Masalah Disiplin Kini faktor faktor kemerosotan disiplin siswa

berbanding lelaki. Kadang kala trait-trait lelaki dan perempuan dikaitkan dengan budaya stereotaip McCandless, Boyd R.Coop, Richard H, 1979: 94.

2.3 Masalah Disiplin Kini

Masalah-masalah disiplin yang timbul pada masa kini boleh dikategorikan kepada empat jenis, iaitu jenayah, kelakuan negatif, membolos dan menipu. Jadual berikut menghuraikan jenis-jenis masalah disiplin sekolah terdapat di dalam setiap kategorinya. Ponteng merupakan salah satu isu yang sering mendapat perhatian dari semua golongan. Masalah ini bukan berlaku di negara ini sahaja, malah ianya berlaku di seluruh dunia sama ada di negara-negara maju, mahupun mundur. Oleh yang demikian, pendidikan memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu tersebut. Salah satu peranan dalam pendidikan ialah penerapan nilai-nilai murni dalam diri bagi membentuk sikap pelajar. Ia merupakan penyerapan ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk praktis. Pendidikan juga membentuk tabiat dan sikap seseorang pelajar dalam pelbagai sapek kehidupan, sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak mahupun sosial pelajar supaya dapat mengabdikan siri kepada Allah. Abdullah Ishak, 1995. Jadual 2.1 : Jenis-Jenis Masalah Disiplin Sekolah Kategori Jenis Masalah Disiplin Jenayah Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut, menyertai kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, merokok, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah dan pelbagai kesalahan jenayah yang melibatkan pihak polis. Kelakuan negatif Berambut panjang, memakai kasut, dan stoking berwarna, baju T, kuku panjang, bercakap kasar, tidak hormati guru, makan di bilik darjah, membuat bising, membuli, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru lain-lain. Membolos Ponteng kelas, sekolah dan aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, berkhayal, tidur dan lain-lain. Menipu Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura dan lain-lain. Sumber: Dipetik dari Mok Soon Sang 2005 Mengikut analisis dalam buku PTK, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi dan berlaku di peringkat sekolah menurut urutan ialah: i. ponteng sekolah ii. mengancam murid sekolah iii. mencuri iv. berkasar dengan murid sekolah v. berbahasa kesat vi. datang sekolahmasuk kelas lewat vii. membuat bising dan mengganggu pelajaran viii. merosakkan harta benda sekolah ix. ponteng aktiviti kokurikulum x. ponteng kelas Dipetik dari Mok Soon Sang 2005 Akhbar Berita Harian 8 Ogos 2000, melaporkan sebanyak 38,053 kes pelanggaran disiplin adalah ponteng. Bilangan kes ponteng adalah paling tinggi berbanding dengan kes-kes perlanggaran disiplin yang lain. Ini menunjukkan betapa seriusnya kes ponteng sekolah pada masa ini. Akhbar Berita harian 13 Ogos 2005 melaporkan salah laku disiplin pada tahun 2003 adalah sebanyak 2.11 peratus dan salah laku disiplin pada tahun 2004 adalah sebanyak 2.07 peratus. Menurut Dr.Ahamad Sipon berkata Kementerian Pelajaran sudah melantik 7265 kaunselor sekolah menengah dan 2687 guru bimbingan sekolah rendah bagi menangani gejala disiplin. Jadual di bawah menunjukkan kes salah laku di sekolah mengikut kategori dan peratusan kes pada tahun 1999: Jadual 2.2 : Kes Salah Laku Di Sekolah. KATEGORI BILANGAN KES PERATUSAN KES 1. Tingkah laku jenayah 2. Tingkah laku lucah 3. Tiada kekemasan diri 4. Tidak pentingkan masa 5. Kurang sopan 6. Tingkah laku musnah 7. Tidak jujur 8. Ponteng 9. Lain-lain salah laku yang tidak diberi kod dalam buku rekod dalam buku rekod salah laku. 16,215 2,384 7,693 8,804 20,844 2,304 1,394 38, 053 758 0.338 0.050 0.160 0.184 0.434 0.048 0.029 0.793 0.016 JUMLAH 98,449 2,051 Sumber : Berita Harian 18 Ogos 2000 Kes-kes pelanggaran peraturan disiplin di salah sebuah sekolah di Melaka dari bulan Januari hingga Mac 2001 dapat dilihat daripada jadual di bawah: Jadual 2.3 : Kes Pelanggaran Peraturan Disiplin Di Sebuah Sekolah Di Melaka. Bil Jenis Kesalahan Tkt.1 Tkt.2 Tkt.3 Tkt.4 Tkt.5 1 Mencuri 2 1 - - - 2 Mengancam melawan - 1 1 1 3 3 Mengancam melawan pengawas - - - 3 - 4 Membuli murid - - 1 - - 5 Melukis gambar lucah 1 - - - - 6 Kurang sopan tidak hormat guru - 2 - - - 7 Merokok dalam kawasan sekolah 3 1 1 4 5 8 Ponteng kelas 1 5 - - - 9 Ponteng sekolah 1 13 1 15 - JUMLAH 8 23 4 13 8 Sumber: Pejabat Pelajaran Negeri Melaka Mengikut Ee Ah Meng 2005, salah laku punca masalah disiplin adalah keadaan fizikal bilik darjah yang kurang selesa. Misalnya, kerusi meja terlalu sesak, tidak teratur, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara dan tempat kurang bersih. Keadaan fizikal ini menjadikan murid-murid gelisah dan kurang selesa. Selain itu, bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah pula mudah menimbulkan masalah disiplin kerana murid-murid yang tidak dapat layanan yang wajar daripada guru ataupun tidak dapat mengikut pelajaran yang diajarkan akan merasa bosan kecewa, kemudiannya menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah.

2.4 Teori-Teori Kemerosotan Disiplin