalam aspek penyatuan sosial

Sepertimana telah dinyatakan pada bahagian sebelumnya, terdapat ramai pekerja migran yang berasal daripada Indonesia yang menumpukan aktiviti mereka di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur (SIKL). Tanpa sebarang kekhuatiran sama ada mereka memiliki dokumen atau tidak, ramai pekerja migran Indonesia menambah pengetahuan mereka di SIKL. Namun peluang hanya diberikan kepada mereka yang berdokumen sahaja bagi melanjutkan pendidikan ke pengajian tinggi terbuka, di mana Universiti Terbuka Indonesia telah membuka ruang bagi kelompok pelajar di SIKL. Bagi pekerja migran tidak berdokumen, mereka hanya mengikuti kursus kemahiran hidup atau vokasional, seperti kemahiran berbahasa Inggeris, memasak, menjahit, komputer dan keusahawanan.

Terdapat beberapa program pengajian peringkat pra-siswazah yang boleh diikuti oleh pekerja migran seperti program Bahasa Inggeris, komunikasi, perundangan dan sosiologi. Sekiranya terdapat pekerja migran tidak berdokumen yang berminat untuk melanjutkan pengajian tersebut mesti mendapatkan dokumentasi yang sah terlebih dahulu. Dalam aspek ini, sebenarnya pekerja migran tidak berdokumen tersebut memahami keperluan mereka untuk menambah pengetahuan. Mereka juga sedar bahawa tidak selamanya mereka akan menetap di Malaysia. Maka, pengetahuan dan ilmu yang mereka pelajari semasa di perantauan dipercayaisangat bermanfaat selepas melakukan migrasi. Dalam konteks lain, kiriman wang ( remittance ) tidak hanya bererti kepada nilai wang semata-mata, akan tetapi disiplin, pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pekerja migran merupakan bahagian daripada social remittance .

Dokumen yang terkait

Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Produktivitas Kerja Pekerja Wanita Penyadap Karet di PDP Gunung Pasang Kabupaten Jember Factors Related with Work Productivity of Women Rubber Tapper Workers at PDP Gunung Pasang Jember Regency

0 28 6

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

Gambaran Keselamatan Kerja Berdasarkan Perilaku Kerja Pada Pekerja Mekanik di Unit Wheel dan Brake PT GMF AeroAsia Tahun 2015

2 42 183

Representasi Pesan Dakwah Islam Dan Nilai-Nilai Jurnalisme Profetik Tentang Obat-Obatan Haram Pada Program Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi (Studi Kasus Berita Obat-Obatan Haram Pada Berita Liputan Utama Di Hidayatullah Televisi)

0 40 111

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kenaikan Tekanan Darah pada Pekerja yang Terpajan Kebisingan di PT. “X” Indonesia Tahun 2014

0 32 132

Peranan United Nation Children's Fund (UNICEF) Dalam Penanganan Pekerja Seks Komersial Anak Di India

5 83 96

Peranan International Labour Organization Melalui Program International Programme On the Elimination Of Child Labour (IPEC) Dalam Penanggulangan Pekerja Anak Di Indonesia

1 25 139

prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air

9 64 69

Perancangan Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas (SPPD) Pada Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Provinsi Jawa Barat

49 305 72

Peran Migrant Care Dalam Mengatasi Masalah Perdagangan Manusia yang Terjadi Terhadap Pekerja Migran Indonesia di Malaysia 2011-2015

4 35 74