Kadar Pulangan Borang Soal Selidik Kajian Rintis

Jadual 3.4: Skala Likert Dalam kajian Skor Maklum balas 1 Sangat tidak setuju STS 2 Tidak setuju TS 3 Tidak pasti TP 4 Setuju S 5 Sangat setuju SS

3.5 Kadar Pulangan Borang Soal Selidik

Berdasarkan Jadual 3.5 dapat dilihat bahawa sebanyak set soal selidik 90.9 peratus telah dikembalikan daripada 220 set yang telah diedarkan. Secara keseluruhannya, sebanyak 200 set soal selidik yang mewakili 9.09 peratus tidak dikembalikan. Kegagalan mendapatkan kembali boring soal selidik yang telah diedarkan adalah disebabkan kesukaran penyelidik untuk mendapatkan kerjasama daripada responden yang telah dipilih untuk memjawab borang soal selidik. Oleh yang demikian, analisis kajian ini hanya berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada boring soal selidik yang telah dikembalikan sahaja. Jadual 3.5: Kadar Pulangan Soal Selidik Status Bilangan Set Peratusan Dikembalikan 200 90.9 peratus Tidak dikembalikan 20 9.09 Peratus Jumlah 220 100

3.6 Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dapat dilakukan kajian rintis perlu dilakukan untuk memastikan anggaran masa pentadbiran soal selidik, kefahaman guru disiplin tentang kehendak soalan, kebolehpercayaan sesuatu item soal selidik tersebut. Kekuatan kolerasi bagi setiap pembolehubah boleh dikelaskan berdasarkan kepada julat 0.0 hingga 1.0 Najib 1999. Penyelidik telah mendapatkan kesahan terhadap soal selidik yang dibina dari dua orang pensyarah iaitu Pn Adibah Bte Abdul Latif dan Tn. Hj. Hassan B. Hushin. Satu kajian rintis juga telah dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian. Seramai 10 orang guru disiplin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram dan Sekolah Menengah Puteri Wangsa telah di pilih sebagai sampel kajian rintis. Data analisis dengan menggunakan perisian SPSS 15.0, didapati nilai alpha Cronbach yang diperolehi mencapai 0.949. Oleh itu, kesahan dan tahap kebolehpercayaan bagi item-item soal selidik adalah tinggi. Jadual 3.6 : Pekali Alpha Cronbach Nilai Tahap 0.0 – 0.2 Sangat lemah 0.2 – 0.4 Lemah 0.4 – 0.7 Sederhana 0.7 – 0.9 Kuat 0.9 – 1.0 Sangat kuat Sumber: Azizi 2007, Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Hlm.65 Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk: a. Menentukan dan memastikan arahan-arahan untuk menjawab soalan soalselidik adalah jelas dan difahami. b. Menentukan kesesuaian dan kefahaman item. c. Menentukan sama ada bahasa yang digunakan adalah betul dan mudah difahami.

3.7 Prosedur Kajian