Dalam Bidang Pendidikan Aplikasi Teori Pembelajaran Sosial Bandura

2.6 Aplikasi Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Dalam teori pembelajaran sosial menjelaskan isi-isu berkaitan yang berkaitan dengan tingkah laku remaja. McCandless 1970, menggunakan prinsip- prinsip pembelajaran sosial dengan memberikan perhatian kepada aspek-aspek perasaan tertekan. Oleh yang demikian, Bandura 1977, telah menekankan kelakuan moral dari kod moral supaya kanak-kanak membesar dapat dipengaruhi oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Dengan itu teori Bandura 1977, adalah lebih sesuai digunakan untuk memahami pembelajaran tingkah laku moral dalam bidang pendidikan.

2.6.1 Dalam Bidang Pendidikan

Dalam pendidikan sosial ini peniruan di kalangan pelajar didedahkan kepada perkara-perkara yang negatif boleh membawa kepada peniruan tingkah laku yang salah. Pengaruh-pengaruh yang yang cepat dipelajari oleh pelajar perlu mengawal bahan-bahan kerosakan daripada remaja. Tingkah laku merosakkan merupakan tingkah laku yang paling kerap terdapat di kalangan pelajar yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam tingkah laku yang merosakkan. Jenis-jenis tingkah laku yang merosakkan termasuk pemusuhan nyata, vandalisme aktiviti kumpulan liar, mengugut guru, mencalar kereta atau motosikal guru dan menconteng dinding bangunan sekolah. Menurut teori pengukuhan, setiap ganjaran berfungsi sebagai pengukuh kepada sesuatu tingkah laku. Istilah pengukuhan positif merujuk kepada bertambah seringnya sesuatu perbuatan dilakukan akibat pemberian sesuatu pengukuh, di mana selepas menerima pengkukuh, individu semakin sering melakukan sesuatu perbuatan, sama ada perbuatan itu baik mahupun yang buruk. Seseorang guru itu hanya dapat menjadi pendorong kepada murid-muridnya apabiala terdapat hubungan guru-murid yang sihat dan positif. Ini bermakna langkah pertama menjadi guru yang berkesan ialah membina hubungan baik itu, di mana hubungan mesti dibina terlebih dahulu sejak hari pertama guru memperkenalkan dirinya kepada kelasnya. Guru perlu menganalisis sebab-sebab kelangsangan tingkah laku agresif. Kekurangan kasih sayang mungkin antara beberapa sebab yang selalunya diberikan oleh guru-guru sebagai punca kelangsangan. Guru juga perlu berusaha menganalisa suasana pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana suasana pengajaran boleh menyebabkan tingkah laku negatif. Guru kerap menekankan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya anak- anak remaja dapat dididik dan dibimbing menjadi orang yang mempunyai keperbadian tinggi dan juga sifat-sifat mulia. Guru perlu mendampingi pelajar dan menghormati pendapat serta kemahuan mereka. Guru tidak sewajarnya menggunakan sindiran pada remaja dan memberikan hukuman yang akan mencacatkan perkembangan sosio emosi murid. Guru perlu memberi perhatian individu kepada murid yang seringkali ponteng kelas dan ponteng sekolah. Sebenarnya pelajar-pelajar yang sering tidak hadir ke sekolah melakukan aktiviti melepak. Guru perlu meluangkan beberapa minit sehari berinteraksi dengan pelajar yang berkelakuan demikian dengan untuk melakukan aktiviti positif. Di samping itu, guru perlu memberi peneguhan kepada tingkah laku yang positif.

2.7 Kemerosotan Disiplin Kajian Tempatan