peras ugut dan memconteng tembok-tembok awam pada waktu malam. Responden menyatakan bahawa kegiatan gengsterisme di andaikan sebagai pertemuan bersama
rakan sebaya.
Dalam artikel seorang penulis bebas, remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan yang menentukan wawasan negara. Kepesatan pembangunan
ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka. Salah satu daripada gejala yang
berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan maklumat dan komunikasi ICT di kalangan remaja. Aktiviti seperti ‘Lepak Siber’ melayari halaman lucah dan
hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja.
2.8 Kemerosotan Disiplin Kajian Luar Negara
Di Amerika Syarikat, kejadian-kejadian tidak diingini yang berlaku akhir- akhir ini di sekolah-sekolah sudah menjadi perhatian negara, dan kajian dijalankan
sejak dua dekad yang lalu. Masih terdapat persepsi bahawa tidak semua sekolah adalah tempat yang selamat untuk belajar, dan laporan media memberi perhatian
kepada sekolah-sekolah yang menunjukkan aktiviti yang agresif.
Kajian di Amerika Syarikat juga menunjukkan bilangan remaja yang terli bat dengan hubungan seksual meningkat sejak beberapa tahun yang lepas. Pada tahun
1953, 55 peratus remaja lelaki dan 3 peratus perempuan yang dikaji sudah mengalami hubungan seksual.
Pada tahun 1980, 70 peratus daripada remaja lelaki dan 50 peratus remaja perempuan yang dilaporkan sebagai aktif dalam hubungan seksual, dan kurang
daripada 10 peratus daripada remaja yang tidak terlibat dalam ‘pre-marital sex.’
Kajian yang dibuat di Australia membuktikan memang terdapat masalah buli di negara itu, iaitu di kalangan semua peringkat umur termasuk di prasekolah.
Sehubungan dengan itu, sejak tahun 1994 banyak inisiatif sudah diambil oleh kerajaan Australia bagi mengadakan promosi bertujuan mengurangkan masalah itu.
Selain daripada itu, badan-badan tertentu sudah bekerjasama dengan sekolah-sekolah bagi mengadakan berbagai aktiviti mengalakkan program anti-buli di sekolah-
sekolah. Buku-buku diterbitkan dan laman web digunakan agar masalah itu dapat ditangani dengan baik dan berkesan.
Daripada tinjauan yang dibuat oleh Readers Digest di beberapa bandaraya Asia , sebanyak 60 peratus menyetujui bahawa buli adalah perkara yang amat serius
di sekolah-sekolah menengah. Di Manila, setiap empat orang ibu bapa menyatakan yang kes buli yang berlaku di sekolah anak mereka pada tahun lepas. Jumlah ini
adalah dua kali ganda daripada apa yang di Singapura dan Kuala Lumpur.
Slaters 1962, dalam penyelidikannya mendapati bahawa anak-anak yang telah diasuh dengan cara memberikan sepenuh kebebasan akan menonjolkan ciri-ciri
bertingkah laku yang baik. Ibu bapa yang terlalu tegas serta tidsk bertolak ansur dengan sentiasa menganggap pendapat anak-anak tidak penting akan menguatkan
sifat ego dalam diri kanak-kanak. Jika ibu bapa memberi sokongan dan bersikap mesra kepada anak-anak maka akan terbentuk ciri-ciri positif seperti bersikap
terbuka, mudah bergaul dan berkelakuan positif.
Bandura dan Walters 1959, dalam penyelilidiknnya mendapati remaja yang delinkuen dan agresif adalah berasal daripada keluarga yang ibu bapa menggunakan
hukuman fizikal secara berlebihan dalam mendisiplinkan anak-anak. Penemuan yang sama juga didapati oleh Hetherington dan rakan-rakannya dalam kajian mereka.
Moore dan Hotch 1982, telah membuat kajian tentang perpisahan ibu bapa dan remaja berdasrkan Undang-undang Penceraian Ibu Bapa. Perpisahan ini
disebabkan oleh penceraian dan krisis keluarga. Subjek ialah 200 penuntut dari Universiti Midwestern. Mereka terdiri daripada 85 lelaki dan 87 perempuan. Tahap
umur mereka di antara 17 dan 20 tahun. Hasil kajian berdasarkan ‘Emotion Separation’ menunjukkan penceraian ibu bapa di antara sebab utama remaja keluar
dari rumah dan berada bersama-sama dengan kawan.
Foreman, Eidson Hagan 1983, telah menjalankan kajian tentang faktor- faktor yang menyebabkan gejala gengsterisme ke atas 94 pelajar berusia 12 hingga
19 tahun di Amerika Syarikat. Penyelidik menggunakan soal selidik Skala Perubahan Kehidupan Remaja. Hasil kajian mendapati bahawa perpisahan atau penceraian ibu
bapa merupakan faktor ke empat paling utama berlakunya tingkah laku agresif.
2.9 Kesimpulan