Persoalan Kajian 8 : Adakah terdapat terdapat perbezaan yang Pengenalan

4.11 Persoalan Kajian 8 : Adakah terdapat terdapat perbezaan yang

signifikan antara persepsi guru disiplin terhadap masalah-masalah disiplin mengikut jantina Ho 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru disiplin terhadap masalah-masalah disiplin mengikut jantina Jadual 4.11.1 : Ujian-t antara Masalah-masalah disiplin mengikut Jantina Jantina Bil Min Sisihan Piawai Df Sig. T Min Keperluan Latihan Lelaki 88 3.43 0.85 198 0.02 -3.44 Perempuan 112 3.80 0.66 Aras keertian α= 0.05 , P = 0.02 0.05 Berdasarkan jadual 4.11.1, didapati nilai p = 0.02. Hipotesis Nol ditolak kerana signifikan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru disiplin terhadap masalah-masalah disiplin mengikut jantina. Oleh kerana, keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan min maka dengan ini dirumuskan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru disiplin terhadap masalah-masalah disiplin mengikut jantina. BAB 5 ULASAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil kajian yang telah diperolehi dalam Bab 4 dan seterusnya membuat rumusan kepada keseluruhan hasil kajian ini serta membuat cadangan-cadangan untuk organisasi kajian dan juga untuk kajian masa depan. Penyelidikan ini bermatlamat untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar dari persepsi guru-guru disiplin di dua puluh buah sekolah menengah di Johor. Untuk mencapai matlamat kajian tersebut, terdapat empat objektif telah digariskan iaitu: 1. Mengenal pasti masalah-masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah dari persepsi guru disiplin. 2. Mengenal pasti persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam menguruskan disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. 3. Mengenal pasti persepsi guru disiplin terhadap keperluan latihan yang diperlukan oleh guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar. 4. Mengenal pasti faktor dominan yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar dari persepsi guru-guru disiplin.

5.2 Perbincangan Hasil Kajian