Kemahiran Mengurus Disiplin Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar

Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar, bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada mengenakan hukuman.

2.2.7 Kemahiran Mengurus Disiplin

Tugas sebagai pengurus, khusus di peringkat bilik darjah memerlukan pelbagai kemahiran. Di samping perubahan dan kemajuan yang pesat berlaku dalam dunia pendidikan, profesion perguruan juga berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan seseorang guru lebih cekap, bersifat profesional dan mempunyai pelbagai kemahiran supaya guru lebih cekap, bersifat profesional dan mempunyai pelbagai kemahiran supaya guru dapat menangani pelbagai masalah dan melaksankan tugas dan bertanggungjawabnya dengan lebih dedikasi dan berkesan. Antara kemahiran yang sangat penting dimiliki oleh seseorang guru ialah kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran pengajaran, kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kaunseling dan kemahiran teknologi maklumat. Perancangan yang baik akan memberi kesan kesan yang positif kepada kemajuan dan perkembangan pelajar, pelaksanakan kurikulum, kecekapan pengajaran, kegiatan dan aktiviti pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan banyak bergantung kepada kemahiran mengajar yang boleh mencorakkan suasana belajar yang menarik, mencabar dan mengembangkan potensi pelajar. Kemahiran pengajaran guru juga bergantung kepada strategi dan pendekatan pengajarannya yang berfokuskan kepada objektif, teratur, jelas, mudah difahami dan melibatkan pelajar secara aktif. Kemahiran interpersonal juga sangat penting bagi membolehkan seseorang guru menyesuaikan diri dengan guru-guru lain dan orang lain dalam dunia sosial yang bersifat personal dan lebih terbuka. Kemahiran ini membantu guru dalam menangani pelbagai masalah dan konflik interpersonal yang wujud dalam corak hubungan di bilik darjah. Kemahiran kumunikasi juga sangat penting bagi membolehkan seseorang guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan lancar, jelas dan mudah difahami. Guru perlu melanjutkan pengetahuan melalui amalan membaca yang dapat mengembangkan pemikiran dan daya intelektual. Guru juga perlu memiliki sifat kepimpinan yang baik dengan memberikan contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajar, memberi aspirasi dan inspirasi kepada generasi muda atau anak didiknya serta menanamkam idealisme perjuangan dan kehidupan berhemah dan bermoral. Guru sebagai pemimpin generasi muda perlu memiliki sifat-sifat yang terpuji dan berperanan sebagai model yang dihormati dan dikagumi. Kemahiran kaunseling adalah satu kemahiran menyelesaikan masalah sosial, personal dan interpersonal melalui runding cara dan bersemuka. Teknik kaunseling dalam pengajaran dan pendidikan juga menjadi semakin penting dan ia adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai bagi meningkatkan kecekapan guru bagi menangani dan menyelesaikan pelbagai masalah kekusutan emosi, masalah sikap, masalah tingkah laku, masalah moral, masalah psikologi dan masalah belajaryang dihadapi oleh golongan guru. Guru-guru dikehendaki memainkan peranan penting bagi meningkatkan proses bimbingan kaunseling terapi kaunseling sama ada kepada individu yang bermasalah pembelajaran ataupun kepada kelompok tertentu yang bermasalah. Perkembangan yang pesat teknologi maklumat dalam pengurusan dan pendidikan memerlukan setiap guru menguasai kemahiran teknologi tersebut. Komputer pada masa ini telah digunakan dengan meluasnya di sekolah dan di bilik darjah. Kemajuan teknologi maklumat memberi cabaran baru kepada kaedah dan pendekatan mengajar yang tidak berapa sesuai dengan perkembangan pendidikan dan persekolahan pada era abad ke-21. Kecekapan dan prestasi tugas guru di dalam bilik darjah juga akan dipengaruhi oleh kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru. Pengurusan dan pelaksanaan tugas seseorang guru tidak mungkin berkesan jika sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran yang baik dalam bidang-bidang kemahiran asas dan kemahiran strategik. Menurut Ibit 2001, guru perlu ada kemahiran mengetahui jenis kesalahaan yang dilakukan oleh pelajar barulah kaedah-kaedah penyelesaian dipilih mengikut kesesuaian jenis kesalahan yang dilakukan. S.Sigamaoney 1984, menyatakan bahawa soal mengurus disiplin bukanlah tugas Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Guru Disiplin. Walaupun mereka adalah : ‘Guardian of Discipline’ di sekolah, peranan guru-guru dalam disiplin adalah lebih penting daripada pihak pentadbiran kerana merekalah yang akan berada di kelas dan di padang permainan dalam kadar masa yang panjang dengan pelajar-pelajar. Perhubungan serta kemahiran interaksi guru dengan pelajar adalah secara terus menerus. Tugas memelihara disiplin sekolah adalah tugas utama semua guru di sesebuah sekolah dan bukan tugas utama pihak pentadbiran dan Guru Disiplin sahaja. Kemahiran mengurus disiplin yang berkesan dan cekap membolehkan proses pengajaran dijalankan secara licin dan teratur. Suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi tenang dan pelajar memahami kandungan pengajaran dengan lebih sempurna. Selain itu, jika pelajar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, keselamatan mereka akan terjamin. Melalui kemahiran mengurus disiplin yang baik, nilai moral pelajar dapat dibentuk dan dipupuk ke tahap yang memuaskan dan suasana bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Mohd. Ismail Othman,2004.

2.2.8 Keperluan Latihan