Faktor Sikap Pelajar Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar

2.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar

Mengikut Ee Ah Meng 1990, disiplin merupakan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang itu. Kini terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotan pelajar. Antaranya adalah seperti berikut:-

2.2.1 Faktor Sikap Pelajar

Masalah kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar mempercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti ini bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks, dan para remaja sering menumpukan perhatian mereka kepada perkara- perkara seperti ketidakpuasan hidup, kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami orang lain. Semua ini dicetuskan oleh hubungan sosial dengan alam sekeliling mereka, yang akhirnya memaksa ramai golongan remaja kini cuba bertindak mengikut perasaan tanpa mengambil kira ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Akhirnya lahirlah konflik peribadi yang juga dikenali sebagai krisis identiti kepada golongan remaja yang bermotivasi rendah dan tidak yakin dalam menerima hakikat hidup. Hurlock 1973, kaum remaja akan mengalami gangguan emosi seperti kebimbangan. Gangguan emosi ini berlaku akibat dari kegagalan membuat penyesuian semasa bertembung dengan situasi-situasi baru. Apabila tidak ada penyelesaian yang memuaskan antara individu dengan persekitaran, maka mereka akan menghasilkan tingkah laku berbentuk menyimpang sehingga boleh menimbulkan masalah sosial yang besar kepada masyarakat dan negara. Menurut Cohen 1955, menjelaskan individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikategorikan sebagai orang yang menyukai ataupun menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Sehubungan dengan itu Sezali 1997, merumuskan bahawa remaja sering diserang penyakit kekosongan jiwa dan kelemahan ketahanan diri. Penyakit ini menyebabkan jiwa mereka kosong dan tidak mempunyai matlamat atau wawasan diri serta golongan ini juga tidak mempunyai kesedaran dan keinsafan mengenai hakikat dan kenyatan hidup mereka di dunia. Kebanyakan remaja lepak berpegang kepada prinsip bahawa masa remaja hanya sekali dalam kehidupan. Oleh itu, golongan ini lebih sanggup untuk mensia-sia masa remaja mereka dan akan melayari jiwa kosong dengan melepak. Masalah kemorosatan disiplin pelajar di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar menpercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti itu bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Sikap individu itu sebagai seorang pelajar mestilah mempunyai prinsip dan pendirian. Seseorang pelajar itu menjadi baik dan bertanggungjawab sekiranya hidup pelajar itu berprinsip dan mempunyai keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Mereka tidak mudah terjebak dengan gejala yang tidak baik ini.

2.2.2 Faktor Rakan Sebaya