Tempat Kajian Instrumen Kajian

disiplin. Satu set soalan soal selidik telah disediakan bagi mengumpulkan maklumat dan data. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang telah terpilih mewakili populasi guru-guru disiplin sekolah menengah di Daerah Johor Bahru, Daerah Kulai, Daerah Pasir Gudang dan Daerah Kota Tinggi. Segala pengukuran terhadap pembolehubah adalah dibuat berdasarkan maklumbalas terhadap semua penyataan yang terkandung dalam soal selidik. Set soalan soal selidik mengandungi soalan-soalan tentang latar belakang guru, faktor-faktor kemerosotan iaitu, sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, guru suasana sekolah, persekitaran, kemahiran mengurus disiplin, keperluan latihan dalam mengurus disiplin dan masalah-masalah disiplin. Setiap maklumat telah ditakrifkan secara kuantitatif.

3.2 Tempat Kajian

Sasaran kajian ini ialah guru-guru disiplin sekolah menengah di Daerah Johor Bahru, Daerah Kulai, Pasir Gudang dan Daerah Kota Tinggi. Jumlah sekolah yang terpilih adalah 20 buah sekolah menengah. Pemilihan sekolah ini wajar kerana sekolah-sekolah tersebut adalah sekolah biasa. Jadual 3.2 menunjukkan taburan sekolah bagi empat buah daerah di negeri Johor iaitu, Daerah Johor Bahru, Daerah Kulai, Pasir Gudang dan Daerah Kota Tinggi. Ia adalah sekolah menengah yang berbeza latar belakang. Jadual 3.1 : Taburan Sekolah Bagi Setiap Daerah Daerah Sekolah Johor Bahru 1. SMK Taman Universiti 2. SMK Taman Pelangi Indah 3. SMK Sri Rahmat 4. SMK Taman Desa Tebrau 5. SMK Abdul Rahman Yassin Pasir Gudang 1. SMK Pasir Gudang1 2. SMK Permas Jaya 2 3. SMK Kota Masai 4. SMK Desa Cemerlang 5. SMK Johor Jaya 1 Kulai 1. SMK Bandar Putra 2. SMK Munshi Abdullah 3. SMK Senai 4. SMK Indah Pura 1 5. SMK Kulai Besar Kota Tinggi 1. SMK Laksamana 2. SMK Tun Habab 3. SMK Bandar Mas 4. SMKTaman Seri Saujana 5. SMK Taman Kota Jaya

3.3 Subjek Kajian

3.3.1 Populasi

Menurut Hj. Mohamad Hatta bin Md Salleh Penyelia Disiplin Unit Hal Ehwal Murid di Jabatan Pelajaran Negeri Johor populasi guru disiplin di sekolah menengah seluruh Negeri Johor adalah seramai 236 orang. Beliau juga memberi penerangan bahawa mereka adalah ketua guru disiplin dan menjadi wakil bagi setiap sekolah. Beliau juga memberi penerangan bahawa setiap sekolah mempunyai ahli jawatankuasa seramai 6 hingga 7 orang guru disiplin. Subjek kajian ini terdiri daripada 200 orang guru disiplin. Populasi kajian ini adalah di kalangan guru-guru disiplin yang dipilih dari dua puluh buah sekolah menengah dari empat buah daerah di Negeri Johor.

3.3.2 Sampel Kajian

Menurut Webster 1985, sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin 1993, sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Kajian ini hanya melibatkan guru-guru disiplin. Menurut Azizi 2007, saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Responden yang terpilih adalah terdiri daripada 3 jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Responden kajian ini juga terbahagi kepada 2 jantina utama iaitu lelaki dan perempuan. Kajian ini menggunakan kaedah persempelan kelompok atas kelompok. Menurut Azizi 2007, persampelan kelompok atas kelompok ini sangat sesuai digunakan apabila populasi itu besar dan kawasan kajian dibahagikan kepada empat buah daerah. Beberapa buah sekolah menengah dipilih oleh penyelidik untuk dijadikan sampel kajian. Seramai 60 orang guru disiplin dari Daerah Johor Bahru, 50 orang guru disiplin dari Daerah Pasir Gudang, 40 orang guru disiplin dari Daerah Kota Tinggi dan 50 orang guru disiplin dari Daerah Kulai telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden Kajian. Sampel kajian dipilih berdasarkan kepada jadual persampelan di bawah iaitu sebanyak 200 dari empat buah daerah di Negeri Johor. Pemilihan sampel ini adalah merujuk kepada Krejeic dan Morgan 1970 yang menentukan saiz sampel berdasarkan kepada jadual 3.3 yang berikut. Jadual 3.2: Jadual Penentuan Saiz sampel, Krejcie, R.V. Morgan, D.W. 1970 N S N S N S 10 10 220 140 1200 291 15 14 230 144 1300 297 20 19 240 148 1400 302 25 24 250 152 1500 306 30 28 260 155 1600 310 35 32 270 159 1700 313 40 36 280 162 1800 317 45 40 290 165 1900 320 50 44 300 169 2000 322 55 48 320 175 2200 327 60 52 340 181 2400 331 Petunjuk : N Bil. Populasi dan S Bil. Sampel Sumber: Azizi 2007 Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Hlm. 71

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Instrumen tersebut terdiri bahagian A dan bahagian B. Soalan bahagian A mengandungi enam soalan yang berbentuk maklumat peribadi dan ciri-ciri demografi responden iaitu umur, jantina, bangsa, agama dan pendapatan. Manakala bahagian B pula mengandungi 83 item soalan yang mengukur faktor-faktor kemerosotan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin iaitu faktor sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru, persekitaran, kemahiran mengurus disiplin, keperluan latihan untuk guru disiplin dan masalah-masalah disiplin. Jadual 3.3 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian Perkara Nombor Item Jumlah Bahagian A Latar belakang pelajar 1,2,3,4,5,6 6 Bahagian B Pengaruh sikap pelajar 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 Pengaruh rakan sebaya 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 Pengaruh keluarga 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 Pengaruh suasana sekolah 1,2,3,4,5,6,7,8,9 9 Pengaruh Guru 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 Pengaruh persekitaran 1,2,3,4,5,6,7,8 8 Keperluan latihan 1,2,3,4,5,6,7,8 8 Kemahiran mengurus disiplin 1,2,3,4,5,6,7,8 8 Masalah-masalah disiplin dari persepsi guru disiplin 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 Jumlah 89 Skala Likert adalah jenis pengukuran yang digunakan dalam kajian ini. Menurut Najib1999, subjek atau responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain. Contohnya, dari sangat setuju kepada sangat tidak setuju. Penjelasan Skala Likert adalah seperti berikut: Jadual 3.4: Skala Likert Dalam kajian Skor Maklum balas 1 Sangat tidak setuju STS 2 Tidak setuju TS 3 Tidak pasti TP 4 Setuju S 5 Sangat setuju SS

3.5 Kadar Pulangan Borang Soal Selidik