Ee Ah Meng 1987, memberi cadangan-cadangan bahawa teknik-teknik pengajaran memusatkan guru perlu berubah kepada teknik-teknik memusatkan murid-murid di
mana keperluan murid dapat dilayani. Lagipun aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu akan menarik minat murid serta menyeronokkan mereka. Di samping itu,
pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, murid-murid yang gembira serta sibuk menjalankan aktiviti jarang menimbulkan masalah disiplin.
5.2.5 Objektif 4 : Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah
Dilihat secara keseluruhan bagi objektif keempat iaitu mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin dikalangan pelajar sekolah
menengah adalah sederhana.
Berdasarkan kajian, terdapat enam faktor utama yang dibincangkan dalam bahagian ini. Faktor-faktor tersebut ialah sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya,
keluarga, suasana sekolah, guru dan persekitaran pelajar tersebut. Kajian juga menunjukkan faktor pengaruh rakan sebaya, keluarga dan persekitaran mempunyai
nilai min yang tinggi iaitu 3.57, 3.39 dan 3.53.
Pelajar merupakan belia remaja iaitu kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan kerana mereka
adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Namun demikian, masalah disiplin
remaja adalah ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah disiplin serta sosial yang
dihadapi oleh remaja perlu dibendung dan diatasi supaya tidak terus mengancam aset yang tidak ternilai ini.
Punca kemerosotan disiplin remaja pada peringkat ini ialah sikap remaja itu sendiri yang mudah terikut-ikut dengan perangai rakan mereka Gottfredson McNeil,
1991. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam yang luas di luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka. Remaja juga mempelajari
banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia membesar.
Dalam tempoh-tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai. Malahan, mengubah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada
alam yang lebih matang dan dewasa Bettelheim, 1950. Zaman remaja adalah tempoh kehidupan yang diselubungi harapan, cabaran dan ketegangan.
Perubahan fizikal yang cepat dan kematangan jantina. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa perkara kritikal dalam hidup remaja seperti, remaja perlu
menyesuaikan diri dengan perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada diri mereka. Remaja menjadi sensitif pada rupa dan bentuk badan. Perubahan fizikal dan
perkembangan jantina yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak selesa, tidak yakin, tidak selamat, malu dan segan. Konsep kendiri remaja kadangkala dipengaruhi
oleh perubahan fizikal dan perkembangan jantina. Remaja mungkin menggunakan mekanisme bela diri bagi menjaga maruah.
Kedudukan sebagai manusia pinggiran. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa perkara kritis dalam hidup remaja seperti, remaja tidak lagi dilayan seperti
orang dewasa dan pada masa yang sama mereka masih belum diterima sebagai orang dewasa. Menghadapi harapan dan nilai hidup bertentangan yang menimbulkan
kekeliruan dan kekecewaan. Menghadapi tuntutan membina identiti diri yang baru iaitu suatu bentuk identiti yang berbeza daripada identiti zaman kanak-kanak.
Keperluan menyediakan diri untuk dunia dewasa. Keadaan ini menimbulkan beberapa perkara kritis dalam hidup remaja iaitu mendapat pendidikan dan latihan
bagi mencapai tahap kebebasan ataupun ketidakbergantungan kepada ibu bapa dalam
aspek ekonomi dan kewangan. Memilih kerja yang sesuai dengan kebolehan, minat dan keperluan masyarakat. Bersedia menjalani kehidupan berkeluarga. Bersedia
menghadapi masa depan yang mencabar. Mencapai kebebasan pertalian emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain. Berhadapan dengan harapan dan nilai hidup
bertentangan yang menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan. Keruntuhan akhlak remaja juga dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya.
Hubungan kekeluargaan juga merupakan satu faktor yang dapat dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja
atau pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai
latar belakang keluarga yang baik dan berada Phelps, 1976; Cohen, 1975.
Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada
kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan
keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa bersama anak- anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan perhatian bagi mendapat maklumat
dalam kehidupan seharian. Dari sini, anak-anak rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah
dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin kepada pihak sekolah.
Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak walaupun pihak sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak di sekolah.
Anak-anak ini mengambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka dengan bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya, pihak polis terpaksa
campur tangan dalam hal ini. Maka, tidak tepat apabila kita meletakkan masalah disiplin di atas bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa melepaskan tangan dalam hal
ini.
Antara punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosioekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tidak tenteram serta
ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota
masyarakat yang bertanggungjawab, kita patut mempunyai kewajipan dan peranan yang besar dalam merancang aktiviti, memberikan peluang dan bimbingan serta
menyediakan pelbagai kemudahan supaya golongan remaja mendapat panduan yang cukup bagi menghadapi zaman dewasa.
Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media masa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah. Pelbagai dorongan kurang
sihat dipaparkan melalui persekitaran ini dan seterusnya menyebabkan remaja terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran itu, bagi memenuhi perasaan ingin
tahu akibat dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snuker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan
seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat.
Selain daripada pergaulan kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secara melulu daripada ibu bapa. Tuntutan seperti ini banyak dipengaruhi
oleh media massa Cohen, 1975. Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan
diri. Pengaruh negatif ini dapat dilihat daripada majalah-majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal, televisyen dan tayangan-
tayangan filem barat. Apabila dilihat, kebanyakan akhbar mingguan, majalah hiburan dan buku-buku cerita di pasaran kini lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan
fantasi kosong. Bahan-bahan ini mendorong sikap negatif seperti suka mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai perlakuan anti-sosial.
5.3 Perbincangan Hasil Kajian Perbezaan Yang Menyebabkan Masalah