BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Dalam Bahagian Bab 4 ini akan menunjukkan keputusan dan keterangan bagi dapatan data yang telah dianalisis menggunakan perisian SPSS version 15.0. Kajian
yang dijalankan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi
kemerosotan disiplin pelajar dari persepsi guru-guru disiplin dari dua puluh buah sekolah menengah di Johor. Responden yang terlibat iaitu guru-guru disiplin sekolah
menengah dari empat buah daerah di Johor. Daerah-daerah tersebuat adalah Daerah Johor Bahru, Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kulai. Seramai 200 orang guru tidak
termasuk penyelidik merupakan sampel kajian ini.
Bahagian 4.2 menggambarkan latar belakang para guru seperti jantina, kaum, agama, umur, lokasi, pendapatan dan lain-lain. Manakala Bahagian 4.3 melibatkan
pandangan guru mengenai masalah-masalah disiplin. Bahagian 4.4 merupakan persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam mengurus disiplin. Bahagian 4.5
melibatkan keperluan latihan untuk guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar. Selain itu, bahagian 4.6 pula menerangkan tentang faktor dominan.
4.2 Demografi Kajian
Jadual 4.2.1:
Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina Jantina
Kekerapan Peratus
Lelaki 88 44.0
Perempuan 112 56.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 4.2.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina di mana seramai 112 orang atau 56.0 peratus adalah perempuan dan
seramai 88 orang atau 44.0 peratus adalah lelaki.
Jadual 4.2.2
: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kaum Kaum
Kekerapan Peratus
Melayu 124 62.0
Cina 40 20.0
India 34 17.0
Lain-lain 2 1.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 4.2.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kaum. Majoriti responden adalah terdiri dari kaum Melayu iaitu seramai
124 orang atau 62.0 peratus, diikuti seramai 40 orang atau 20 peratus adalah kaum cina dan seramai 34 orang atau 17 peratus adalah kaum India. Kaum selain Melayu,
Cina dan India mempunyai jumlah paling rendah iaitu 2 orang atau 1 peratus.
Jadual 4.2.3 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut lokasi
Lokasi Kekerapan
Peratus Bandar 100
50.0 Luar Bandar
100 50.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 4.2.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut lokasi di mana lokasi responden yang tinggal di kawasan luar bandar dan
bandar mempunyai jumlah peratusan responden yang sama iaitu seramai 100 orang atau 50 peratus.
Jadual 4.2.4 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut agama
Agama Kekerapan
Peratus Islam 128
64.0 Hindu 35
17.5 Kristian 3
1.5 Buddha 32
16.0 Bahai 2
1.0 Jumlah 200
100.0
Jadual 4.2.4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut agama. Didapati hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden
adalah beragama Islam iaitu seramai 128 orang atau 64 peratus, diikuti dengan responden beragama Hindu seramai 35 orang atau 17.5 peratus, seramai 32 orang
atau 16 peratus adalah responden yang beragama Buddha dan seramai 3 orang atau 1.5 peratus responden adalah beragama Kristian. Bagi agama yang lain-lain, bilangan
responden adalah seramai 2 orang atau 1 peratus.
Jadual 4.2.5 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umur
Umur Kekerapan
Peratus 20 – 30 Tahun
80 40.0
31 – 40 Tahun 77
38.5 41 – 50 Tahun
42 21.0
50 Tahun Ke Atas 1
0.5 Jumlah 200
100.0 Min = 34.1 , Minimum = 24 , Maksimum = 54
Jadual 4.2.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umur. Jumlah responden yang berumur antara 20 hingga 30 tahun adalah
paling tinggi iaitu seramai 80 orang atau 40 peratus dan seramai 77 orang atau 38.5 peratus responden berumur dalam lingkungan 31hingga 40 tahun. Seramai 42 orang
atau 21 peratus responden berumur antara 41 hingga 50 tahun dan hanya seorang atau 0.5 peratus yang berumur 50 tahun ke atas.
Jadual 4.2.6 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut pendapatan
Pendapatan Kekerapan
Peratus RM1000 – RM1500
1 0.5
RM1501 – RM2000 71
35.5 RM2001 – RM2500
53 26.5
RM2501 – RM3000 51
25.5 RM3001 – RM3500
14 7.0
RM3501 – RM4000 9
4.5 RM4001 – RM4500
- -
Lebih dari RM4501 1
0.5 Jumlah 200
100.0 Min = RM 2443.2, Minimum = RM 1500, Maksimum = RM 5000
Jadual 4.2.6 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut pendapatan. Majoriti responden memperoleh pendapatan antara RM1501 hingga RM2000 iaitu
seramai 71 orang atau 35.5 peratus. Ini diikuti dengan responden yang berumur antara RM2001 hingga RM2500 dengan bilangan responden seramai 53 orang atau
26.5 peratus dan seramai 51 orang responden atau 25.5 peratus yang memperoleh pendapatan antara RM2501 hingga RM3000. Seramai 14 orang responden atau 7.0
peratus memperoleh pendapatan antara RM3001 hingga RM3500 manakala bagi responden yang memperoleh pendapatan antara RM3501 hingga RM4000
menunjukkan 9 orang responden atau 4.5 peratus yang memperoleh pendapatan ini. Bagi responden yang memperoleh pendapatan antara RM1000 hingga RM1500 dan
lebih dari RM4501 masing-masing menunjukkan sebanyak seorang responden atau 0.5 peratus.
4.3 Persoalan Kajian 1 : Apakah Faktor Yang Paling Dominan Yang