Faktor Keluarga Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar

2.2.3 Faktor Keluarga

Keluarga juga berpengaruh dalam perkembangan kognisi kanak-kanak. Keluarga yang lengkap yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mampu untuk membentuk minda yang sihat. Ini kerana kasih sayang merupakan unsur penting membantu pembentukan minda kanak-kanak. Hurlock 1992, menyatakan bahawa bayi yang kurang kesempatan untuk mendapat ungkapan kasih sayang atau untuk dicintai oleh orang lain akan menjadi pendiam, lesu, tidak memberi senyuman dan tidak berusaha untuk memperoleh kasih sayang. Selain itu, perhatian yang kurang daripada keluarga menyebabkan kanak-kanak menjadi lesu dan pasif. Unsur kerapikan juga penting dalam keluarga. kira-kira 70 peratus daripada bayi yang berumur satu tahun yang dikaji menunjukkan jenis kerapikan selamat didapati bermain dengan cergas aktif apabila ibu mereka berada dalam bilik. Namun apabila ditinggalkan oleh ibu mereka, bayi tersebut menunjukkan kesedihan Jas Laile Suzana, 2000. Menurut Melson 1992, keluarga dianggap sebagai agen sosialisasi yang paling penting. Ini bermaksud bahawa perubahan dalam masyarakat seolah-olah dicerminkan oleh perubahan gaya pengasuhan anak-anak yang lebih disukai. Remaja yang berada dalam lingkungan keluarga yang berpecah belah akan merasai kesan buruk pada perkembangan kognisi mereka. Sebagai contoh, delikuen yang dilakukan oleh remaja masa kini merupakan hasil daripada mental ibu bapa, anggota keluarga dan sekitaran kejiranan yang tidak terkawal dengan baik Kartini 1986. Situasi ini menurut Kartini lagi mempengaruhi mental dan kehidupan remaja yang belum matang. Menurut Wong Khek Seng 1996, keadaan rumahtangga yang kurang memberangsangkan serta sikap kurang peduli ibu bapa sebagai unsure pendorong utama kepada kewujudan segala permasalahan sosial di kalangan remaja di Malaysia. Tambahan lagi keluarga yang kurang harmonis dan kurang perancangan dan interaksi antara ahli-ahlinya turut meningkatkan kemungkinan budaya melepak di kalangan muda-mudi dewasa ini. Satu kajian delikuensi didapati bahawa bahawa remaja yang terlibat dengan perlakuan delinkuen ada hubungan dengan jenis keluarga yang bercerai atau berpisah. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Sheldon, Glueck dan Goode 1985, kenakalan dengan beberapa jenis rumah tangga atau keluarga yang berpisah. Remaja yang nakal relatifnya bermungkinan berasal berkemungkinan berasal dari keluarga yang bercerai. Ini kerana kenakalan remaja lahir daripada perkembangan mental yang tidak sihat dan sukar membuat keputusan yang rasional. Menurut Razali 1994, menegaskan betapa pentingnya tanggungjawab ibu dalam menentu dan mencorakkan anak-anak mereka dengan asuhan yang positif, di samping melahirkan suasana harmoni di kalangan anggota keluarga. Remaja mula mencari kebebasan daripada ibu bapa dan mencari identiti kedewasaan. Remaja masih membentuk kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa tanpa bergantung kepada mereka. Sebenarnya remaja menghadapi konflik, iaitu ingin bergantung dari sudut ekonomi dan kewangan tetapi pada masa yang sama ingin bebas daripada ibu bapa. Pelajar daripada keluarga yang berpecah belah atau ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta, tempat di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan pelajar-pelajar terutama dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang Maslow,1954. Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Persekitaran keluarga boleh merosakkan sikap keluarga. Sikap ibu bapa yang negatif dan tidak sihat boleh menyebabkan kesukaran dalam mencapai tugas perkembangan pelajar remaja. Misalnya, ibu bapa memodelkan tingkah laku yang tidak diingini. Ibu bapa akan menjadi model yang negatif bagi tingkah laku. Ibu bapa yang tekal, garang dan tidak stabil adalah model negatif. Perhubungan ibu bapa yang tidak harmonis, perkelahian adik-beradik dan ibu bapa yang selalu tiada di rumah untuk berdampingan dengan anak mereka akan mempengaruhi tingkah laku atau tugas perkembangan remaja. Ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik dan saudara-mara mempunyai peranan terhadap pembentukan personaliti seseorang individu. Di samping itu, gaya pengasuhan dan pengalaman positif yang diperlukan serta n ilai-nilai murni yang diterapkan akan membina personaliti individu. Nilai-nilai murni yang diterap oleh keluarga mempunyai kesan yang positif sehingga mewarnakan hidup individu tersebut hingga ke alam dewasa. Kes-kes penyelewengan seperti ponteng, lari dari rumah, melepak dan lesbian jika dikaji akar umbinya sedikit sebanyak adalah berpunca daripada interaksi dan bimbingan dalam keluarga. Oleh itu, tingkah laku ibu bapa harus menjadi model kepada anak-anak remaja untuk membentuk tingkah laku yang positif. Oleh kerana, keluarga merupakan unut terkecil dan paksi terpenting kepada pembentukan sesebuah masyarakat. Maka pengukuhan keluarga dalam senarionya kini dugugatkan oleh perubahan semasa. Ia merupakan tindakan awal yang mampu dimainkan oleh semua pihak untuk menangkis tekanan dan desakan hidup masyarakat hidup.

2.2.4 Faktor Suasana Sekolah