2.2.8 Keperluan Latihan
Aktiviti latihan, pendidikan dan pembangunan secara umumnya berkait rapat dengan pembangunan individu. Ini kerana individu pekerja adalah peserta utama
aktiviti-aktiviti ini. Latihan, pendidikan dan pembangunan diberi kepada pekerja bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikapnya supaya menjadi lebih produktif.
Ini dapat meningkatkan keuntungan dan keefisienan organisasi.
Pekerja proaktif juga mempunyai prestasi yang tinggi dan ini menjamin masa depannya di dalam organisasi daripada segi kenaikan pangkat dan gaji. Aktiviti
pembelajaran tidak kira latihan, pendidikan ataupun pembangunan dianggap sebagai pembelajaran dewasa apabila autonomi kendiri dewasa Adult’s Autonomy
mempunyai fokus ke arah pembelajaran dan pengalaman menjadi sumber pengalaman utama Simpson, 1980.
Guru perlu mengalami latihan-latihan praktik secara berterusan dan sistematik. Keperluan latihan akan membantu guru dalam menangani masalah
disiplin pelajar. Guru yang cekap dan pakar akan mempamerkan ciri-ciri profesionalisme yang cemerlang dalam bilik darjah. Latihan profesional yang
diterima dalam bidang pendidikan, guru perlu cekap dalam mengaplikasikan pelbagai teori, pengetahuan dan kemahiran bagi mengukuhkan amalan-amalannya di
sekolah dan di bilik darjah.
Menurut Abd. Rahim Abdul Rashid 1999, seorang guru perlu mempunyai latihan dan pengetahuan, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran. Pengetahuan guru dari perspektif pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan seseorang guru memainkan peranannya dengan lebih efektif dan
mampu menangani pelbagai masalah yang dihadapi.
Menurut Abdullah Sani Yahaya 2005, tugas utama guru di dalam kelas adalah sebagi penyampai ilmu. Oleh itu, guru mestilah menguasai kemahiran dalam
pelbagai ilmu supaya isi pengajarannya mencakupi keseluruhan sukatan pelajaran. Seseorang pelajar berasa lebih yakin sekiranya dapat belajar dengan guru yang mahir
dalam sesuatu mata pelajaran.
2.2.9 Jantina
Pengelasan jantina adalah lelaki yang mempamerkan trait kelelakian dan permpuan menonjolkan trait keperempuanan. Sebaliknya, lelaki yang bersifat
keperempuanan dan permpuan yang bersifat kelelakian menggambarkan identiti silang jantina. Oleh itu, orientasi peranan jantina dapat didefinisikan sebagai sejauh
mana mereka dapat mengabungkan trait jenis jantina kedalam identiti diri mereka yang sebenar Hopkins J.Roy, 1983: 135.
Manusia pada zaman ini mengkategorikan kelelakian dan keperempuanan berdasarkan tingkah laku yang ditetapkan. Kajian mendapati, sifat kelelakian dapat
ditentukan melalui trait seperti agresif, asertif, menonjol, boleh ditandingi, dominan, kuasa paksaan dan lebih berdikari. Lelaki dijangka lebih aktif, dapat diterokai,
bermatlamat, berkecenderungan ke arah aktiviti luaran berbanding perempuan. Mereka berusaha untuk pencapaian dan kegemilangan, dapat mengawal emosi, lebih
tinggi dan lebih kelelakian dan mempunyai banyak bulu badan daripada perempuan.
Trait-trait perempuan bertentangan dengan trait-trait lelaki. Perempuan digambarkan memiliki trait negatif ketidaktandingan, pasif dan submisif. Atribut
positif pula seperti menarik, kelembutan, mesra dan berbudi pekerti. Perempuan juga digambarkan lebih kecil, lebih lembut, kurang kelelakian dan kurang berbulu
berbanding lelaki. Kadang kala trait-trait lelaki dan perempuan dikaitkan dengan
budaya stereotaip McCandless, Boyd R.Coop, Richard H, 1979: 94.
2.3 Masalah Disiplin Kini